sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Wednesday, May 2, 2012
petua belajar cara orang islam
kali ni aku nak share satu perkongsian dari sdr fetri yahya (pengacara tv3) di fb beliau. satu perkongsian yang menarik untuk dijadikan panduan aku dan korang jugak. lagi lagi sekarang ni aku pun dah dalam mood belajar balik kan. petua ini sangat berbaloi memandangkan ia selari dengan kita yang berugama ISLAM. jangan asingkan kehidupan dengan agama..!!
bacalah dengan rasa seronok untuk menuntut ilmu kerana Allah swt :D
Ucapan seorang pensyarah (pemenang anugerah ) yg tak sempat dihabiskan kerana terlalu sebak. Seluruh dewan terdiam. Saya tuliskan teksnya:
5 Resepi kejayaan dalam pengajian doktor falsafah-
Pertama, dalam apa jua hal yang berlaku, saya menggantungkan seluruh nasib saya kepada Allah. Misalnya, tatkala saya bertembung dengan apa jua kesukaran pengajian, hal pertama yang saya lakukan adalah solat sunat taubat dan solat sunat hajat.
Kedua, saya berusaha sedaya upaya untuk berbuat yang terbaik kepada kedua orang tua dan guru saya. Atas sebab itulah misalnya, saya dikurniakan Allah akan guru yang tidak hanya memimpin saya dalam pengajian tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya jatuh sakit.
Ketiga, saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa bermurah hati baik dari segi tenaga dan wang ringgit kerana di situlah antara punca kemurahan rezeki.
Keempat, saya memiliki perancangan pengajian yang sangat teliti. Bermula dari perancangan tahunan hinggalah kepada perancangan harian.
Kelima, tiada istilah ‘malu’ dalam kamus hidup saya setiap kali saya memerlukan tunjuk ajar daripada seseorang. Kelima-lima resepi inilah mudah-mudahan menjadi panduan kepada teman-teman siswazah sekalian bagi menggapai kejayaan yang lebih gemilang.
stepping out of the comfort zone
semalam cuti hari bekerja, aku tak pegi mana pun. aku dok mengadap lappy ni dan terjumpa lak artikel best yang aku simpan. orang kata tak baek simpan sorang-sorang kan. so aku share ngan korang. bak kata orang jugak lah "sharing is caring". untuk korang baca kat blog ni tak sesuai kot sebab tulisan mmg tak jelas sangat. the best solution adalah korang download gambar ni. jadi mudahlah jugak untuk korang zoom in...nnt kalo rabun jangan salahkan aku pulak. boleh gak kalo nak klik pada gambar dan gambar akan jadi lebih besar dan jelas...
enjoy...
so camne sekarang..adakah kita dah bersedia untuk keluar dari zone selesa? jika dah sedia jom kita bertindak sekarang
weh...nak bertindak ke mana nih?
erk..aku nak ke tandas jap ni...ko nak ikut..?
huhhhh
Lagi lagi lagi lagi sambung belajar
Adakah sambung PhD ini merupakan satu
trend juga untuk orang sekarang seperti mana terjadi untuk ijazah dan master.
Biasanya bila kita tanya freshie kat U Diorang akan jawab sebab semua orang
sambung belajar sekarang ni. Jadi memang benarlah ijazah dan master dah jadi
trend. Kita boleh umpamakan sebegini, bilamana satu ketika muncul gaya tudung
yuna, maka ramai yang tetiba golongan hawa yang bertudung seperti yuna. Bila
ditanya sudah pasti jawabnya adalah gaya orang sekarang.
Aku banyak bertanya orang sekeliling tentang
perspektif mereka tentang PhD. Bagi mereka sambung PhD itu adalah suatu peluang
yang harus direbut. Juga perkara yang harus dicapai bilamana ada peluang. Ini
kerana tidak ramai yang mendapat PhD diumur yang muda. Jadi bilamana masih lagi
diusia muda maka usaha untuk merebutnya perlu direbut. Diusia muda ini tenaga
masih lagi gagah, fikiran masih lagi kreatif, tanggungjawab pun tidak begitu
besar lagi dan yang lebih penting adalah masa dan kesihatan yang agak terjamin
(insyaAllah).
