apahal semenjak duamenjak ni entri pasal kawen?
ke dah sampai seru..!!
aku pun tak tahu, dah benda tu yang nak keluar dari kepala ni.
okeylah...ari ni aku dah tak citer pasal kawen lagi
tapi aku nak citer pasal apa ek..? erhmm..
citer pasal status dan aktiviti terkini
sekarang ni tengah siapkan proposal untuk menubuhkan pusat tuisyen dan kelas mengaji quran secara PERCUMA. korang.. kalo dengar percuma mesti besar jek bijik mata. pusat tuisyen n kelas mengaji quran ini khusus untuk golongan remaja dan anak-anak orang yang tak berkemampuan. tempat dah dapat. sebuah rumah yang telah diwakafkan. cuma sekarang ni tengah pikir pasal pengajar yang sanggup menginfaqkan masa untuk bersama-sama menjadikan projek ni sebuah realiti.
kenapa percuma
asalnya memang projek ni nak dibuat secara berbayar. tapi bilamana memikirkan tempat yang aku dapat ni adalah secara percuma jugak jadi adalah lebih baik tempat ini dijadikan sebagai tempat untuk kebajikan masyarakat setempat terutamanya golongan yang tak berkemampuan. contoh kumpulan fokus adalah anak-anak yatim, anak-anak kepada ibu tunggal, anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah dll. namun begitu, pada masa sama aku tengah mencari sponsor dan sumbangan serta dermawan dari sekitar daerah ini untuk memberi sumbangan bagi membiayai kos letrik, air dan peningkatan prasarana bilik belajar.
kelainan
pusat tuisyen ini tidak beroperasi seperti kebanyakkan kelas tuisyen biasa. sesi pembelajaran adalah lebih holistik dan tidak fokus semata-mata untuk belajar. waktu operasi adalah waktu malam bermula dari solat maghrib berjemaah hingga jam 10 malam. jadi sesi pembelajaran akan bermula dengan solat maghrib berjemaah, berzikir, bacaan al-quran dan tafsir, sesi tazkirah, solat isyak berjemaah dan baru diikuti dengan sesi pembelajaran mengikut subjek.
okeylah..tak leh citer lebey2. kena pastikan projek ni jalan dulu.
tak guna kalo cakap je tapi tak buat..!!
sesiapa yang berminat nak menyumbang boleh hubungi aku secara terus terang tanpa segan silu sebab nanti aku yang malu..erk
p/s: hari tu terbaca tentang kajian dari perpustakaan negara pada tahun 2005 tentang pembacaan dikalangan rakyat malaysia. didapati bahawa secara purata rakyat malaysia yang tercinta ini hanya membaca 2 muka surat setahun..!!! diulangi sekali lagi..2 muka surat setahun..!! adakah kita tergolong dalam golongan itu? aku dah keluarkan diri dari statistik tersebut sebabnya dah habis sebijik buku aku baca dan dah nak habis buku kedua. tak guna untuk kita masuk kursus banyak-banyak tapi tak banyak membaca..!! bacalah, anda pasti tak akan nampak bodoh. dengan membacalah korang akan membina idealism
sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Wednesday, March 28, 2012
Monday, March 26, 2012
bina masjid
renung-renungkan:
semakin hampir nak membina masjid (berkahwin) semakin jauh diri dengan masjid
tindakan segera:
solatlah secara berjemaah, jemaah yang paling afdal adalah di masjid (khusus untuk lelaki). so diri akan sentiasa dekat dengan masjid.
Sunday, March 25, 2012
keje
so apa yang aku buat adalah buat air milo O + roti gulung + serunding daging..nyummy..
terus sambung keje
calon isteri
tak perlu cari calon isteri yang kaya, tapi carilah calon isteri yang boleh membawa kekayaan
Friday, March 23, 2012
kursus kawen
kursus kawen memang wajib hadir dan dapat sijil baru leh kawen (tapi ni tak termasuk dalam rukun nikah). leceh giler nak kursus. pertama bayaran pakej student pun dah RM100. pastu kena sertakan gambar berukuran pasport dengan imej bersongkok dan bertudung. aku ni pulak takde songkok. pening nak cari songkok dan nasib baek kedai gambar cina tu ada songkok utk dipinjam. malas nak komen panjang. kalo nak masuk kursus tu terimalah seadanya.
esok (24 n 25 mac)
aku jadi urusetia kursus pra perkahwinan. ini kursus yang tak wajib tapi patut juga dihadiri oleh semua yang baru nak kawen, bakal kawen, dah berkawen dan dah lama berkawen. kursus ni namanya smartstart. anjuran LPPKN. bayaran percuma. sijil diberikan. tak perlu gambar. yang penting adalah kehadiran diri saja. tapi jangan risau. bukan aku yang berceramah. lagi pun tak layak nak ceramah pasal kawen sebab aku lum kawen lagi.
soalan cepu perak: bila nak kawen?
jawapan gangsa: tak leh kawen lagi sebab belum masuk kursus kawen..!!
esok (24 n 25 mac)
aku jadi urusetia kursus pra perkahwinan. ini kursus yang tak wajib tapi patut juga dihadiri oleh semua yang baru nak kawen, bakal kawen, dah berkawen dan dah lama berkawen. kursus ni namanya smartstart. anjuran LPPKN. bayaran percuma. sijil diberikan. tak perlu gambar. yang penting adalah kehadiran diri saja. tapi jangan risau. bukan aku yang berceramah. lagi pun tak layak nak ceramah pasal kawen sebab aku lum kawen lagi.
soalan cepu perak: bila nak kawen?
jawapan gangsa: tak leh kawen lagi sebab belum masuk kursus kawen..!!
