i k l a n

Wednesday, May 9, 2012

suka lagu


gua baru lepas melayan citer chow kit. memang tersentuh giler citer nih. elemen lagu yang ada memang kaw kaw. gua suka. ni antara ost lagu yang ada dalam tuh. lagu tajuk "mati hidup kembali" oleh monologue. gua suka lirik dia
Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

faktor sambung belajar

faktor untuk sambung belajar bukanlah sekadar kepandaian dan kemahiran yang ada tapi yang lebih penting adalah ATTITUDE

Friday, May 4, 2012

nikmat yang cepat dilupakan

"kita jarang lupa untuk baca doa sebelum makan, tapi seringkali terlupa untuk baca doa selepas makan"

ini yang kerap terjadi terhadap diri aku. korang bagaimana? bila difikirkan balik, inilah sikap diri yang selalu alpa dengan nikmat Allah kurniakan. ingat Allah bila dalam kesusahan, tapi alpa bila dalam keadaan kesenangan. Astaghfirullah  (istighfar banyak-banyak)

itu baru ujian kekenyangan, belum lagi ditimpa dengan ujian yang lebih besar seperti nikmat kekayaan, harta yang banyak, anak-anak yang ramai, pengikut yang ramai dan lain-lain lagi yang mewakili ramai dan banyak..!! betul kata ulama' tentang mensyukuri nikmat Allah dalam masa senang itu lebih susah berbanding mensyukuri nikmat di waktu susah. begitu jugalah yang terjadi dengan sikap-sikap kita yang lain.

kita ambil contoh mudah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. bilamana ditimpa dengan ujian kesakitan, kesusahan dan penderitaan. maka sewaktu itu kebergantungan kita banyak kepada Allah swt. kita pun bermohon menadah tangan kepada Allah untuk dilepaskan dari kesakitan, kesusahan dan penderitaan yang kita alami. masa itu kita mulalah berjanji dengan Allah yang akan mentaati dan akan membuat amal kebajikan bila sihat nanti.


persoalannya adalah...kenapa amal kebajikan dan mentaati Allah tidak dilakukan ketika di saat itu juga? kenapa harus menunggu mendapat nikmat yang lain baru nak mentaat dan membuat amal? adakah mentaati dan membuat amal itu perlukan masa tertentu? inilah masalah kita. masalah kita tentang cara kita fikir. banyak yang sudah rosak dan terseleweng dari syariat islam sebenar.

sebab itulah dalam kehidupan kita seharian, amat-amat digalakkan untuk kita sentiasa beristighfar supaya Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita lakukan secara sengaja atau tidak sengaja. kita manusia yang lemah perlulah untuk bergantung kepada yang MAHA KUASA.

doa sebelum makan tidak semestinya doa "allahumaba rikalana..." sebab itu sebenarnya adalah doa melihat makanan. doa sebelum makan adalah membaca basmalah. dan boleh disudahi dengan ucapan hamdalah "alhamdulillah" selepas makan. takde alasan untuk kata tak hafal doa..!!

Wednesday, May 2, 2012

petua belajar cara orang islam


kali ni aku nak share satu perkongsian dari sdr fetri yahya (pengacara tv3) di fb beliau. satu perkongsian yang menarik untuk dijadikan panduan aku dan korang jugak. lagi lagi sekarang ni aku pun dah dalam mood belajar balik kan. petua ini sangat berbaloi memandangkan ia selari dengan kita yang berugama ISLAM. jangan asingkan kehidupan dengan agama..!!

bacalah dengan rasa seronok untuk menuntut ilmu kerana Allah swt :D

Ucapan seorang pensyarah (pemenang anugerah ) yg tak sempat dihabiskan kerana terlalu sebak. Seluruh dewan terdiam. Saya tuliskan teksnya:

5 Resepi kejayaan dalam pengajian doktor falsafah-
Pertama, dalam apa jua hal yang berlaku, saya menggantungkan seluruh nasib saya kepada Allah. Misalnya, tatkala saya bertembung dengan apa jua kesukaran pengajian, hal pertama yang saya lakukan adalah solat sunat taubat dan solat sunat hajat.

