setiap perkara dalam hidup kita ini hanya boleh DINIKMATI bukan DIMILIKI hatta diri kita sendiri, anak-anak, isteri, harta benda dan seluruh isi alam. Segalanya dimiliki oleh Allah swt. Tapi harta kita boleh tukar dari dinikmati kepada memiliki dengan cara diinfakkan atau disedekahkan dijalan Allah swt.
Justeru, aku dan kawan-kawan sekitar daerah Batu Pahat akan menganjurkan Program Ihya' Ramadhan 1433H. Antara pengisiannya adalah Kursus penghayatan solat, berbuka puasa dan penyampaian barang keperluan pada 4 dan 5 ogos 2012. Program ini akan melibatkan 40 orang anak yatim lelaki yang berumur lingkungan 13-17 tahun yang diambil dari kampung sekitar Batu Pahat.
kami membuka peluang ini juga kepada rakan-rakan yang turut ingin sama berkongsi menambah saham akhirat dan mengembirakan hati insan-insan terpilih ini. Sesiapa yang berminat boleh menyumbang dalam bentuk berikut:
1) sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dapur (beras, minyak masak, tepung, gula dll)
2) sumbangan untuk majlis berbuka puasa dan sahur (wang tunai, kurma, kuih muih dll)
3) sumbangan quran tafsir yang akan diberikan kepada setiap orang peserta (anggaran harga quran tafsir RM40 sebuah)
4) sumbangan wang tunai juga boleh dibuat melalui akaun berikut:
Bank Islam
nama: Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Batu Pahat
no. akaun: 01032010049150
CIMB Bank
Nama: Sekretariat khidmat masyarakat ABIM cawangan Batu Pahat
no. akaun: 01120000426100
Jika ada sebarang persoalan dan pertanyaan boleh hubungi Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Batu Pahat Sdr. Muhsein (017-7561770), Sdr. Azam (0194228177) atau Sdr. Salehudin (0197718648)
atau boleh juga email kepada m.muhsein@gmail.com
sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Monday, July 30, 2012
Friday, July 27, 2012
jengok jap
aku ni jengok blog kejap je. seyes aku tak sempat nak tulis blog lagi dah skg ni. nnt aku citer dalam next entry
Thursday, July 19, 2012
Wednesday, July 18, 2012
mula berucap
entri kali ni aku tak nak citer panjang. aku nak share sedikit info tentang bagaimana nak meningkatkan komunikasi terutamanya bila nak berceramah, bagi motivasi dan senang citer bila nak bercakap yang melibatkan mulut. info ni aku kongsikan kepada student aku yang belajar berkenaan dengan komunikasi berkesan. kebetulan semua student aku adalah pelajar melayu islam, jadi penerangan aku lagi mudah. kali ini aku hanya nak kongsi doa permulaan untuk memulakan sesuatu ucapan. doa memulakan ucapan ni sangat penting untuk membantu kita yakin bila bercakap sebab dalam doa tersebut kita meminta bantuan allah dalam memastikan apa yang kita bicarakan adalah suatu yang benar.
َحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Kami panjatkan segala puji padaNya dan kami meminta pertolonganNya. Seraya memohon ampun dan meminta perlindunganNya dari segala keburukan jiwaku dan dari kejelekan amaliahku. Barangsiapa yang telah Allah tunjukkan jalan baginya, maka tiada yang bisa menyesatkannya.Dan barangsiapa yang telah Allah sesatkan jalannya, maka tiada yang bisa memberinya petunjuk.Ya Allah limpahkanlah salawat dan salam bagi Muhammad saw berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka memahami perkataanku
Subhanakala 'ilmalana illa ma'allamtana,innaka 'alimul hakeem
Maksudnya
Maha Suci engkau (Allah), Kami tidak mempunyai ilmu pengetahuan melainkan apa yang telah engkau (Allah) ajarkan, Sesunguhnya engkau (Allah) Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana
kemudiannya bolehlah kita sambung ucapan dengan intipati sebenar ceramah. moga dipermudahkan urusan kita semua.
wallahua'alam
peluang conference index in scopus
dunia research arini, kalo setakat masuk conference dah takde nilai sangat dah. kalo masuk pun yang ada nilai impact factor. dalam banyak-banyak impact factor tu pulak orang lebih menilai yang ISI punya. kalo setakat scopus pun dah ada universiti yang membakul sampahkannya.