Jadi sekarang ni aku ngah menyiapkan
proposal tajuk PhD aku. Kepada mereka-mereka yang masih lagi berfikir nak
sambung belajar atau tidak. Aku cadangkan untuk korang baca entri dari
keretamayat. Sungguh menarik weh. Membuatkan korang terfikir benar ke tidak fikiran korang tuh
Hepi reading...
Alasan
Dalam kehidupan ini memang jenuh dengan
jutaan alasan. Sebab itu adanya pepatah “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”
Bagi yang rasa dirinya nak berubah dan nak
majukan diri ke depan lebih dari sekarang, maka adalah dinasihatkan untuk kita
mula berubah. Antara perkara yang perlu diubah sekarang ini adalah cuba
mengurangkan alasan terhadap diri.
Cuba sekarang ini kita sama-sama fikir
apakah alasan-alasan yang sentiasa kita berikan bilamana kita nak bertindak
untuk majukan diri. Cuba fikirkan dalam keadaan tenang. Senaraikan semua alasan
tersebut sebanyak mungkin tanpa prejudis dan beralasan lagi. Jujurlah dengan
diri kita untuk memajukan diri ke satu tahap yang lebih dari sekarang ini.
Setelah siap disenaraikan, cubalah baca
setiap alasan tersebut dan mulai saat itu letakkan satu azam dan tekad di dalam
diri untuk tidak lagi menggunakan alasan-alasan tersebut. tindakan selanjutnya
adalah kira alasan yang disenaraikan. Berdasarkan alasan tersebut, ambil
seketul batu yang bersaiz sederhana mewakili satu alasan. Jika ada sepuluh
alasan maka anda perlu ada sepuluh batu.
Batu-batu tersebut hendaklah dibawa ke
mana saja anda pergi. Segala aktiviti dari pagi sampai malam dan sehingga tidur
pun perlu dibawa bersama. Ya..!! ia memang menyusahkan dan menyerabutkan. Tapi
bagaimana kita masih boleh bertahan dengan alasan-alasan yang pelbagai itu
sedangkan ia sangat menyusahkan dan menyerabutkan sama seperti anda perlu
membawa batu-batu itu ke sana ke mari.
Jadi adakah kita suka menyimpan segala
alasan tersebut atau mahu membuangnya? Saya yakin dan percaya kita semua mahu
berubah dan mahu membuang alasan-alasan yang tidak sihat itu. Apa yang perlu
dilakukan adalah tulis semula alasan-alasan tadi di atas sebuah papan lapis
yang nipis. Setelah itu dengan tekad untuk berubah dan tidak mahu lagi
batu-batu alasan itu menghantui diri kita, maka satu tekad yang kuat dan
semangat baru, karate papan lapis tersebut sehingga patah.
Tahniah...kita telah mulakan suatu langkah
baru dalam hidup. Gantikan alasan-alasan yang menyusahkan dan menyerabutkan
tadi dengan alasan yang lebih sihat. Sebagai contoh boleh rujuk di bawah:
Tak minat -> aku harus cari minat baru.
aku akan jadi kaya dengan buat kerja yang aku minat
Tak pandai -> aku harus belajar dan aku
akan jadi pandai dan boleh mengajar orang lain pula
Banyak kerja -> aku kerja kerana aku
pilih untuk kerja bukan sebab aku harus untuk bekerja
Takde duit -> aku harus jadi kaya kerana
aku boleh menambah nilai untuk orang lain juga
Jadi alasan mana yang kita set dalam minda
kita, begitulah yang kita lafazkan kemudian begitulah juga kita akan bertindak.
coretan ini hasil dari pengalaman menjalani kursus berkaitan hukum law of attraction
PTPTN, AUKU, ISA, BERSIH, lynas
Dah lama nak tulis entri pasal benda
alah nih. Tapi asyik tersangkut dek halangan perkara yang perlu diutamakan
terlebih dahulu. isu ini cukup lama jadi bahan perdebatan hinggalah ia
menjadi bahan untuk kepentingan parti politik pulak.
Tapi semua benda ni tak akan jadi
perhatian pihak bertanggungjawab pun jika tidak dimainkan oleh golongan parti
pembangkang. Kalo setakat rakyat marhaen bercakap umpama cerita kedai kopi jek.
Kembali kepada 3 perkara di atas tu... ketiga-tiga isu itu adalah melibatkan
sistem yang boleh sahaja diubah mengikut keperluan semasa bersama dasar
penambahbaikkan. Cukup mudah bukan. Tapi kenyataan nya hari ini isu ini telah
menjadi isu yang memeningkan kepala. Umpama susah sangat perkara yang diminta
oleh rakyat.
