i k l a n

Tuesday, December 29, 2009

kuda dan pengembala



Apa khabar semua hari ini? Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan sentiasa bermotivasi dalam meneruskan perjuangan hidup. Entri yang lepas, saya menulis berkenaan komponen kejayaan/hasil/kebahagiaan/pencapaian/dll. Dalam entri tersebut saya telah menggunakan formula sains fizik untuk membuktikan peranan komponen KEMAHUAN dan TINDAKAN dalam menentukan tahap pencapaian kejayaan seseorang. Namun bagitu tidak semua faham dengan pengiraan (intipati) tersebut sebab ada dikalangan rakan-rakan yang fobia dengan angka, ada pula yang tidak pernah jumpa formula tersebut sebab zaman persekolahan dahulu mereka tidak mengambil subjek fizik (aliran sastera) dan ada pula yang langsung tak boleh terima macamana kaitan formula tersebut dengan kehidupan sebenar.

Namun tidak mengapa, hari ini saya cuba pula berkongsi bagaimana faktor KEMAHUAN dan TINDAKAN perlu dan wajib ada bagi menentukan kejayaan dalam bentuk yang berlainan. Saya cuba bawakan dalam bentuk situasi atau analogi agar memudahkan rakan-rakan faham tentang pengaruh komponen-komponen tersebut. Analogi ini saya biasa guna dalam mengendalikan kumpulan peserta kursus supaya mereka boleh mngubah cara mereka berfikir yang membawa kepada keberkesanan kursus tersebut. Jom layan...

"Di sebuah kampung terdapat seorang pengembala kuda yang tinggal dihujung kampung tersebut. Rumahnya terletak bersebelahan dengan sungai. Pada suatu hari, pengembala membawa kudanya ke tepi sungai untuk memberi kudanya minum. Namun apa yang terjadi, kuda tersebut tak mahu minum. Pengembala tersebut cuba menarik kepala kuda tersebut hingga mencecah ke permukaan air sungai..tapi kuda tersebut tetap juga tak mahu minum air.." degilkah kuda tersebut..??!

Apakah pengajaran yang kita perolehi dari kisah kuda dan pengembala tersebut..? Dari cerita tersebut, setiap sesuatu itu perlukan suatu KEMAHUAN dan ia perlu berTINDAK untuk memperoleh sesuatu. Apa yang terjadi pada kuda tersebut mungkin kuda tersebut langsung tidak mempunyai kemahuan untuk minum, jadi bagaimana mungkin kuda itu akan bertindak untuk minum air tersebut. Walaupun ada pengaruh persekitaran sekalipun (pengembala) ia tetap tidak dapat memaksa kuda tersebut untuk minum. Bagaimana pula kita tukar kepada penyataan yang lebih positif. Sama-sama kita fikirkan..

salam ceria, moga perubahan membawa kebaikan
inspirasimuhsync.blogspot.com
=)

Thursday, December 24, 2009

persistence a.k.a istiqamah



Alhamdulillah hari ini banyak urusan berjalan lancar. Urusan penyusunan bahan untuk draf tesis juga semakin menampakkan hasil. Walaupun ia belum lagi lengkap sepenuhnya tapi sekarang ini saya sudah mampu untuk tersenyum sedikit. Mengimbas kembali dalam beberapa minggu sebelum ini, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang datang melanda diri ini. Namun mengalah tidak sesekali. Yang lepas tidak mungkin untuk dikembalikan, yang dihadapan perlu dihadapi. Jadi perjalanan ini diteruskan juga.

Umpama orang yang jatuh terduduk, untuk bangun kembali bukanlah suatu perkara yang mudah. Memerlukan suatu keupayaan dari dalam sambil menahan sakit untuk berdiri semula. Sudah tentu bermacam cara untuk seseorang itu kembali berdiri. Samada ia bangun dengan keupayaan sendiri, menggunakan bantuan lain seperti tongkat, meminta bantuan orang lain atau terus duduk di situ tanpa apa-apa usaha.

