i k l a n

Wednesday, February 24, 2010

pelaburan oh pelaburan


KUALA LUMPUR: Dua syarikat yang disyaki menawarkan skim kepentingan yang tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada orang ramai, diserbu SSM di sini semalam.

SSM, dalam kenyataan hari ini, berkata melalui siasatan yang dilakukan, syarikat berkenaan iaitu Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Hadhari Agro Holding Sdn Bhd dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur di dalam satu skim yang dikenali sebagai "Projek Pembangunan Usahawan".

"Menurut aduan yang diterima SSM, pelabur yang telah melabur dalam skim tersebut tidak menerima pulangan yang dijanjikan oleh pihak pengurusan syarikat.

"Ia juga mungkin satu kesalahan di bawah Seksyen 366 (3) Akta Syarikat 1965 yang melarang sesiapa yang juga pegawai atau agen syarikat yang memperolehi apa-apa wang sama ada untuk syarikat, diri sendiri atau orang lain secara menipu atau berjanji palsu dengan niat untuk memperdaya," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur skim berkenaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

"SSM akan mengambil segala langkah untuk membanteras penawaran skim termasuk tindakan penguatkuasaan ke atas penganjur skim tersebut," menurut kenyataan itu.

SSM menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim pelaburan dan memastikan bahawa syarikat yang menawarkan skim pelaburan seumpama itu mendapat kelulusan SSM.

"Orang ramai diminta menghubungi Seksyen Aduan SSM di talian 03-22995477/ 5450/5451 sekiranya mempunyai maklumat mengenai skim-skim penipuan yang lain," menurut kenyataan itu. - Bernama


sumber: berita harian online

my comment:
baru sahaja 2,3 hari lalu ada kawan ajak terbabit dalam satu skim pelaburan baru. kononnya bukan skim MLM dan ikut syariah. tapi bila tanya ada lesen ngan bank negara, cakap benda ni tak ada kaitan ngan bank negara sebab guna wang pos. dalam hati ku terus cakap itu namanya money games. kalau kita tak dapat cari org memang xbalik modal laa.. ish tu pun tak leh fikir ke. satu lagi...kita ni bila disogokkan dengan kekayaan mula laa masa tu kita akan tertutup dengan kebenaran. yang hitam pun kata putih. dah tak leh beza dah yang baik dan terbaik.. pesan ku untuk diri ku...ada duit banyak tu laburlaa di tempah yang sah dan memang sah. laburlah di tempat yang boleh bagi pulangan yang lumayan dengan tempoh masa yang sesuai. kalau dh sekejap je boleh jadi kaya tu namanya skim cepat kaya..ok dah. xnak merepek panjang2

Wednesday, February 17, 2010

keSeiMbaNgan TanNgGungJawAb



mesti ada keseimbangan dalam amal islami

seorang pendakwah berhadapan 3 tanggungjawab:

1) Tanggungjawab terhadap dirinya
2) Tanggungjawab terhadap keluarganya
3) Tanggungjawab terhadap masyarakat

hadith Rasulullah SAW:
Sesungguhnya diri engkau ada hak ke atas engkau, isteri engkau ada hak ke atas engkau, tuhan ada hak ke atas engkau, maka berikanlah setiap hak itu kepada yang berhak.

Mereka yang tidak mahu terikat dengan cara ini dan tidak mahu berusaha untuk memastikan keseimbangannya, sebenarnya mereka ini dalam banyak ketika hilang faktor kemantapan dalam hidup mereka dan tidak memiliki kemampuan untuk terus berdakwah.

Tujuan keseimbangan ditekankan dalam islam adalah untuk memastikan keselarasan dakwah yang menyeluruh dalam segenap sudut kehidupan.

Di antara penyakit yang paling bahaya sekali menimpa para pendakwah dan orang-orang yang bekerja untuk islam ialah...


1) Tanggungjawab terhadap dirinya

-Ramai pendakwah membuang seluruh tanggungjawab terhadap diri dengan menyifatkan sebahagian daripada pengorbanan
-Perhatian terhadap aspek berikut penting dalam membentuk keperibadian islam:
a) bertanggungjawab terhadap tubuhnya iaitu menolak setiap apa yang melemahkan dirinya, menyusahkannya dan menyakitkannya
b) bertanggungjawab terhadap akalnya supaya cergas dan seimbang. Daie akan terancam bila outputnya melebihi inputnya
c) bertanggungjawab terhadap hatinya: mengukuh, membersih dan mengubatinya, menyuburkan urat sarafnya supaya taat kepada Allah



2) Tanggungjawab terhadap keluarga

a) pendakwah bertanggungjawab menegakkkan islam dalam keluarganya. hubungan suami isteri mestilah melebihi hubungan perasaan supaya hubungan ini menjadi asas meletakkan iman dan membangun sebuah rumah yang islam.
b)Daie bertanggungjawab menjamin hak-hak kebendaan rumahtangganya. tidak boleh memaksa isteri bekerja kecuali atas persefahaman. oleh itu kerjasama antara anggota keluarga menjalankan kewajipan harian.



