i k l a n

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

aktiviti santai



Hari ini nak kongsi dengan korang aktiviti santai. Boleh dilakukan untuk diri sendiri dan juga kepada anak-anak kecil yang sudah pandai berfikir. Juga amat sesuai untuk korang yang tengah down atau takde semangat dengan diri sendiri. Jom kita beraktiviti...

Cuba ambil dua (2) helai kertas kosong. Tak kisahlah kertas saiz A4 kosong atau kertas yang bergaris-garis. Yang penting kertas tersebut tidak bertulis apa-apa.

Sekarang cuba tenangkan minda dan hati. Setkan masa sendiri untuk aktiviti ini. Tak kisah lah nak ambil sejam, sehari, seminggu atau ikut masa lapang sendiri.

Perkara yang perlu diisi dalam kertas tersebut adalah PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. perkataan positif dan negatif tersebut perlu di isi dalam kertas berlainan. Isilah seberapa banyak perkataan yang berkaitan yang ada dalam minda dan hati.

CONTOH PERKATAAN POSITIF
Kuat, cemerlang, gembira, senyum ...

CONTOH PERKATAAN NEGATIF
Bodoh, gila, sedih, masam ...

Bila telah selesai atau masa yang disetkan telah tamat. Perkara seterusnya adalah dengan membandingkan bilangan PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. Perkataan mana yang lebih banyak dapat dikumpul.

Jika perkataan positif lebih banyak maknanya korang adalah seorang yang mempunyai pemikiran yang positif dan jika negatif yang lebih banyak maknanya korang seorang yang berfikiran negatif.

Namun itu bukanlah suatu kesimpulan sebenar tentang diri korang. Apa yang perlu korang lakukan adalah korang perlu menukar semua PERKATAAN NEGATIF menjadi PERKATAAN POSITIF. Mungkin dalam hal ini perkataan tersebut perlu ditambah perkataan lain untuk menjadikan ia sebagai perkataan positif. Itu tidak mengapa. Matlamat utama adalah menjadikan perkataan negatif bertukar positif. (eg: bodoh -> pandai ; gila -> waras/matang )

Seterusnya korang akan dapati sekarang korang telah memiliki semua perkataan-perkataan yang positif. Cuba korang baca kembali perkataan-perkataan tersebut. Cuba hayati ia satu per satu. Cuba cari perkaitannya dengan diri korang sendiri. Kemudian..cuba baca dengan kuat dan bergaya dengan menambah seperti contoh di bawah:

Muhsync seorang yang KUAT
Muhsync seorang yang CEMERLANG
Muhsync seorang yang selalu GEMBIRA
Muhsync seorang yang SENYUM sokmo
Muhsync seorang yang PANDAI
Muhsync seorang yang WARAS & MATANG
...

Bacalah setiap hari dan setiap pagi dan setiap kali korang rasa down.

Kehidupan ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis pilihan. Pilihan yang bagaimana kita ambil. Bagaimana pilihan tersebutlah yang menentukan bagaimana diri kita. Ohh..berbelit lak ayatnya.

Kalo kita tenung dengan lebih mendalam, pilihan yang kita buat samada positif atau negatif bergantung bagaimana dalaman diri kita. Atau dalam kata lain bagaimana iman kita. Namun langit tak selalu cerah, guruh pun boleh bertukar jadi petir, air sungai yang tenang pun boleh ada buaya, ombak laut sesekali bertukar menjadi tsunami, bangunan WTC tu pun boleh dirempuh apatah kita manusia yang dijadikan Allah dengan pelbagai jenis ragam dan perangai (erk..apakah jenis pepatah ini). Walau apa pun yang berlaku, dalam keadaan tertentu perlu untuk kita me “reset” kembali pemikiran kita. Antara kaedah me “reset” adalah seperti aktiviti di atas.

Me “reset” = refresh pemikiran, reinstall balik program minda, umpama overhaul engine, membetulkan balik setting asal

Nak pinjam kata-kata pakcik T. Harv Eker
“how you do anything is how you do everything”
Pakcik T.Harv Eker ni penulis buku the millionaire mind

p/s: hari tu pegi program the millionaire mind intensive seminar kat PWTC memang mantap. Hari-hari kena ulang diorang punya Attitude of Wealth. Kalo korang nak tahu pe benda Attitude of Wealth tu leh amik kat wall fb.

Tuesday, June 14, 2011

Nak atau Perlu



Allah tak bagi apa yang kita NAK kerana ALLAH lebih tahu apa yang kita PERLU.
kita nak rumah yang besar, tapi Allah kurniakan kita dengan hati yang lapang.

Allahuakbar..!!

