i k l a n

Monday, March 21, 2011

kehidupan seorang unit trust consultant

Aku hanya ada Hari Ini

SUDAH TIADA MASA LAGI


Mengenangkan hari-hari yang berlalu dan akan datang, ku rasakan kematian itu begitu hampir dan semakin dekat dengan ku. Aku tak tahu mengapa aku berfikir demikian, mungkin sebab kesihatan ku sekarang ni kurang baek, mungkin disebabkan merasakan saat demam urat tempoh hari yang agak kritikal dan aku membayangkan saat roh dicabut dari badan. Adakah sesakit itu atau tiada bandingannya dengan kesakitan di masa hidup? Masa tu aku berserah segalanya kepada Allah swt. Mungkin juga mengenangkan saat aku batuk sampai termuntah-muntah, saat itu merasa bahagian abdomen ku begitu sakit dan perit sekali. Mungkin juga disebabkan aku hilang nikmat bercakap. Aku memang tak boleh berpisah dengan bercakap. Tugas aku bersyarah memang memerlukan aku bercakap, membuat sale atau membuat konsultasi perancangan kewangan juga memerlukan aku bercakap. Memberi ceramah motivasi atau menjadi jurulatih kursus juga perlukan suara ku. Dan amatlah perit sekali bilamana aku terpaksa diam sepanjang masa, lebih banyak mendengar tanpa memberi respon dan langsung tak dapat menyampaikan pandangan ku melalui kata-kata. Apa lagi yang aku ada..? Apa lagi yang aku ada..? apa lagi yang aku ada.? Apa lagi yang aku ada selain dari MASA yang ada. Jadi aku harus menggunakan masa yang ada itu kerana AKU SUDAH TIADA MASA LAGI

Gurindam kehidupan

Suatu ketika dahulu,
Aku terlihat sekuntum bunga rose,
Cantik sungguh kelopaknya dan sungguh harum sekali baunya,
Aku cuba dapatkan bunga itu namun hampa,
bunga itu hadir sekadar menyebarkan harumannya,
Sementelah itu ia pergi jauh,
Maka tinggallah aku tercari-cari bunga rose yang hilang.
Masa berganti waktu,
aku dihadiahkan pula dengan sebiji mutiara,
Sukanya hati dapat suatu yang berharga lagi pujaan ramai,
Hari berganti minggu,
Minggu berganti bulan,
Bulan berganti tahun,
Tahun menjadi bertahun-tahun,
aku terlalu asyik dengannya,
Sehinggakan tidak ku sedar ramai yang ingin mencuri mutiara milikku itu,
Aku fikir Mutiara sudah dalam genggaman,
tidak ku risau lagi kerna pasti aku menjaganya terbaek mungkin,
Namun tidak ku sedar mutiara itu yang telah pergi dari aku,
Tidak ku pasti samada aku yang lalai lalu ku kehilangannya,
Ataupun mungkin ia bukan milikku lagi,
Apa yang pasti ia memang bukan milikku lagi,
Rupanya ia bukanlah hadiah buatku tetapi hanyalah pinjaman sedetik waktu,
Sekali lagi aku kehilangan suatu yang berharga dalam hidupku,
Oh kehilangan ini cukup menyentuh hati,
Kalau boleh ingin sekali ku dapatkan kembali mutiara itu,
Tapi apa dayaku bila ia sudah jadi milik orang baru,
Aku hanya mampu lihatnya dari jauh,
Dalam hati berharap ia akan jadi milikku lagi,
Walaupun itu suatu yang memang tak akan berlaku,
Sungguh berat untuk aku.
Sekali lagi aku tercari-cari suatu yang tak pasti,
Ramai yang ingin memberi hadiah lain buat pengganti,
Tapi aku sudah tidak pasti lagi,
Bagi aku biarlah masa dan waktu yang menentukan,
Akan tiba jua waktu hadiah sebenar untuk diriku,
Aku sudah tidak mencari lagi,
Namun aku bersyukur,
Dalam tidak mencari aku menemui suatu hadiah yang tidak ternilai harganya,
Istimewa sungguh hadiah kali ini,
Nilainya melewati harga seluruh alam semesta ini,
Tidak ternilai untuk sebarang tahap penilaian,
Sungguh tidak ku duga,
Yang patah tumbuh berganti,
Tapi bergantinya ini sungguh bezanya,
Akan ku jaga ia setiap detik dalam hidupku,
Tidak ku risau untuk orang mencurinya,
Kerna belum tentu ada orang yang boleh mengambilnya,
Kerna ia adalah hadiah,
Kerna ia adalah Anugerah dari NYA,
Kerna ia adalah dari Allah swt