Bila difikirkan kembali, memang ada nampak
isu melindungi kepentingan oleh segolongan mereka yang merasa tergugat. Jadi
mulalah segala fakta diputarbelitkan. Tapi rakyat tidaklah bodoh dan rakyat
tidak mahu diperbodohkan lagi. Jika dilihat sekali lagi ketiga-tiga isu adalah
sistem yang boleh diubah. Tapi kenapa susah sangat untuk diubah. Tapi kenapa
isu hukum hudud seumpamanya telah dipermainkan oleh mereka sedangkan hukum
hudud itu adalah hukum yang tidak boleh diubah apatah lagi diperendahkan
pelaksanaannya..!!
PTPTN: hapuskanlah caj perkhidmatan.
Jadikanlah sistem pinjaman berlandaskan islam. Selaras dengan logo ptptn yang
bertulisan jawi. Jadikanlah pinjaman yang membantu anak bangsa untuk mendapat
ilmu yang diberkati bukannya disertai dengan riba lagi.
AUKU: undang-undang itu perlu, tapi
haruslah selari dengan tuntutan semasa. Namun janganlah pula kamu yang
menidakkan undang-undang yang kononnya kamu dokong. Mahasiswa tak boleh
berpolitik tapi kamu juga yang bawa golongan politik masuk ke kampus..!! apakah
ini dikatakan suatu yang adil untuk semua. Bagilah ruang untuk mahasiswa
mencuba, itulah golongan muda yang sentiasa mahu mencuba dan beridealogi. Jika tidak
jangan dinamakan orang muda lagi. Lebih baek semuanya jadi situa bangka.
ISA: aku nampak ada ruang toleransi
bilamana ia dimansuhkan dan dikaji semula. Tapi rupanya ia sandiwara semata.
Rupanya penjenamaan baru untuk mengalih isu supaya nama ISA itu sendiri tidak
boleh dijadikan isu lagi selepas ini.
BERSIH: aku secara jujurnya tak sokong
demonstrasi di jalanan tapi aku menyokong segala tuntutan yang dikemukakan oleh
BERSIH. Kita mahukan suatu akses dan penyampaian maklumat yang adil untuk
rakyat. Bukannya monopoli oleh satu pihak seperti yang berlaku skrg ini. Bagi
aku mudah saja, umpama kita makan tiap-tiap hari lauk yang sama. Lama-lama muak
jugak kan. Lagipun permintaan bersih itu bukanlah perkara yang susah sangat
untuk dilaksanakan. Semuanya melibatkan sistem yang kita sendiri buat. Namun
hari ini kita sendiri yang rumitkan.
Lynas: isu yang antara auta atau fakta.
Satu ia survival masyarakat dan alam sekitar. Satu lagi ia jadi bahan
kepentingan parti politik. Namun bagi aku mudah sahaja. Mencegah itu lebih baek
dari merawat. Umpama teknologi nuklear. Teknologi itu memang hebat dan boleh
memberi manfaat. Tapi akibat yang terpaksa ditanggung jika berlaku kejadian
yang tidak diingini itu bukanlah sedikit. Jadi kenapa perlu untuk kita yang
sememangnya terhindar dari bahaya gempa bumi dan gunung berapi tapi gatal
tangan mencari musibah lain. Lynas itu sendiri ditolak oleh rakyat negara asal
mereka. Kita pulak boleh jadi umpama “kera dihutan disusukan, anak sendiri mati
kelaparan”
Sekali lagi aku bukanlah penyokong
mana-mana parti politik. Segala pandangan aku hasil pembacaan maklumat dari
kedua-dua belah pihak. Bagi aku keadilan itu terletak pada kebenaran. Dan
cahaya kebenaran itu tak akan pernah padam jika ditimbus 6 hasta ke dalam tanah
sekalipun. kalo benda buruk sekalipun ia memang tak dapat disembunyikan jugak.
Bak bangkai, disembunyi dan ditimbus macamana sekali pun tetap akan ada baunya.
