i k l a n

Monday, June 4, 2012

dia sungguh kaya jiwa


INI HASIL KERJA COPY PASTE GUA
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
 
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – Mynewshub.my

dia datang

pelajar diploma intake baru dah mula daftar. minggu haluan siswa utk diorang juga dah mula. tak lama lagi kena mula mengajar lagi...sesungguhnya aku mengajar kerana Allah swt. Ya Allah permudahkan untuk aku menimba ilmu Mu dan permudahkan juga untuk aku menyebarkan ilmu Mu. amin

Sakit


Biasanya bila orang sms tanya khabar memang aku akan jawab “alhamdulillah terbaek” walaupun masa tu tengah demam or sakit.

Bagi aku sakit ni adalah kafarah dosa. Apa harus untuk aku hebahkan yang aku tengah sakit. Bukankah ia sama maksud dengan aku menghebahkan kat orang yang aku tengah dikafarah dosa. Lagipun selagi aku boleh bangun berdiri untuk melaksanakan kewajipan as muslim dan dapat pergi bekerja, maka aku harus syukur yang aku belum lagi sakit. Bagi aku, sakit adalah bilamana aku sudah tidak mampu bangun berdiri.

Alhamdulillah pertukaran ubat itu hari memang agak menyeksakan. Beberapa kali tumbang tak dapat pergi kerja. Kesan mengantuk sangat kuat. Tapi selang 2,3 hari kesan mengantuk dah makin pudar walaupun baru lepas makan ubat. Tapi aku terpaksa melupakan/menghindari 2 perkara bagi memastikan kesihatan sekarang ini dapat maintain. Pertama aku dah tak boleh minum minuman sejuk (berais). Kalo aku minum jugak, aku akan hadapi keadaan badan yang sangat lemah, rasa macam nak demam dan sakit di dada. Keadaan tersebut memang aku tak dapat nak gambarkan. Kepala rasa tension yang amat. Perkara yang lagi satu tu aku tak leh citer kat sini sebab ia privasi banyak. So tak sesuai nak citer. Hahhaha. Soooo sorryyyyyy

Anyway...merintihlah banyak-banyak pada Allah di saat sakit. Mohonlah penyembuhan dariNya sebab ubat hanya asbab untuk kita sembuh. Yang menyembuhkan adalah Allah swt juga. Allah bagi sakit sebab Allah sayangkan kita agar kita tidak lupa akan Allah. Berbanding jika Allah tak bagi sakit seperti yang berlaku kepada firaun yang tak pernah sakit. Antara perkara yang digalakkan ketika sakit adalah beristighfar yakni memohon keampunan banyak-banyak dari Allah swt. Jika berada dalam keadaan sakit yang teramat sangat, maka ingatlah akan Allah dan berserahlah diri pada Allah sepenuhnya.

Agen takaful


Aku ada pengalaman 4 tahun dalam bidang sale (ayat macam riak siot)

Aku nak citer pasal ada sorang mamat ni sibuk-sibuk dok sms aku pasal nak suruh beli polisi takaful dari dia. Kononnya polisi syarikat dia lagi bagus dari polisi yang aku dah amik sekarang ni. Yang aku tak leh blah dia suruh aku tunjukkan polisi yang aku dah amik. Pastu nanti dia nak bandingkan dengan polisi syarikat dia pulak. Bagi aku, ini suatu yang tak wajar. Kenapa ko nak banding-bandingkan dengan produk orang pulak. Tak boleh ke ko tunjukkan kehebatan dan kebagusan produk ko tu jek tanpa perlu dibandingkan. Yang berhak bandingkan adalah aku sebagai costumer. Lagi pun aku ni bukannya costumer yang bodoh sangat sampai perlukan ko untuk tolong bandingkan. Huh...marah nampak...hehe.

Fuhhh..rilek jap. Tarik nafas panjang-panjang-panjang...

Aku tahu masing-masing nak cari makan, tapi boleh tak ko jaga etika dan kesaksamaan untuk orang lain jugak cari makan. Jangan pikir nak kacau periuk nasi orang jek. Biar orang lain tebarai asal perut ko kenyang sampai boroi. (eh...marah lagi)

Inilah cerita yang berlaku dikeliling kita, bukan aku nak banned orang yang buat sale sebab aku pun keje buat sale jugak. Cuma perlu dijaga bab etika supaya kita semua dapat sama-sama berjaya. Maaf cakaplah, ramai yang dapat sale yang banyak tapi costumer yang beli produk dengan terpaksa. Adakah mungkin business kita dapat bertahan lama?

