i k l a n

Friday, December 4, 2009

di kala kebosanan



lihatlah gelagatku dikala kebosanan di dalam office. ops..office ker? sebenarnya itu bilik untuk para penyelidik menjalankan kerja penyelidikan seperti mencari jurnal di internet. kebanyakkan aktiviti dalam bilik ini melibatkan komputer. jadi kadang-kadang bila keseorangan memang membosankan. nak sms orang, tak ada yang layan.

tapi kenakalan ku bukan takat itu sahaja. kalau ada orang lain, aku pulak yang akan mengaco diorang. pernah kitorang main pusing-pusing kerusi, main laga-laga kerusi, geletek orang, pastu mengutuk orang dan macam-macam lagi. ish teruk betol. ahaks

balik kepada gambar di atas..masa tu sebenarnya rambut tengah panjang tapi masih terurus lagi. kononnya tangkap gambar tu nak tengok rambut. tapi tetiba cuba posing-posing pulak. adoii...anak sapa laa ni.

ku cari kedamaian...



ku cari kedamaian...
kuperlukan kedamaian
supaya hatiku tenang
supaya jiwaku tenteram
supaya fikiran ku aman

ku cari kedamaian...
apa yang perlu ku lakukan
ke mana harus ku pergi
bilakah ku akan menemuinya
siapakah perlu kutemui
bagaimana harus ku hadapinya
kenapa harus ku temuinya

ku cari kedamaian...
kedamaian dalam hatiku
kedamaian dalam jiwaku
kedamaian dalam fikiranku
kedamaian dalam hidupku

ku cari kedamaian...
ku cari kedamaian...
ku cari kedamaian...

bagaimanakan ku hadapi
segala cabaran dan rintangan
yang merintangi perjalanan hidupku
selagi tidak kutemui kedamaian

ku cari kedamaian...
ku kembali ke jalan yang sebenar
ku kembali tunduk dan patuh kepadaNYA
ku sebak mengingati perjalanan hidupku
ku serik untuk sekiankalinya
ku kembali sekali lagi

ku cari kedamaian...
oh..diri yang sentiasa lemah
lemah dengan segala godaan duniawi
di saat kau kelemasan
baru kau ingat kepada Azali
kau memang sentiasa lupa
insaflah wahai jiwa

ku cari kedamaian...
ku harap kan kutemui jua
ku harap ia akan terus abadi
ku harap ku temui dalam keadaan suci

ku cari kedamaian...
kan ku terus mencari
sehingga aku sudah tidak berdaya lagi
akan ku hadapi
segala dugaan yang merintangi
ya allah..kuatkan lah diri ini

Thursday, December 3, 2009

benda alah yang menarik..hikhikhik



apakah benda alah itu..?? benda yang dimaksudkan tu ada dalam gambar di atas. tapi yang menarik adalah tulisan kat papan hitam tu.

"the important thing is not to stop questioning".

tulisan tu membuatkan macam-macam benda ku fikir dalam kepala ini. pertamanya kenapa imej pokok yang digunakan. kenapa ayat yang digunakan tu negatif..? tapi perasan tak benda alah tu telah meninggalkan pelbagai persoalan di minda orang yang melihatnya. sama seperti maksud ayat yang tertulis disitu. begitu unik sekali idea meletakkan benda alah ni. maaf terpaksa guna nama "benda alah" sebab tak tahu apa namanya.

teringat pula kat safiy. anak sulung kakak yang berada di kampung. dia ni suka bertanya macam-macam sampai atok n neneknya tak larat nak melayan. biasalah budak-budak kan. orang kata kanak-kanak yang banyak bertanya ni bijak orang nya. mudah-mudahan menjadi seorang insan yang bijak dari segala segi yang baik.

tetiba teringat..segala persoalan tu muncul dari dalam otak. otak yang mempunyai akal untuk berfikir. sungguh unik sekali penciptaan otak ini. bersyukur kepada ALLAH swt yang telah menciptakan segala kejadian di langit dan dibumi. sesungguhnya allah menyuruh kita berfikir akan setiap kejadianNYA. supaya kita merasa insaf serta tunduk dan patuh kepadaNYA. ya allah..jadikanlah aku seorang insan yang mengikut jalanMU yang sebenar ;)

kisah disuatu senja...