3) Tanggungjawab terhadap dakwahnya

-merupakan kewajipan yang suci dan asasi yang tidak harus diabaikan dan dipandang ringan
-saudara muslim mesti berusaha menggandakan usaha dakwahnya tanpa menggugat teras keseimbangan
-pemberian saudara kepada islam dan dakwah hendaklah cukup sempurna dan lebih banyak, bukan sebaliknya, sebagaimana yang berlaku kepada mereka yang lokek dengan masa untuk pergi berdakwah.
-kerja dakwah mempunyai kelazatan yang tidak sama dengan kelazatan harta dan perempuan
-kelazatan dakwah ialah kelazatan hidayah. kelazatan itu berupa perasaan redha

...Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. itulah kejayaan yang amat besar...
(surah al-maidah: ayat 119)

-kelazatan rasa ketinggian iman dan kemenangan jiwa dan masyarakat.
-sesungguhnya islam berkehendakan orang-orang yang suci dan dakwahnya, orang-orang dermawan pada jalannya, orang-orang yang takut akan suatu hari di mana terbalik seluruh hati dan pandangan.
-kemenangan orang mukmin yang sedikit itu bergantung kepada syarat kepatuhan mereka kepada allah secara keseluruhannya

kupasan buku: tasawwur asasi gerakan islam (oleh: fathi yakan)

kredit:
intipati usrah HELWA ABIM BP
15 feb 2010

pilihan kehidupan



semalam walaupun tangan ni cedera tetap degilkan diri untuk pergi isi air bertapis. Stok simpanan air sudah abis dan aku pula rasa begitu lemah. Rasanya akibat kekurangan air dan juga kehilangan darah (luka kecil jek..hehe). Kebetulan pula kereta zubair (housemate) ada. Empunya kereta menyertai program di UMK. Hari jumaat baru sampai balik.



Dengan mengambil semua tong (bekas) air yang ada ku bawa ke tempat yang biasa kami ambil. Kat sana ada 2 mesin berlainan jenama. Jadi macam biasa, mengambil air bermula dari bekas yang kecil. Seterusnya bekas yang makin besar. Tiba-tiba ada seorang Chinese boy keluar dari kedai berhampiran dan menegur ku yang sedang khusyuk. Aku senyum. Dia cakap kat aku "Gunalah mesin yang satu lagi". "kenapa..? mesin tu lagi bagus ke?" balasku. "kat sana lagi banyak" jawab budak itu lagi. aku senyum dan untuk tidak mengecewakannya aku beralih ke mesin sebelah. Budak tu pun turut bersusah payah menolong ku menggunakan mesin tersebut.

Sambil tunggu air memenuhi bekas tu sempat laa aku bertanya umur. Rupanya baru berumur 9 tahun. Dia tinggal kat kedai belakang mesin tu rupanya. Setelah selesai dengan mengucapkan terima kasih aku terus membawa semua bekas-bekas air ke dalam kereta. "peramah betul budak tu walaupun berlainan bangsa" bisik dalam hatiku. Owh baru ku perasan rupanya mesin yang kedua aku guna tu menggunakan sumber air dari kedai bapa budak tu. Patut laa dia bersusah payah suruh aku guna mesin tersebut. Tak silap aku, diorang pun dapat bayaran sewa dan penggunaan air. Bijak sungguh diorang ni. Walaupun sedikit tapi tetap cuba untuk dapatkan hasilnya.

Merenung balik ke dalam diri, bagaimana anak sekecil itu boleh menghasilkan pendapatan untuk keluarga. Itu mungkin latihan awal dan kulihat juga bagaimana usaha mereka untuk mendapatkan sumber pendapatan dari perniagaan dan menggunakan segala sumber yang ada untuk diperniagakan.