Citer pasal ni memang tak habis, belum aku citer pasal penjual emas yang jual emas macam buat sale MLM. Mungkin background dia sebelum ni MLM kot. Skg ni jual emas pulak. Adoii...tolonglah masuk kursus buat sale dan dilatih oleh orang yang terlatih dan diiktiraf antarabangsa. Sekarang ni orang dah tak jual takaful cara gitu lagi dah. Orang jual polisi takaful guna cara baru. eh...apa cara baru tuh? Haaa...kalo nak tahu kena r masuk kursus ngan aku dulu.

p/s: aku tak jual takaful pun..tapi aku boleh ajar cara buat sale cara baru. nak tahu sila contact aku
p/s: biasa tak, dapat panggilan atau sms dari kawan lama tetiba cakap suh masuk MLM or suh beli produk dia...tension kan
p/s: dok cari cara rasulullah saw berniaga dulu bagaimana.

Friday, May 25, 2012

jangan berjalan sambil bertelefon

pengalaman singkat bekerja disebuah kilang jepun memang banyak memberi pengalaman berharga. banyak ilmu yang telah memberi makna kepada hidup aku. selain itu juga, aku lihat betapa mereka ni pentingkan keselamatan untuk perkeja-pekerja diorang. yelah..kalo pekerja tu ditimpa kemalangan sudah tentu ia membawa musibah untuk kilang itu sendiri. jadi mereka begitu menjaga hal keselamatan. antara perkara keselamatan yang memang aku ingat adalah "JANGAN BERJALAN SAMBIL BERCAKAP DITELEFON".

akhir-akhir ini aku sering terserempak dengan manusia-manusia yang melintas jalan sambil bercakap-cakap ditelefon. bukan sekali, bukan dua kali malah berkali-kali dah. masalah bila kita berjalan sambil bercakap ditelefon akan menyebabkan kita hanya fokus pada pemanggil tersebut. sedangkan pada masa sama banyak lagi punca bahaya lain yang perlu kita fokuskan. kejadian yang aku alami, mereka melintas jalan secara semberono saje. macam tak sedar ada kereta yang tengah lalui jalan tersebut. (rasa dah lama hidup ke per..!!)

itu contoh di jalan raya, bagaimana pula bila berjalan sambil bercakap di telefon di tempat lain. contohnya di dalam bangunan, somtimes ia akan menyebabkan kita tak perasan adanya pintu kaca menyebabkan kita melanggar sahaja pintu tersebut, ataupun mungkin ada kawasan lantai yang licin menyebabkan kita lalu saja di kawasan situ dan terjatuh...adoiii... padam muka. kadang-kadang kita juga boleh melanggar orang lain yang sedang berjalan dari arah berlainan. kan parah tu..buat malu jek.

jadi...tuan-tuan dan puan-puan sekalian, elakkan lah berjalan sambil bercakap di telefon. sebaik mungkin berhenti sekejap dan habiskan percakapan sebelum menyambung kembali perjalanan tersebut. atau yang lagi best...carilah tempat duduk untuk berbual panjang. takde panggilan yang lebih penting selain dari panggilan ilahi. so tak perlu terhegeh-hegeh nak bergayut ditepi jalan dan di tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

wasalam

Wednesday, May 23, 2012

apa kamu lihat?


Tetiba satu hari tu aku dapat soklan best.

Jika kamu melihat wanita, apa yang kamu lihat? Adakah pada kecantikannya atau pemakaiannya atau pergerakannya?

Hurm..susah jugak nak jawab. Maklumlah tak pernah sedar nape kita tengok sesorang tu. Antara tengok dengan sengaja atau secara kebetulan. Tapi rasanya soklan ni fokus yang sengaja. Puas jugak aku pikir nape aku tengok seseorang perempuan.

Setelah berfikir panjang, aku rasa aku dah dapat jawapannya. Biasanya kita tengok sesuatu tu tentulah sebab ada suatu tarikan. Tak kiralah apa benda sekalipun. Dan tarikan tu pulak tak kisahlah positif atau negatif.