kalo nak ikutkan trend terkini dalam dunia research memang boleh jadi giler. hidup ni sentiasa mengejar sesuatu yang sentiasa berlari meninggalkan kita. last nanti, kita dapat n then kita pulak meninggalkannya (termasuklah kalo ketika itu kita meninggal dunia). boleh diumpamakan macam main bola jugaklah, punya lah diorang berlari ke sana sini untuk dapatkan bola, sekali dah dapat terus disepaknya ke tempat lain pulak. fuhhh...penatkan. itulah yang digambarkan dengan dunia. semua perkara yang kita kejarkan di dunia ni akan kita tinggalkan juga kecuali 3 perkara yakni ilmu yang bermanfaat, sedekah dan doa anak yg soleh. (kalo salah tolong betulkan)
sebenarnya aku dah pernah tulis entri pasal conference yang aku berminat untuk sertai tapi sudah ditakdirkan yang aku tetiba jatuh sakit ketika itu, maka tak dapatlah aku nak sertai sebabnya tarikh submission full paper telah pun tamat. tetiba aku dikhabarkan tarikh submission fullpaper telah dilanjutkan lagi hingga ke bulan ogos. waaaahhh...ini peluang baek untuk mencuba. walaupun aku dah dengar ada 2,3 paper kawan aku yang buat PhD kena reject. tapi bagi aku jangan kalah sebelum berperang. never try never know..!!
so kawan-kawan research yang lain yang berkaitan dengan bidang ni leh la join sekali yep
ni lagi satu yang aku nak share, ini takde kaitan dengan aku pun. cuma tolong promote untuk pihak universiti aku.
p/s: aku dah cakap, sakit tu allah nak suruh aku rehat sebab dah sihat nanti aku kena kerja lagi kuat dari sebelum sakit. memang serius banyak kerja aku sekarang ni...ya allah permudahkan segala urusanku dan janganlah dipayahkan. amin
Tuesday, July 17, 2012
in a relationship
in a relationship?
adakah ini status aku terkini?
ini berita terhangat dipasaran..!!
dalam hati ini sebenarnya telah terbit rasa rindu yang teramat sangat. tak sabar rasanya nak bersua dengannya. inilah padahnya kalo dah bercinta. hanya video ini yang dapat menjelaskan betapa rindunya aku kepadanya
RINDU RAMADHAN
Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Keindahan yang tiada tara
Kemuliaannya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan
Rindu...Aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan (2x)
Ya Allah tolong sampaikan hajatku
Untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran (2x)

Monday, July 16, 2012
apa patut aku buat?
keputusan adalah sesuatu yang susah untuk diputuskan apatah lagi keputusan bukanlah seutas tali yang mudah untuk diputuskan tapi keputusan perlu diputuskan juga (erk...apa ayat aku nih..!!)
ada sekali tu member aku sms. dia tanya patut ke tak patut dia pegi ke satu business talk kat luar negeri. lagi pun dia dah tak berapa aktif lagi dah dalam business. kira macam buat part time jelah business tu. aku mulanya pening jugak nak jawab sms member tu. apa yang patut aku jawab?
sebelum tu biar aku terangkan situasi member aku tu. apa yang terjadi sebenarnya member aku ni tengah cuba buat keputusan samada nak pergi atau tidak business talk tersebut. kebetulan ada member lain yang ajak dia pergi. untuk pergi ke sana confirmlah melibatkan kos yang tak kurang banyaknya. berbaloi atau tidak untuk dia hadir. kalo hadir ke business talk mungkin dia boleh dapat kenalan baru untuk memperluaskan jaringan businessnya. tapi setakat jaringan meluas yang tanpa sale adalah sesuatu yang sia-sia juga. itulah yang dia pening. jadi dipendekkan cerita dia sms aku untuk bantu dia kongsi pendapat bagi memutuskan yang terbaek. apa yang patut aku jawab?
jawapan aku:
aku pun tak tahu ko patut pegi ke tak ke sana. situasi diri aku dengan diri ko berbeza. mungkin aku boleh cuba memahami keadaan diri ko tapi tetap tidak menyamai kondisi sebenar diri ko sendiri. jadi bagi membantu ko buat keputusan yang terbaek, aku cadangkan untuk ko tanya Yang Maha Terbaek dengan cara SOLAT SUNAT ISTIKHARAH. mintalah bantuan dari Yang Maha Berkuasa. sekurang-kurangnya dia boleh bagi panduan dalam hati ko untuk membuat keputusan. aku harap cadangan aku ni dapat membantu ko yep :D
itulah lebih kurang situasi yang aku lalui bersama member-member. aku tak kisah nak tanya soalan apa pun. dan aku seboleh mungkin bagi jawapan yang terbaek. merujuk pengalaman aku di atas tadi, bagi aku itulah jawapan yang terbaek untuk aku berikan. sebab aku memang tak tahu patut ke tak patut dia pergi. dan aku YAKIN dan PASTI, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. jadi kenapa tidak kita bertanya Dia.