Thursday, March 22, 2012
cabaran gunung ledang [gambar]
okey..!! kali ni xnak citer panjang. ni antara gambar yang sempat di snap ngan camera phone aku
ni gambar persiapan sebelum bergerak dan sebelum taklimat. waktu ni dalam jam 9 pagi
masih lagi berkumpul di depan pejabat
ini peta laluan yang ada untuk ke puncak
taklimat yang disampaikan oleh pihak pengurusan
sampai di CP1: memang semput sebab untuk sampai ke sini perlu melalui 739 anak tangga. masa ini aku rasa macam malas giler nak jalan. lagi pun aku dah lama tak jalan kaki jauh. kalo ikutkan kemalasan memang nak stop kat sini jek
kat sini dah memulakan pendakian tanpa anak tangga
seterusnya CP3
dari CP3 terus cross ke CP5 sebab mengejar masa. supaya kami boleh sampai ke puncak dalam masa yang ditetapkan. kami perlu mula bergerak turun semula selewat2 nya jam 3 petang
ni kat CP5. kat sini berehat agak lama. sempat makan, masak maggi, tido, dan sempat juga solat dhuha. waktu ni jam 12 tengahari
masih lagi di CP5. di sini mengumpul tenaga untuk memulakan pendakian yang lebih mencabar
kenapa gua kambing ek? sebab gua tu kecik sgt kot
dalam perjalanan ke CP yang seterusnya, kami dah mula kena mendaki menggunakan tangga
aaaaahhh...blur lak gambar ni..!!
okey...posing baek punya. ni mendaki batu hampar yang kecik je.dah mula guna tali untuk ke atas
ini pun sama
bersedia utk mendaki batu hampar yang besar punyaaa..!!
inilah batu hampar yang besar
ni amirul ngan abahnya (ustaz razak). diorang ni jadi buah mulut pendaki lain. sebabnya amirul adalah peserta termuda dalam expedisi itu (darjah 4). abahnya pulak yang paling berusia (umur 30an menghampiri 40). tapi mereka berada dalam kumpulan depan yang pantas
yeeeaaaahhhh...ni dah berada di ketinggian 1000m dari paras laut. dah mula ada pokok bonsai. nyaman dan damai dok kat sini. rasa nak tido situ pn ada gak
bermulalah ketinggian 1000m ke atas. pemandangan memang superb. subhanallah
masyaAllah cantiknya ciptaan Mu
okey dah nak sampai ke puncak. kat sini kami solat jamak dan qasar dulu
tu dia...nak kena naik ngan tangga lak
dan akhirnya sampai juga di puncak. lingkungan jam 4 petang
ni azam..bdk sains sukan uitm shah alam. dialah yang ketuai senaman pagi sebagai pemanas badan dan persediaan sebelum mendaki
masyaAllah indahnya..indahnya...indahnya.. (aku sempat tido jap sebelum bunyi guruh datang...hehe)
ini buktinya aku sampai ke puncak. disebabkan kat sana aku tak leh nak wat vandalism untuk menconteng nama, so aku conteng pada gambar ni pun jadi lah.
gambar turun ke tapak khemah xde sebab keadaan tak mengizinkan. perjalanan pulang di sambut dengan hujan lebat di pertengahan perjalanan. maka henfon pun selamatlah sekali basah bersama. menyebabkan sampai sekarang henfon ada masalah teknikal..huhu
puncak gunung ledang
inspirasimuhsync was here
minta rezeki
soalan: siapa yang bagi rezeki?
jawapan: Allah swt
jadi...mengapa harus kita memohon sesuatu dengan selain dari Allah swt. Yakinlah dengan Allah dan Allah telah menetapkan rezeki untuk setiap hambanya yang berUSAHA. jadi fokuskan diri kita pada usaha dan mohonlah dari Allah agar dikurniakan rezeki dari apa yang kita usahakan.
kata kawan aku,
minta-mintalah pada Allah, bukan meminta-minta pada manusia
* solat sunat dhuha jangan dilupa
wallahualam
jawapan: Allah swt
jadi...mengapa harus kita memohon sesuatu dengan selain dari Allah swt. Yakinlah dengan Allah dan Allah telah menetapkan rezeki untuk setiap hambanya yang berUSAHA. jadi fokuskan diri kita pada usaha dan mohonlah dari Allah agar dikurniakan rezeki dari apa yang kita usahakan.
kata kawan aku,
minta-mintalah pada Allah, bukan meminta-minta pada manusia
* solat sunat dhuha jangan dilupa
wallahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)



























