i k l a n

Friday, July 10, 2009

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYA YAN GI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGEN YAN GKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYA YAN GIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

madah ni saya dapat melalui email dari seorang kawan. terima kasih atas perkongsian tersebut. menarik sungguh bait-bait di atas. sekadar perkongsian bersama

Wednesday, July 8, 2009

iNsPiRaSi...

inspirasi muhsync...

kenapa inspirasi muhsync? sebenarnya inspirasi muhsync ni diperolehi disebabkan semasa mendaftar blog ini, nama muhsync sudah ada. jadi nak tak nak kena tambah laa kat depan tu. jadi dok terpikir-pikir juga laa nak tambah perkataan apa. tetiba terlintas perkataan inspirasi. jadi itulah punca kenapa inspirasi dihadapan tu.

inspirasi ataupun ilham, dirasakan sesuai kerana ia bertepatan dengan tujuan blog ini dibangunkan. jadi diharapkan segala persoalan tentang perkataan inspirasi sudah terjawab.

jika anda perasan, umur saya tahun ni sebenarnya genap 25tahun. sama dengan umur tv3 yang begitu meriah sekali meraikan ulang tahun yang ke 25. nak dijadikan cerita, selepas blog ini dibangunkan. tetiba tv3 mula buat satu konsert yang dinamakan "konsert inspirasi tv3". ramai ingat saya yang tiru tv3. tapi semua ini hanyalah suatu kebetulan (yang nyata, blog ini bangun terlebih dahulu dari promo konsert tersebut).



nak dijadikan cerita lagi, pada 7hb julai. saya telah menghadiri satu mesyuarat alumni universiti. kami telah dilantik sebagai penggerak sekretariat pelajar alumni universiti (khusus untuk alumni yang sambung belajar semula). antara tugasan pertama kami adalah untuk menjadi penggerak kepada program inspirasi alumni 2009 sempena pesta konvokasyen tahun ini. jadi lagi sekali perkataan inspirasi digunakan.

sekali lagi ditegaskan, semua yang berlaku adalah satu kebetulan. inilah yang dipanggil keserentakkan masa dan ruang (mengikut rawatan komplimentari islam "RKI"). saya dapat rumuskan bahawa tahun ini merupakan tahun inspirasi ;)

haDiaH BesDay



hadiah dari mutia syahirah



hadiah dari kaktie

ni hadiah besday saya yang ke *tuuut" dari kak tie...hehehe. terima kasih kepada semua yang telah wish my besday secara langsung atau tidak langsung (nak sebut terlalu ramai). kepada yang telah bagi hadiah. terima kasih sangat-sangat.

syukur kepada hadrat ilahi kerana atas kurniaan rahmatnya dapat saya meneruskan kehidupan ini sehinggalah ke saat ini.

apa yang saya harapkan adalah doa dari sahabat-sahabat semua untuk saya terus kekal di dalam medan perjuangan ini serta tabah menghadapi segala coretan dugaan yang sememangnya penuh dengan hikmah (ALLAH sahaja Maha Mengetahuinya).

terima kasih tak terhingga kepada cik dan ayah yang telah melahirkan saya ke dunia ini serta membesarkan saya sehinggalah sekarang ini, jasamu berdua tidak terhingga, tidak ternilai dengan wang ringgit dan tidak terhitung dengan apa jua bandingan sekali pun.

terima kasih juga kepada adik-beradik yang banyak memberi sokongan, kaum keluarga, guru-guru, para pensyarah, rakan-rakan dan orang sekeliling yang membantu saya secara lagsung atau tidak langsung. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian

Wednesday, July 1, 2009

survival...




korang penah lihat tak bangunan KLCC..?? saya yakin dan percaya semua orang di Malaysia ni tahu dan psernah tengok bangunan tersebut yang merupakan simbol kebanggaan negara sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia. menyusuri sejarah penciptaan bangunan ini, ia merupakan hasil cetuan idea perdana menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahadhir Mohamed. seorang yang mempunyai pemikiran luar biasa hebat. namun begitu adakah anda terfikir simbolik bangunan KLCC ini..??