Kedua, saya berusaha sedaya upaya untuk berbuat yang terbaik kepada kedua orang tua dan guru saya. Atas sebab itulah misalnya, saya dikurniakan Allah akan guru yang tidak hanya memimpin saya dalam pengajian tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya jatuh sakit.

Ketiga, saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa bermurah hati baik dari segi tenaga dan wang ringgit kerana di situlah antara punca kemurahan rezeki.

Keempat, saya memiliki perancangan pengajian yang sangat teliti. Bermula dari perancangan tahunan hinggalah kepada perancangan harian.

Kelima, tiada istilah ‘malu’ dalam kamus hidup saya setiap kali saya memerlukan tunjuk ajar daripada seseorang. Kelima-lima resepi inilah mudah-mudahan menjadi panduan kepada teman-teman siswazah sekalian bagi menggapai kejayaan yang lebih gemilang.


stepping out of the comfort zone

semalam cuti hari bekerja, aku tak pegi mana pun. aku dok mengadap lappy ni dan terjumpa lak artikel best yang aku simpan. orang kata tak baek simpan sorang-sorang kan. so aku share ngan korang. bak kata orang jugak lah "sharing is caring". untuk korang baca kat blog ni tak sesuai kot sebab tulisan mmg tak jelas sangat. the best solution adalah korang download  gambar ni. jadi mudahlah jugak untuk korang zoom in...nnt kalo rabun jangan salahkan aku pulak. boleh gak kalo nak klik pada gambar dan gambar akan jadi lebih besar dan jelas...

enjoy...



so camne sekarang..adakah kita dah bersedia untuk keluar dari zone selesa? jika dah sedia jom kita bertindak sekarang

weh...nak bertindak ke mana nih?

erk..aku nak ke tandas jap ni...ko nak ikut..?

huhhhh


Lagi lagi lagi lagi sambung belajar


Adakah sambung PhD ini merupakan satu trend juga untuk orang sekarang seperti mana terjadi untuk ijazah dan master. Biasanya bila kita tanya freshie kat U Diorang akan jawab sebab semua orang sambung belajar sekarang ni. Jadi memang benarlah ijazah dan master dah jadi trend. Kita boleh umpamakan sebegini, bilamana satu ketika muncul gaya tudung yuna, maka ramai yang tetiba golongan hawa yang bertudung seperti yuna. Bila ditanya sudah pasti jawabnya adalah gaya orang sekarang.

Aku banyak bertanya orang sekeliling tentang perspektif mereka tentang PhD. Bagi mereka sambung PhD itu adalah suatu peluang yang harus direbut. Juga perkara yang harus dicapai bilamana ada peluang. Ini kerana tidak ramai yang mendapat PhD diumur yang muda. Jadi bilamana masih lagi diusia muda maka usaha untuk merebutnya perlu direbut. Diusia muda ini tenaga masih lagi gagah, fikiran masih lagi kreatif, tanggungjawab pun tidak begitu besar lagi dan yang lebih penting adalah masa dan kesihatan yang agak terjamin (insyaAllah).

Jadi sekarang ni aku ngah menyiapkan proposal tajuk PhD aku. Kepada mereka-mereka yang masih lagi berfikir nak sambung belajar atau tidak. Aku cadangkan untuk korang baca entri dari keretamayat. Sungguh menarik weh. Membuatkan korang terfikir benar ke tidak fikiran korang tuh

Hepi reading...

Alasan


Dalam kehidupan ini memang jenuh dengan jutaan alasan. Sebab itu adanya pepatah “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”

Bagi yang rasa dirinya nak berubah dan nak majukan diri ke depan lebih dari sekarang, maka adalah dinasihatkan untuk kita mula berubah. Antara perkara yang perlu diubah sekarang ini adalah cuba mengurangkan alasan terhadap diri.

