i k l a n

Thursday, January 26, 2012

persepsi orang kita

okey..sudah banyak urusan selesai. so ada sedikit ruang kelegaan skg ni. namun urusan dan urusan dan urusan tetap tak pernah habis. selagi mana hayat dikandung badan selagi itu proses ini akan berulang dan berulang dan berulang dan aku pun menaip perkataan yang sama-sama berulang-ulang untuk memanjangkan entri ini.

cerita hari semalam
semalam agak keributan untuk membuat keputusan. banyak benda yang perlu diputuskan last minit. memang tak jangka 2,3 perkara datang serentak dan berurutan. alhamdulillah mungkin istikharah membantu ada sedikit panduan yang datang menjelma. lagipun jenis aku ni memang tak dapat buat keputusan secara melulu camtu. mesti tenang dan waras untuk membuat keputusan.

dalam keributan itu sempat lagi post news update kat wall fb. semuanya berkenaan perancangan kewangan, harta dan kaitan dengan islam. Alhamdulillah ada respon yang positif dari sahabat-sahabat fb. maksudnya sudah timbul kesedaran tentang perkara tersebut. antara yang dipostkan adalah berkenaan dengan tabiat rakyat malaysia yang suka berbelanja dan satu lagi berkenaan dengan persepsi segelintir orang islam bila bercakap tentang harta dan kekayaan yang diambil dari blog salah seorang ahli perancang kewangan islam pakdi.net. so dikesempatan ini aku nak share sekali apa intipati dalam blog tersebut yang aku copy n paste sahaja. ataupun korang boleh melawat link ini.


Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!




Garu kepala.
Bukan sekali dua.
Dah banyak kali terbaca dan terdengar.
Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.
Berikut ada 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.
#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!
Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?
#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.
Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.
#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.
Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.
#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!
Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?
#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?
#6 Yang penting ilmu, bukan harta.
Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.
#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.
Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.
Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.
p/s: baca dan fikirkanlah sama-sama. how we do anything is how we do everything.

Wednesday, January 25, 2012

tabiat orang Malaysia sekarang..!!

sesungguhnya aku tak cukup masa untuk menulis entri-entri baru. tapi masa tetap jugak 24jam. tak pernah lebih dan tak pernah kurang. yang jadi lebih dan kurang tu bergantung kepada bagaimana kita mengurus masa. anyway...arini aku tak menulis tapi aku wat keje budak-budak U selalu buat yakni "copy" n "paste".

topik pasal perbelanjaan. Yaaa..!! rakyat Malaysia dah semakin kaya. itu satu kenyataan yang bagus tapi masalah yang berlaku adalah duit yang diperolehi dibelanjakan di tempat yang tak berapa bagus. secara faktanya boleh baca kenyataan akhbar di bawah: 

sumber : berita harian online




Isi rumah patut amal pembelian berhemah jamin kedudukan kewangan yang baik 

TABIAT berbelanja memang agak sinonim di kalangan rakyat negara ini khususnya apabila menjelang musim perayaan. Iklan jualan murah serta pelbagai potongan harga yang menarik sering kelihatan disiarkan sebagai pelaris sesuatu promosi barangan itu.


Namun, aliran perbelanjaan tidak terhad kepada pembelian barangan saja malahan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan perhotelan serta automotif juga mendapat manfaat daripada sikap rakyat Malaysia yang suka berbelanja.
Perangkaan seperti Kecenderungan Marginal untuk Kepenggunaan (MPC) iaitu statistik yang mengukur kecenderungan bagi isi rumah berbelanja bagi setiap ringgit kenaikan dalam pendapatan jelas menunjukkan rakyat Malaysia berada dalam kumpulan yang mempunyai kecenderungan tinggi ke arah itu. 

Selain itu, kajian Bank Negara Malaysia menunjukkan pengguna di negara ini telah mengalami perubahan dalam tabiat perbelanjaan dengan perbelanjaan terhadap barang bukan keperluan seperti restoran dan hotel, komunikasi, rekreasi dan kebudayaan telah meningkat berbanding perbelanjaan terhadap keperluan asas. 

Perkara ini di sebabkan peningkatan dalam pendapatan boleh guna serta faktor pengumpulan kekayaan. 

Persoalannya, adakah ini sesuatu yang sihat bagi ekonomi negara? Sebagai negara yang mempunyai sistem ekonomi terbuka, ancaman seperti kelembapan ekonomi dunia akan memberi kesan langsung terhadap prestasi eksport serta sektor pembuatan atau perkilangan. 
Dari sudut perniagaan, kecenderungan untuk berbelanja oleh isi rumah jelas menunjukkan negara mampu menawarkan peluang perniagaan yang baik. 

