i k l a n

Monday, April 23, 2012

mengimarahkan masjid


Alhamdulillah (syukur pada mu Ya Allah) atas kesempatan dan kekuatan yang Allah kurniakan dapat aku menghadiri satu majlis rehlah dakwah bersama tetamu kehormat habib umar ben hafidz di masjid UTHM. selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad saw serta keluarganya, majlis yang ringkas begitu mengujakan. disebalik keterujaan itu terselit suatu ketenangan yang cukup indah. 

aku begitu teruja masjid baru uthm itu dipenuhi oleh makhluk yang bernama manusia disetiap sudut. dari tingkat bawah sampai atas. ramainya makhluk itu berganda-ganda melebihi makhluk yang hadir pd waktu solat jumaat. jangkaan kehadiran oleh pihak penganjur adalah seramai 10 ribu umat manusia yang beragama islam tanpa mengenal bangsa dan fahaman politik kepartian. itu baru makhluk manusia. aku tidak tahu tentang kehadiran makhluk yang diberi nama malaikat. al maklumlah malaikat yang hadir dimajlis halaqah ilmu akan membuat halaqah ilmu itu berturutan sampailah kelangit. jadi tidak hairanlah dibalik keterujaan aku dengan penuhnya masjid dengan makhluk manusia wujudnya ketenangan yang cukup indah. 

antara pesanan habib umar:
sentiasa mengimarahkan masjid, setiap langkah kita masjid akan diganjari pahala. akan ada malaikat yang mengenal orang yang selalu ke masjid. jika dia sakit dan tak dapat ke masjid. malaikat tersebut akan datang menziarahi. dan jika dia mati, malaikat tersebut akan menziarahi jenazahnya dan sama-sama menghantar janazahnya  ke perkuburan. 

balik dari majlis
sempat berebut amik nasi beryani. tapi masa sedang keluar dari parking kereta, kereta aku tersekat dek banyaknya pula makhluk kenderaan yang pelbagai no platnya. ada yang plat singapura. wahhh...orang singapura pun sanggup datang ke sini untuk mengambil peluang bertemu dengan orang alim yang dalam batang tubuhnya mengalir darah keturunan rasulullah saw. alangkah ruginya orang kita yang duduk dekat area sini tak datang. insyaAllah lain masa kita sama-sama rebut peluang yang ada. itupun kalo roh masih lagi dalam tubuh. 

pesanan dari penaja:
sesungguhnya yang menghidupkan masjid itu adalah majlis ilmu.
majlis ilmu yang menyatakan kebenaran itu begitu manis. seperti manisnya gula yang dihurungi oleh semut-semut. 

jadi tak heranlah jika kita tengok majlis ilmu bersama ustaz azhar idrus memang penuh makhluk dalam masjid. aku pernah sekali hadir ceramah ustaz azhar ni. kebetulan balik kg dan dia dtg berceramah di masjid di kampung. memang luar biasa penuh dengan makhluk yang tak pernah nampak batang hidungnya selama ini

Komen dari pelajar


Alhamdulillah minggu lepas (masa entri ini ditulis) pelajar telah mula mendapat markah masing-masing. Mungkin akan ada yang terkejut atau ada yang tak sangka atau ada juga yang tak puas hati dengan markah masing-masing. Namun itulah yang diperolehi sewajar dengan usaha yang diberikan.

Menyoroti kembali proses mengajar yang lepas, banyak komen dari pelajar yang tidak berpuas hati dengan cara pengajaran aku. Didapati hampir 60% pelajar yang agak tidak berpuas hati dan selebihnya berupa komen yang agak natural dan ada yang positif dengan style pengajaran yang aku lakukan.

Rata-rata komen yang tak berpuas hati disebabkan cara pengajaran yang agak terbuka dan tiada betul serta salah. Ada yang yang dengan begitu tulus menulis hanya datang kuliah untuk tanda kedatangan sahaja. Ada yang membandingkan dengan kursus lain. Ada juga sebahagian yang tidak berpuas hati dengan pengajaran dalam lab dan sebahagian lagi pengajaran kuliah.