Sesekali ku terfikir..menjana pendapatan sendiri atau makan gaji? Nak ikut pada survival tentulah makan gaji yang selamat. Tapi bagaimana harus ku terus makan gaji sedangkan ku punyai pilihan untuk menjana pendapatan sendiri. Sampai bila juga harus ku teruskan hidupku dengan makan gaji..fuuhhh. Susahnya bila hidup dalam kebiasaan.

Tetiba teringat permainan catur bestari. Laluan makan gaji kemudian laluan tijarah dan seterusnya jihad bisnes. Semudah itukah laluan untuk ku mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan hidup.



kan ku fikirkan lagi... =)

Monday, February 15, 2010

Teori `senjata ekologi' menukar cuaca dunia



Tsunami di Aceh, gempa bumi di Pulau Nias, perlanunan di Selat Melaka. Adakah ketiga-tiganya mengandungi agenda geopolitik asing terhadap Malaysia dan Indonesia di abad ke-21?

Soalan ini wajar dihalusi oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia yang prihatin terhadap kesejahteraan Asia Tenggara, khususnya wilayah Nusantara yang mewarisi sejarah persahabatan sejak zaman berzaman.

Keprihatinan ini wajar berpaksikan hakikat bahawa di abad ke-21 memang ada kuasa besar yang mahu menguasai beberapa lokasi strategik di Asia Tenggara.

Antara lokasi tersebut ialah Selat Melaka yang dikuasai bersama oleh Malaysia dan Indonesia.

Selat Melaka dipercayai mahu dikuasai pihak asing kononnya untuk membanteras perlanunan dan terorisme yang dikatakan membahayakan pengangkutan minyak dan gas cecair asli dari Asia Barat dan Asia Tengah ke lain-lain destinasi di Asia Timur dan Lingkungan Pasifik.

Utara Sumatera dipercayai ideal dijadikan pangkalan laut tentera asing untuk menguasai pintu masuk ke Selat Melaka dari arah utara. Selatan Filipina dipercayai mahu dikuasai untuk dijadikan pangkalan laut tentera asing bagi mengawal Laut China Selatan.

Tenggara Thailand pula dikatakan ideal untuk dijadikan pangkalan udara tentera asing bagi memperkukuhkan pertahanan udara tentera asing berkenaan di Laut China Selatan.

Kekuasaan tentera asing ke atas seluruh lokasi strategik tersebut dikatakan akan melengkapkan strategi pertahanan tentera asing berkenaan bagi menghadapi sebarang ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh China di abad ke-21.

Oleh itu, apabila tsunami membunuh lebih 250,000 rakyat Indonesia, salahkah kalau rakyat Malaysia-Indonesia bertanya, benarkah ia bencana alam? Mungkinkah tsunami itu angkara pihak yang mahu menguasai Indonesia, Thailand atau Malaysia?

Kalau tidak mungkin, mengapakah bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), William Cohen, pernah memberitahu satu seminar counter-terrorism pada April 1997, bahawa teroris sudah mula menggunakan `senjata ekologi' untuk menukar cuaca, meledakkan gempa bumi atau meledakkan gunung berapi secara jarak jauh dengan menggunakan gelombang elektromagnatik.

Menurut Cohen, perkembangan seperti di atas adalah benar. Lantaran itulah beliau menggesa supaya usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan untuk menangani gejala berkenaan.

Oleh itu, tidak mungkinkah yang dimaksudkan dengan `usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan' membawa erti bahawa AS juga wajar menguasai teknologi dan teknosains dalam bidang menukarkan cuaca, meledakkan gempa bumi, meledakkan gunung berapi secara jarak jauh menggunakan teknologi elektromagnatik dengan lebih baik dan lebih canggih daripada yang dikuasai oleh pihak teroris?

Jika hakikatnya demikian, tidak mungkinkah AS merupakan satu daripada kuasa dunia yang mempunyai teknologi dan teknosains mengenai peperangan cuaca ini?

Sebab itukah banyak pihak mempercayai bahawa tentera udara AS kini mempunyai kemampuan memanipulasikan cuaca, sama ada untuk ujian atau kegunaan sebagai senjata ketenteraan?

Sebab itukah maka ada pihak yakin bahawa antara kapabiliti ketenteraan AS mutakhir termasuklah teknologi pembikinan banjir, ribut taufan, kemarau dan gempa bumi?

Secara umumnya, teknologi memanipulasikan cuaca ini dikenali sebagai teknologi High-Frequency Active Auroral Research Program atau HAARP yang wujud sejak 1992. Pihak-pihak yang sinis terhadap HAARP menggelarkannya sebagai `teknologi maut'.