Begitulah perumpamaan kehidupan dan dari segi tindakan itulah yang membezakan di mana tahap seseorang itu berada. Namun begitu, kedudukan bukanlah suatu isu penting yang perlu diutarakan tetapi sejauh mana usaha kita untuk mengubah sesuatu keadaan itu. Mari kita lihat dari pandangan sains. Jika dirujuk dalam istilah sains fizik, perkaitan paling dekat adalah formula untuk mendapatkan kerja (work). Apabila sesuatu benda berubah tempat maka ia telah melakukan kerja dan sudah tentu ia boleh berubah disebabkan ada suatu daya yang dikenakan. Nilai kerja ini pula dipengaruhi oleh nilai kekuatan daya dan sejauh mana ia berubah. Atau boleh dirujuk pada persamaan di bawah:

KERJA (Joule) = DAYA yg dikenakan (Newton) X JARAK perubahan(meter)

Dari konsep sains ini, dapat diumpamakan DAYA sebagai KEMAHUAN dan JARAK sebagai TINDAKAN manakala KERJA sebagai HASIL/KEJAYAAN. Melalui persamaan di atas kita dapati kita memerlukan kedua-dua komponen untuk memperolehi hasil/kejayaan. Cuba kita gambarkan kemahuan dan tindakan dalam bentuk angka. Mari kita cuba membuat kira-kira secara matematik (rujuk jadual di bawah)



Jadi bagaimana sekarang..? Melalui enam (6) situasi di atas, adakah anda faham bagaimana KEMAHUAN dan TINDAKAN mempengaruhi hasil kerja kita. Amatlah diharapkan agar contoh situasi ini dapat difahami untuk manfaat bersama.

Kembali kepada tajuk entri kali ini. PERSISTENCE a.k.a ISTIQAMAH, situasi yang paling mirip sekali adalah situasi 4. Kebanyakkan dari kita sentiasa mempunyai kemahuan yang tinggi (eg: mempunyai kereta BMW, duit simpanan sebanyak 10juta, rumah seperti istana bernilai paling kurang RM1juta, mahu melancong keseluruh dunia dan lain-lain) tapi bagaimanakah pula dengan tindakan kita ke arah mencapai kemahuan tersebut? Adakah tindakan kita setinggi mana kemahuan kita? Jawapan saya adalah kebiasaannya tidak setinggi itu. Maksudnya tindakan kita tidak seimbang dengan kemahuan yang kita mahukan. Kenapa ia berlaku sebegitu..?

Sudah menjadi lumrah hidup kita dalam mencapai impian dan kemahuan tersebut pelbagai halangan dan rintangan terpaksa kita hadapi. Rintangan dan halangan inilah yang melambatkan tindakan kita dan kadangkala menyebabkan tindakan kita kurang dari yang sepatutnya. Namun begitu, jangan kita merasa sedih dan lemah dengan rintangan dan halangan yang wujud. Apa yang perlu ada dalam diri kita pada masa itu adalah ISTIQAMAH/PERSISTENCE dengan tindakan kita. Selagi mana kita tak berhenti bertindak dan masih meneruskan usaha walaupun merangkak sekali pun, kejayaan tetap akan ada menanti kita dihadapan.

mengambil iktibar dari antara maksud ayat 15 surah al-mulk
"DIA yang menjadikan bumi untukmu dengan mudah kamu jalani, maka berjalanlah kamu pada beberapa penjurunya, dan makanlah reseki ALLAH, dan kepadaNYA (kamu berbangkit)"

p/s: Ayat dalam gambar di atas tu diberi oleh sahabat dunia akhirat. Saya telah menukarkan ayat tersebut dalam bentuk gambaran. Diharapkan sedikit sebanyak memberi manfaat untuk semua.

Sekian.