kali ini saya ingin berkongsi cerita yang di sampaikan oleh salah seorang sahabat saya yang juga merupakan salah seorang trainer dalam program-program yang kami laksanakan. biasalah kami sebagai sahabat yang dalam satu arus perjuangan sentiasa berkongsi apa sahaja. ia sebagai satu langkah untuk saling lengkap melengkapi. itulah yang perlu ada dalam satu pasukan. kembali kepada cerita yang ingin saya kongsikan...

yaa..apa yang ada pada KLCC. KLCC merupakan sebuah bangunan berkembar. menurut sahabat saya, ia merupakan simbolik kepada sikap rakyat Malaysia. sikap apa ye? sikap perlu berteman. perlu ada guidence. ia diumpamakan bahawa rakyat kita tidak boleh hidup sendirian. jika bersendirian maka orang itu tidak akan maju. ia amat memerlukan orang lain di sisi. teruk ke sikap begitu?

nak kata teruk tak teruk sangat. bergantung kepada situasi juga. dalam erti kata berkumpulan sudah pasti teman-teman lain diperlukan. tapi dalam situasi individu pula..tidak ramai yang dapat survive dalam sesuatu situasi. ia amat berkaitan dengan kebergantungan kita kepada seseorang individu. patutkah kita memiliki sifat sebegini...?

pada pandangan saya...sifat survive dan jadi seorang yang survival amat perlu. kita perlu jadi seperti menara KL (KL Tower). jika kita hendak maju..maka kita perlu berusaha sekuat mungkin dan tidak meletakkan kebergantungan pada orang lain tapi sebaliknya kepada usaha kita. tapi sebaik-baiknya bergantunglah kepada Allah swt. kerana Dia lah yang Maha menguasai segala-galanya. insyaALLAH..

Monday, June 29, 2009

MUCEET 2009 Kuantan, Pahang



assalamualaikum wbt...

kali ini nak berkongsi berkenaan pengalaman menghadiri seminar yang telah berlangsung di MS Garden, Kuantan Pahang. seminar ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP). seminar tersebut bertajuk "Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology" (MUCEET 2009) dengan tema "Commercialization & Enterprise". saya ke sana sebagai salah seorang pembentang. program tersebut berlangsung selama empat hari. bermula dari 19-22hb jun 2009.

alhamdulillah saya dapat membentangkan berkenaan kajian yang saya lakukan pada hari pertama. mula-mula sebelum pembentangan tu rasa macam gementar juga sebab saya ni seorang yang gemuruh. lantas saya menggunakan segala macam petua untuk menghilangkan gemuruh. tarik nafas panjang-panjang, bercakap kepada diri, yakinkan diri dan segala macam kaedah. maklumlah ini merupakan kali pertama membuat pembentangan berkenaan kajian diluar pada kampus.

kenapa saya cukup gemuruh? semasa sesi pembentangan dijalankan, sesiapa sahaja peserta seminar boleh datang melihat sesi pembentangan dan berpeluang untuk menanyakan soalan berkenaan dengan tajuk pembentangan. jadi kita tidak tahu siapa sebenarnya berada dihadapan kita. samada dia merupakan seorang pakar, profesor atau orang yang memang mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang kita bentangkan. kalau anda berada ditempat saya macamana? ;)

sebenarnya tiada apa yang perlu saya bimbangkan, sebaliknya saya hanya perlu bertenang dan terus membentangkan tajuk tanpa memikirkan apa yang akan berlaku selepas sesi pembentangan. sesi pembentangan adalah selama 10 minit dan 5 minit untuk sesi Question and Answer (QnA). jadi apa yang sebenarnya telah berlaku kepada saya? tunggu selepas ini...hehhe



sesi pembentangan saya adalah sesi keempat pada jam 3.15 - 4.15pm dan saya merupakan orang keempat iaitu orang terakhir untuk sesi tersebut. sebelum saya dapat membentang terdiri dari 3 orang pembentang lain. semasa pembentang pertama mula membentang saya sudah mula rasa mengantuk. saya memanng sempat terlelap sehinggalah sampai giliran saya. saya dengan keadaan yang mengantuk tadi terus kehadapan dan membentangkan tajuk kajian saya. pembentangan berjalan lancar sebab saya hanya baca sahaja yang terdapat di dalam slide pembentangan. sekarang sampai ke sesi QnA. saya bernasib baik sebab di dalam bilik tersebut tiada orang yang berkepakaran berkenaan tajuk saya. mereka kebanyakkannya hanya mengetahuinya secara umum. wah..sungguh bernasib baik sekali. hanya terdapat 2 orang sahaja yang bertanyakan soalan. soalan yang dikemukakan untuk mengetahui detail process dan mengetahui sejauh mana kajian ini jika dibandingkan dengan luar negara. alhamdulillah jawapan yang diberikan dapat memuaskan pemberi soalan. dan yang paling best saya dapat ucapan tahniah dan pujian atas pembentangan tersebut. siapa tu? orang yang bagi ucapan tahniah tu merupakan salah seorang yang menanyakan soalan dan merupakan salah seorang pensyarah di UMP. beliau mempunyai phD dalam bidang kimia. rasa hepi jek ;p