Kebiasaanya tarikan utama adalah kecantikan. Kecantikan tu pulak terlalu subjektif. Samada kecantikan pemakaiannya atau kecantikan empunya diri. Tapi kecantikan dari pergerakan tu memang tak masuk senarai. Apa jadahnya cantik pergerakan.

Cantik pemakaian adalah dari segi matching color, kaedah penggayaan, fesyen dan sebagainya. Kiranya dalam bahasa mudah semua padanlah. Cantik empunya diri ni pulak biasanya dirujuk dengan raut wajah. Dan definasi cantik pada wajah tu pulak bergantung pada mata yang melihatnya. Bagi sesetengah wanita tampak cantik dengan mekap dan ada yang sebaliknya. Dan ada satu lagi, ada sebilangan wanita yang wajahnya biasa-biasa saja tapi mempunyai tarikan tersendiri. Mungkin aura wajahnya yang menyinar.

Aku pernah tanya la kawan-kawan selelaki dengan aku. Bagaimana wanita pilihannya. Kebanyakkannya cakap wanita yang cantik dan perpakaian seksis tu hanya untuk dilihat saja (untuk lelaki itu adalah sekadar untuk nafsu semata / awas untuk kaum wanita yang telah menjadi bahan untuk tontonan umum). Wanita yang akan dipilih adalah wanita yang baik hati budinya. Dan ada sesetengahnya menambah kecintaan kepada Allah sebagai prasyarat.

Tapi apa yang islam ajar adalah tundukkanlah pandangan bila melihat sesuatu yang tidak patut untuk kita lihat (untuk lelaki dan wanita). insyaAllah dengan menjaga penglihatan kita, kita akan dihidangkan dengan pandangan yang indah-indah belaka. 

Monday, May 21, 2012

lagu-lagu zikir

woaaaaaa...muhsync like this

weekend ari tu pegi ke muktamar senawi abim negeri johor. aku jadi ajk untuk muktamar tu. sambil-sambil dok kemas dewan tu, ada la dipasangkan lagu-lagu. tetiba ada sorang akak ni bagi satu CD suh pasang. hurm...hafiz hamidon punya album baru. tajuk zikir terapi diri. akak tu sungguh-sunguh cakap best la zikir-zikir dalam tu sebab ada irama sekali. untuk tidak mengecewakan akak tu. aku pun tolonglah mainkan CD tersebut.

dan tetiba aku pun rasa wwowww...indah sekali. maklumlah sistem audio kat dewan tu pun boleh tahan mantapnya. pastu zikir tu berkumandang dalam dewan. rasa tenang gitu...terus cari copy zikir-zikir lain sekali

http://www.youtube.com/watch?v=4PiTfPMv6qQ&feature=relmfu (zikir la ilaha illallah)

http://www.youtube.com/watch?v=9NcS_2Io9t4&feature=relmfu (zikir istighfar)

http://www.youtube.com/watch?v=HeEgEvWXXAg&feature=relmfu (zikir subhanallah)

tapi aku rasa kalo nak dengar yang mantap kena la beli yang ori beb


Thursday, May 17, 2012

Hari rabu


Setiap hari rabu aku akan ke bandar batu pahat. Bertolak jam 6.30 petang dan akan sampai sana lebih kurang pukul 7 malam. Aku seronok datang sana, walaupun takde apa yang istimewa untuk aku santap, untuk aku lihat, malah takde juga sebarang hiburan nyanyian. Di sana mereka hanya menerima aku dan kawan-kawan. Kami sama-sama solat berjemaah dan kemudian kami sama-sama belajar mengaji. Walaupun mereka lebih berusia dari aku tapi kegigihan diorang untuk belajar itu yang membuat aku respek sama diorang. Ya..mereka pernah menyimpang dari dunia sebenar. Tapi mereka ada tekad kuat untuk kembali ke jalan sebenar. Mereka harus diberi peluang. Mereka harus ditunjuk jalan kembali. Agar mereka tidak tersesat lagi. Agar mereka ada peluang untuk menerima hidayah dari tuhan. Agar mereka rasa ada lagi kesempatan untuk bertaubat. Agar mereka rasa dekat dengan ilahi. Aku hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan urusanku untuk datang lagi di hari rabu depan dan seterusnya selagi mana Allah masih meminjamkan nyawa untuk aku.
Related Posts with Thumbnails