“..berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan
KESABARAN”
Wednesday, April 25, 2012
Sepupu sepapat
Kalo nak sebut senarai sepupu memang aku
surender sebab ramai sangat. Aku juz nak kongsi ceritera pasal dua orang sepupu
aku nih. Dua-dua mempunyai persamaan iaitu berambut panjang. Cam aku citer
dalam satu entri berkenaan rambut dulu, aku memang ada cita-cita nak berambut
panjang sampai ke bahu. Kalo rambut depan tu kalo boleh hingga menutup mata.
Tapi aku nak buat bukan sebab terpengaruh ngan diorang tapi itu apa yang lahir
dari naluri diri. (tapi tak pernah pulak aku buat lagi rambut panjang gitu).
Biasanya bila berambut panjang ni orang akan lebih fikir negatif.
Berbalik semula kepada kisah sepupu aku
yang dua orang ni, kalo dilihat dari latar pendidikan masa sekolah memang
diorang ni hebat sebab diorang bersekolah di sekolah bertaraf A. Sorang masuk
sekolah sains dan sorang lagi sekolah menengah agama terpilih. Kalo cam aku ni
tak leh nak lawan la sebab hanya sekolah kat sekolah kampung biasa jek. Tapi
bila dah semakin dewasa ni lain pulak jadinya. Sorang tu dapat masuk UTP tapi
belajar tak habis dan sorang lagi belajar setakat tahap diploma.
Kemudiaan apa yang berlaku, sorang tu keje
freelance sebagai jurukamera dan jual barang cenderamata kat pulau. Pulau mana
tu aku tak ingat. Yang sorang lagi pulak jadi penganggur terhormat. Ke hulu ke
hilir ntah ke mana pun tak tahu. Tapi bukan itu perkara yang aku nak highlight.
Aku nak citer pasal keperibadian dua orang
sepupu aku nih. Bila tengok kat fb, sorang ni lebih mendokong budaya bebas dan
kebebasan. Sorang lagi macam bebas jugak tapi masih ada unsur ketuhanan. Semua
tu aku boleh lihat dari setiap status update dan gambar yang di upload. Ye..walaupun
kedua-duanya berambut panjang tapi keperibadian dalaman itu cukup berbeza.
Mungkin hasil dari didikan sekolah agama yang sedikit sebanyak masih melekat
dalam diri.
Jadi apa yang aku dapat rumuskan sedikit
dari kisah dua sepupu aku tu adalah nilai pendidikan yang kita kejarkan hari ni
sedikit sebanyak akan membentuk peribadi anak-anak bila dewasa. Jangan pernah
berasa cukup dengan pembelajaran subjek agama di sekolah. Jangan pernah berasa
cukup dengan buku-buku agama yang banyak kita belikan. Maka cukupkan lah mereka
dengan nilai-nilai agama di rumah. Jadikanlah diri kita contoh yang diikut oleh
anak. Ceritakan lah bagaimana sifat rasulullah saw yang perlu diikut sebagai
panduan kita umat islam. Kalo tak tahu citer, korang beli jek buku kat kedai
dan baca kat anak-anak. So korang pun dapat tau dan faham sambil memahamkan
anak-anak sekali. Tapi kalo korang rasa tak leh blah buat camtu, korang bukak
rancangan beragama kat tv cam motivasi pagi, tanyalah ustaz atau bersama ustaz
Don atau nak senang bukak je TV Alhijrah. Banyak rancangan agama di situ. Pastu
paksa anak-anak korang untuk tengok. Takpe kalo diorang tertido skali pun sebab
segala input itu akan masuk dalam minda separa sedar. Dan kalo korang rajin
sikit, korang bawak je gi dengar ceramah agama kat masjid. Tapi.....ceramah
agama kat masjid sekarang ni banyak citer politik kepartian.
Tapi apa-apa pun janganlah pernah rasa
cukup ilmu agama pada anak-anak. Sampai besar mana sekali pun anak-anak itu,
tetaplah didik mereka dengan kaedah bersesuaian. Mungkin bila dah besar dan dok
berjauhan, bila dia call, cubalah tanya “apa khabar iman muhsync sekarang ni?”.
“Solat masih di awal waktu ker?”. Perghhh...sweetkan kalo mak kita tanya gitu
jap...apsal aku tetiba jadi penceramah
keibubapaan pulak ni..!!
peserta kursus: sy ada satu soalan, berapa
bilangan anak inchik muhsync?
