i k l a n

Thursday, May 17, 2012

Pembantu agama


Minggu lepas aku sempat mendengar ceramah dari Haji Ayub yakni bekas paderi di sebuah gereja besar di german. Aku tak nak citer panjang kisah pasal haji ayub sebab kisahnya cukup panjang. Korang boleh search je nama haji ayub ni kat google. Confirm akan keluar citer pasal kisah hidup dia. Namun akhir-akhir ini, kalo korang perasan ramai yang dapat hidayah untuk kembali kepada islam tanpa melalui kaedah dakwah dari orang islam. Kebanyakkan citer yang tersebar menceritakan mereka kembali kepada islam bila tertarik dengan kebenaran islam itu sendiri. Di sini kita sebagai orang islam keturunan sepatutnya kena insaf dan sedar bahawa islam (baca: agama Allah) tak perlukan kita pun untuk jadi kuat dan ramai pengikut malah kita boleh lihat sendiri dari pengakuan mereka tentang bagaimana mereka menerima hidayah. Maka amat rugilah kita sebab hilang peluang untuk membuat kerja dakwah yakni kerja yang dibuat oleh rasulullah saw atau dalam kata lain berjuang di jalan Allah. Tapi aku rasa sedey sangat. Serius beb, aku rasa nak menitis air mata bila ada umat islam keturunan ni sendiri yang menjatuhkan islam, direndah-rendahkan, malah ada yang menghalang kerja dakwah dijalankan. Sudahlah kita tak buat kerja dakwah pastu menghalang pula kerja dakwah orang lain. Kalo dalam kristian diorang ada soldier of jesus yang membantu kerja-kerja paderi. Kita tak kan tak nak jadi soldier of Allah. Nak jadi soldier of Allah ni mudah jek. Tak perlu untuk daftarkan diri or terpilih dari mana-mana jabatan. Yang penting adalah kita menjaga tanggungjawab kita sebagai muslim dan menunjukkan akhlak muslim sebenar. Mana tahu akhlak yang kita tabiatkan dalam diri itu akan menarik ramai untuk kembali kepada islam. Bila kita dengan ikhlas membantu agama Allah, Allah pasti akan memberi ganjaran setimpal dengan usaha kita itu. Paling-paling tidak pun segala urusan kita akan dipermudahkan termasuklah dipermudahkan saat kematian. Letakkan lah diri kita sebagai salah seorang yang membantu agama.

Wednesday, May 16, 2012

Sambung belajar versi 9.9


Huh...tajuk sambung belajar ni memang tak habis-habis lagi. Bukan apa, sejak akhir-akhir ini aku banyak dok melepak dengan bekas-bekas lecturer aku. Banyak lah benda yang diborakkan. Antaranya adalah tentang sambung belajar. Diorang ni walaupun statusnya bekas lecturer aku, tapi diorang ni hanya lulusan setakat master jek. Kiranya dalam perasan berlagaknya aku ni setaraf ler dengan diorang. Tapi...tapi...aku tetap respect diorang as my ex lecturer. Walaupun diorang ni bercakap aku n ko jek ngan aku, tapi aku tetap panggil diorang “inchik”. Aku perlu hormat guru aku beb. Eh...dah melalut topik lain ni. Erm..aku nak citer pasal sambung belajar ni. Actually diorang pun tengah plan nak sambung belajar gak. Sama cam aku jugak la. Tapi diorang hadapi banyak masalah berbanding aku. Yup..walaupun kami sama-sama nak sambung PhD tapi aku sangat kesian kat diorang. Aku pulak sudah pasti kena sujud syukur sebab dapat peluang sambung di umur semuda aku (elehhh...perasan muda sangat ler tu). Ini aku senaraikan masalah diorang:



1) umur diorang sudah tentu bukan setaraf ngan umur aku, malah makam diorang confirm lebih tinggi dari aku. Dengan umur yang dah cecah 30-40an adalah sangat mencabar untuk diorang. Bila taraf umur cam diorang tu kita leh panggil tua. So bila panggil tua kita akan tahu diorang cepat penat. Diorang selalu ngadu yang diorang cepat penat dengan kerja-kerja harian dan tidak tahan untuk mengadap paper lama-lama.

2) bila dah kategori tua, confirmlah yang boleh dikaitkan adalah penyakit. Ada sekali tu aku tengah borak ngan sorang lecturer ni, tetiba datang sorang lagi lecturer yang seangkatan dengannya mengambil ubat. Rupanya dia menghadapi masalah kestabilan. Masalah tersebut menyebabkan proposal untuk sambung PhD tak siap-siap sampai sekarang. Yang lagi kesian, ada yang dah buat medical check up kat hospital dan disahkan normal tapi dia sebenarnya sakit..erk..camne ek aku nak explain. Last dia terpaksa cari rawatan alternatif.