cerita pasal seminar ni pula. seminar ni bertujuan untuk menjadi medan perkongsian idea, maklumat serta penambahbaikan bagi sesebuah kajian. jadi segala pertanyaan dan idea yang diluahkan semasa sesi pembentangan adalah amat penting untuk tambah nilai. jadi semakin banyak soalan, semakin bertambah input yang diperolehi oleh sesorang penyelidik. selain itu, pembentangan juga merupakan sebagai satu sumber untuk mengesahkan sesuatu hasil yang diperolehi bagi sesebuah kajian. sebagai contoh, jika terdapat dua orang yang melakukan kajian yang sama dan kedua-duanya membuat kajian untuk peringkat doktor falsafah. maka pengadilan akan dibuat berdasarkan siapa terlebih dahulu menghantar kertas kajian (seminar paper) untuk diterbitkan di dalam jurnal atau dibentang di dalam mana-mana seminar. jadi dapatkah anda melihat betapa pentingnya menghadiri seminar untuk seseorang penyelidik terutamanya yang melibatkan penyelidik di universiti.

pengalaman menghadiri seminar ni sungguh menarik dan MUCEET 2009 merupakan seminar kedua yang saya hadiri tetapi seminar pertama saya menjadi pembentang. kali pertama adalah International Conference of Mechanical and Manufacturing Engineering (ICME 2008) di Johor Bahru. di sana bagaimana saya merasakan betapa kerdilnya diri ini ketika berada dikalangan ilmuan yang begitu ilmunya. dari situ terasa betapa selama ini kita merasakan dengan ilmu sedia ini sudah cukup hebat, kita tidak sedar yang ada ramai lagi yang lebih hebat ilmunya dan sudah tentu Yang Maha Hebat dan Tinggi ilmunya adalah ALLAH swt. Ampunkan dosaku Ya Allah...

Wednesday, June 17, 2009

KeSiBuUuKaN....

assalamualaikum wbt...

apa khabar sahabat-sahabat semua? diharapkan semua berada dalam keadaan TERBAIK. saya pula macam mana? saya alhamdulillah sihat sejahtera dan dalam keadaan TERBAIK. sebenarnya hari ini secara tiba-tiba singgah kat blog. dah lama tak melawat. maklumlah sejak kebelakangan ini agak banyak urusan dan kerja perlu diselesaikan. kerja-kerja tu merangkumi kerja berkenaan research dan kerja kemasyarakatan.

cerita pasal research ni teringat untuk berkongsi 2,3 perkara yang saya alami. sebenarnya kebelakangan ini saya perlu membuat persiapan untuk melengkapkan seminar paper untuk beberapa seminar yang bakal dihadiri dalam tahun ni. dalam kesibukan tu, banyak pula kerja-kerja sampingan lain yang turut sama sibuk. tak sangka pula penyelia memberi kepercayaan yang tinggi. ada beberapa orang pembantu penyelidik dikehendaki merujuk perkara-perkara yang tak difahami kepada saya. jadi banyak ler orang yang datang merujuk. nak tak nak kena melayan pelbagai kerenah. kebetulan pula sekarang ini kat makmal agak sibuk untuk persiapan myvi eco challenge yang akan berlangsung hujung minggu ni. memang agak berserabut sikit sebab senang hilang fokus.

namun begitu, diantara ramai-ramai pelajar yang saya bantu, ada seorang pelajar yang agak kritikal kesnya. bukan kes apa pun, cuma tahap kecekapan dan kepantasan tu agak tidak memuaskan hati. pada mulanya saya anggap kehadiran pelajar tersebut agak mengganggu kosentrasi kerja saya. namun setelah saya berfikir panjang saya rasa saya telah melakukan kesilapan dengan menganggapnya sedemikian.