Cuba sekarang ini kita sama-sama fikir apakah alasan-alasan yang sentiasa kita berikan bilamana kita nak bertindak untuk majukan diri. Cuba fikirkan dalam keadaan tenang. Senaraikan semua alasan tersebut sebanyak mungkin tanpa prejudis dan beralasan lagi. Jujurlah dengan diri kita untuk memajukan diri ke satu tahap yang lebih dari sekarang ini.

Setelah siap disenaraikan, cubalah baca setiap alasan tersebut dan mulai saat itu letakkan satu azam dan tekad di dalam diri untuk tidak lagi menggunakan alasan-alasan tersebut. tindakan selanjutnya adalah kira alasan yang disenaraikan. Berdasarkan alasan tersebut, ambil seketul batu yang bersaiz sederhana mewakili satu alasan. Jika ada sepuluh alasan maka anda perlu ada sepuluh batu.

Batu-batu tersebut hendaklah dibawa ke mana saja anda pergi. Segala aktiviti dari pagi sampai malam dan sehingga tidur pun perlu dibawa bersama. Ya..!! ia memang menyusahkan dan menyerabutkan. Tapi bagaimana kita masih boleh bertahan dengan alasan-alasan yang pelbagai itu sedangkan ia sangat menyusahkan dan menyerabutkan sama seperti anda perlu membawa batu-batu itu ke sana ke mari.

Jadi adakah kita suka menyimpan segala alasan tersebut atau mahu membuangnya? Saya yakin dan percaya kita semua mahu berubah dan mahu membuang alasan-alasan yang tidak sihat itu. Apa yang perlu dilakukan adalah tulis semula alasan-alasan tadi di atas sebuah papan lapis yang nipis. Setelah itu dengan tekad untuk berubah dan tidak mahu lagi batu-batu alasan itu menghantui diri kita, maka satu tekad yang kuat dan semangat baru, karate papan lapis tersebut sehingga patah.




Tahniah...kita telah mulakan suatu langkah baru dalam hidup. Gantikan alasan-alasan yang menyusahkan dan menyerabutkan tadi dengan alasan yang lebih sihat. Sebagai contoh boleh rujuk di bawah:

Tak minat -> aku harus cari minat baru. aku akan jadi kaya dengan buat kerja yang aku minat
Tak pandai -> aku harus belajar dan aku akan jadi pandai dan boleh mengajar orang lain pula
Banyak kerja -> aku kerja kerana aku pilih untuk kerja bukan sebab aku harus untuk bekerja
Takde duit -> aku harus jadi kaya kerana aku boleh menambah nilai untuk orang lain juga

Jadi alasan mana yang kita set dalam minda kita, begitulah yang kita lafazkan kemudian begitulah juga kita akan bertindak. 

coretan ini hasil dari pengalaman menjalani kursus berkaitan hukum law of attraction

PTPTN, AUKU, ISA, BERSIH, lynas


Dah lama nak tulis entri pasal benda alah nih. Tapi asyik tersangkut dek halangan perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu. isu ini cukup lama jadi bahan perdebatan hinggalah ia menjadi bahan untuk kepentingan parti politik pulak.

Tapi semua benda ni tak akan jadi perhatian pihak bertanggungjawab pun jika tidak dimainkan oleh golongan parti pembangkang. Kalo setakat rakyat marhaen bercakap umpama cerita kedai kopi jek. Kembali kepada 3 perkara di atas tu... ketiga-tiga isu itu adalah melibatkan sistem yang boleh sahaja diubah mengikut keperluan semasa bersama dasar penambahbaikkan. Cukup mudah bukan. Tapi kenyataan nya hari ini isu ini telah menjadi isu yang memeningkan kepala. Umpama susah sangat perkara yang diminta oleh rakyat.