Kecenderungan berbelanja ini akan memastikan permintaan kekal terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan. 

Ia sekali gus akan mewujudkan peluang pekerjaan jika pernigaan memilih negara kita sebagai hub pengeluaran mereka. 

Sebagai contoh, rangkaian peruncitan hiper serta jenama kenderaan dari Jepun sudah lama bertapak di negara ini dan pelbagai peluang pekerjaan juga di wujudkan hasil daripada pelaburan asing oleh syarikat ini. 

Namun, tabiat berbelanja seharusnya berlaku secara seimbang supaya tidak menggalakkan pembaziran akibat perbelanjaan yang melebihi had. 

Setiap individu harus mempunyai belanjawan bulanan serta memantau setiap perbelanjaan dikeluarkan supaya tidak dibebani hutang kad kredit berlebihan. 

Selain itu, kadar inflasi tinggi juga akan menyebabkan pendapatan boleh guna individu berkurangan. Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan kenaikan harga barangan menyebabkan pengguna lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka. 

Perbelanjaan yang berhemah seharusnya menjadi dasar teras bagi sesebuah isi rumah menjamin kedudukan kewangan yang baik. 

Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah bijak memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ketujuh iaitu berkaitan usaha memerangi kos kehidupan yang kian meningkat. 

Jika usaha ini dapat dijayakan, sumber pertumbuhan ekonomi seperti perbelanjaan swasta akan dapat diperkukuhkan, sekaligus mampu untuk mengekang ancaman kelembapan ekonomi dunia. 

Penulis ialah penganalisis ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd 


p/s: bila nak beli sesuatu tu cuba pikir samada ia dalam kategori perlu, mahu atau mampu...!!!


p/s: kalo ada duit banyak sangat, sudi-sudilah untuk menyumbang/derma kepada yang memerlukan. harta yang kita perolehi adalah pinjaman dari Allah semata-mata. sebaliknya harta yang didermakan itulah yang menjadi hak milik kita. maka ayuhlah kita convert harta kita menjadi hak milik kita..

Friday, January 20, 2012

pukau telefon

orang emo memang tak macho okey..!!

tetiba je mula entri ngan benda yang takde kaitan ngan tajuk.

hari ini aku share sikit info yang tak kurang jugak pentingnya. isu PUKAU. isu pukau ni bukan isu baru pun. dan kebiasaannya pukau ni dilakukan secara berdepan mangsa. tapi yang terbaru aku nak kongsi kali ni adalah berkenaan dengan pukau melalui TELEFON.

sehingga saat ni ada 1 orang member lelaki dan sorang client perempuan yang terkena. dan aku dapat cerita tu live dari mangsa kejadian. mula-mula dengar memang tak caya beb. yelah...camne diorang leh pukau dengan hanya bercakap di telefon. memang ikut akal logik ia jadi tak logik. tapi bila dengar citer diorang memang diorang sendiri tak sedar tentang tindakan yang dibuat. mungkin pemukau telah menggunakan minda bawah sedar mangsa..!!

pemangsa merupakan orang indone$ia. memang bercakap ada pelet indon. pastu mengaku orang besar dalam celcom. macam biasa lah, diorang akan mengatakan bahawa no kita telah terpilih untuk memenangi hadiah wang tunai dengan syarat kita perlu mengikut arahan yang diberikan. jika kita bersetuju untuk mengikut arahan dan DISINILAH bermulanya minda kita dikawal. dari situ arahan selanjutnya adalah bertanya tentang maklumat akaun bank. arahan selanjutnya adalah perlu pergi ke mesin ATM yang berdekatan. di mesin ATM nanti kita akan di arahkan untuk mengikut arahan yang diberi. biasanya diorang akan arahkan untuk buat transaksi pembelian top up maXis bernilai rm200. arahan dibuat secara terus tanpa memutuskan talian. dan jika kita masih lagi belum sedar ia boleh mencecah ribuan ringgit. andainya kita tersedar sebelum transaksi dibuat secara sepenuhnya maka pemangsa ni akan terus membuat panggilan dan cuba untuk berbual dengan kita lagi. pemangsa memang jenis orang yang never give up..!!! (attitude yg bagus gak laaa)

salah sorang mangsa yang terkena pukau ini tersedar bila dia terpandang cermin dan ternampak muka sendiri. selepas tu baru dia berasa pelik kenapa dia berada di mesin ATM tersebut. sorang lagi mangsa adalah seorang guru tersedar bila ada rakan lain yang call sebab guru tersebut sebab masih belum masuk ke sekolah walaupun dah jam 12 tengahari. menggerunkan..!! dan yang lagi best...no phone guru tersebut adalah no yang baru dipakai.