Wednesday, December 16, 2009

mEncAri SiNar BarU



alhamdulillah akhirnya siap juga banner baru untuk blog ini. tak tahulah menarik atau tak. terpulang kepada mata yang melihat. banner baru ini dibuat khusus sempena menyambut tahun baru untuk tahun 1431 Hijriah dan juga 2010 masihi dan juga sempena azam dan tekad baru saya.

masuknya tahun baru ramai dikalangan kita akan bertanyakan azam baru. persoalannya di sini, azam yang sebelum ini sudah dilaksanakan atau belum..? tepuk dada tanyalah hati. renungi diri sejauh manakah pencapaian kita di tahun-tahun yang lepas dan bagaimana kita akan hadapi tahun seterusnya. sudah tentu jawapannya adalah berbeza-beza.

bercakap berkenaan azam baru ini, saya tidak ketinggalan untuk membuat azam baru. azam saya tahun ini boleh dilihat dalam gambar di atas. gambar tu umpama luahan hati saya. mengenangkan tahun-tahun sebelum ini agak kurang produktif menyebabkan tahun ini, saya membuat satu azam baru yang lebih progresif dan produktif. sudah cukup untuk saya bermain-main dan bermula saat saya menulis entri ini saya akan mula bekerja bersungguh-sungguh. bukan setakat kerja sahaja tetapi bekerja sehingga mendapatkan hasil. jika dilihat dari gambar di atas, tagline adalah mencari sinar baru sebagai motto dan bekerja dan menuai hasil sebagai misi yang mesti saya laksanakan. sudah tentu juga saya telah mempunyai beberapa misi yang jelas. insyaAllah akan membuahkan hasil

dalam melaksanakan azam baru ini, kita tidak boleh menangguh. dalam kata lain, kita perlu bertindak segera. jangan tunggu 1 jan 2010 baru nak berubah. itu adalah kesilapan. selain itu, segala azam yang hendak dicapai itu perlulah jelas dan mempunyai jangka masa. supaya kita mempunyai tempoh tersendiri untuk mencapai matlamat tersebut. bagi mengelakkan kita terlupa adalah lebih baik untuk kita tulis dengan jelas segala perancangan dan jangan lupa untuk tampal serta letakkan di tempat yang paling mudah kita melihatnya. contohnya di sebelah cermin muka. insyaAllah dengan cara itu kita akan berjaya mencapai apa yang cuba kita perolehi.

mencapai apa yang dihajati itu merupakan suatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. hanya empunya diri sahaja yang tahu keghairahannya. jadi rakan-rakan sekalian. ayuh kita meletakkan satu azam dan berusaha mencapainya. jangan lupa untuk berdoa. semoga apa yang dihajati akan termakbul dan dipermudahkan urusan.

ya Allah..permudahkan segala urusan kebaikan ku. amim

.: terus mencari sinar :.

Saturday, December 12, 2009

peTUA meMILIH kERETa



apa khabar semua. hari ini hari minggu. selepas sarapan pagi tadi, banyak dok surfing net je. ni terjumpa artikal menarik untuk dikongsi bersama. selamat membaca

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN

HADIS Rasulullah SAW di atas menjelaskan unsur-unsur kebahagiaan dalam diri seseorang. Seseorang lelaki yang mempunyai isteri solehah atau seorang perempuan yang mempunyai suami yang soleh, mereka mempunyai rumah yang selesa untuk didiami, mempunyai jiran yang baik untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian dan mempunyai kenderaan yang selesa dan tidak berlaku masalah atau kerosakan ketika dalam perjalanan adalah orang yang bahagia dalam hidupnya.

Dalam hadis itu juga, baginda menyenaraikan memiliki kenderaan yang selesa yang boleh digunakan tanpa memberikan masalah adalah salah satu daripada tanda kebahagiaan.

Justeru seseorang itu perlu mempunyai perancangan yang betul dan tepat untuk membeli kenderaan agar ia benar-benar memberi kebahagiaan dan bukannya menambah pening kepala.

Kenderaan yang dimiliki menerusi kaedah pemilikan yang betul diiktiraf sebagai harta kepada individu yang memilikinya. Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah.

Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana. Dalam kacamata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa.

Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Anfaal ayat 28 yang bermaksud: Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar.

Untuk memiliki sebuah kenderaan seseorang perlu mempunyai sejumlah wang yang mencukupi. Untuk memiliki wang yang cukup seseorang itu perlu mempunyai perancangan yang betul dalam menguruskan kewangannya.