Bila difikirkan kembali, memang ada nampak isu melindungi kepentingan oleh segolongan mereka yang merasa tergugat. Jadi mulalah segala fakta diputarbelitkan. Tapi rakyat tidaklah bodoh dan rakyat tidak mahu diperbodohkan lagi. Jika dilihat sekali lagi ketiga-tiga isu adalah sistem yang boleh diubah. Tapi kenapa susah sangat untuk diubah. Tapi kenapa isu hukum hudud seumpamanya telah dipermainkan oleh mereka sedangkan hukum hudud itu adalah hukum yang tidak boleh diubah apatah lagi diperendahkan pelaksanaannya..!!

PTPTN: hapuskanlah caj perkhidmatan. Jadikanlah sistem pinjaman berlandaskan islam. Selaras dengan logo ptptn yang bertulisan jawi. Jadikanlah pinjaman yang membantu anak bangsa untuk mendapat ilmu yang diberkati bukannya disertai dengan riba lagi.

AUKU: undang-undang itu perlu, tapi haruslah selari dengan tuntutan semasa. Namun janganlah pula kamu yang menidakkan undang-undang yang kononnya kamu dokong. Mahasiswa tak boleh berpolitik tapi kamu juga yang bawa golongan politik masuk ke kampus..!! apakah ini dikatakan suatu yang adil untuk semua. Bagilah ruang untuk mahasiswa mencuba, itulah golongan muda yang sentiasa mahu mencuba dan beridealogi. Jika tidak jangan dinamakan orang muda lagi. Lebih baek semuanya jadi situa bangka.

ISA: aku nampak ada ruang toleransi bilamana ia dimansuhkan dan dikaji semula. Tapi rupanya ia sandiwara semata. Rupanya penjenamaan baru untuk mengalih isu supaya nama ISA itu sendiri tidak boleh dijadikan isu lagi selepas ini.

BERSIH: aku secara jujurnya tak sokong demonstrasi di jalanan tapi aku menyokong segala tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH. Kita mahukan suatu akses dan penyampaian maklumat yang adil untuk rakyat. Bukannya monopoli oleh satu pihak seperti yang berlaku skrg ini. Bagi aku mudah saja, umpama kita makan tiap-tiap hari lauk yang sama. Lama-lama muak jugak kan. Lagipun permintaan bersih itu bukanlah perkara yang susah sangat untuk dilaksanakan. Semuanya melibatkan sistem yang kita sendiri buat. Namun hari ini kita sendiri yang rumitkan.

Lynas: isu yang antara auta atau fakta. Satu ia survival masyarakat dan alam sekitar. Satu lagi ia jadi bahan kepentingan parti politik. Namun bagi aku mudah sahaja. Mencegah itu lebih baek dari merawat. Umpama teknologi nuklear. Teknologi itu memang hebat dan boleh memberi manfaat. Tapi akibat yang terpaksa ditanggung jika berlaku kejadian yang tidak diingini itu bukanlah sedikit. Jadi kenapa perlu untuk kita yang sememangnya terhindar dari bahaya gempa bumi dan gunung berapi tapi gatal tangan mencari musibah lain. Lynas itu sendiri ditolak oleh rakyat negara asal mereka. Kita pulak boleh jadi umpama “kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan”

Sekali lagi aku bukanlah penyokong mana-mana parti politik. Segala pandangan aku hasil pembacaan maklumat dari kedua-dua belah pihak. Bagi aku keadilan itu terletak pada kebenaran. Dan cahaya kebenaran itu tak akan pernah padam jika ditimbus 6 hasta ke dalam tanah sekalipun. kalo benda buruk sekalipun ia memang tak dapat disembunyikan jugak. Bak bangkai, disembunyi dan ditimbus macamana sekali pun tetap akan ada baunya.

“..berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan KESABARAN”
Related Posts with Thumbnails