3) diorang ni boleh berlagak dengan aku sebab diorang dah kawen dan ada anak. Cuma masalahnya bila sambung belajar nanti diorang tengah pening camne nak uruskan anak terutamanya yang sambung belajar di tempat yang jauh. Satu lagi bila dah ada anak, diorang cepat hilang fokus terutamanya bila kat rumah. Anak-anak ada yang datang kaco bapaknya yang tengah study. Habis tu tak kan bapaknya nak hangin kot...

4) ini kira alasan lain-lain lah. Diorang ada yang dah kehilangan tahap fokus dan ketajaman fikiran tu juga berkurangan. Tahap kreativiti juga ada sedikit menurun. Jadi ia merupakan halangan yang agak besar untuk memastikan hasil yang terbaek. Halangan lain adalah bila penyelia lebih muda dan sebaya. Ini mungkin akan timbul dari segi masalah komunikasi dan pengalaman. Tapi besenya diorang akan cuba cari penyelia yang lebih berumur dari diorang. Tapi satu lagi diorang ni terpaksa berkawan dengan rakan pelajar PhD yang jauh lebih muda cam aku nih...kih3

Ini jek yang aku leh kongsi setakat ni. Ini adalah hasil pengalaman dan pemerhatian aku bergaul dengan  diorang. Sometimes diorang sendiri yang citer masalah yang diorang hadapi. So aku rasa memang kena sujud syukur setiap kali selesai solat fardhu. Segala masalah yang diorang hadapi tu takde pada diri aku. Walaupun umur aku ni takdelah muda sangat tapi tetap kategori muda (mood insaf dan sedar diri) tapi aku masih lagi single, fikiran pun alhamdulillah masih lagi tajam, badan pun sihat walaupun kurang berisi. Jadi inilah masa untuk aku, tak perlu ditangguh lagi.

Bagi korang yang masih muda dan ada peluang untuk sambung, jangan persiakan peluang ini sebelum korang turut sama menghadapi masalah seperti X-lecture aku tu. Duit gaji yang dikejar tu tak ke mana. Percayalah dengan Allah yang menentukan rezeki kita. Kalo dah rezeki kita, ia tak akan ke mana. Susah belajar ni tak sesusah bekerja. Rempuhlah sedikit susah belajar untuk nikmati kerja yang lebih mudah :D

*p/s: kalo dah jodoh tu tak ke mana, ia tetap akan jadi isteri kita...eh..ini pesanan untuk sape???

Nikmat sementara


satu hari tu aku ke masjid. Selepas solat fardhu ada satu tazkirah di sampaikan oleh tuan imam yang mengimamkan solat tadi. Tazkirah tu pasal nikmat yang sementara. Aku pun duduk lah sekejap dengor apa yang dimaksudkan dengan nikmat yang sementara itu.

Imam itu memulakan tazkirahnya dengan cukup menarik sekali. Dia mula bicara pasal kehidupan. Rupanya kehidupan kita ini bukannya bermula bila kita dilahirkan. Tapi hakikat sebenarnya kita bermula di alam ruh. Di situ bermula perjanjian kita dengan Allah. Kemudian kita masuk ke alam rahim. Tempoh 9 bulan 10 hari kemudian bermulalah satu lagi episod kehidupan kita. Tapi ini bukan episod terakhir lagi. Sebenarnya kita sekadar singgap sekejap sahaja di dunia ini. Kemudian kita akan ke alam kubur. Selepas alam kubur kita akan dibangkitkan sekali lagi untuk dihitung amalan dan diberi pembalasan setimpal mengikut amalan kita. Selepas tu kita akan hidup di alam kekal samada kita akan berada di syurga atau di neraka (nauzubillah). (huh...banyak pula selepas-selepas-selepas-...)

Kalo dikira-kira balik ada lebih kurang enam alam yang perlu kita lalui sepanjang perjalanan hidup kita untuk menuju ke alam kekal. Bagi sesetengah orang yang alim-alim gitu menyatakan alam kekal itu dengan lebih spesifik gitu iaitu menuju mardhatillah (keredhaan Allah). Boleh dikira sebagai matlamat utama diorang lah. Berbalik semula kepada enam alam yang kita lalui itu, hanya satu alam sahaja yang di ambil kira yakni alam dunia. Ya...hanya di alam dunia yang di ambil kira segala perbuatan dan amalan kita untuk menentukan kita samada berada di neraka atau syurga (insyaAllah syurga hendaknya).