p/s: kura-kura tu single, ada sape nak jadi teman dia tak

Friday, March 18, 2011

ke mana menghilang..?


sejak menajadi pensyarah part time ni memang tak dinafikan aku agak banyak keje yang perlu diselesaikan. Ditambah lagi dengan urusan-urusan kerja peribadi di luar yang menuntut aku untuk sentiasa berusaha membuat yang terbaek termasuklah menyampaikan kuliah yang terbaek kepada student ku. ini merupakan pengalaman yang best walaupun aku tak pasti lagi samada nak terus menceburi bidang ini atau sebaliknya.

ke"best"san menjadi pensyarah dan membuat kerja luar tergugat seketika dek aku diserang oleh gejala batuk dan demam. agak-agak dah nak masuk sebulan. masa demam tu aku rasa macam nak mati je dan masa tu gak memang rasa yang saat kematian tu dekat je dengan aku. so perlu sentiasa bersedia. begitulah betapa teruknya aku nyer demam. dalam tempoh sebulan yang lepas 2 kali aku kena demam yang sama..memang ujian dan penghapus dosa betol.

gejala batuk pula memang kritikal. seingat aku tak pernah pula kena batuk begini teruk. saat yang paling teruk adalah bila aku cakap sepatah kemudian akan disambung oleh batuk 2,3,4,5,9...99x patah batuk. Maksudnya memang aku tak leh bercakap. bercakap je batuk. bayangkanlah ujian aku masa tu, kerja aku semuanya melibatkan bercakap (bersyarah dan memberi khidmat konsultasi). Sale aku bulan lepas merudum..!! leader aku bising. kuliah aku terpaksa tangguhkan. tak tahan sangat pegi klinik. disebabkan batuk aku ni sudah melebihi 2 minggu, prosedur mengkehendaki aku menghantar sample kahak selama 3 hari berturut-turut. result analisis akan keluar dalam masa seminggu. Orang kat klinik cakap kalo result kahak tu positive (ada virus dll) diorang akan panggil aku balik. tapi sekarang ni dah lebih berminggu-minggu dah.
batuk pun masih ada tapi tidak terlalu kritikal seperti di tahap awal aritu.

sekarang ni aku sibuk menyiapkan soalan final exam untuk student-student aku. pergh...memang mencabar kreativiti aku untuk membina soalan. di samping tu aku tengah menyiapkan bahan kuliah yang terakhir untuk turn aku (aku gilir-gilir bagi kuliah ngan kawan).

secara ringkasnya aku leh cakap keje-keje lain yang sebelum ni aku dok sibuk cari tu memang terpaksa diketepikan dulu. utamakan yang lebih utama.

p/s: ya allah jika kehidupan ini lebih baek untuk aku maka hidupkan dan panjangkanlah umurku, jika kematian itu lebih baek untuk ku maka matikanlah aku dalam keadaan iman yang sempurna. amin

Sunday, February 27, 2011

puasa TV


NIAT PUASA TV:
Sesungguhnya aku berpuasa TV 24/7 dengan menjauhi perkara-perkara yang dilarang kerana Allah swt