pesanan saya di sini, berhati-hatilah dalam menerima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali. jika ada penawaran hadiah atau sebagainya maka teruslah mengelak dari memberi segala maklumat tentang diri kita waima nama kita sekalipun. adalah tidak logik jika diorang memilih kita sebagai pemenang tapi nama kita tidak diketahui. adalah lebih baik untuk tidak melayan panggilan yang berunsur penawaran tersebut. atau tindakan yang kasar dan lebih selamat adalah memutuskan saja panggilan tersebut..!! jika telefon korang jenis yang pintar, block saja no tersebut dari mengacau hidup korang.

p/s: kesian ngan mangsa, pergi wat report polis lepas tu kena marah sebab kononnya terpengaruh dengan tawaran hadiah. tapi mangsa tu kan kena pukau..!!

p/s: selalulah berzikir dan ingat Allah di mana sahaja kita berada sebab Allah akan melindungi kita.

p/s: amalkan amalan untuk elak sihir (jangan amal ayat yang pelik2 pulak). biasanya bacaan ayat qursi pun dah cukup

p/s: nothings for free

Wednesday, January 18, 2012

emo

huih...bukan aku yang emo..!!

petang semalam tetiba dapat call dari somebody. masa tu dah pukul 6 petang. aku masih kat office. kebetulan masa tu tengah bincang secara online ngan sorang lagi member. tetiba sorang mamat ni call. actlly mamat ni aku juz kenal dia sebagai salah sorang kawan kepada kawan aku. pendekkan citer dia cakap nak jumpa aku esok. aku pun jawab okey jelah. tetiba pulak dia citer yang AKU TELAH MEMFITNAH dia..!!!

tetiba gua pun hangin gak laa..gua dah la tak kenal lu sangat. lu tetiba cakap gua fitnah lu. sesuki hati lu.. yang takleh blah suara dia cam nangis..!! hello guyss...!! lu apasal nak emo. lu nak bincang datang jumpa depan-depan. dan gua tak suka orang datang jumpa gua ngan emo. jantan pun emo..!! dan yang lagi gua tak puas hati, mamat mana yang petik nama gua lak ni..!! tetiba gua emo gak. tp emo gua masih lagi rendah dari akal gua yang masih lagi waras. lu jangan sesuki ati nak FITNAH gua FITNAH lu. dari citer-citer orang, lu memang pandai bab putar belit. dan gua memang tak pasti lagi benda ni sebab gua tak kenal lu sebenarnya.

p/s: saat ini aku masih lagi menanti panggilan dari mamat tu. gua tak sabar gak nak keluarkan segala ilmu berhujah yang dah lama gua simpan

p/s: arini gua banyak appointment. kalo lu lambat, gua memang tak layan lu nyer emo. banyak lagi keje gua untuk umat dan takde masa nak fitnah lu

p/s: selama ini aku selalu berdoa agar dijauhkan dari segala FITNAH dunia dan FITNAH akhirat. tapi terjadi jugak akhirnya. aku redha kerana ini semua ujian, peringatan dan pengajaran dari Allah swt


Tuesday, January 17, 2012

buku

dalam seminggu dua ni memang agak banyak urusan yang perlu diselesaikan. semuanya urusan sendiri yang sengaja diadakan bagi menambah ilmu dan menambah kekuatan dalam mendepani cabaran kehidupan yang sementara. 

sebenarnya hati ini begitu tertarik untuk membaca karya Badiuzzaman Said Nudsi bertajuk Risalah An-Nur. aku baru diperkenalkan dengan sedikit kandungan yang begitu menarik minat untuk terus mendalami risalah tersebut. kebanyakkan sumber yang ada dalam bahasa turki kerana Said Nudsi sendiri berasal dari sana. Alhamdulillah dengar cerita biografi tentang Said Nudsi telah siap ditulis dalam bahasa melayu oleh novelis terkenal Abdul Latip Talib. tak sabar nak tunggu karya tersebut dipasaran. InsyaAllah ada masa nanti akan dikongsi betapa menariknya Risalah An-Nur terutamanya kepada pejuang kebangkitan Islam.

buku yang baru je habis dibaca adalah tentang $yiah. Alhamdulillah buku tersebut serba sedikit dapat memberi pencerahan tentang bahayanya golongan tersebut kepada umat islam disebalik kehebatan mereka pada pandangan umum.