Saturday, June 11, 2011

pengalaman di NAC 2011


NAC 2011 = National Achiever Congress 2011

aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana berpeluang dapat mengikuti satu congress yang hebat yang diadakan di Malaysia. boleh melihat speaker2 yang hebat bercakap di depan mata, bagaimana speaker2 tersebut mempengaruhi peserta untuk bersama2 mereka. Speaker pula terdiri dari otai-otai dalam pelbagai bidang. mereka ni dari negara eropah. menawarkan perkhidmatan mereka dan industri baru kepada peserta di malaysia.



aku rasa cukup bertuah kerana tiket untuk masuk bukannya murah. paling murah pun rm400 (itupun kalo beli awal). tiket aku disponsor. boss aku abis rm36k untuk sponsor lebih kurang 30 orang menghadiri seminar tersebut. dalam dewan tu terdiri dari 3 jenis seat. ganeral ni kira tahap murah dan duduk di belakang2 je (harga tiket rm400-rm700). seat depan sikit adalah jenis GOLD (range harga rm1K++) dan yang paling depan (depan pentas) ialah seat VIP. harga tiket diorang rm3800-rm4800..!! pergh..semua seat habis dijual.


siapa yang pergi sana? boleh dikatakan 90% adalah bukan melayu. golongan ni siap bawak anak-anak kecil lagi untuk sama-sama berada dalam dewan tersebut. dan pada masa sama para speaker mempromosikan kursus lanjutan dan lebih mendalam tentang bidang kepakaran masing2. rata2 kursus tersebut paling murah pn rm3K++. ada yang berharga rm10K++. apa yang terjadi. golongan yang 90% tu berduyung2 mendaftarkan diri untuk kursus yang mereka nak sertai.so aku terfikir sendiri. patutlah mereka lebih kedepan dan lebih menonjol dari kaum seperti ku. mereka sanggup bayar untuk suatu kejayaan. seiring ngan salah satu konsep untuk BERUBAH - "i pay the price to prepare to win..!!"


berada di dalam suasana itu membuatkan aku berfikir. aku perlu jadi kaya. aku perlu jadi seorang yang banyak duit. bila aku dah ada banyak duit aku boleh bawa orang lain juga untuk bersama-sama aku dalam congress itu lagi. aku boleh menyertai kursus2 lanjutan diorang dengan senang hati. jadi aku perlu jadi seorang yang financially freedom..!! buku the legacy effect (adam ginsberg) diberi percuma oleh penulis. buku ni special sebab ada id number. siap ada sijil number buku tu lagi. bertuah lagi sekali

p/s: sedang berusaha untuk ke arah itu..!!


paling menyampah pakai tag kat tangan tu. disebabkan event ni 3 hari so aku kena pakai benda tu selama 3 hari berturut2. makan, mandi, tido bersama dengan benda alah tu..hampeh tul laa..hehe



bergambar kenangan diakhir congress

Tuesday, May 10, 2011

cheer up..!!



"The best way to cheer yourself is to try to cheer somebody else up." - by Mark Twain

words becomes thought,
thought becomes reality.

change ur words,
and u can change the world.

Friday, May 6, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Camne nak jadi jutawan


Ingat tak masa sekolah dulu-dulu, kita disuruh membuat karangan bertajuk “jika aku seorang jutawan”. Seingat aku pertama kali dapat tajuk tu masa darjah 5. Pergh..masa tu mula berangan jauh dan rasanya sebelum kena buat karangan tu aku tak pernah pun terfikir untuk jadi jutawan. Itu cerita zaman dulu kala.

Sekarang ini adakah kita masih lagi berangan-angan untuk jadi jutawan? Ataupun kita masih lagi dok memikirkan apa yang perlu dilakukan jika menjadi jutawan. Ataupun sekadar tersenyum teringatkan idea-idea bila dah jadi jutawan. Ataupun ada antara korang memang dah sedia jadi jutawan??? Kepada yang dah jadi jutawan tu aku ucapkan tahniah. Kepada yang belum..?? hurm..

Kepada yang belum jadi jutawan lagi, meh kita wat plan untuk jadi jutawan. At least kita cuba merancang untuk jadi jutawan. Bak kata orang “gagal merancang adalah merancang untuk gagal”.

Untuk menjadi jutawan adalah suatu perkara yang mudah. Hah..!! mudah..!! kita hanya perlu mempunyai duit atau wang sebanyak RM1,000,000.00 (RM1juta). Bila dah ada duit sebanyak tu, maka kita dah layak digelar jutawan. So cepat kira duit anda sekarang cukup tak sejuta. Kalo dah cukup tu silalah umumkan. Hurm..kalo takde orang tahu..sila bagitahu kat facebook supaya orang lain leh tau. Tapi awas..kan nanti jadi sasaran perompak lak. Opss..dah merepek..!!

Mari kita cuba merancang untuk dapatkan RM1juta. Kaedah pertama yang pasti adalah kita perlu MENYIMPAN duit. Tapi menyimpan duit ni pun ada beberapa kaedah gak..meh tengok camne nak dapat rm1juta.