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG:
1. melihat rancangan-rancangan tv berbentuk hiburan semata-mata tanpa ada motif untuk kebaikan
2. melihat berita-berita yang berbentuk menyebelahi sebelah pihak dan menonjolkan keburukan pihak lagi satu
3. melihat rancangan tv yang kononnya berilmiah tetapi pada masa yang sama menonjolkan bentuk tubuh badan pengacara wanita yang kononnya berimej islamik
4. melihat iklan-iklan pelangsingan badan yang diselitkan dicelah-celah rancangan ilmiah
5. melihat cerita kartun yang kononnya untuk anak-anak tapi telah diselitkan dengan watak-watak kartun yang berpakaian tidak sopan dan bakal mempengaruhi minda dan jiwa anak-anak
6. melihat drama bertema kemasyarakatan yang kononnya untuk tujuan pengajaran namun hakikat sebenar jauh tersesat mengheret masyarakat untuk turut membuat perkara yang sama
7. melihat rancangan yang memaparkan kejatuhan akhlak artis-artis iaitu suatu golongan yang majoritinya berbangsa melayu dan pada kad pengenalannya beragama islam itu kononnya bekerja mencari rezeki yang halal, mahu mempamerkan bakat seni masing-masing dan memberi hiburan berkesan kepada penonton sedangkan pada masa yang sama kita yang menonton ini tidak pernah menegur tentang kesilapan mereka itu malah boleh dikatakan kita telah terbabit sama menyokong mereka secara tidak langsung.

PERKARA-PERKARA YANG DIHARUSKAN:
Melihat rancangan ilmiah seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Usrah, Al-Kuliyyah, Forum Perdana Ehwal Islam, Halaqah, Al-quran dan Adik-adik, Akademi Al-Quran (eh semuanya kat tv9 jek..tv alhijrah tak dapat channel lg)
**tengok rancangan yang disebut di atas dah cukup bagus tapi pada masa terselit juga iklan-iklan yang mempamerkan bentuk tubuh model-model iklan (apa nak buat, model tu mahu bekerja untuk cari rezeki yang halal)

HIKMAH PUASA TV:
1. Tiada kerugian sedikit pun untuk setiap orang malah memberi manfaat kerana jiwa dan pemikiran kita tidak dipengaruhi langsung oleh dakyah hasutan syaitan
2. Memenuhi syariat untuk kita mendengar perkara yang betul dan benar sahaja, melihat perkara yang baik-baik dan menundukkan pandangan bila terpandang perkara yang mungkar
3. Info tentang dunia tidak akan tertinggal sebabnya kita mempunyai alternatif lain seperti surat khabar dan internet (kita boleh memilih melihat apa yang kita nak sahaja dan kita boleh menolak apa yang kita tak nak)
4. TV merupakan suatu alat hipnosis yang paling hebat dan merupakan suatu alat propaganda bagi suatu pihak berkepentingan, dengan membuat keputusan untuk membuat pilihan sendiri kita dapat menghindarkan diri dari terjerumus dalam dakyah propaganda pihak tertentu dan yang paling mustahak jiwa dan pimikiran kita tidak akan lagi “dipukau”
5. Dapat menjaga iman dan islam untuk diri dan keturunan sebab iman dan islam itu merupakan anugerah atau hadiah yang cukup berharga dari Allah buat diri yang bergelar hamba Allah
6. Menjimatkan bil elektrik
7. Memberi masa yang lebih untuk kita melaksanakan perkara yang lebih bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan di akhirat
8. Tak payah nak gaduh lagi untuk berebut channel kegemaran masing-masing :P

PLAN OF ACTION
Mesti korang yang selalu berdampingan dengan tv merasakan ia suatu perkara yang mustahil. Suatu ketika aku pun begitu juga, tapi setakat hari ini (hari aku menulis) telah 2 minggu aku berpuasa tv. Alhamdulillah rasanya aku tidak ketinggalan apa-apa informasi malah merasakan diri lebih tenang dan bebas. Aku hanya melihat perkara-perkara yang harus sahaja (seperti yang disebutkan di atas). Bila kita meninggalkan sesuatu tabiat maka kita harus menggantikan dengan habit yang lain bagi mengelakkan kita terbuat kembali habit yang lama itu. Bagi aku, lebih banyak menghabiskan masa yang ada itu dengan membaca buku-buku yang cukup banyak tersusun di rak buku yang rasanya ada 2,3 buah yang belum sempat ku habiskan bacaan.