Perancangan yang betul dalam menguruskan kewangan akan membantu seseorang itu memperolehi gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkannya mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Bijaksana dalam menguruskan keperluan hidup dengan memahami keutamaan (aulawiyat) menjadi asas penting seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan hakiki.

Dalam memiliki harta Islam amat menitikberatkan bagaimana harta itu diperolehi. Ia hendaklah menerusi kaedah pemilikan yang sah seperti menerusi jual beli, hadiah, sedekah dan sebagainya.

Maka dalam konteks ini, perkara utama dan pertama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap individu yang hendak membeli kenderaan ialah memastikan kaedah pemilikannya mestilah menerusi kaedah yang betul dan disahkan oleh Islam.

Pembelian dengan mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan adalah kaedah yang popular berbanding dengan pembelian tunai khususnya yang berkaitan dengan pembelian kereta.

Bagi seorang pembeli muslim memilih pembiayaan secara Islam adalah satu kewajipan. Sebabnya kaedah pinjaman membeli kenderaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan konvensional mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti riba.

Riba haram di sisi Islam dan ia dikategorikan sebagai salah satu daripada dosa besar seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Allah SWT menyifatkan mereka yang enggan meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278 ).

Dosa riba ini kesannya bukan hanya ke atas orang Islam sahaja malah bahangnya turut menimpa orang bukan Islam kerana riba itu jelas satu bentuk penindasan dan kezaliman. Sehingga wajarlah Allah memberi pelbagai ancaman, antaranya adalah dengan azab yang pedih, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 275.

Nabi SAW juga sangat keras ancamannya terhadap dosa riba antaranya baginda bersabda ertinya: "Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya" (Riwayat Ibn Majah).

Membeli kenderaan baru atau terpakai memerlukan seseorang itu membuat perancangan. Namun tidak ramai bakal pembeli kereta misalnya yang bersedia membuat perancangan.

Mungkin kerana terlalu gembira dan tidak sabar-sabar untuk memiliki kenderaan sendiri membuatkan seseorang tidak begitu memberi perhatian kepada aspek-aspek penting sebelum membeli sebuah kereta.

Malah ada yang berpandangan kenapa perlu menyusahkan diri membuat perancangan, yang penting dapat kereta seperti yang diidamkan. Walau apa pun alasan, perancangan adalah satu perkara yang tidak boleh diabaikan sebagaimana pepatah "jika gagal merancang, seseorang itu merancang untuk gagal".

Berikut antara panduan mudah sebelum seseorang membuat keputusan adalah pemilihan model kereta.

Jangan memilih model-model yang pelik, yang jarang digunakan kerana model-model berkenaan kemungkinan sukar dijual semula, nilai jual semula yang rendah, kemungkinan alat gantinya susah serta mahal untuk mendapatkannya dan kemungkinan kos menyelenggara juga tinggi.

Nilai

Pilihlah model yang banyak digunakan dan yang mempunyai nilai jual semula yang tinggi.

Perkara keduanya ialah berkaitan dengan harga, bayaran muka dan jumlah bayaran bulanan. Aspek ini penting untuk memastikan kenderaan berkenaan mampu dimiliki, dapat membuat analisis beban kewangan yang bakal ditanggung dan dapat memilih institusi yang menawarkan kemudahan pembiayaan yang kompetitif.

Aspek seterusnya adalah yang berkaitan dengan perundangan dan segala dokumentasi yang berkaitan. Ini bagi memastikan bakal pembeli memahami hak dan tanggungjawab dari sudut undang-undang apabila membuat pembiayaan agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

Aspek ini juga banyak yang ambil mudah, tidak ramai yang membaca dan cuba memahami segala butir-butir yang tercatat dalam semua dokumen pembiayaan.

Walau excited atau apa pun alasannya, bakal pembeli perlu faham, jelas dan tahu akan hak dan tanggungjawabnya, sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

Dalam konteks Sistem Kewangan Islam di Malaysia, institusi kewangan Islam tidak ketinggalan menawarkan kemudahan pembiayaan membeli kenderaan khususnya kereta.