Ini kerana modifikasi cuaca dikatakan boleh menjejaskan plat tektonik di dasar lautan sehingga menyebabkan gempa bumi dan peralihan plat itu. Jika ini terjadi, akan meledaklah gempa bumi yang dahsyat sehingga mencetuskam tsunami.

Banyak pihak pula berpendapat bahawa teknologi ini boleh digunakan secara unilateral, secara ofensif, secara defensif, atau digunakan sebagai usaha-usaha pencegahan.

Teknologi ini dipercayai pernah digunakan ke atas beberapa `negara samseng'. Sebab itulah negara-negara terbabit telah mengalami pertukaran cuaca yang drastik sejak beberapa tahun lalu.

Manipulasi

Contohnya, Korea Utara dikatakan telah mengalami musim kemarau yang panjang dan kemudiannya diikuti pula oleh hujan dan banjir. Keadaan ini telah memusnahkan seluruh sistem pertanian di negara tersebut. Tidakkah ini akibat modifikasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik?

Negara-negara seperti Iraq, Iran dan Syria juga mengalami keanehan cuaca sepanjang 1999. Adakah ini satu kebetulan? Atau, inikah kesannya manipulasi cuaca?

Afghanistan pula mengalami kemarau empat tahun berturut-turut sebelum ia dilanda Peperangan Antikeganasan Global (PAG) pada 2001. Akibatnya, seluruh ekonomi negara itu musnah dan rakyat jelatanya dicengkam kebuluran.

Adakah ini satu kebetulan? Bukankah ini kesan manipulasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik oleh sesetengah kuasa besar dunia?

Dalam sesuatu peperangan, yang penting adalah matlamat, bukannya cara. Contohnya, sistem pertanian Korea Utara musnah tanpa sebarang ledakan bom ataupun kedatangan bala tentera asing untuk memusnahkan ladang-ladang di negara tersebut. Ia musnah akibat manipulasi cuaca.

Oleh itu, salahkah kalau hari ini ada pihak berpendapat bahawa manipulasi cuaca adalah satu senjata yang amat berkesan. Ia boleh digunakan ke atas negara musuh atau negara sahabat yang mahu dihuru-harakan atas sesuatu sebab tertentu?

Oleh itu juga, mustahilkah tsunami pada 26 Disember 2004 dan gempa bumi pada 28 Mac 2005 di perairan barat Sumatera adalah akibat persenjataan ekologi seperti di atas?

Adakah satu kebetulan apabila pada 17 Disember 2004, Presiden George W. Bush mengeluarkan arahan eksekutif memberikan AS kuasa mengawal seluruh lautan di dunia, dan sembilan hari sesudah itu terjadi gempa bumi dan tsunami di perairan Aceh, Indonesia?

Adakah ini satu kebetulan? Atau, adakah ini memang dirancang kerana Aceh adalah satu-satunya lokasi strategik sebagai pintu masuk ke Selat Melaka dari arah utara?

Bukankah lokasi Aceh strategik kerana di sana beroperasi sebuah syarikat petroleum yang besar? Di sana juga ia mempunyai rizab gas asli yang besar? Bukankah Aceh strategik kerana di sana terdapat Gerakan Aceh Merdeka yang disifatkan sebagai teroris sekutu Al-Qaeda?

Bayangkan. Kini Aceh jadi padang jarak, padang tekukur. Kesan tsunami di sana lebih teruk daripada ledakan bom nuklear. Dan, tanpa meledakkan sebutir bom atau sebiji peluru, ratusan ribu rakyat Indonesia telah pun terkorban.

Tanpa meledakkan sebutir bom atau sebiji peluru, beribu-ribu tentera AS sudah berada di Aceh. Inikah yang dikatakan sebagai peperangan strategik atau taktikal?

Soalan ini mesti ditanya, khususnya apabila `misi kemanusiaan' AS ke Aceh dikepalai oleh Leftenan Jeneral Blackman, jeneral perang yang mengepalai pencerobohan AS ke Baghdad pada Mac 2003.

Pada 29 Mac 2005, satu lagi gempa bumi yang besar berlaku di perairan pantai barat Sumatera. Gegarannya turut menggemparkan ribuan rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Johor.

Soalnya, adakah gempa itu juga benar-benar satu bencana alam? Mungkinkah ia akibat senjata ekologi seperti yang dihuraikan di atas?