Bagi yang ada anak pula, janganlah dijadikan sebagai alasan untuk meninggalkan anak bersama dengan tv. Adakah kita mahu jiwa dan pemikiran anak kita rosak dan jauh dari akidah islam? Bila jiwa dan pemikiran rosak maka akan mengakibatkan lahiriah dan juga perlakuan anak itu turut rosak. Walaupun kartun itu kononnya untuk kanak-kanak, tapi lihatlah kembali siapa yang membuat kartun-kartun tersebut? Adakah ia dari budaya, adat dan agama kita? Sudah tentu majoritinya ia bersumber dari luar negara yang langsung tidak sama dari segi budaya, adat dan agama kita. Jadi tidak hairanlah kalo ada anak gadis belasan tahun masih lagi berpakaian seperti barbie..!!! ingatlah juga, anak-anak itu seperti kain putih. Kalo kita mencoraknya dengan imej-imej kartun di tv maka kesudahannya juga akan begitu. Maka sudahkah kita bersedia untuk menanggungnya di akhirat kelak?? Kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita diamanahkan.

Bagi yang masih single mingle dan muda remaja seperti aku, inilah masanya untuk kita mula mencorak nasab keturunan kita. Ia bukanlah terlalu awal untuk kita mula memikirkannya malah agak terlewat untuk yang masih belum memikirkan tentang keturunan masing-masing. Mengambil iktibar dari kisah kejayaan sultan muhammad al-fateh (dialah sebaik-baik raja dan mempunyai sebaik-baik tentera). Kisah usaha kejayaan beliau bukannya bermula dari saat kelahiran tapi bermula dari zaman datuknya lagi kemudian diteruskan oleh ayahandanya dan beliaulah hasil terbaik yang dapat melaksanakan misi yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah saw 800 tahun (kalo tidak silap) sebelum kejayaan sebenar sultan muhammad al-fateh menawan kota konstantinopel.

p/s: bebaskan kehidupan dari segala kokongan. seSape yang cakap semua perkara di atas ni tak betul / tak dapat nak tinggal tv maka itu sudah cukup untuk membuktikan diri orang tersebut telah terkena hipnosis tv (pukau) yang mana frontel lobe dalam kepalanya telah rosak secara tidak sedar :P