Bagi komen yang agak natural dan positif pula, lebih kepada mengucapkan selamat maju jaya, suruh cepat berumahtangga dan mengucapkan terima kasih atas ilmu yang diajarkan. Ada yang begitu positif dengan cara pengajaran yang agak terbuka ini, ada yang memahami yang mereka diajar untuk belajar berdikari bukan dengan cara disuap lagi.

Berbagai-bagai komen yang diperolehi. Aku terimanya dengan tulus. Aku ada prinsip tersendiri dengan gaya dan cara pengajaran sebegitu. Tugas aku adalah mendidik mereka menjadi insan yang dapat berdiri atas kaki sendiri bila berada di alam kerjaya sebenar. Aku mengajar mereka menghadapi realiti sebenar di luar sana. Aku mengajar mereka bukan untuk lulus atau hanya untuk mendapat “A” dalam kursus tersebut.

Rumusan yang aku perolehi adalah SIKAP. Sikap inilah yang membawa kepada AKIBAT. Inilah yang berlaku kepada pelajar tersebut. bagaimana pernyataan sikapnya terhadap sesuatu itu telah diterjemahkan melalui hasil keputusan untuk kursus tersebut. Alhamdulillah aku dapat mengingati hampir semua pelajar dalam kursus tersebut terutama yang agak nakal, bijak, membijakkan diri, suka bertanya dll.

Aku mengajar untuk dua seksyen. Dari komen yang diperolehi didapati pelajar dalam satu seksyen ni agak positif dalam komen tersebut dan bila diamati keputusan keseluruhan yang diperolehi oleh pelajar seksyen tersebut lebih cemerlang berbanding seksyen yang lagi satu. Cemerlang itu dari segi jumlah pelajar yang mendapat “A” dan markah yang terendah direkodkan.

Jadi kita boleh lihat bagaimana pernyataan SIKAP kita terhadap sesuatu akan diterjemahkan kepada AKIBAT yang akan kita perolehi. Ia selaras dengan hukum tarikan (law of attraction). Bagaimana kita fikir, kita cakap dan kita buat akan menghasilkan keputusan yang selaras dengan fikiran, percakapan dan perbuatan kita itu juga. Dalam Al-quran Allah menyatakan “Allah bersama sangkaan hamba-hambanya..” jadi ayuh kita tukar prasangka yang ada dalam diri kita, tukar cara fikir, cara cakap dan cara kita bertindak.

Semoga apa yang kita FIKIR, CAKAP dan BERTINDAK adalah selaras dengan syariat ALLAH swt
buat para anak didik ku, sesungguhnya aku meredhai segala ilmu yang telah kucurahkan. 
semoga ALLAH merahmati kalian

Thursday, April 19, 2012

pause

wamakaru, wamakarallah, wallahukhairulmakirin
kita merancang, Allah juga merancang, Allah lah perancang terbaek

sedang mengubah beberapa perubahan perancangan sebelum ini,
tengah cari tune baru :D

Thursday, April 5, 2012

tazkirah

baru ku tahu

ramai yang hisap rokok tak baca basmallah
nak beromen pn tak baca basmallah
nak mencuri juga tak baca basmallah
nak amik duit rasuah pun tak baca basmallah
yang minum arak terus lupa nak baca basmallah

agak-agaknya kalo diorang ni ingat nak baca basmallah,
adakah diorang ni akan teruskan hajat untuk merokok, beromen, mencuri, amik rasuah, minum arak dll.

ingat juga,
mati itu tidak bersyaratkan tua dan sakit
mati itu suatu yang benar dan semua orang membenarkannya

ingat juga,
walau apa pun yang kita lakukan,
kita hendaklah kembali kepada Allah.

kembali kepada Allah ada 2;
1) kembali ke jalan Allah
2) kembali kepada Allah (mati)

apa yang dirisaukan adalah kita kembali kepada Allah (mati) tanpa sempat kita kembali kepada jalan Allah.
nauzubillah

lakukanlah segala perkara bermula saat ini dengan berniat kerana Allah dan kita baca basmallah. Moga Allah redha dengan segala pekerjaan kita dan mendapat rahmat dariNya. insyaAllah

basmallah = bismillahirahmanirahim = dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Wednesday, April 4, 2012

berniaga

rata-rata semua tahu kaum mana yang monopoli perniagaan.
dan tak kurang ramainya yang mengiktiraf kaum ini tentang kepandaian mereka berniaga.
tapi betol ker diorang pandai berniaga? atau ada satu strategi yang dinamakan sebagai MONOPOLI.