Tidak mungkinkah gempa bumi berkenaan bertujuan mengalihkan tumpuan masyarakat Indonesia dan Malaysia daripada sesuatu yang lebih besar yang sedang dirancang dan boleh terjadi di Selat Melaka tidak lama lagi?

Kalau tidak, mengapakah kebelakangan ini gerakan perlanunan di Selat Melaka seolah-olah mendapat suatu nafas dan tenaga baru? Mungkinkah ini tindakan `lanun upahan' untuk merintis sesetengah kuasa besar menguasai Selat Melaka?

Atau, mungkinkah wujud sesetengah rakyat Nusantara sendiri yang sedang bersubahat dengan pihak asing untuk menghuru-harakan Malaysia dan Indonesia bagi memudahkan kuasa asing mencapai agenda geopolitiknya di Selat Melaka?

Rakyat Malaysia dan Indonesia yang prihatin wajar merenungkan seluruh huraian dan pertanyaan di atas. Kerajaan Malaysia dan Indonesia pula wajar berwaspada setiap masa walaupun teori konspirasi seperti ini disifatkan keterlaluan.

Wartawan Malaysia dan Indonesia juga perlu proaktif dalam pengutipan maklumat dan berita yang boleh menggemparkan Nusantara dengan ledakan yang mungkin lebih dahsyat daripada tsunami di Aceh atau gempa bumi di Pulau Nias.

Oleh RUHANIE AHMAD
Utusan Malaysia 7 April 2005

kredit: http://www.facebook.com/notes/zainudin-n-fauzana/teori-senjata-ekologi-menukar-cuaca-dunia/314260135743

Saturday, February 13, 2010

Kisah Lobak, Telur dan Kopi



Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.

Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”

“Lobak, telur dan kopi”, jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?”

Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan.. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut

“Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?” tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ?

Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan.

Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.

Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik. Begitulah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.

Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?

source: fwd email

Monday, February 8, 2010

SpiriT of LeDaK 01

who is the ledak 01 green beret..?

01 - i the ledak 01 green beret
02 - for things to change i must change first
03 - i pay the price to prepare to win
04 - i follow the system i focus on the circle of control
05 - i do it now, discipline, discipline, discipline
06 - i just do my best and make things happen
07 - i love what i do and help my buddy and team to win, win, win
08 - to win the war win the heart

go GB go...win, win, win
go GB go...win, win, win

i believe i achieve
i believe i achieve
i believe i achieve



hujung minggu lepas pada 6 n 7 feb 2010..saya dan sekumpulan sahabat dari batu pahat telah menghadiri satu kursus yang dinamakan LEDAK 01 (Latihan dakwah) bertempat di kompleks mustika embun, johor bahru. Program yang ringkas dan padat serta memberi impaks yang cukup besar kepada peserta program. Antaranya adalah apa yang dikenali sebagai "spirit of LEDAK 01". penerapan program tersebut menyebabkan spirit tersebut betul-betul menyerapi dalam jiwa kami sebagai peserta walaupun sudah kembali ke rumah. Bagi saya pula, program ini telah memberi suatu kesedaran yang cukup mendalam ke dalam diri saya serta memberi suatu dimensi baru untuk saya melihat sesuatu perkara dalam perspektif yang lain pula. semoga ia terus tersemat dalam sanubari. telah diberitahu bahawa selepas ini akan ada LEDAK 2. Harap dapat menyertai program tersebut...amin

kredit gambar kepada encik dolumin (www.jedbiru.blogspot.com). saya xsempat nak amik gmbar sbb PDA dah abis bateri n fokus kepada pengisian program.



di sana saya menyertai kumpulan yang dinamakan "mukabuku" dan ia merupakan kumpulan yang sentiasa disebut-sebut serta telah menimbulkan kontroversi..hehe.



inilah hadiah kami yang nak diberikan kepada jawatankuasa program tetapi hadiah-hadiah tersebut telah dikoyak dan disepahkan di depan mata kami. masa itu terasa sangat sadis n tersentap. "arrrgghh aku terkena" jeritku di dalam hati. betul-betul membuatku terfikir...

ingat lagi kata-kata ustaz razak (master trainer ledak 01)
jika kita dapat hadiah, kita akan ingat hadiah atau pemberi hadiah? bagaimana pula hadiah yang telah ALLAH kurniakan kepada kita (penglihatan, pendengaran, kebijaksanaan, kehidupan dll)..adakah kita ingat pada ALLAH atau hanya memberi perhatian pada hadiahNYA sahaja..??
sama-sama kita renungkan...

i believe i achieve 3x

inspirasimuhsync.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails