sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Monday, November 23, 2009
oh...streamyx
mungkin ramai yang tertanya mengapa saya sudah lama tidak "online" samada di facebook, yahoo massenger, blogspot serta di laman-laman lain. semua ini gara-gara service dari streamyx yang sungguh mengecewakan hati. oh...sungguh cukup tidak memuaskan hati.kecewa dan kadang-kadang marah. cukup tidak puas hati bila beberapa aduan yang dibuat tidak disusuli dengan tindakan. jika ada tindakan sekalipun, kenapa sampai hari ini (hari kelima) kami tidak dapat menggunakan internet...??!!
p/s: (gambar kura-kura)ini bukan soal kelajuan sahaja yang lembap tapi service pun begitu juga. kami punya kelajuan sepatutnya 1Mbps tp...(sambung sendiri)
oh..sekarang ini berinternet kat office =)
Tuesday, November 10, 2009
uNleaShing opPorTuNitiEs
lama betul tak update blog ni. baru je lepas update blog dengan tajuk yang sudah lama terperap tanpa di "publish". kat sini nak bagitahu yang saya akan berada di PWTC hujung minggu ini. sempena My Career Fair 2009. 13-15 nov 2009. jangan salah sangka. saya ke sana bukan untuk mencari peluang pekerjaan tapi menawarkan peluang pekerjaan kepada yang berminat. wah..rasa cam hebat lak (sekadar gurauan) apabila dapat menawarkan peluang pekerjaan dikala kegawatan bidang pekerjaan dikalangan siswazah.
sebenarnya saya ke sana bersama rakan baik di bawah company public mutual. kami akan berada di booth public mutual pada hari ahad jam 10-2.30 sahaja (mengikut giliran yang ditempah). jadi rakan-rakan yang nak jumpa dan bertemu muka boleh hadirkan diri ke sana. tak kisahlah nak berjumpa atas alasan public mutual atau tak. saya sedia melayani anda di sana. jadi sekarang ini saya nak buat persediaan barang-barang untuk ke sana. sapa nak tolong saya kemas barang sila angkat hidung..huhu
Wednesday, November 4, 2009
Jom KitE ke MasJid...
pernah tak terfikir..masjid yang di bina besar-besar semuanya tapi orang yang mengunjungi (solat) tak pernah penuh kecuali sewaktu solat jumaat dan sunat hari raya. kenapa ye? adakah kerana kurangnya kesedaran dikalangan kita atau kita yang buat-buat tak sedar..? adalah tidak layak untuk saya bercakap berkenaan perkara ini kerana saya tidak merujuk pada mana-mana isi kandungan al-quran dan tidak juga merujuk kepada mana-mana hadis shohih. cuma sekarang ini saya ingin berbicara solat berjemaah di masjid dari perspektif saya sendiri.
saya masih ingat lagi di zaman kanak-kanak, saya selalu ikut ayah ke masjid. kadang-kadang saya merasa terpaksa untuk ikut ayah ke masjid dek perlu meninggalkan babak kemuncak cerita animasi kegemaran. tapi lama-lama ia menjadi suatu kebiasaan untuk solat berjemaah di masjid. pada satu-satu masa saya pula yang mengajak rakan sebaya sekitar rumah untuk sama-sama solat berjemaah di masjid. owh indahnya mengimbau kenangan waktu itu. berbasikal sama-sama ke masjid.
semakin hari semakin dewasa dan semakin biasa saya ke masjid. kadang-kadang saya terfikir, ikhlaskah saya ke masjid waktu itu. apa yang saya ingat, saya perlu pergi ke masjid kerana ayah selalu berjemaah di masjid. kalau tak pergi mungkin saya akan ditegur oleh ayah atau mak. bagi saya ia merupakan suatu rutin biasa kehidupan waktu itu. sehinggalah saya keluar dari lingkungan kawalan keluarga. yaa..saya bebas. tiada siapa akan mengawal saya lagi. saya berhijrah ke Kuala Lumpur (melanjutkan pelajaran di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya). itulah kali pertama saya rasa suatu kebebasan. namun begitu amalan solat berjemaah masih lagi diteruskan cuma kadang-kadang memang "missed" juga. kemudian saya berhijrah pula ke negeri johor. di sini lah saya rasa bagaimana saya semakin jauh dengan kawalan dan saya yang menentukan cara hidup saya sendiri. hidup umpama pasang surut air laut. begitulah saya sepanjang tempoh tersebut. kadang-kadang baik dan ada pula yang tak bagus. solat berjemaah pun begitu dek leka dengan rakan-rakan dan hiburan sekeliling.
di suatu saat, di mana tiada lagi orang yang kawal dari pelbagai aspek, saya terfikir berkenaan solat berjemaah di masjid. waktu itu saya sudah berada di rumah sewa sendiri. dan rumah tersebut tidaklah jauh dari masjid. namun saya rasa hanya beberapa kali saya berjemaah di sana. masa tersebut terfikir perlukah aku ke masjid? kenapa aku perlu berjemaah ke masjid? dan segala macam persoalan. dan buat sekelian kalinya saya pergi juga ke masjid untuk solat berjemaah. dan alhamdulillah saya dapat menunaikan solat berjemaah di masjid tanpa rasa didesak atau terdesak.
persoalan difikiran saya tidak berhenti disitu sahaja. saya masih lagi berfikir tentang masjid. dari situ segala macam persoalan saya terjawab. alhamdulillah hidayah dari allah swt. bermula saat itu saya rasa begitu senang sekali untuk berjemaah ke masjid..
kenapa perlu ke masjid dan solat berjemaah..?
sebabnya banyak hikmah tersembunyi yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. namun begitu ada kajian yang dijalankan membuktikan bahawa solat berjemaah ini dapat menstabilkan cas-cas pada diri kita melalui persentuhan dan geseran antara para jemaah. selain itu ikatan ukhwah antara jemaah (penduduk setempat) akan bertambah erat. itulah juga punca kekuatan umat kita untuk bersatu padu. tapi hari ini lihatlah bagaimana ikatan ukhwah ke kesepaduan sesama kita..
kenapa susah sangat nak ke masjid...?
sudah tentu terlalu banyak sekali alasannya. alasan paling popular adalah penat dan perlukan rehat, tiada kenderaan sesuai nak pergi ke masjid, segan sebab biasanya orang yang alim dan sekolah agama je yang ke masjid, solat dirumah pun boleh kan dan bermacam-macam lagi...
semua alasan-alasan tersebut cukup kuat sekali kerana ia dibantu oleh suara-suara ghaib yang memang tidak sukakan kita ke masjid. alasan penat dan perlukan rehat adalah paling tidak munasabah sekali kerana solat itu merupakan kerehatan yang hakiki. dengan solat itulah kita rehat dari berfikir segala macam perkara dunia dan mengabdikan diri kepada yang Maha Berkuasa. melalui gerakan solat itulah juga merupakan senaman bagi segala macam otot-otot di badan setelah penat bekerja. jadi apakah solat bukan suatu kerehatan yang cukup bermakna untuk diri kita..?
bagi yang beralasan kenderaan pula juga sama. kenapa ada alasan sedemikian. bagi mereka setakat nak ke masjid takkan nak naik kereta kot. dah laa minyak mahal dan segala macam alasan. oh..tidakkah mereka terfikir sepatutnya mereka ke masjid dengan kereta kerana kereta itu rezeki anugerah Allah kepadanya. dengan kereta juga kita dapat membawa beberapa ramai orang lain bersama ke masjid. kalau kereta mewah lagi laa bagus, ini dapat menonjolkan imej muslim sebagai umah yang hebat. dengan berjalan kaki pun allah berikan ganjaran pahala mengikut kadar langkah kakinya. inikan pula dengan kereta dan membawa orang lain berjemaah. oh banyaknya ganjaran yang diperolehi. dan tak salah pun kalau kita nak ke masjid dengan berjalan kaki ;)
susah benarkah nak solat berjemaah di masjid..?
oh susah atau senang itu terpulang kepada kita sendiri. ada yang memberi alasan pakaian yang kononnya tak sesuai untuk solat. erm..kalo tak sesuai untuk solat bermakna tak sesuai juga untuk dipakai ke mana-mana. jadi kenapa nak perlu pakai baju melayu dan berjubah baru nak ke masjid..alasan laa tu. satu lagi dalam bab pemakaian ni, isu ini tidak sepatutnya timbul. kenapa solat di masjid perlu pakaian yang proper (baju melayu, kopiah, jubah dll) tetapi dirumah tidak sedemikian rupa. ini kerana kita sudah terjebak dengan kancah riak secara tidak sengaja. sepatutnya solat dirumah pun perlu sama sebagaimana kita ke masjid barulah tenang dan damai solat kita itu.
alasan segan adalah sebab tak biasa. saya bersyukur sangat-sangat kepada ayah dan mak yang mendidik saya sedari kecil untuk solat berjemaah di masjid. sejauh mana hidup saya lari dari jalan kebenaran namun saya akan tetap kembali ke jalan yang sebenar. barulah saya meyedari, mendidik ini bukanlah senang. perlukan satu paksaan. bayangkan ibubapa saya tidak memaksa saya ke masjid waktu kecil dahulu. adakah saya akan ke masjid? saya rasa sudah tentu saya akan gunakan alasan "aku segan laa, lagi pun aku tak biasa ke masjid". mendidik ini umpama bagaimana orang mengubah pokok bonsai. ye pokok bonsai yang kecil dan cantik sekali. bagaimana ia dipaksa untuk membentuk sebagaimana kehendak tuannya. dan akhirnya lahirnya pokok bonsai yang mahal harganya..
hmm..dah masuk waktu dah ni..
jom kita ke masjid =)
.:inspirasimuhsync:.
Subscribe to:
Posts (Atom)