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diadakan-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah pertunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
surah yusof | 111

Monday, January 9, 2012

nasi lemak 0.5, 1.0, 1.5, 3.0 & 2.0

PERINGATAN: ini bukan citer nasi lemak 2.0 yang mamat namewee tu bikin. ini citer pasal nasi lemak yang orang makan-makan punya.

dulu masa kecik-kecik dulu (of course lah dulu kecik), seingat-ingat daya ingatan aku harga nasi lemak adalah RM0.50 sebungkus. kalo dalam loghat kelate dipanggil "samah" = lima posen lah tu..!!

macam bese inflasi akan menyebabkan harga makin meningkat sama dengan peningkatan harga bahan api semasa serta meningkatkan juga bahang api kepanasan dalam hati pengguna atau aku lebih suka guna sebagai rakyat marhaeins.

dari harga RM0.50 naik kepada RM1. boleh lagi tak jumpa yang harga RM1 sekarang ni. paling last aku jumpa tahun lepas tapi dihujung tahun naik RM1.50. kata makcik yang jual nasi lemak "harga telur naik, jadi dia terpaksa naikkan harga nasi lemak sekali". jadi tahun ni harga masih kekal RM1.50 untuk gerai-gerai yang tidak berlesen di tepi jalan.

Nak dijadikan cerita, satu pagi dihujung minggu, aku mencari nasi lemak tapi kebetulan apa ntah hari tu semua gerai tepi jalan yang berdekatan rumah tutup. jadi aku pun pergilah ke kedai makan berdekatan yang buka. seperti yang dihajatkan, aku pun belilah nasi lemak bungkus. SILA BERSEDIA KERANA UNSUR KEJUTAN AKAN MUNCUL. aku pun tanyalah harga. akak tu pun cakap RM3. what RM3..!!! (monolog aku dalam hati..!!)

itulah kali pertama dan terakhir aku ke kedai tersebut..!!

kalo buat analisis, kuantiti nasi, sambal, telur adalah sama je dengan gerai yang tepi jalan. tapi kenapa harganya berganda..!!! yelah..mungkin dia kena bayar sewa kedai kot. xpun....ntah...aku xreti nak reka alasan lain lagi dah.

yang mengherankan aku, kalo kedai kat kampung camni dan tersorok leh kenakan harga setinggi itu camne lah peniaga yang kenakan harga menu 1 malaysia??

pastu aku pun citer la ketiakpuasan hati aku kat housemate. tetiba lak dia cakap, ada satu gerai tepi jalan jual nasi lemak yang best dengan harga RM2..okey nanti len kali aku cuba beli kat situ pulak

p/s: nasi lemak tu hanyalah nasi lemak telur goreng je. takde ayam atau lauk pauk lain ditambah..!!
p/s: sesiapa yang tak cukup dengan sedikit, tak akan puas dengan banyak..!! - majalah solusi


re-search


Re-search = ulang cari/kajian = muhasabah
Dalam research, jawapan yang dicari bukanlah kejayaan semata-mata malah kegagalan juga merupakan jawapan kepada sebuah pencarian itu sendiri.

Semua perkara dalam dunia ini [harta benda, diri sendiri, isteri, anak-anak, ibubapa, sahabat semuanya] hanyalah PINJAMAN dan UJIAN. Yang menjadi HAK kita adalah apa yang telah kita berikan kepada orang lain [sedekah dan amal kebajikan]. 


cinta lagi


Aku perlukan cinta,
Tapi aku tak perlukan cinta kamu,
Aku perlukan cinta yang kekal dan tak mati,
Harap kamu juga dapat cinta seumpama itu,
Supaya cinta aku dan kamu adalah cinta yang sama.



Katakanlah:
Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takut kerugiannya serta tempat kediaman yang kamu CINTAI lebih daripada Allah dan rasulnya dan berjuang dijalan Allah, maka tunggulah olehmu sehingga Allah mendatangkan perintahnya (seksaanNya). Dan Allah tidak menunjukkan kaum yang fasiq itu
At-taubah | 24
Related Posts with Thumbnails