SIMPAN Di akaun simpanan biasa
Simpan rm100 sehari.
RM100 x 30hari x 12 bulan x 28 tahun = RM1,008,000.00
Masalahnya mampu ker nak simpan sebanyak tu..!!

Okey..kita kurangkan sikit.
RM56 x 30hari x 12 bulan x 50 tahun = RM1,008,000.00
Perghh..lama lah pulak nak jadi jutawan

Kita cuba cari tempat simpanan lain lak yang boleh bagi dividen tahunan.
Kita amik tempoh 30tahun dan menyimpan sebanyak rm500 sebulan di tempat berikut:

Tempat yang bagi 3% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM290,000.00

Tempat yang bagi 6% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM490,000.00

Tempat yang bagi 8% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM710,000.00

Tempat yang bagi 10% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM1,040,000.00
Jadi kalo nak jadi jutawan dalam tempoh 30 tahun dari sekarang. Simpanlah sebanyak RM500 sebulan dan ditempat yang boleh bagi return atau dividen sebanyak 10% dan ke atas. Kalo nak lagi cepat kena tingkatkan lagi simpanan bulanan. So impian untuk jadi jutawan boleh jadi kenyataan kan :D

Kaedah menyimpan duit ni merupakan kaedah yang paling konservatif untuk menjadi seorang jutawan. Ada lagi tak kaedah lain untuk jadi jutawan..??

Kaedah lain lagi adalah dengan mencari tempat kerja yang dapat membayar gaji yang besar. Contohnya menjadi CEO TNB ker (ada gosip mengatakan gaji CEO TNB rm1juta sebulan..hehe). Tapi layak ker nak jadi CEO TNB. Hehehe...

Menceburi bidang business atau dalam bahasa lainnya adalah perniagaan antara kaedah yang paling sinonim dengan jutawan. Kebanyakkan jutawan lahirnya dari industri perniagaan. Tapi kaedah ni adalah yang paling berisiko tinggi. Hurm..

Ada yang lagi common dalam masyarakat kita adalah menceburi skim cepat kaya. Skim ni memang menjanjikan kekayaan segera. Selain itu ia menggunakan nama yang berunsur islamik dan menggunakan pelbagai strategi kad kredit, pelaburan dan MLM. Tapi biasalah kan..bila kaya cepat sangat ni maka miskin pun cepat juga. Opss..!!

Aku nak share pengalaman aku lak, aku menceburi industri unit amanah. Leader group kami yang bertaraf Group Agency Manager memperolehi komisyen setahun sebanyak RM1.6juta. erm..aku pun nak cepat-cepat buat sale supaya aku akan cepat capai taraf Group Agency Manager. So aku akan cepat jadi jutawan gak :D

So untuk jadi jutawan tu takdelah susah sangat kan. Cuma jangan salah strategi sudah ler. Tapi yang lagi penting adalah untuk kita cuba merancang bagi mendapatkan sesuatu matlamat. Lagi satu yang tak kurang penting adalah matlamat yang nak dicapai tu perlulah jelas dan boleh diukur. Contohnya seperti yang kita buat di atas (menjadi jutawan dalam tempoh 30tahun). Jadi kita akan cari kaedah yang sesuai untuk pastikan matlamat kita itu tercapai. Jika matlamat kita itu tidak jelas dan tidak boleh diukur maka ia umpama angan-angan kosong yang sampai bila pun tak akan tercapai.

p/s: mempunyai matlamat ni umpama kita membaling dart ke papan target. Tapi kalo papan target tu takde maka kita akan baling dart tu ke mana-mana dan tidak ada tempat yang khusus. Jadi bagaimana kita akan mendapat apa yang kita idamkan..!!

p/s: lagi teruk bila dart tu pn kita takde..abis tu nak baling pakai pe..!!

Thursday, April 28, 2011

gaya baru :D



bercita-cita menjadi usahawan yang berjaya.

target umur 35tahun sudah boleh pencen dari makan gaji.

tempoh mula adalah sekarang (sebenarnya dah lama mula)

ini merupakan proses perubahan diri untuk lebih menonjol

satu cabaran untuk tempoh terdekat mendapatkan sale rm80K sebulan.

cabaran jangka masa sederhana mendapatkan total sale rm500K dalam masa 5 bulan.

cabaran jangka masa panjang sikit adalah menjadi agency manager dalam masa 1 tahun.

cabaran jangka masa paaaannnjaaaaaannng adalah menjadi group agency manager yang bemaksud aku telah memiliki that business. yang ni target 2 tahun..!!

p/s: aku mengharapkan support dari semua. doakan aku berjaya dan terus maju dalam business ni. mari sama-sama kita berdoa.