Bercakap pasal dunia pula. Paling lama kita akan duduk dan bantah di dunia ni paling-paling lama pun 100 – 150 tahun. Itupun dah cukup lama dah. Tapi di alam kekal kehidupan kita dinisbahkan sehari di alam kekal bersamaan seribu tahun di bumi. Tengok betapa sebenarnya kita hidup sekejap sahaja di dunia ni jika dibandingkan dengan alam kekal nanti. Tapi aku yang hidup dah 28 tahun ni pun rasa lama dah. Solat 5 minit pun rasa sangat lama jugak. Itulah kelemahan manusia. Berbalik pada tajuk semula, apa yang digambarkan dengan nisbah hari di dunia dan di hari akhirat kelak jelas menunjukkan kita hidup di dunia ini adalah sementara saja. Begitulah juga dengan segala apa yang ada di dunia ini juga bersifat sementara.

Penjelasan imam itu lebih menarik dengan mengambil contoh segala aktiviti yang kita buat di dunia. Sebagai contoh kita makan nasi, paling lama pun kita akan rasa kenyang sekadar 2,3 jam dan selepas itu kita akan rasa lapar balik. Begitu juga dengan nikmat-nikmat yang lain. Contoh lain yang di beri nikmat sementara yang dikejar oleh pengejar nikmat dunia adalah tentang seks. Untuk orang yang buat seks (baca: hubungan kelamin) juga menikmati nikmat tersebut juga sekejap (erm...ni nak kena tanya orang yang dah kawen). Orang yang dapat nikmat kaya juga begitu. Nikmat kekayaan yang diperolehi tak akan berhenti disitu, diorang mesti akan cuba tambah lagi kekayaan. Maksudnya nikmat kekayaan itu juga tidak kekal sebab perlu ditambah-tambah lagi.

Aku cam terpegun dengan tazkirah dari imam tu. Aku terangguk-angguk bersetuju dengan kata-kata penuh hikmah itu. Tazkirah itu ditangguh dengan kesimpulan dari imam tersebut untuk sama-sama kita mengejar nikmat akhirat. insyaAllah bila kita kejar akhirat, dunia pula yang akan mengejar kita. Tapi kalo kita hanya kejar dunia, kita hanya akan berhenti dan mendapat nikmat dunia semata-mata. Aku senyum puas hari tu. Rohani aku dapat makanan yang sangat best. Lazat dan penuh berkrim. sungguh banyak rezeki yang aku perolehi.  Pertamanya aku dapat rezeki solat berjemaah dan kemudian dapat masuk dalam halaqah ilmu pula. Aku balik dengan perasaan indah dan tenang...



Subhanallah
rezeki solat berjemaah yakni 27 kali ganda ganjaran berbanding solat sendirian
rezeki majlis ilmu yakni ketenangan hati yang tiada ternilai dengan wang dunia (RM or USD or euro)

Tuesday, May 15, 2012

suka lagu lagi

sejak akhir-akhir ini aku telah ter"update" lagu-lagu terkini. (eh...betol ke terkini atau aku tertinggal jauh) eheee...aku pun tak tahu. kali ni nak kongsi lirik lagu bertajuk "muslimah" dari nazrey johani (X-raihan). masa first time dengar memang tenang gitu. tetiba terbayang....(aku tak nak teruskan lagi). so aku tujukan lagu ni untuk semua wanita-wanita muslimah termasuk muslimah yang baca blog ni. ada ker muslimah yang baca blog ko nih..!! erk...aku tujukan jugak lagu ni untuk semua pembaca yang berjantina wanita. moga korang menjadi muslimah gitu :D

http://www.youtube.com/watch?v=AAnXVDNCLEs


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Tajuk Nasyid : Muslimah
Artis : Nazrey Johani
Album : Permata Hati

*mungkin ada salah pada lirik tersebut sebab tak sempat nak semak, lagi pun aku ni perasan sibuk dengan kerja. jadi aku wat keje budak2 student biasa buat yakni copy n paste dari karya orang lain (jangan tiru ini perangai - manyak tidak baek wooo)

Monday, May 14, 2012

tak puas hati

YoOoo..salam brothers n sisters,

aku tak tahu lah sejak kebelakangan ni aku asyik dok bercerita pasal ketidakpuasan hati aku terhadap orang. setiap kali borak ngan kawan-kawan, nanti aku akan cakap pasal ketidakpuasan hati pasal orang tu. nanti borak ngan orang tu pulak, aku cakap pasal tak puas hati ngan orang lain pulak. hishh...apa aku ni bagus sangat ker?

aku rasa di saat aku tak puas hati kat orang lain, banyak jugak yang orang lain tak puas hati pasal aku

tapi member aku kata, kita perlu menerima seseorang itu seadanya (macam nak menerima calon isteri jek). aku pun setuju jugak tapi... (ishh....kenapa perlu ada tapi..!!)

