Tiada siapa yang minta untuk ditimpa musibah dan tiada juga orang di dunia ini yang terlepas dari sebarang musibah.
Namun,
Islam sebagai agama yang sempurna telah
memberikan pedoman yang lengkap bagi manusia dalam menghadapi pelbagai
peristiwa, baik suka mahu pun duka.
Sabda Nabi SAW:
"Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (HR Muslim).
"Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (HR Muslim).
Apabila mendapat musibah, bacalah doa ini
Sesungguhnya, dalam setiap
perkara (musibah) yang berlaku ada 3 perkara yang Allah bagi:
i) Ia adalah PROSES kehidupan (tidak
dapat tidak memang akan ada masalah)
ii) Ia adalah proses TARBIAH
(latihan) untuk masa depan (Allah lebih tahu apa yang ada dibelakang dan
dihadapan kita – lihat maksud ayat qursi)
iii) Ia adalah KAFARAH
(pengampunan dosa) yang lalu (pengampunan dosa di dunia sangat penting untuk
memastikan kita selamat di alam kekal yakni alam akhirat)
Adapun sebahagian ulama berpendapat
ada yang keempat yakni sebagai kaedah Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih
baik selepas musibah melanda sebagaimana dalil dari firman Allah swt dalam
surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud :
"Sesungguhnya setiap kesusahan itu
akan ada kesenangan" (ayat ini diulang 2 kali)
Ambillah suatu pembelajaran dalam
situasi musibah ini untuk kita jadikan sebuah pengajaran dalam perjalanan
kehidupan kita di dunia ini menjadi insan yang lebih baik.
Sesungguhnya ujian dan musibah
ini tidak lain tidak bukan hanya kerana kita tergolong dikalangan orang-orang
yang terpilih. Cuba hayati firman Allah dalam surah AlBaqarah ayat 286 yang bermaksud
"Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari
kejahatan) yang dikerjakannya."
Cuma bila berhadapan dalam
sesuatu musibah ini, bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang
telah berlaku. Tindak balas kita samada ia menjadi sumber pahala untuk kita
ataupun ia akan menjadi sumber seksa kita diakhirat kelak. Jadi amatlah penting
untuk kita memerhatikan dan memikirkan segala tindak balas kita ini biarlah
seiring dengan jalan yang dianjurkan dalam agama islam (islam – way of life)
Sebagai penutup kalam untuk kali
ini, hayati firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 156
"(Iaitu)
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami
kembali"
"Innalillahi wainna ilaihi raji'un"
Bacalah lafaz ini "Innalillahi wainna ilaihi raji'un" dalam kehidupan kita seharian dikala teringat akan masalah dan musibah.
Allah didahulukan, rasulullah diikuti, cara
hidup islam diutamakan
Janji Allah itu PASTI
No comments:
Post a Comment