nak dijadikan cerita..huh


Inilah punya cerita, nak dijadikan suatu kisah alkisah maka tersebutlah suatu hari di hujung minggu di hari ahad. Aku dengan bersemangatnya bangun pagi-pagi, bersenam dan sempat jog satu pusingan kat taman. Disebabkan ini adalah hari cuti aku pun merancanglah aktiviti yang sesuai untuk aku laksanakan dihari tersebut supaya kehidupan ku di hari tersebut tidak tersasar. Dipendekkan citer, waktu tu aku masih lagi dalam tempoh menyiapkan thesis master. Jadi aku telah merancang untuk menyiapkan thesis tersebut kemudian mencetak thesis tersebut sebanyak tiga salinan. Proses membetulkan thesis berjalan lancar since itu merupakan pembetulan terakhir sebelum dihantar kepada examiner. Dan tibalah masanya untuk mencetak hasil thesis aku ni. Disebabkan thesis aku ni setebal 156 muka surat maka aku mencetaknya secara sedikit-sedikit. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlaku kesilapan teknikal pada helaian yang dicetak dan kebetulan cartridge color printer aku tu pun dah kurang. Jadi adalah langkah terbaek buat begitu. Cartridge hitam pula baru je ditukar minggu lepas. Anythings happen aku dah prepare cartridge color yang baru sebijik. Namun segala telahan aku dan perancangan aku nampaknya tidak terjadi. Yang terjadi adalah sebaliknya. Sebenarnya yang habis adalah ink hitam..apakah..!!! mana nak cari kedai komputer yang buka di hari ahad. Aku pun dengan berharap ada suatu yang baik untuk aku cuba juga keluar ke pekan berhampiran. Mana tau kalau-kalau ada kedai yang bukak. Sampai je aku kat kedai yang dimaksudkan memang sah ada kedai yang bukak. Aku dah boleh tersenyum. Aku bagitau la si pekedai tu spec cartridge yang aku nak. dari jauh dah nampak no siri yang aku nak. TAPI...!! tetiba pekedai tu cakap dah abis dan tiada stock. Rupanya stock yang aku nampak tu adalah untuk cartridge color. Cesss...color watpe. Kat rumah aku pun ada..hhehe. aku terus mencari lagi kedai lain yang mungkin ada jual tapi hasilnya memang itulah satu-satunya kedai komputer yang buka pada hari ahad. Aku pergi kat pasaraya wellward dengan itulah satu-satunya harapan aku yang terakhir. Sesampainya aku kat atas tu, rupanya ada dua orang budak sekolah tengah cari ink printer juga tapi lain jenis. Tapi cartridge yang aku nak tu tetap juga tak ada. So dengan keadaan yang redha dan inilah suratan ilahi maka aku pun pulang semula ke rumah...sekian

Saturday, February 26, 2011

Wasiat


Opss..agak gerun topik ini hari.
Aku selalu berlawak dengan kawan-kawan tentang wasiat.

“kalo ko dah mati nanti, ko nak wasiatkan apa kat aku..”
“pe kata kalo ko wasiatkan motor ko atau kete ko ker..”
“disebabkan ko takde pe2, pe kata kalo ko wasiatkan pendrive untuk aku..hehe”

Itulah perkara yang selalu aku joke ngan kawan-kawan bila sesorang kawan buat-buat gaya sakit. Benda ni tak terkecuali terkena kat aku kembali. Sometimes aku terfikir, betol jugak kan. Kalo aku mati apa benda yang aku leh wasiatkan selain motor comel, henfon motorola, laptop lenovo, hardisk samsung, cermin mata, beg sandang yang best, jam tangan aries gold atau apa lagi yer barang yang lebih berharga dalam hidup aku?

Serasa aku, aku tak punya begitu banyak barang berharga dalam hidup. Bagi aku apa yang berharga sekali adalah aku ada Allah dan rasulullah saw. Selain itu aku ada cik (panggilan mak aku) dan ayah serta kak, abe, kaktie, kakje, na, ipar-ipar ku, anak-anak sedara aku, sedara mara ku, sahabat-sahabatku serta sedara-sedara seakidah dengan ku. Perghh..panjangnyer

Kembali kepada topik perbincangan tentang wasiat, sebenarnya kalo boleh aku nak wasiatkan segala ilmu, buah fikiran, idea-idea, kemahiran dan perkara-perkara baek yang ada pada diriku ini kepada semua orang. Tapi mungkinkah ia menjadi suatu yang boleh aku lakukan? Susahkan...

Merasakan saat kematian itu terlalu dekat dengan ku, aku tidak boleh berlengah lagi untuk tidak melakukan kebaikan melainkan perlu dan wajib untuk aku melaksanakan perkara-perkara yang baik ini untuk aku tinggalkan sebagai tanda kenangan aku di dunia ini.

Ya Allah sejahterakanlah kehidupan ku di dunia ini dan di akhirat sana..amin ya rab
Related Posts with Thumbnails