Ada dua kaedah pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam iaitu Bai Bithaman Ajil (BBA) dan Al Ijarah Thumma Al Bai (AITAB). Kaedah pembiayaan menerusi kaedah AITAB lebih popular berbanding BBA.

AITAB atau sewa kemudian jual lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai' (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul.

Tujuan AITAB adalah membantu pelanggan mendapatkan aset yang dikehendaki dan mendapatkan wang tunai.

Menerusi AITAB ini sebagai contoh pelanggan akan memilih kereta yang ingin dibeli. Kemudian, pelanggan berkenaan memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut daripada institusi kewangan, pelanggan biasanya membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.

Pihak institusi kewangan akan menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual. Setelah itu, penjual akan memindahkan hak milik kereta berkenaan kepada pihak bank. Kemudian pihak bank akan memajakkan kereta tersebut kepada pelanggan untuk tempoh yang dipersetujui.

Pelanggan akan membayar sewa ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Pada akhir tempoh pajakan, bank akan menjual kereta tersebut kepada pelanggan pada harga yang telah dipersetujui.

Kaedah BBA pula ialah tidak jauh bezanya dengan pembiayaan untuk membeli rumah. Mekanisme operasi BBA ialah pembeli memilih kenderaan yang ingin dibeli, kemudian pembeli mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan.

Pihak bank akan membeli kenderaan tersebut daripada penjual secara tunai dan kenderaan tersebut telah menjadi hak milik pihak bank. Selepas itu pihak bank akan menjual kenderaan berkenaan kepada pembeli berdasarkan harga jualan yang telah termasuk keuntungan yang telah dipersetujui.

Hak milik kenderaan tersebut berpindah kepada pembeli dan pihak pembeli akan membayar harga jualan kepada bank secara ansuran di dalam tempoh yang telah dipersetujui.

Semua kenderaan berenjin di negara ini diwajibkan memiliki perlindungan insurans atau takaful sama ada perlindungan komprehensif atau sekurang-kurangnya perlindungan pihak ketiga.

Tidak memiliki perlindungan insurans atau takaful merupakan satu kesalahan undang-undang.

Janganlah kita semua tertipu dengan banyaknya bank-bank riba, jangan pula tertipu dengan tersebarnya muamalah riba ini di setiap tempat, serta banyaknya orang yang bermuamalah bersamanya, kerana yang demikian bukanlah dalil akan bolehnya muamalah ini. Akan tetapi itulah sebenarnya adalah dalil yang menunjukkan banyaknya orang yang berpaling dari perintah Allah serta menyelisihi syariat-Nya.

copyright from :
UTUSAN MALAYSIA ONLINE | BICARA AGAMA
ARKIB : 09/12/2009

Wednesday, December 9, 2009

jom melayan gambar..terengganu 7 n 8 dec 09

masa update entri ni sebenarnya masih penat lagi. jadi tak ada mood lagi nak berceloteh panjang. jadi jom layan gambar yang sedikit ini..


ni hotel (permai inn hotel) di waktu malam. opss..saya sampai sana pukul 6 pagi. check in dan bersiap untuk registration dan opening ceremony seawal jam 8 pagi. masuk bilik terus mandi dan seterika baju.


ni waktu opening ceremony. cam biasa laa..tak ramai lagi yang datang. gimik perasmian mantap gak. tak nak banyak komen. alamak gambar gegar


kali ini tiada gambar tengah present sebabnya tiada orang yang boleh diharapkan untuk ambil gambar. lagi pun masa tu cam cuak gak sebabnya sesi tu ada seorang prof (iran), sorang prof madya (utm) , ada 2 orang bertaraf phD (local n oversea) dalam bilik tersebut. diorang tu dah laa present tahap higher level. satu pun tak faham. semua wat keluar mathematical method masing-masing. pastu berhujah. saya nyer lak present paling simple dan alhamdulillah soalan pun xsusah sangat. kiranya boleh jawab laa. Dr Jais lak cakap masa dia present tak ada orang tanya. ish..sepatutnya ramai laa tanya dia. owh ya..kami present di waktu yang sama tapi berlainan bilik. gambar di atas tu dah lepas present. beraksi kononnya sedang buat kerja


diwaktu petang..saya sebenarnya keluar ke bandar kuala terengganu bersama Dr.Jais.. saya pergi beli tiket untuk balik johor dan Dr lak nak g pasar payang untuk cari baju batik wat isterinya yang tersayang dan juga anak-anaknya. saya pun ikut sekali sebab kami kena naik teksi dan tambangnya rm10 untuk sehala. jadi dah dapat buat penjimatan kos di situ. hehe..