saya merasakan pelajar tersebut mempunyai masalah kecekapan dalam pemikiran dan tindakan. ini hanya anggapan saya sahaja, secara realiti saya tak tahu. cara kerjanya terlalu perlahan. tiada daya inisiatif apatah lagi kreativiti. pada mulanya saya ingat dia seorang pelajar yang pemalas dan hanya perlu disuap sahaja. jadi mula-mula tu saya banyak bersikap dingin dengan pelajar tersebut. alhamdulillah saya tersedar juga akhirnya tentang sikap yang tidak sepatutnya saya lakukan. saya mula memikirkan perkara yang perlu dilakukan untuk membantu dia. Yaa...saya perlu bantu dia. fikiran saya masih lagi memikirkan langkah yang boleh diambil. hmm...saya tak boleh bagi dia ikan, tapi saya perlu baginya pancing agar lain kali dia tahu macamana nak dapatkan ikan.

itulah langkah terbaik yang saya fikirkan patut saya lakukan. alhamdulillah akhirnya projek pelajar tersebut sudah hampir selesai. sekarang ini sudah hampir 80% sudah siap. hmm...sebenarnya saya selalu berfikir tentang orang yang kurang bernasib baik. ya..kita biasa dengar orang bawahan yang agak lembab, tak pandai berdikari, tak ada inisiatif dan sebagainya. namun kita tidak pernah berfikir kenapa mereka jadi sedemikian. dan apa yang kita patut buat untuk bantu mereka?? banyak betul masa saya untuk bantu orang dan diri saya dah dibantu belum...??? bagi saya, bantu orang seumpama bantu diri kita juga.

bagi saya orang yang bermasalah tersebut memang perlu dibantu dan dibimbing supaya mereka dapat jalan sebenar untuk kehadapan dan lebih menonjol. jadi bagaimana untuk bantu diorang? kita kena bagi peluang. bagi peluang kepada mereka untuk mencuba. kemudian kita hendaklah menilai sejauh mana hasil yang mereka berikan. kemudian cuba buat tambah baik/nilai dengan memberi panduan, pengajaran dan bimbingan. seterusnya nilai kembali hasil yang mereka dapat berikan setelah penambahbaikkan dibuat. satu lagi kesilapan, perubahan tidak dapat diperolehi dalam masa yang cepat. jadi bagi masa lagi. dan begitulah seterusnya. dengan peluang sedemikian rupa, secara tidak langsung kita dapat membangunkan modal insan yang ebih berdaya saing yang berdiri sama tinggi, berjalan sama laju.

jadi jangan biarkan mereka yang bermasalah terus dengan cara mereka. mungkin mereka tidak mendapat pendedahan seperti yang kita perolehi. jadi kitalah yang perlu memberi pendedahan kepada mereka. apa-apa pun saya memang penat. malam-malam di rumah adalah untuk berehat (tido). ;)

Friday, June 12, 2009

PANGGILAN POSITIF (+ve)

Assalamualaikum wbt…


Semoga para pembaca blog saya dalam keadaan yang terbaik untuk meneruskan perjuangan hidup sebagai hamba Allah swt. Coretan kali ini adalah berkenaan kesan positif dalam kehidupan.

Sebagai orang yang banyak terlibat dalam bidang motivasi diri, sebenarnya telah banyak artikal berkenaan perkara ini. Cuma ia diolah dalam pelbagai bentuk yang berlainan mengikut acuan yang dibuat oleh penyampainya. Walaupun sudah banyak, namun saya tetap ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang perkara ini “PANGGILAN POSITIF”.


Pangilan positif yang saya maksudkan di sini adalah berkenaan dengan cara kita fikir, niat, buat dan cakap. Kenapa fikir, niat, buat dan cakap..? Inilah yang saya istilah sebagai panggilan. Melalui pemikiran, percakapan dan perbuatan kita itu secara tidak langsung kita telah membuat panggilan. Panggilan itu bergantung kepada apa yang kita panggil samada ia dalam bentuk positif atau negatif.