"ya allah, moga muhsync dipermudahkan segala urusan dan mendapat apa yang dirancangkan. amin"

thank atas doa kalian :D

Saturday, April 23, 2011

BELAJAR


Dalam hidup ini banyak benda yang kita belajar samada belajar secara dalam kelas, kuliah, ceramah, kursus atau lebih dipanggil sebagai belajar secara formal. Kaedah lain adalah belajar secara tak formal atau bukan dalam bentuk kelas iaitu belajar melalui pengalaman, teguran dari seseorang, belajar dari kesilapan sendiri, belajar dari pengalaman hidup orang lain dan sebagainya lagi. Pendek kata hidup kita ini tidak dapat tidak dari setiap masa dan detik untuk kita sentiasa belajar. Namun kekadang tu kita tak sedar bahawa kita perlu belajar dari sesuatu.

Sebagai contoh kita perlu belajar dari semut iaitu makhluk Allah swt yang kecil dan tidak mempunyai mata tapi hidup sentiasa saling bantu membantu. Belajar dari kejadian alam ini bagi membuktikan kekuasaan Allah swt, belajar dari sebuah objek seperti keretapi yang memerlukan kepala hadapan (ketua) untuk mengheret gerabak2 lain selain peranan pin-pin kecil antara gerabak yang berperanan besar untuk menyatukan semua gerabak. Belajarlah juga dari sampah yang kita selalu jijik sedangkan sampah-sampah tersebut kita juga yang membuatnya namun adalah lebih jijik jika ada manusia yang perangai macam sampah. Jadi belajarlah dari semua perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan terlalu cepat untuk menuding jari kepada orang lain tapi lihatlah diri kita sendiri dulu..!!

cubalah untuk menerima teguran orang lain..!!
cuba kita ambil contoh sebiji ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat itu sebenarnya terdiri dari gabungan beberapa bahan kimia yang dicampur bersama dan diproses untuk dijadikan ubat. Namun jika kita yang dapat ubat tersebut berfikir mengenai bahan-bahan kimia yang ada dalam ubat tersebut maka sudah tentu kita tak akan makan ubat tersebut. Tapi kalo kita berfikir yang bahan-bahan kimia dalam ubat tersebut akan membantu menyembuhkan kita maka kita pun akan makan ubat tersebut dengan rela hati.
Begitulah dalam hidup ini, jika kita menerima teguran hendaklah kita berlapang dada terlebih dahulu. Walaupun teguran yang diterima itu agak perit namun cubalah kita fikirkan kembali. Teguran tersebut untuk membetulkan diri kita bukannya untuk memusnahkan kita. Tapi kalo kita fikir yang teguran tersebut adalah suatu bentuk penghinaan, buli, ejekan dll maka kita tak akan dapat apa-apa. Jika kita fikir sebaliknya sudah tentu kita akan dapat belajar sesuatu dari teguran tersebut.

Siapakah kita?
Siapakah kita sebenarnya sehinggakan tiada seorang pun dapat menegur diri kita? Hebat sangatkah diri kita?
Cuba kita lihat kembali kepada diri kita sendiri. Tahi mata yang berada di depan mata pun belum tentu kita dapat lihat melainkan dengan bantuan cermin ataupun teguran dari orang lain. LIHAT...!!! yang depan mata pun tak nampak..!! apatah lagi perkara-perkara lain yang orang lain lebih nampak.
Penutup untuk entri kali ini, teruslah belajar dari semua perkara disekeliling. Jangan sombong dan ego. Sombong dan ego itu tidak lain melainkan kerugiannya adalah kepada diri sendiri. Kalo orang berniaga sudah tentu tak nak rugi. Jadi kalo tak nak rugi jangan jadi sombong dan ego :D

p/s: pakai cermin mata + kanta + mikroskop sekalipun belum tentu kita dapat melihat tingkah laku dan sikap kita dengan jelas melainkan BELAJAR menerima teguran dari orang lain. Itulah cermin yang terbaek untuk kita melihat diri sendiri.

Wednesday, March 30, 2011

Aku hanya hidup hari ini


Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja
Tak berucap kotor yang menjijikkan
Tak akan pernah mencela, mengherdik dan
Juga membicarakan keburukan orang lain.

Hanya hari ini aku berkesempatan menertibkan rumah dan pejabat
agar tidak bersepah dan berantakan

Dan kerana hanya hari ini saja aku akan hidup, maka aku
akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku,
kebaikan tutur kata dan tindak tandukku.

Kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha
sekuat tenaga untuk taat kepada Rabb mengerjakan solat sesempurna mungkin.

Membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah, berpegang
teguh pada al-quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat.

Aku hanya akan hidup hari ini, kerananya aku akan menanam
dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya
pohon-pohon kejahatan juga ranting-rantingnya yang berduri,
baik sifat takabbur, ujub, riya’ dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku akan dapat menghidup udara kehidupan, maka
aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan
tangan kepada sesiapapun.

Aku akan menjenguk mereka yang sakit, menghantar jenazah,
menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi
makan orang yang kelaparan, menolong orang yang sedang
kesulitan.

Membantu orang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang
lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati
orang-orang alim, menyayangi anak kecil dan berbakti kepada orang tua

LA TAHZAN – JANGAN BERSEDIH
Karya Dr. Aidh Al-Qarni

p/s: “jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”
Ayat yang sungguh membahagiakan

Monday, March 28, 2011

Tadabbur

istilah yang aku dapat kali ini adalah

TADABBUR

maksudnya adalah

memerhati, mengetahui dan memahami
(maksud tadabbur ini tidak diambil dari kamus tp dari artikel bebas - kalo salah tolong betulkan)

memerhati dengan mata kemudian kita mengetahui dan kemudian cuba memahami.
bab yang paling susah sekali adalah untuk memahami sebab ianya memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu perlu kreatif dalam kaedah cuba memahami.

Friday, March 25, 2011

bahana FITNAH

Dewasa ini kita sentiasa dikalut dan diserabutkan dengan berita-berita yang tidak pasti kesahihannya. Lalu kita pun pening pihak manakah yang benar dan pihak manakah yang betul. Lalu apakah tindakan kita? Adakah kita mempercayainya dek kerana ada pihak yang mempunyai bukti yang kukuh ataupun kita tidak amik kisah pun apa yang berlaku.

Sebagai orang islam kita sebenarnya begitu bertuah sebabnya kita ada panduan (guide) yang diberikan iaitu dari Al-Quran. Maka rujuklah al-quran bila berlakunya sebarang kekalutan, keserabutan dan kekeliruan. Dan seharusnya sebagai orang islam memang perlu merujuk kepada Al-quran dan hadis serta pandangan ulamak muktabar.

Jadi kali ini aku nak kongsi beberapa petikan maksud ayat dari kitab suci Al-Quran berkenaan gejala fitnah dan apakah perkara yang perlu kita lakukan bila didatangi dengan sebarang berita

Hukuman bagi orang menuduh tanpa dapat memberikan 4 orang saksi:


Perkara yang perlu dilakukan bila mendapat sebarang berita:


Bila mereka tidak boleh mendatangkan 4 orang saksi maka:


Allah sebenarnya lebih mengetahui yang benar dan salah:


Tindakan yang boleh dilakukan bila berita itu tiada kesahihan dan tiada kesaksian:


Ini adalah balasan yang diterima oleh orang menyebar fitnah:


Bila kita didatangi dengan sebarang berita dari seseorang maka:


p/s: Kalo kita tak nak masuk saham yang sama dengan orang yang membawa fitnah maka disarankan untuk kita baca terjemahan surah An-Nur yang banyak membicarakan tentang gejala tuduh menuduh dan jalan penyelesaian mengikut kaedah islam. Selain itu boleh juga merujuk kepada hadis dan riwayat kisah disebalik turunnya ayat dalam surah tersebut.

p/s: Ingat..!! kita tidak tahu perkara yang sebenar hari ini. Jadi janganlah kita bercakap umpama kita yang menyaksikan kejadian tersebut. Jika kita bercakap juga maka kita boleh dikenakan hukum qazaf iaitu sebatan 80 kali sebabnya kita tidak dapat membawa 4 orang saksi yang cukup syarat mereka itu boleh menjadi saksi. tapi kita tak pakai hukum islam mungkin kita terlepas hukum dunia tapi ingat hukuman di akhirat masih ada menanti sebabnya MATI ITU BENAR

Sekian

Thursday, March 24, 2011

mencari ISLAM



Entri-entri sebelum ni aku banyak share pasal benda-benda dunia sahaja. so entri kali ini nak bawak sedikit kaitan antara dunia dan akhirat pulak. owh sebelum tu nak kena wat pengakuan dulu yang aku ni bukan lah sesiapa dalam berbicara pasal agama islam malah bersekolah dulu pun bukannya di sekolah yang berstatus "Agama" hanyalah sekolah harian biasa sahaja (akibat mengasingkan perkara dunia dan agama). Aku ni hanyalah seorang melayu. menurut Tun Dr Mahathir dalam artikel beliau melayu oh melayu yang menerangkan perkaitan melayu dan islam membuatkan aku terfikir yang aku rasa ada betulnya kenyataan Tun. antara kenyataan yang best:

"Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam."

"Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam"

kalau nak baca lanjut sila klik di sini

Jadi aku adalah seorang melayu means aku adalah beragama islam. namun begitu menjadi seorang yang dilahirkan sebagai seorang islam keturunan bukanlah faktor utama tingginya martabat kita di sisi Allah swt (rasanya korang pun tahu hal ini).