petang tadi pergi makan dengan hazwan. owh..petang tadi selera makan saya sudah datang kembali. semalam angin tak berapa betol, jadi selera pun tak betol. saya harap dengan pertambahan selera ini dapat menaikkan susuk badan ku yang kian slim dan langsing ini. hikhikhik. disebabkan petang tadi hujan, rancangan kami untuk joging mengelilingi kampus terbantut. kami tukar plan tersebut ke sebuah warung di depan kampus. sunyi sepi je warung tu sebab student universiti tak ada. maklumlah sekarang ni tengah cuti semester (1 bulan). tengah-tengah tunggu makanan sampai..kami ternampak pelangi yang indah. hah...apa lagi jom layan...


haah..nampak tak pelangi disebalik layar puteh tu. boleh nampak suku jelah. sebab lengkungan pelangi tu besar.


ni gambar diambil secara menegak. saja nak cari angle yang lain. tapi malas lak nak bangun dari kerusi.


ni lak..budak yang bernama hazwan. ntah apa laa dia dok merenung panjang tu. dia ni housemate yang suka menyanyi dan main gitar (gitar pinjam). owh..dia ni budak lagi walaupun nampak muka macam mature. hikhikhik


erm..yang ni pulak santapan kami petang tadi. sup daging dan tomyam campur plus telur dadar. minum air milo n kopi (dua-dua suam). tapi menyesal lak order sup daging. bukan tak sedap tapi sebab daging. sebenarnya perut ni dah penat nak proses daging. yelaa...masa raya aritu dah teruk perut ku kerja untuk menghadam semua daging yang di makan. adeehh..malam ni pun nak wat keje jadik susah. nape ye? sebab perut dah terlampau kenyang. aarrrkk (sendawa). alhamdulillah. syukur ya allah atas rezki yang kau beri padaku hari ini ;)

nothing...

assalamualaikum wbt...

selamat hari raya aidiladha 1430H.
selamat berkerja
selamat bergembira
selamat segala-galanya
sebab tak tahu nak tulis apa
jadi ucaplah selamat untuk semua
moga semua hepi dengan cara hidup masing-masing

Monday, November 23, 2009

oh...streamyx



mungkin ramai yang tertanya mengapa saya sudah lama tidak "online" samada di facebook, yahoo massenger, blogspot serta di laman-laman lain. semua ini gara-gara service dari streamyx yang sungguh mengecewakan hati. oh...sungguh cukup tidak memuaskan hati.kecewa dan kadang-kadang marah. cukup tidak puas hati bila beberapa aduan yang dibuat tidak disusuli dengan tindakan. jika ada tindakan sekalipun, kenapa sampai hari ini (hari kelima) kami tidak dapat menggunakan internet...??!!

p/s: (gambar kura-kura)ini bukan soal kelajuan sahaja yang lembap tapi service pun begitu juga. kami punya kelajuan sepatutnya 1Mbps tp...(sambung sendiri)

oh..sekarang ini berinternet kat office =)

Tuesday, November 10, 2009

uNleaShing opPorTuNitiEs



lama betul tak update blog ni. baru je lepas update blog dengan tajuk yang sudah lama terperap tanpa di "publish". kat sini nak bagitahu yang saya akan berada di PWTC hujung minggu ini. sempena My Career Fair 2009. 13-15 nov 2009. jangan salah sangka. saya ke sana bukan untuk mencari peluang pekerjaan tapi menawarkan peluang pekerjaan kepada yang berminat. wah..rasa cam hebat lak (sekadar gurauan) apabila dapat menawarkan peluang pekerjaan dikala kegawatan bidang pekerjaan dikalangan siswazah.