situasi hari ini yang selalu menyengat kita untuk sentiasa membuat keputusan pantas. lantas mana mungkin kita sempat nak beristikharah dulu. sudah pasti istikharah itu juga butuhkan waktunya (aik...keluar indon lak). jadi apa yang terbaek adalah kita hendaklah sentiasa melakukan solat sunat istikharah ini setiap hari. ada sorang member aku ni ingat istikharah hanya untuk orang yang nak kawen saja. dia terkejut bangat bila aku suruh dia buat istikharah bila nak buat keputusan yang tak melibatkan persoalan kawen dan jodoh. apa nak buat, dah memang tradisi orang kita yang hanya sebut istikharah ni bila bercakap pasal jodoh.tapi bukan penjodoh bilangan pulak.
suatu hari yang lain pulak, aku dalam perjalanan menuju ke bandar. sambil drive dengar radio ikim. tapi masa tu slot tentang promosi kursus jahitan langsir(bukan langsuir ok..!!). apa yang menariknya, empunya kursus tersebut promosikan bahawa kursus yang diadakan adalah yang paling mahal, dan bla bla bla... beb, kalo mahal confirm orang dah tak berminat punya tapi sebaliknya berlaku. apa rahsianya??? rahsianya ada diakhir slot tersebut. yang mana empunya kursus tersebut menasihatkan untuk sesiapa yang ragu-ragu dengan kursusnya silalah solat sunat istikharah terlebih dahulu. walaweiiii...solute + tabik spring lagi. confident giler orang yang buat kursus tu. yang lagi ajaibnya, kursus jahitan langsirnya dibuat tanpa mesin jahit. gila tak? jawapannya memang tak giler sebab dia dah buat.
okey..aku dah malas nak melalut dan mengarut sangat, buat kurang pahala jek nanti.
apa yang aku dapat rumuskan (macam ayat buat report amali lah pulak) adalah kita perlu menyatukan kehidupan kita dengan amalan agama. islam telah menyediakan panduan lengkap (pakej lengkap tanpa caj terselindung) untuk umatnya menjalani kehidupan seharian. sangat rugi jika kita tidak menggunakannya. dan tersangat rugi jika kita tahu tapi tak melaksanakannya.
bak kata maher zain, islam bukan agama tapi way of life (panduan hidup)
kata aku
kalo nak tahu korang patut terus membaca blog aku atau tak patut, solat sunat istikharah la dulu weh..!!
ada sekali tu member aku sms. dia tanya patut ke tak patut dia pegi ke satu business talk kat luar negeri. lagi pun dia dah tak berapa aktif lagi dah dalam business. kira macam buat part time jelah business tu. aku mulanya pening jugak nak jawab sms member tu. apa yang patut aku jawab?
sebelum tu biar aku terangkan situasi member aku tu. apa yang terjadi sebenarnya member aku ni tengah cuba buat keputusan samada nak pergi atau tidak business talk tersebut. kebetulan ada member lain yang ajak dia pergi. untuk pergi ke sana confirmlah melibatkan kos yang tak kurang banyaknya. berbaloi atau tidak untuk dia hadir. kalo hadir ke business talk mungkin dia boleh dapat kenalan baru untuk memperluaskan jaringan businessnya. tapi setakat jaringan meluas yang tanpa sale adalah sesuatu yang sia-sia juga. itulah yang dia pening. jadi dipendekkan cerita dia sms aku untuk bantu dia kongsi pendapat bagi memutuskan yang terbaek. apa yang patut aku jawab?
jawapan aku:
aku pun tak tahu ko patut pegi ke tak ke sana. situasi diri aku dengan diri ko berbeza. mungkin aku boleh cuba memahami keadaan diri ko tapi tetap tidak menyamai kondisi sebenar diri ko sendiri. jadi bagi membantu ko buat keputusan yang terbaek, aku cadangkan untuk ko tanya Yang Maha Terbaek dengan cara SOLAT SUNAT ISTIKHARAH. mintalah bantuan dari Yang Maha Berkuasa. sekurang-kurangnya dia boleh bagi panduan dalam hati ko untuk membuat keputusan. aku harap cadangan aku ni dapat membantu ko yep :D
itulah lebih kurang situasi yang aku lalui bersama member-member. aku tak kisah nak tanya soalan apa pun. dan aku seboleh mungkin bagi jawapan yang terbaek. merujuk pengalaman aku di atas tadi, bagi aku itulah jawapan yang terbaek untuk aku berikan. sebab aku memang tak tahu patut ke tak patut dia pergi. dan aku YAKIN dan PASTI, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. jadi kenapa tidak kita bertanya Dia.
situasi hari ini yang selalu menyengat kita untuk sentiasa membuat keputusan pantas. lantas mana mungkin kita sempat nak beristikharah dulu. sudah pasti istikharah itu juga butuhkan waktunya (aik...keluar indon lak). jadi apa yang terbaek adalah kita hendaklah sentiasa melakukan solat sunat istikharah ini setiap hari. ada sorang member aku ni ingat istikharah hanya untuk orang yang nak kawen saja. dia terkejut bangat bila aku suruh dia buat istikharah bila nak buat keputusan yang tak melibatkan persoalan kawen dan jodoh. apa nak buat, dah memang tradisi orang kita yang hanya sebut istikharah ni bila bercakap pasal jodoh.