Sejarah hidup aku sehingga saat ini mengajar aku bahawa islam itu perlu dicari. Apa yang aku maksudkan di sini adalah kita perlu belajar tentang islam kemudian cuba memahami tentang islam dan seterusnya mengamalkan cara hidup islam. Dewasa ini aku rasa begitu banyak sekali kekurangan dan tak kurang juga perkara-perkara baru yang aku perolehi hasil pencarian ku tentang islam. Pencarian ini meliputi pembacaan buku-buku, artikel, menghadiri ceramah, kursus penghayatan, pergaulan dengan kalangan ilmuan serta cuba memahami dengan cara berfikir secara mendalam dan mempraktikkannya dalam kehidupan.

Kembali kepada kehidupan ku yang lepas, tidak dinafikan aku sembahyang seperti orang lain, puasa, aku juga dapat mengucap dua kalimah syahadah, menghafal rukun iman dan islam, serta beberapa perkara rutin yang lain. Namun bila bermulanya pencarianku semula tentang islam itu sendiri baru ku sedar yang segala amalanku sebelum ini hanyalah satu ikutan sahaja atau boleh dikatakan sebagai suatu tabiat harian yang memang telah disetkan di dalam minda bawah sedar kita.

sebagai contoh,
Menurut seorang ustaz, "solat yang tidak khusyuk itu umpama badan yang tanpa roh..!!"
aku terfikir jika badan yang takde roh maka masa itu kita sudah mati. Kalau sudah mati segala amalan sudah tidak dikira lagi. boleh juga dikatakan bahawa umpama amalan kita itu sia-sia sahaja sebabnya kosong. perumpamaan lain umpama tin kosong yang tiasa isi di dalamnya.

Jadi dalam mencari pengertian islam itu sendiri aku mula mendekatkan diri dengan tafsir al-quran. Daripada membaca al-quran, kemudian membaca tafsir, kemudian cuba memahami tafsir tersebut melalui huraian oleh para ilmuan sehinggalah kepada memikirnya kembali perkaitan ayat tersebut dengan hidup kita sendiri. Subhanallah betapa agungnya Allah swt melalui ayat-ayatnya itu dapat dirasakan umpama kita sedang berinteraksi dengan Allah. Kekadang melalui ayat-ayat itu jugalah kita mendapat teguran dari Nya. Dalam satu ceramah selepas maghrib di salah sebuah surau di kelantan (masa tu menghadiri kursus) seorang penceramah ni memberitahu bahawa ada sesetengah ulama ni menganggap al-quran itu sebagai surat kiriman dari Allah swt sebabnya ia sentiasa baru dengan keadaan semasa.

sebagai penutup entri untuk kali ini, walaupun kita ini sudah dilahirkan islam seharusnya kita mencari dan mengenal lebih mendalam tentang islam. nak berkongsi kisah yang terjumpa dalam akhbar utusan online, column biacara agama - 24 Mac 2011 bertajuk ALLAH TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN

ANTARANYA, beliau sanggup duduk seorang diri dalam sebuah bilik yang gelap semata-mata memikirkan mengenai hubung kait seni tersebut dan penerimaannya terhadap pelbagai agama.

Terutama dalam aspek Islam, apabila Dr. Ingrid mendapati ada sesuatu yang menarik mengenai penerimaan Islam yang cukup berbeza terhadap karya-karya seni berbanding fahaman agama yang lain.

Beliau dilahirkan di Kitchener, Ontario, Kanada. Kemudiannya melanjutkan pengajian dalam falsafah dan seni lukis di Universiti of Waterloo, Ontario, dan dibesarkan sebagai Kristian Katholik.

Namun pada hari ini, beliau sangat berpengaruh terutama selepas memeluk Islam. Ia berikutan ketokohan beliau yang aktif dalam pelbagai kerja amal dan menggerakkan penduduk Islam di Kanada supaya mengambil bahagian secara aktif dalam apa juga aktiviti dalam masyarakat Kanada yang berbilang bangsa dan kaum itu.

"Sejak di sekolah menengah lagi, saya sudah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap tuhan walaupun dahulunya saya pernah merasai akan satu hubungan rohani ketika berada dalam gereja yang suasananya sejuk dan gelap itu," katanya.

Semasa di kolej pula, falsafah mengenai Plato sehinggalah Descartes menjadi anutan beliau. Namun Dr. Ingrid sedar seni ada kesan secara langsung terhadap soal kepercayaan terhadap tuhan.

"Ia terbentuk apabila kita terasa mempunyai hubungan dengan cara kita begitu menghargai pelbagai perbezaan perspektif kemanusiaan yang lain, yang terhasil dari mesej karya-karya seni.

"Tetapi semua itu tidak meninggalkan asas untuk kita bertindak melakukan sesuatu," jelasnya.