sebenarnya saya ke sana bersama rakan baik di bawah company public mutual. kami akan berada di booth public mutual pada hari ahad jam 10-2.30 sahaja (mengikut giliran yang ditempah). jadi rakan-rakan yang nak jumpa dan bertemu muka boleh hadirkan diri ke sana. tak kisahlah nak berjumpa atas alasan public mutual atau tak. saya sedia melayani anda di sana. jadi sekarang ini saya nak buat persediaan barang-barang untuk ke sana. sapa nak tolong saya kemas barang sila angkat hidung..huhu

Wednesday, November 4, 2009

Jom KitE ke MasJid...



pernah tak terfikir..masjid yang di bina besar-besar semuanya tapi orang yang mengunjungi (solat) tak pernah penuh kecuali sewaktu solat jumaat dan sunat hari raya. kenapa ye? adakah kerana kurangnya kesedaran dikalangan kita atau kita yang buat-buat tak sedar..? adalah tidak layak untuk saya bercakap berkenaan perkara ini kerana saya tidak merujuk pada mana-mana isi kandungan al-quran dan tidak juga merujuk kepada mana-mana hadis shohih. cuma sekarang ini saya ingin berbicara solat berjemaah di masjid dari perspektif saya sendiri.

saya masih ingat lagi di zaman kanak-kanak, saya selalu ikut ayah ke masjid. kadang-kadang saya merasa terpaksa untuk ikut ayah ke masjid dek perlu meninggalkan babak kemuncak cerita animasi kegemaran. tapi lama-lama ia menjadi suatu kebiasaan untuk solat berjemaah di masjid. pada satu-satu masa saya pula yang mengajak rakan sebaya sekitar rumah untuk sama-sama solat berjemaah di masjid. owh indahnya mengimbau kenangan waktu itu. berbasikal sama-sama ke masjid.

semakin hari semakin dewasa dan semakin biasa saya ke masjid. kadang-kadang saya terfikir, ikhlaskah saya ke masjid waktu itu. apa yang saya ingat, saya perlu pergi ke masjid kerana ayah selalu berjemaah di masjid. kalau tak pergi mungkin saya akan ditegur oleh ayah atau mak. bagi saya ia merupakan suatu rutin biasa kehidupan waktu itu. sehinggalah saya keluar dari lingkungan kawalan keluarga. yaa..saya bebas. tiada siapa akan mengawal saya lagi. saya berhijrah ke Kuala Lumpur (melanjutkan pelajaran di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya). itulah kali pertama saya rasa suatu kebebasan. namun begitu amalan solat berjemaah masih lagi diteruskan cuma kadang-kadang memang "missed" juga. kemudian saya berhijrah pula ke negeri johor. di sini lah saya rasa bagaimana saya semakin jauh dengan kawalan dan saya yang menentukan cara hidup saya sendiri. hidup umpama pasang surut air laut. begitulah saya sepanjang tempoh tersebut. kadang-kadang baik dan ada pula yang tak bagus. solat berjemaah pun begitu dek leka dengan rakan-rakan dan hiburan sekeliling.

di suatu saat, di mana tiada lagi orang yang kawal dari pelbagai aspek, saya terfikir berkenaan solat berjemaah di masjid. waktu itu saya sudah berada di rumah sewa sendiri. dan rumah tersebut tidaklah jauh dari masjid. namun saya rasa hanya beberapa kali saya berjemaah di sana. masa tersebut terfikir perlukah aku ke masjid? kenapa aku perlu berjemaah ke masjid? dan segala macam persoalan. dan buat sekelian kalinya saya pergi juga ke masjid untuk solat berjemaah. dan alhamdulillah saya dapat menunaikan solat berjemaah di masjid tanpa rasa didesak atau terdesak.

persoalan difikiran saya tidak berhenti disitu sahaja. saya masih lagi berfikir tentang masjid. dari situ segala macam persoalan saya terjawab. alhamdulillah hidayah dari allah swt. bermula saat itu saya rasa begitu senang sekali untuk berjemaah ke masjid..