haa..ni gambar ngah posing sebelum g dinner anjuran organizer. memang boring tul dok g sorang-sorang kat sana. tu yang dok wat benda ntah pe2 je. layan..


erk..ni gambar semasa majlis dinner. ada tarian ulik mayang dan beberapa tarian lain. saya tak fokus sangat dekat persembahan sebab dok borak dengan rakan yang baru dikenali (haw - master student from utm). oh yaa..yang dok semeja masa majlis malam tu adalah peserta dari thailand dan beberapa orang peserta local tapi tak sempat nak berkenalan sangat sebab mejanya besar. makanan adalah masakan melayu. rasa cam biasa jek. tapi tak pe lah makan free.


gambar sorang dalam lif masa pulang dari dinner..alamak gambar gegar lagi. rugi tak bawak dslr hazwan. tapi tulaa malasnyer pasal laa ni...


ni gambar pemandangan luar tingkap bilik di pagi hari kedua. memang best dok situ sebab leh nampak laut walaupun agak jauh. tenang dan damai. cuma yang paling terkilan, tak sempat nak g ke pantai. ish..ish..


walaupun xsempat g pantai...namun sempat ke taman tamadun islam (TTI). yer tempat yang menempatkan masjid kristal tu. owh saya ke sana bersama kumpulan peserta pembentang. terima kasih kepada penganjur (Universiti Malaysia Terengganu) yang telah menyediakan bas dan bawa kitorang jalan-jalan..jom layan gambar lagi









huh..ni baru gambar kat area masjid kristal. cantik sangat cuaca dan langit masa tu. sayangnyer. tu baru amik guna kamera digital nikon guna scene untuk beach/snow. ok lah cantik laa jugak (puji sendiri nampak..huk). mari melayan gambar monumen masjid lak..















banyak nyer monumen masjid. tapi masa lak yang terhad. kami kat TTI ni sejam sahaja. oh lupa..nak masuk kat area monumen ni kena ada passport. passport negara TTI. aku beli rm10 jek. pastu masuk dalam tu leh pilih nak jalan kaki, berbasikal or naik tren. semuanya ada bayaran. saya pilih untuk berbasikal sebabnya masa yang terhad dan dah lama kepingin untuk naik basikal. sebenarnya gambar monumen tu tak banyak sebab dok syok naik basikal siap leh pusing kawasan tu 2 kali lagi sampai berpeluh-peluh..lagi pun sebab keseorangan di sana cukuplah tidak seronok. lainlah kalau datang berteman (opss..!!) maksud saya bersama teman atau ditemani dengan kamera dslr yang canggih manggih itu. baru laa syook. perjalanan kami tak habis di situ..


gambar di atas ni gambar ikan kat kompleks noor arfa batik. sebelum ke sana, kami ke pasar payang. owh nampaknya sekali lagi saya terpaksa ke sana. kali ini banyak lepak memerhatikan gelagat orang ramai disekitar pasar tu. owh yaa..gadis-gadis di atas pasar payang ni manis-manis belaka. kepada yang masih solo tu mungkin anda tak nak balik jika ke sini. ahakss.. seronok dok lepak memerhatikan orang. dalam rombongan kitorang tu, saya lihat peserta luar negara kurang tertarik dengan pakaian tetapi diorang lebih tertarik dengan barang kemas terutamanya mereka dari asia barat. yang lain saya tengok banyak beli makanan.