Kemudian Dr. Ingrid terjumpa dengan golongan yang dalam hidup mereka tidak mengukir patung, tidak melukis wajah tuhan mereka, pemimpin hebat mereka dan wanita-wanita yang cantik di kalangan mereka.

Tetapi yang menghairankan walaupun tanpa mengukir dan melukis semua itu, golongan ini adalah yang paling mengenali tuhan mereka, sangat menghormati para pemimpin mereka dan sangat menghargai sumbangan yang ditunjukkan oleh kaum wanita mereka.

"Golongan yang saya maksudkan di sini adalah umat Islam dan perspektif mereka terhadap seni benar-benar membuatkan saya tertarik untuk mengkaji lebih mendalam," kata Dr. Ingrid.

Ini kerana lazimnya manusia hanya akan mempercayai sesuatu melalui apa yang dilihat oleh mata, sekalipun membabitkan soal rupa paras dan sebarang visual mengenai tuhan.

Lebih banyak sesuatu objek 'tuhan' digambarkan atau dilukiskan bermakna betapa pentingnya 'objek' itu terhadap sasaran medianya.

Lama kelamaan Dr. Ingrid akhirnya memahami bahawa ketamadunan Islam memilih untuk tidak merakamkan dalam apa juga bentuk medium visual sebagai mewakili makna yang signifikan untuk mengingati dan memuja tuhan dan manusia.

"Ini kerana Allah itu adalah tersembunyi, The Hidden! Yang terhijab dalam cahaya yang sangat gemilang daripada pandangan mata manusia .

"Tetapi mereka yang mempunyai pandangan yang jelas dapat mengenali Allah melalui rahsia di sebalik kejadian yang sangat dicipta oleh-Nya," jelas beliau.

Ini seperti yang terkandung dalam firman-Nya yang bermaksud: Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Mulk: 19)

Menurut Dr. Ingrid, jika Allah mampu mencipta segala kehidupan dan kejadian maka manusia tidak akan mampu untuk menggambarkan rupa paras Allah.

Malah telah menjadi peraturan dalam Islam bahawa menggambarkan Allah itu mengundang satu fitnah yang besar.

Lantaran itu, menurutnya, Allah masih boleh dikenali apabila Allah sendiri menceritakannya dalam turunnya wahyu-wahyu yang pada hari ini kita kenali sebagai 99 nama Allah, yang begitu dilagukan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.

"Tidak cukup itu, nama-nama Allah itu ditulis atau diukir dalam satu bentuk seni yang paling halus dan indah sama pada lampu-lampu, tembok, dinding, batu-batu dan lain-lain medium visual yang mampu membangkitkan tindakan balas atau respons secara intelektual dan spiritual kepada mereka yang menghayatinya," katanya.

Tidak sahaja falsafah seni dalam Islam ini yang telah menarik hati Dr. Ingrid untuk mengenali dan seterusnya memeluk Islam. Saat berada di Perancis di awal pengajiannya di universiti turut memberikan satu pengalaman yang unik kepadanya tentang Islam.

Ia apabila beliau tinggal berjiran dengan sekumpulan pelajar Islam dari Senegal, Afrika Barat.

"Mereka benar-benar mengamalkan kehidupan mengikut sunnah Rasulullah walaupun ketika itu saya masih tidak tahu menahu lagi mengenai Islam. Tetapi mereka terdiri daripada golongan yang paling saling menolong antara satu sama lain, tidak tamak, sanggup berkongsi sepinggan nasi dan kacang setiap hari.

"Sedangkan di dunia lain, manusia lebih suka bersikap pentingkan diri sendiri, tamak, tidak mahu berkongsi apa yang dimiliki berbeza dengan umat Islam yang sedikit atau banyak mesti dikongsi bersama.

"Sebagaimana Rasulullah pernah berpesan bahawa makanan untuk dua orang tetapi cukup untuk tiga orang dan begitu juga makanan untuk tiga orang sebenarnya cukup untuk empat orang," katanya.

Pengalaman seperti inilah yang mendorong Dr. Ingrid semakin tertarik seterusnya membawa beliau memeluk Islam. Pada tahun 1987 beliau berlepas ke Pakistan untuk bertugas sebagai sukarelawan untuk para pelarian Afghanistan.

Semasa bertugas di sempadan Pakistan itu, pengalaman paling manisnya apabila Dr. Ingrid dinikahkan dengan seorang petugas sukarelawan, Aamer Atek, jurutera dari Mesir.

Sejurus mereka bernikah dan pulang semula ke kem pelarian, mereka dikerumuni oleh wanita-wanita Afghanistan.

Mereka begitu teruja untuk melihat segala pemberian pakaian baru yang indah-indah, barang kemas terutama rantai dan gelang emas dan lain-lain barang hantaran yang lazimnya dihadiahkan oleh pengantin lelaki kepada perempuan.