Inchik muhsync: erhmm...anak sedara ada 13
orang, anak tekak ada satu, anak mata ada dua tapi anak sendiri belum ada sebab
sy baru je lulus kursus kawen minggu lepas. Baru dapat sijil untuk kawen :D
Peraduan gores dan menang
HAHAHAHHAHAHHAHAHAHA 99x gelak sampai
guling-guling
Aku mulakan entri kali ni dengan gelak
panjang serta kata-kata membijakkan diri
Bak
kata kawan aku “duit ini asalnya di tangan kita, tapi kita yang bagi kat orang
lain”
Kata
aku pulak “nothings for free dan aku tak percaya dengan PERCUMA”
Kalo
ada benda percuma pun memang kita tetap kena bayar sebab takde benda percuma
yang diberi dengan percuma
Ini hari aku cukup murah hati nak kongsi
KISAH BENAR yang aku baru je alami. Betol beb, aku tak tipu. Ini kisah memang
masih panas dan rangup lagi. Al kisahnya bermula petang semalam, sorang kawan
ni dia call minta tolong temankan dia ke bandar. Kononnya dia telah menang satu
peraduan dan hadiahnya sebuah kereta toyota camtulah kot. Dan kalo tak dapat
kereta pun, dia tetap akan pulang dengan wang tunai RM15k. Fuuyyyooooooo..!!
masyuk betol hadiahnya
Pastu aku pun teruja lah dengar lantas
tanpa rasa segan dan silu bertanya peraduan apa yang ngko masuk nih?? Tetiba
nada dia berubah sikit, dia cakap “macam” peraduan gores dan menang jugak lah
dan perlu bayar sedikit duit untuk menyertai peraduan tersebut. Aiikkkk...aku
dah mula syak something..!! dan kat situ mulalah aku membangkang dan aku terus
cakap dengan tegas dan sekali lagi tanpa segan silu “AKU TIDAK PERCAYA”. Tapi
mamat ni tetap jugak memujuk aku untuk menemaninya esok. Dia cakap, xpe kalo
aku tak percaya. Tugas aku hanya menemaninya. Dia cakap lagi..kalo memang betol
benda tu tak betol esok, ko gelaklah kat aku. Aku ni jenis lembut hati gak,
okeylah pendek kata aku pun bersetuju untuk temankan dia ke bandar untuk ambil
hadiah.
Dan tiba di waktu yang dijanjikan,
kedatangan kami disambut mesra dan penuh terhormat sekali oleh dua orang remaja
lelaki dari bangsa yang kononnya pandai berniaga (bukan sebangsa dengan aku).
Tempatnya disebelah atas blok rumah kedai. Tiba je kat atas bangunan tu, aku
dah mula fikir lagi negatif. erk...teruk sangat kot tempatnya. Macam rumah
pelacuran yang aku tengok kat tv tu pun ada gak rupanya. Sebab kat situ banyak
bilik kecik-kecik. Dan kami di bawa ke dalam sebuah bilik kecik tersebut.
memang hampeh, dengan kerusi plastik murah, meja buruk dll. Kemudian datang lah
si boss yang berpakaian kasual dan bercakap lebih formal untuk menerangkan
syarat penyertaan.
Aku dari awal lagi dah set dalam minda aku
untuk menolak apa-apa yang berlaku dalam bilik tersebut. aku tak akan bersetuju
apa-apa. Aku memang blok diri aku dari menerima apa-apa. Sampaikan budak cina
dua orang tu pun dah takut nak bercakap dengan aku. So aku kat situ umpama
tunggul yang mamang tak terlibat langsung. Tapi yang bestnya setiap helaian
duit yang nak dibayar kat diorang perlu dicatat semua no siri kat satu borang.
Disebabkan terlalu banyak helaian duit kawan aku nih. Dia minta tolong untuk
aku sama-sama isikan borang dan no siri duit. Aku dengan tetiba jadi bodoh
matematik pulak masa tu. Aku tak kira jumlah sebenar duit yang mamat tu bawa.