Sebagai contoh, Amin merupakan seorang yang mempunyai keinginan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dia selalu memikirkan perkara-perkara yang boleh diusahakan. Pelbagai idea keluar dari pemikirannya tadi. Idea-idea tersebut di ambil oleh Amin dan dianalisis mengikut kemampuannya. Amin menganalisis ideanya tadi dengan bertanya kepada orang lain dan dia sentiasa memberitahu orang bahawa dia akan mengusahakan sesuatu yang hebat. Idea-idea yang terpilih untuk diusahakan cuba direalisasikan. Di antara perkara-perkara yang diusahakan tersebut sebilangan besar telah berjaya membuahkan hasil. Sementara yang lain masih lagi menanti untuk mengeluarkan hasil.


Mungkin anda bertanya, adakah semudah itu untuk berjaya. Jawapan saya memang tidak semudah itu untuk berjaya. Namun begitulah hakikat yang ada disebalik diri orang berjaya iaitu membuat “PANGGILAN POSITIF” di dalam hidupnya. Dari contoh Amin tadi. Amin telah membuat “PANGGILAN POSITIF” melalui 3 bentuk. Pertama melalui pemikiran yang sentiasa berfikir untuk mengusahakan sesuatu. Kedua melalui cara percakapan di mana Amin bercakap dengan orang ramai dengan nada yang optimis (sesuatu yang hebat-merujuk kepada ayat perenggan atas) dan yang ketiga adalah melalui perbuatan di mana Amin mengusahakan apa yang telah difikirkan tadi. Dan sebenarnya sebelum Amin membuat ketiga-tiga panggilan tersebut, Amin sebenarnya telah membuat “PANGGILAN POSITIF” yang paling awal iaitu memasang niat untuk menjadi usahawan berjaya.


Ia boleh diumpamakan apabila kita memanggil nama seseorang dan sudah tentu orang yang menyahut panggilan tersebut adalah orang yang namanya dipanggil. Contoh yang lebih jelas, di dalam dewan yang terdapat ramai orang. Saya berada di hadapan dan saya telah memikirkan satu nama untuk dipanggil ke hadapan bagi menyampaikan ucapan. Nama yang ada dalam fikiran saya masa itu adalah Anuar. Lalu saya panggil nama Anuar. Sudah tentu orang yang akan menyahut panggilan saya tadi adalah orang yang bernama Anuar. Seterusnya Anuar akan kehadapan dan menyampaikan ucapan.


Nah lihatlah dari contoh yang saya berikan tadi saya telah membuat “panggilan Anuar”, lalu apa yang saya dapat adalah Anuar. Bagaimana pula jika anda membuat “PANGGILAN POSITIF”, saya yakin dan percaya apa yang anda akan dapat nanti adalah sesuatu yang POSITIF.


Adakah anda sudah dapat memahami maksud yang saya cuba sampaikan di sini?. Saya berdoa agar anda dipermudahkan untuk memahami intipati yang saya sampaikan. Saya percaya jika anda memahami intipati di atas, anda mula terfikir bagaimana konsep “PANGGILAN POSITIF” ini di dalam realiti kehidupan yang sebenar. Saya akan cuba membantu anda berkongsi bagaimana menggunakan “PANGGILAN POSITIF” ini dalam kehidupan kita seharian.


Saya masih teringat pada zaman kanak-kanak saya dahulu. Saya merupakan seorang yang nakal tapi sensitif..hehehe. Pada masa itu mak selalu menegur saya supaya bercakap atau bertutur perkataan yang baik-baik. “jangan panggil orang dengan panggilan yang buruk” kata mak. Perkataan biasa yang selalu saya guna adalah perkataan “bodoh”. Mak cakap, “sebutlah bodoh banyak-banyak, nanti kau yang jadi bodoh”. Setelah beberapa kali ditegur, saya pun menukar istilah “bodoh” kepada “cerdik”. Selepas itu bila saya nak marah orang, saya akan sebut “cerdiklah ngko”, “cerdik punya orang”, “inilah masalahnya kalo dah cerdik sangat”. Itu antara perkataan-perkataan yang saya telah tukar kepada bentuk yang baik atau POSITIF. Jadi pada masa itu saya telah membuat “PANGGILAN POSITIF” di dalam hidup saya dan nah!! Panggilan “cerdik” telah datang kepada saya. Dan hari ini alhamdulillah saya sedang menamatkan pengajian saya untuk ijazah kedua saya (Sarjana Kejuruteraan Mekanikal). Doakan saya cepat menghabiskan kajian yang sedang saya jalankan sekarang ini.