kenapa perlu ke masjid dan solat berjemaah..?
sebabnya banyak hikmah tersembunyi yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. namun begitu ada kajian yang dijalankan membuktikan bahawa solat berjemaah ini dapat menstabilkan cas-cas pada diri kita melalui persentuhan dan geseran antara para jemaah. selain itu ikatan ukhwah antara jemaah (penduduk setempat) akan bertambah erat. itulah juga punca kekuatan umat kita untuk bersatu padu. tapi hari ini lihatlah bagaimana ikatan ukhwah ke kesepaduan sesama kita..

kenapa susah sangat nak ke masjid...?
sudah tentu terlalu banyak sekali alasannya. alasan paling popular adalah penat dan perlukan rehat, tiada kenderaan sesuai nak pergi ke masjid, segan sebab biasanya orang yang alim dan sekolah agama je yang ke masjid, solat dirumah pun boleh kan dan bermacam-macam lagi...

semua alasan-alasan tersebut cukup kuat sekali kerana ia dibantu oleh suara-suara ghaib yang memang tidak sukakan kita ke masjid. alasan penat dan perlukan rehat adalah paling tidak munasabah sekali kerana solat itu merupakan kerehatan yang hakiki. dengan solat itulah kita rehat dari berfikir segala macam perkara dunia dan mengabdikan diri kepada yang Maha Berkuasa. melalui gerakan solat itulah juga merupakan senaman bagi segala macam otot-otot di badan setelah penat bekerja. jadi apakah solat bukan suatu kerehatan yang cukup bermakna untuk diri kita..?

bagi yang beralasan kenderaan pula juga sama. kenapa ada alasan sedemikian. bagi mereka setakat nak ke masjid takkan nak naik kereta kot. dah laa minyak mahal dan segala macam alasan. oh..tidakkah mereka terfikir sepatutnya mereka ke masjid dengan kereta kerana kereta itu rezeki anugerah Allah kepadanya. dengan kereta juga kita dapat membawa beberapa ramai orang lain bersama ke masjid. kalau kereta mewah lagi laa bagus, ini dapat menonjolkan imej muslim sebagai umah yang hebat. dengan berjalan kaki pun allah berikan ganjaran pahala mengikut kadar langkah kakinya. inikan pula dengan kereta dan membawa orang lain berjemaah. oh banyaknya ganjaran yang diperolehi. dan tak salah pun kalau kita nak ke masjid dengan berjalan kaki ;)

susah benarkah nak solat berjemaah di masjid..?

oh susah atau senang itu terpulang kepada kita sendiri. ada yang memberi alasan pakaian yang kononnya tak sesuai untuk solat. erm..kalo tak sesuai untuk solat bermakna tak sesuai juga untuk dipakai ke mana-mana. jadi kenapa nak perlu pakai baju melayu dan berjubah baru nak ke masjid..alasan laa tu. satu lagi dalam bab pemakaian ni, isu ini tidak sepatutnya timbul. kenapa solat di masjid perlu pakaian yang proper (baju melayu, kopiah, jubah dll) tetapi dirumah tidak sedemikian rupa. ini kerana kita sudah terjebak dengan kancah riak secara tidak sengaja. sepatutnya solat dirumah pun perlu sama sebagaimana kita ke masjid barulah tenang dan damai solat kita itu.

alasan segan adalah sebab tak biasa. saya bersyukur sangat-sangat kepada ayah dan mak yang mendidik saya sedari kecil untuk solat berjemaah di masjid. sejauh mana hidup saya lari dari jalan kebenaran namun saya akan tetap kembali ke jalan yang sebenar. barulah saya meyedari, mendidik ini bukanlah senang. perlukan satu paksaan. bayangkan ibubapa saya tidak memaksa saya ke masjid waktu kecil dahulu. adakah saya akan ke masjid? saya rasa sudah tentu saya akan gunakan alasan "aku segan laa, lagi pun aku tak biasa ke masjid". mendidik ini umpama bagaimana orang mengubah pokok bonsai. ye pokok bonsai yang kecil dan cantik sekali. bagaimana ia dipaksa untuk membentuk sebagaimana kehendak tuannya. dan akhirnya lahirnya pokok bonsai yang mahal harganya..



hmm..dah masuk waktu dah ni..
jom kita ke masjid =)
.:inspirasimuhsync:.
Related Posts with Thumbnails