...tapi perkara yang kita tidak puas hati tu adalah suatu yang tak bagus. jika kawan kita tu buat banyak kali mungkin akan menjatuhkan reputasinya sebagai orang-orang yang baek.

urm...tapi kalo asyik tapi dan tapi dan tapi pastu tapi memang tak selesai masalah yang ko tak puas hati tu.

betol jugak kan. sebab perkara yang ko tak puas hati tu adalah perkara yang melibatkan attitude/perangai/tabiat. agak susah untuk dia terima dan tidak mudah juga untuk dia ubah.

kawan aku yang lain pulak kata, eloklah kalo kita tegur sahaja member kita tu. bagitahu apa yang kita tidak puas hati. supaya setidak-tidaknya dia akan tahu tentang tingkah lakunya diperhatikan. walaupun mungkin dia tak akan berubah mendadak tapi sekurang-kurangnya dia tahu.

pandangan ni disokong oleh kawan aku yang lain, menurutnya apa-apa yang berlaku terhadap sahabat kita perlulah kita bagitahu samada perkara itu baek atau tidak baek. kalo perkara baek ia akan menjadi motivasi untuk dia terus berjaya, dan kalo perkara tak baek pula mungkin akan menyebabkannya lebih berhati-hati dan cuba memperbaiki. itulah peranan sahabat yang baek katanya.

sorang lagi kawan aku kata sahabat yang baek umpama cermin untuk membernya yang lain. bersama di saat senang dan susah. memberitahu perkara yang baek dan buruk. dan yang paling penting sentiasa berkata benar setiap masa.

OooOOooo...jadi aku patut bagitahu apa yang aku tidak puas hati dengan member aku tu. tapi camne ek nak bagitahu?

adoiii...macam-macam cara boleh. tapi yang paling penting berhikmah. ko boleh menegur menggunakan pendekatan umum. contohnya memberi nasihat umum tetapi menekankan perkara yang tidak puas hati tu secara jelas. atau pun boleh juga menyampaikan secara nasihat menggunakan sms, masej dll. yang penting ayat dan niat untuk menegur itu adalah paling senang dan ikhlas.

Wednesday, May 9, 2012

suka lagu


gua baru lepas melayan citer chow kit. memang tersentuh giler citer nih. elemen lagu yang ada memang kaw kaw. gua suka. ni antara ost lagu yang ada dalam tuh. lagu tajuk "mati hidup kembali" oleh monologue. gua suka lirik dia
Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

faktor sambung belajar

faktor untuk sambung belajar bukanlah sekadar kepandaian dan kemahiran yang ada tapi yang lebih penting adalah ATTITUDE

Friday, May 4, 2012

nikmat yang cepat dilupakan

"kita jarang lupa untuk baca doa sebelum makan, tapi seringkali terlupa untuk baca doa selepas makan"

ini yang kerap terjadi terhadap diri aku. korang bagaimana? bila difikirkan balik, inilah sikap diri yang selalu alpa dengan nikmat Allah kurniakan. ingat Allah bila dalam kesusahan, tapi alpa bila dalam keadaan kesenangan. Astaghfirullah  (istighfar banyak-banyak)

itu baru ujian kekenyangan, belum lagi ditimpa dengan ujian yang lebih besar seperti nikmat kekayaan, harta yang banyak, anak-anak yang ramai, pengikut yang ramai dan lain-lain lagi yang mewakili ramai dan banyak..!! betul kata ulama' tentang mensyukuri nikmat Allah dalam masa senang itu lebih susah berbanding mensyukuri nikmat di waktu susah. begitu jugalah yang terjadi dengan sikap-sikap kita yang lain.

kita ambil contoh mudah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. bilamana ditimpa dengan ujian kesakitan, kesusahan dan penderitaan. maka sewaktu itu kebergantungan kita banyak kepada Allah swt. kita pun bermohon menadah tangan kepada Allah untuk dilepaskan dari kesakitan, kesusahan dan penderitaan yang kita alami. masa itu kita mulalah berjanji dengan Allah yang akan mentaati dan akan membuat amal kebajikan bila sihat nanti.


persoalannya adalah...kenapa amal kebajikan dan mentaati Allah tidak dilakukan ketika di saat itu juga? kenapa harus menunggu mendapat nikmat yang lain baru nak mentaat dan membuat amal? adakah mentaati dan membuat amal itu perlukan masa tertentu? inilah masalah kita. masalah kita tentang cara kita fikir. banyak yang sudah rosak dan terseleweng dari syariat islam sebenar.

sebab itulah dalam kehidupan kita seharian, amat-amat digalakkan untuk kita sentiasa beristighfar supaya Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita lakukan secara sengaja atau tidak sengaja. kita manusia yang lemah perlulah untuk bergantung kepada yang MAHA KUASA.

doa sebelum makan tidak semestinya doa "allahumaba rikalana..." sebab itu sebenarnya adalah doa melihat makanan. doa sebelum makan adalah membaca basmalah. dan boleh disudahi dengan ucapan hamdalah "alhamdulillah" selepas makan. takde alasan untuk kata tak hafal doa..!!
Related Posts with Thumbnails