kemudianya kami ke kompleks noor arfa batik. lupa nak tangkap gambar di sini sebab mungkin dah penat. tapi boleh digambarkan betapa besarnya kompleks ini dan mempunyai kesenian yang tinggi. ruang kompleks juga menarik. insyaAllah akan datang lagi ke sini dilain kali untuk membeli belah sebab masa pergi tu poket dah pokai. hanya mampu kulihat saja. perjalanan kami berakhir di sana. kemudian dalam jam 7 malam saya di hantar oleh pihak penganjur dari hotel ke stesen bas kuala terengganu. sekali lagi kredit untuk organizer universiti malaysia terengganu. siap hantar peserta lain ke airport dan mereka sungguh baik melayan tetamu. sungguh terharu sekali dengan layanan mereka.

wah...satu perjalanan yang sekejap tapi padat dengan aktiviti. oh..kulitku sudah gelap akibat sunburn (mungkin semasa berada di TTI). pukul 8.30mlm bas transnasional bertolak balik ke batu pahat. sampai di batu pahat jam 5 pagi. akibat malas menunggu lama ku terus amik teksi dengan bayaran rm30 untuk pulang ke rumah. badanku cukup penat dan tak mampu ke lab disebelah pagi. petang baru dapat ke material lab bagi melaksanakan kerja-kerja yang sepatutnya.

owh..terengganu akan ku kembali lagi ke sana ;)

Sunday, December 6, 2009

esok n lusa punya cerita...



sebenarnya baru je siap repair slide untuk present esok kat estec 09. dalam pukul 6.30 bergerak ke batu pahat untuk naik bas. thank faizul sudi hantarkan aku malam ni. bas pukul 9 malam jadi sempat nak pergi makan. esok pagi pula samapi sana terus ke hotel untuk check in dan bersiap ke opening ceremony. pukul 11 present... lepas tu kita tgk apa yang berlaku..nantikannn...

Friday, December 4, 2009

di kala kebosanan



lihatlah gelagatku dikala kebosanan di dalam office. ops..office ker? sebenarnya itu bilik untuk para penyelidik menjalankan kerja penyelidikan seperti mencari jurnal di internet. kebanyakkan aktiviti dalam bilik ini melibatkan komputer. jadi kadang-kadang bila keseorangan memang membosankan. nak sms orang, tak ada yang layan.

tapi kenakalan ku bukan takat itu sahaja. kalau ada orang lain, aku pulak yang akan mengaco diorang. pernah kitorang main pusing-pusing kerusi, main laga-laga kerusi, geletek orang, pastu mengutuk orang dan macam-macam lagi. ish teruk betol. ahaks

balik kepada gambar di atas..masa tu sebenarnya rambut tengah panjang tapi masih terurus lagi. kononnya tangkap gambar tu nak tengok rambut. tapi tetiba cuba posing-posing pulak. adoii...anak sapa laa ni.

ku cari kedamaian...



ku cari kedamaian...
kuperlukan kedamaian
supaya hatiku tenang
supaya jiwaku tenteram
supaya fikiran ku aman

ku cari kedamaian...
apa yang perlu ku lakukan
ke mana harus ku pergi
bilakah ku akan menemuinya
siapakah perlu kutemui
bagaimana harus ku hadapinya
kenapa harus ku temuinya

ku cari kedamaian...
kedamaian dalam hatiku
kedamaian dalam jiwaku
kedamaian dalam fikiranku
kedamaian dalam hidupku

ku cari kedamaian...
ku cari kedamaian...
ku cari kedamaian...

bagaimanakan ku hadapi
segala cabaran dan rintangan
yang merintangi perjalanan hidupku
selagi tidak kutemui kedamaian

ku cari kedamaian...
ku kembali ke jalan yang sebenar
ku kembali tunduk dan patuh kepadaNYA
ku sebak mengingati perjalanan hidupku
ku serik untuk sekiankalinya
ku kembali sekali lagi

ku cari kedamaian...
oh..diri yang sentiasa lemah
lemah dengan segala godaan duniawi
di saat kau kelemasan
baru kau ingat kepada Azali
kau memang sentiasa lupa
insaflah wahai jiwa

ku cari kedamaian...
ku harap kan kutemui jua
ku harap ia akan terus abadi
ku harap ku temui dalam keadaan suci

ku cari kedamaian...
kan ku terus mencari
sehingga aku sudah tidak berdaya lagi
akan ku hadapi
segala dugaan yang merintangi
ya allah..kuatkan lah diri ini

Thursday, December 3, 2009

benda alah yang menarik..hikhikhik



apakah benda alah itu..?? benda yang dimaksudkan tu ada dalam gambar di atas. tapi yang menarik adalah tulisan kat papan hitam tu.