Perkara sebegini perlu diajar kepada anak-anak kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebelum ajar anak-anak, ibu dan bapanya juga perlu berubah. Melihatkan realiti disekeliling hari ini, golongan remaja kebanyakkan suka menggunakan perkataan yang berunsur negatif (bodoh, sial, siot, bangsat dll). Perkataan-perkataan sebegitu sudah menjadi sebati dalam diri meraka. Bagi mereka istilah begitu baru menunjukkan mereka ini “rock”, hebat dan mengikuti perkembangan semasa. Hmm...sama-samalah kita muhasabah diri. Moga mereka mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah swt.


Adakah anda bersedia untuk membuat PANGGILAN POSITIF..? Jika sudah bersedia...bermula hari ini, saat dan detik ini, marilah kita sama-sama mengubah cara atau tabiat kita ke arah yang lebih POSITIF. Buatlah “PANGGILAN POSITIF” setiap hari, setiap masa semoga yang akan datang dalam kehidupan kita adalah hasil yang POSITIF.


p/s: sebut pasal istilah, teringat dengan perkataan MELAYU. Kata dasarnya adalah “layu”. Jadi melayu bermaksud semakin jatuh, layu bak daun-daun hijau yang telah kering. Inikah yang dimaksudkan dengan melayu? Semakin hari semakin layu. Beginikah yang akan terjadi kepada bangsaku? Cuba bandingkan dengan realiti sebenar terjadi pada bangsa melayu? Saya pula macamana? Jawapan nakal kawan saya, dia adalah pan-asia. Hehehe. Jawapan saya pula, saya adalah orang islam.. ;)

Thursday, June 11, 2009

Pembuka Bicara..Menutur Kata..

Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad saw. Syukur kehadrat Ilahi di atas kebesaranNya dan kekuasaanNya dapat saya memulakan kembali aktiviti yang sudah lama ditinggalkan. Suatu yang amat diminati suatu ketika dahulu, namun terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu lantaran kesibukan meneruskan aktiviti seharian yang kian mencabar. Waktu ini bukanlah masa yang sesuai untuk saya memulakan hobi ini tapi jika dibiarkan labih lama maka blog ini akan lebih lama terperap tanpa kata dan bicara. diharapkan dengan kehadiran saya dalam dunia blog ini dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain perkara-perkara baru untuk manfaat bersama.

kehadiran blog ini begitu bermakna bagi saya kerana ia bermula pada bulan jun. di mana bulan jun merupakan bulan yang paling saya sukai. sebabnya..? sebabnya adalah sempena bulan kelahiran saya :) sebelum ini saya sudah mempunyai sebuah blog melalui laman kenalan sosial (friendster). banyak coretan dan info berguna telah dimuat naik. sayang sekali sebab saya tak pandai untuk import semua hasil dari sana ke blog yang baru ini. namun begitu, saya telah "copy and paste" beberapa artikel berguna yang berkaitan dengan diri saya sekarang ini.

minat untuk kembali ke dunia blog ini lahir setelah membaca coretan dari web ustaz zaharuddin berkenaan bagaimana beliau menggunakan blog pada mulanya sebagai tempat untuk beliau berkongsi ilmu yang dipelajari disamping menambah kefahaman tentang apa yang telah dipelajari. apa yang lebih menarik, anak serta isteri beliau juga mempunyai blog. sedikit sebanyak telah memberi inspirasi kepada saya untuk turut sama terlibat dalam dunia siber ini.

pengisian dalam blog ini adalah pelbagai tetapi ia lebih meliputi topik bidang yang saya pelopori seperti bidang perancangan kewangan (unit amanah), motivasi, kejuruteraan (mekanikal dan automotif) serta akan diselitkan juga dengan coretan idea dan komen atau pendapat saya berkenaan isu-isu terkini.

akhir kalam...saya mengharapkan Allah swt memberi saya kekuatan serta ilham untuk terlibat dengan lebih serius dalam bidang ini. saya juga mengharapkan doa serta sokongan dari rakan-rakan sebagai motivasi untuk saya. saya akhiri kalam kali ini dengan ucapan salam buat semua. ASSALAMUALAIKUM wbt..





>>muhsync | 0177337842/0197317789<<
Related Posts with Thumbnails