Sedangkan aku yang tulis jumlah helaian duit RM50 = 28 keping dan RM100 = 60
keping. Korang yang bijak matematik sila congak jumlah sebenar duit yang member
aku tu akan bayar kat mereka..!! aku memula tu ingatkan member aku tu bayar
seribu jek tapi rupanya berganda-ganda. Perghhhh (ini kalo melabur under aku
pun masyuk beb)
Okey..aku pendekkan citer sebab aku letih
nak taip dan menyusun ayat. Aku penat gelak lebih-lebih ni. Member aku tu pun
mulalah buka kad gores yang dia dapat. Dan hadiah yang dia dapat adalah sebijik
dapur elektrik nano yang diorang cakap berharga RM15K. What the heck dapur
letrik camtu sampai RM15K. Seingat aku, harga promosi paksa yang aku kena dulu
pun baru bernilai RM2k. Aku dah mula tarik muka. Kawan aku dah bersuara dengan
nada kesal. Dia cakap yang dia tak guna pun dapur letrik camtu. Dia hanya guna
dapur gas jek. So si mamat penipu tu pun cakaplah yang dapur tu dia boleh jual
jika tak nak. Dan mereka boleh jualkan. Tapi syaratnya adalah kena bawak balik
dapur tu dulu kemudian tunggu 15 hari dan mereka akan bayar RM15K tunai. Siap
cakap selepas 15 hari tu dia akan bayar duit tu di bank untuk pastikan duit tu
adalah tulen. Member aku ni dah mula mempersoalkan harga sebenar produk
tersebut. jenama memang tak pernah dengar apatah lagi dilihat. Dan keadaan
menjadi bertambah gawat bila mana berlakunya pertikaman lidah. Tapi sebenarnya
scene nih aku tak leh nak citer dengan benar sebab aku dah keluar. Kebetulan
ada meeting. So citer pertengkaran ni kawan aku citer balik selepas aku selesai
meeting. Yang paling best, kawan aku ni telah diugut akan disaman di mahkamah.
So kawan aku agak kaku sekejap. Pastu dia cakap dia akan bayar duit tu, tapi
dia nak tahu siapa penganjur sebenar? Apa nama syarikat? Tapi biasalah bilamana
emosi menguasai diri, cina tu dah tak leh jawab dengan waras lagi selain kata
yang syarikatnya ada di KL. Kalo takat cakap kat KL, aku pun bleh cakap
syarikat aku kat america syarikat kat jalan wall street. Hahahhaha...aku nak
gelak lagi nih. Bilamana dah dapat jawapan macamtu, member aku terus cabut.
Tapi sebelum tu dia cuba ugut dengan kekerasan jugak dengan membawa sorang
member diorang yang bertubuh besar. Tapi alhamdulillah kawan aku ni dapat balik
dengan selamat.
Soooooooooooooooooooooooo...pengajarannya
korang buatlah sendiri. Kawan aku tu tak leh nak salah kan aku kalo aku gelak
besar pun sebab dia sendiri yang cakap kelmarin. Tapi aku takde lah gelak depan
dia, gua tahan beb demi tak nak melukakan hati kawan. Dan gua tak citer kat
orang pun kisah lu. Aku citer kat blog ni untuk pengajaran dan teladan orang
ramai. Aku tak tulis nama lu beb...hehehehe.
Hidup ni tidak lari daripada diuji. Samada
kita diuji dengan dugaan hidup atau diuji dengan kenikmatan hidup. Kedua-duanya
adalah ujian. Jadi samada kita mendapat dugaan atau kenikmatan maka ingatlah
akan Allah banyak-banyak supaya kita tidak leka hingga terjerumus dalam lembah
hina di sisi Allah.
Aku tak salahkan kawan aku tu pun.
Maklumlah kekadang manusia akan jadi buta kebenaran bilamana dibayangi oleh
wang dan cinta. Kalo wang kita mula akan jadi tamak, kalo cinta kita mula jadi
buta cinta. So tak heranlah orang boleh tertipu dengan wang dan cinta. Sebab
wang dan cinta telah menguasai melebihi kebenaran.
Sebelum menamatkan entri ini, gua nak
share sekali lagi kata-kata hikmah di atas
“duit ini asalnya di tangan kita, tapi kita
yang bagi kat orang lain”
“nothings for free dan aku tak percaya dengan
PERCUMA”
Kalo
ada benda percuma pun memang kita tetap kena bayar sebab takde benda percuma
yang diberi dengan percuma
p/s: masuk peraduan camtu aku rasa cam
main tikam nombor pun ada. So main tikam nombor tu macam berjudi lah jugak.
Kalo berjudi tu maksudnya...haram ke riba ek? Sape tau tolong jawab...
Monday, April 23, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)