aahh..itu semua tak penting. tapi aku memang tak puas hati. sebabnya aku cari kedai jilid thesis semuanya dikuasai oleh kaum ini. dan yang lagi memanaskan perasaan tak puas hati aku adalah bilamana diorang ni takde adab dengan costumer. (ini dah jadi sesi luahan ketidakpuasan hati)

tapi aku takdelah nak kaitkan ngan perkauman pun. sebab ada juga peniaga dari kaum ni yang tersangat friendly dengan aku. cuma bilamana terjadi kes gitu memang agak panas skit la. and then aku istighfar banyak-banyak sebabnya aku baru sedar yang syaitan telah menguasai diri aku. kemudiaan syaitan pun pergi lari jauh-jauh (ohhh...dah mula mengarut).

anyway...orang islam yang beriman lagi bagus cara berniaga. boleh cuba contohi abdul rahman bin auf. sahabat nabi yang sangat pandai berniaga dan KAYA.

sebenarnya aku tengah mencari karya-karya tentang sahabat-sahabat nabi yang kaya. nak ikut jejak langkah mereka. insyaAllah

sesapa yang ada cadangan leh usulkan kat aku tanpa rasa segan dan silu
(silu ni apa..?)

pasal kawen lg

baru aku tahu...
kenapa begitu banyak prosedur untuk berkahwin perlu dilalui. 

jawapannya adalah:
supaya kita rasa betapa susahnya nak kawen. dan kita akan memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil tindakan untuk berpisah or bercerai. 

tapi...
bukan ker yang mudah itu lebih diutamakan atau ia sekadar alasan semata-mata bagi mengabui karenah birokrasi yang berganda.

yang mudah telah disusah payahkan
yang susah akan dibelenggu
yang payah akan berhenti disitu

islam itu indah dan mudah

tawaran phd lg

dulu penah tolak satu tawaran sebab tak memuaskan. kali datang lagi dengan tawaran yang sebijik macam aku nak...tapi masalahnya tajuk belum tengok lagi...kali ni istikharah lebih fokus lagi lah. doakan aku yang terbaek kekawan sekalian

Tuesday, April 3, 2012

hantu menghantui

ada 2 perkara yang menghantui pemikiran aku ketika ini. pertama berkenaan dengan tawaran sambung belajar ke peringkat PhD dan conference paper.

sebelum ni aku dah citer pasal satu tawaran geran penyelidikan, dan sebentar tadi datang lagi satu tawaran geran penyelidikan yang lain pulak. adoiii...dugaan betollah. nak sambung ke tak nak sambung ni. nak rehat dulu ker nak sambung terus..!! nak buat kat sini jugak atau kat tempat lain pulak..!!

citer pasal conference pulak, memang lah aku dah selesai master. tapi aku ada hutang satu paper dengan sv. sepatutnya aku perlu siapkan 4 paper sepanjang sambung master itu hari. tapi yang berjaya aku laksanakan hanyalah 3 paper saja. nasiblah dah ada hantar untuk conference yang bertaraf international jugak. dan sekarang ni aku terpaksa gagahkan diri untuk siapkan satu lagi paper. ini peluang terbaek aku. ICME 2012. yang bagusnya ICME 2012 ni adalah seperti berikut:


All accepted papers of ICME-2012 will be published in the Applied Mechanics and Materials Journal (ISSN: 1660-9336).
Applied Mechanics and Materials (ISSN: 1660-9336) is Indexed by Elsevier: SCOPUS www.scopus.com and Ei Compendex (CPX) www.ei.org, Cambridge Scientific Abstracts (CSA) www.csa.com, Chemical Abstracts (CA) www.cas.org, Google and Google Scholar google.com, ISI (ISTP, CPCI, Web of Science) www.isinet.com, Institution of Electrical Engineers (IEE)www.iee.org

so kira berbaloilah kalo paper aku terpilih untuk conference ni :D 


akan ku ambil peluang keemasan ini..!!
doakan aku jugak :D
Related Posts with Thumbnails