"the important thing is not to stop questioning".

tulisan tu membuatkan macam-macam benda ku fikir dalam kepala ini. pertamanya kenapa imej pokok yang digunakan. kenapa ayat yang digunakan tu negatif..? tapi perasan tak benda alah tu telah meninggalkan pelbagai persoalan di minda orang yang melihatnya. sama seperti maksud ayat yang tertulis disitu. begitu unik sekali idea meletakkan benda alah ni. maaf terpaksa guna nama "benda alah" sebab tak tahu apa namanya.

teringat pula kat safiy. anak sulung kakak yang berada di kampung. dia ni suka bertanya macam-macam sampai atok n neneknya tak larat nak melayan. biasalah budak-budak kan. orang kata kanak-kanak yang banyak bertanya ni bijak orang nya. mudah-mudahan menjadi seorang insan yang bijak dari segala segi yang baik.

tetiba teringat..segala persoalan tu muncul dari dalam otak. otak yang mempunyai akal untuk berfikir. sungguh unik sekali penciptaan otak ini. bersyukur kepada ALLAH swt yang telah menciptakan segala kejadian di langit dan dibumi. sesungguhnya allah menyuruh kita berfikir akan setiap kejadianNYA. supaya kita merasa insaf serta tunduk dan patuh kepadaNYA. ya allah..jadikanlah aku seorang insan yang mengikut jalanMU yang sebenar ;)

kisah disuatu senja...

petang tadi pergi makan dengan hazwan. owh..petang tadi selera makan saya sudah datang kembali. semalam angin tak berapa betol, jadi selera pun tak betol. saya harap dengan pertambahan selera ini dapat menaikkan susuk badan ku yang kian slim dan langsing ini. hikhikhik. disebabkan petang tadi hujan, rancangan kami untuk joging mengelilingi kampus terbantut. kami tukar plan tersebut ke sebuah warung di depan kampus. sunyi sepi je warung tu sebab student universiti tak ada. maklumlah sekarang ni tengah cuti semester (1 bulan). tengah-tengah tunggu makanan sampai..kami ternampak pelangi yang indah. hah...apa lagi jom layan...


haah..nampak tak pelangi disebalik layar puteh tu. boleh nampak suku jelah. sebab lengkungan pelangi tu besar.


ni gambar diambil secara menegak. saja nak cari angle yang lain. tapi malas lak nak bangun dari kerusi.


ni lak..budak yang bernama hazwan. ntah apa laa dia dok merenung panjang tu. dia ni housemate yang suka menyanyi dan main gitar (gitar pinjam). owh..dia ni budak lagi walaupun nampak muka macam mature. hikhikhik


erm..yang ni pulak santapan kami petang tadi. sup daging dan tomyam campur plus telur dadar. minum air milo n kopi (dua-dua suam). tapi menyesal lak order sup daging. bukan tak sedap tapi sebab daging. sebenarnya perut ni dah penat nak proses daging. yelaa...masa raya aritu dah teruk perut ku kerja untuk menghadam semua daging yang di makan. adeehh..malam ni pun nak wat keje jadik susah. nape ye? sebab perut dah terlampau kenyang. aarrrkk (sendawa). alhamdulillah. syukur ya allah atas rezki yang kau beri padaku hari ini ;)

nothing...

assalamualaikum wbt...

selamat hari raya aidiladha 1430H.
selamat berkerja
selamat bergembira
selamat segala-galanya
sebab tak tahu nak tulis apa
jadi ucaplah selamat untuk semua
moga semua hepi dengan cara hidup masing-masing

Related Posts with Thumbnails