suatu hari yang lain pulak, aku dalam perjalanan menuju ke bandar. sambil drive dengar radio ikim. tapi masa tu slot tentang promosi kursus jahitan langsir
okey..aku dah malas nak melalut dan mengarut sangat, buat kurang pahala jek nanti.
apa yang aku dapat rumuskan (macam ayat buat report amali lah pulak) adalah kita perlu menyatukan kehidupan kita dengan amalan agama. islam telah menyediakan panduan lengkap (pakej lengkap tanpa caj terselindung) untuk umatnya menjalani kehidupan seharian. sangat rugi jika kita tidak menggunakannya. dan tersangat rugi jika kita tahu tapi tak melaksanakannya.
bak kata maher zain, islam bukan agama tapi way of life (panduan hidup)
kata aku
kalo nak tahu korang patut terus membaca blog aku atau tak patut, solat sunat istikharah la dulu weh..!!
Thursday, July 12, 2012
lebih berharga dari emas
pasukan yang dapat emas kat olimpik akan dapat seketul emas 2 kg bersamaan dengan rm2juta
akhir-akhir ni ramai orang dok giler beli emas. tak dinafikan emas ni suatu komoditi yang menguntungkan untuk jangka masa panjang. dan emas ni juga menjadi lambang kekayaan dan kemewahan. namun ada komoditi yang lebih berharga dari emas.
aku nak share satu kisah yang aku baca kat satu blog ni. tapi aku tak ingat blog mana. dan aku tak ingat detail berkenaan kisah tersebut. kisah itu berlaku di zaman saidina umar menjadi khalifah. suatu hari saidina umar duduk dalam sebuah rumah bersama dengan beberapa sahabat yang lain. sambil duduk tu saidina umat bertanya "apakah pengharapan kamu bila melihat rumah ini?'
jawab seorang sahabat "aku mengharapkan rumah ini akan penuh dengan ketulan emas, nanti aku akan jualkannya dan gunakan untuk berjihad di jalan Allah".
sekali lagi umat bertanya soalan yang sama "apakah pengharapan kamu bila melihat rumah ini?"
jawab seorang sahabat lagi "aku mengharapkan rumah ini penuh dengan intan dan permata. nanti aku akan jual dan gunakan untuk berjihad di jalan Allah"
buat ke sekelian kalinya, saidina umar bertanya lagi soalan yang sama "apakah pengharapan kamu bila melihat rumah ini?"
kali ini sahabat-sahabatnya menjawab "apa lagi pengharapan yang kami ada dan apa pula pengharapan kamu wahai umar?"
lantas saidina umar menjawab "aku mengharapkan rumah ini akan penuh dengan PEMUDA-PEMUDA yang CINTAKAN ALLAH DAN RASULNYA melebihi cintanya kepada seluruh isi alam semesta dan sanggup berjihad di jalan ALLAH swt"
dari jawapan itu kita dapat lihat bahawa ada perkara yang lebih berharga dari emas, intan dan permata yakni adanya pemuda pemudi yang cintakan allah dan rasulnya. sebab pemuda pemudi yang cintakan allah dan rasulnya adalah orang-orang yang akan membawa kekayaan yang melebihi emas dan permata. orang cintakan allah dan rasulnya akan bekerja sehabis baek kerana allah. dan di situ wujudnya unsur keberkatan. dan dari situlah juga akan dipermudahkan rezeki dan diperkayakan rezekinya dengan perkara yang halal.
akhir kalam
kalo korang adalah pemuda/i maka menjadi tanggungjawab korang untuk menjadi pemuda/i yang cintakan allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada dunia
kalo korang sebagai orang dewasa (dah berusia lanjut kot) dan mempunyai anak, maka menjadi tanggungjawab untuk korang mendidik anak menjadi pemuda/i yang cintakan allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada dunia
kalo korang ni macam aku yakni seorang pemuda yang dewasa tapi masih belum ada anak, adalah menjadi tanggungjawab untuk aku menjadi pemuda yang cintakan allah dan rasulnya melebihi cintanya aku terhadap dunia dan adalah menjadi tanggungjawab untuk aku mengajak pemuda/i lain untuk sama-sama menjadi pemuda/i yang cintakan allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada dunia (perghh...sesak nafas sebab baca dengan satu nafas..!!)
nak kaya, mari kita berjaya, perlu ada usaha, antara usaha adalah dengan menegakkan agama allah swt di muka bumi ini
wallahu'alam

Subscribe to:
Posts (Atom)