Malangnya, pasangan Dr. Ingrid dan suaminya tidak mempunyai banyak wang ketika itu, hanya sebentuk cincin emas menjadi pemberian suaminya.

"Saya terpaksa pinjam baju nikah daripada orang lain dan saya boleh lihat mereka kelihatan sedih dan simpati apabila saya memberitahu keadaan sebenarnya," ujarnya.

Tetapi minggu hadapannya, alangkah terkejutnya Dr. Ingrid dan suaminya apabila mendapat kunjungan yang tidak disangka-sangka.

Ditambah dengan mereka dihadiahkan pelbagai hadiah perkahwinan oleh wanita-wanita Afghanistan.

Mereka terpaksa meninggalkan rumah dan negara mereka, yang kehilangan suami dan anak yang mati dalam pertempuran, yang terpaksa menjual apa sahaja harta yang ada semata-mata untuk membeli makanan untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan.

Tetapi mereka inilah yang bersusah payah menghadiahkan Dr. Ingrid terutamanya sepasang pakaian yang sangat indah.

Ia baju baldu merah yang berwarna-warni dipadankan dengan sepasang seluar panjang satin biru yang berhias manik dan jemeki dan sehelai selendang biru yang turut berkilauan dengan taburan manik di sana sini.

"Itulah hadiah yang paling hebat, yang paling saya hargai, yang paling memberikan makna besar kepada saya dan saya benar-benar terharu atas kebaikan yang mereka tunjukkan kepada saya.

"Mereka buktikan bahawa mereka benar-benar simpati dan saya merasakan keikhlasan yang suci dari pemberian itu berasaskan sebuah ajaran agama yang paling suci" katanya.

p/s: orang yang baru masuk islam lebih memahami islam berbanding kita yang islam keturunan sebabnya adalah mereka sentiasa mencari dan cuba memahami lagi tentang islam.
p/s: tak heran lah bila ramai mualaf yang boleh jadi ustaz
p/s: adakah masa dan umur kita sampai sekarang ni tidak cukup untuk kita memahami islam sedangkan mereka yang mualaf pun kenal islam agak lewat dari kita. mengapa mereka boleh dan kita terus ketinggalan ataupun kita masih ditahap yang sama dan kekadang tu ada yang sama tarafnya dengan orang yang baru menjadi sedara islam

Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku di masa aku sedar dan tidak sedar melakukan kesalahan di sisi mu dan tetapkanlah aku di dalam keampunan, kerahmatan dan keredhaan mu Ya Allah. amin

Monday, March 21, 2011

Dunia SALE

Secara jujurnya aku nak wat satu pengakuan kepada yang masih belum tahu perkara sebenar yang aku sebenarnya memang terlibat dalam bidang sale ni secara rasminya lebih kurang 3 tahun lepas. Tapi sale aku ni takde lah macam wat sale kat pasar gitu. Selama 3 tahun dok dalam dunia ni aku dah rasa asam garam orang yang terlibat dalam bidang sale. Memang best dan mantop. Dan aku berani cabar, sesape yang rasa diri dia tu dah cukup bagus, mantap, hebat, bermandiri, survival dan segala macam perkataan yang boleh membangga dan meriakkan diri maka cubalah masuk bidang ini dulu. Baru korang tau langit tu tinggi atau rendah. Tapi biasanya ramai yang menolak bidang ni walaupun hasil yang diperolehi cukup besar dan banyak. Pengalaman aku dalam wat sale ni, biasanya kita akan berperang dengan diri sendiri. Bermacam-macam alasan kekadang tu muncul menghalang dari wat sale. Contohnya seperti ini:

“Aku takde kereta, macamana orang nak beli produk aku, mesti orang tak confident dengan aku”
“Aku tak biasa sangat dengan produk ni”
“produk ni tak sesuai la untuk aku yang jualkan”
“ada ke orang nak beli produk ni dengan aku”

Dan bermacam-macam lagi alasan yang muncul. Tapi kali ni aku share satu artikel best tentang dunia sale. Korang baca lah kat bawah tu:

Lelaki penjual pakaian dalam wanita terhebat
PETALING JAYA 20 Mac - Tidak ramai mengetahui bahawa wakil penjual Avon yang mencatatkan jualan pakaian dalam wanita terbanyak adalah lelaki.
Walaupun terdapat kepercayaan yang kuat bahawa hanya wanita berkemahiran menjual pakaian tersebut tetapi di Avon, ia membuktikan andaian itu sebenarnya silap.
Perkara ini disahkan oleh Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah yang menyatakan lelaki juga sebenarnya hebat dalam menjual kosmetik dan aksesori wanita.
''Usah terperanjat sebab wakil jualan lelaki itu berjaya mencatatkan jualan tertinggi untuk pakian berkenaan,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
Katanya, biarpun, slogan Avon, Syarikat Untuk Wanita, tetapi lelaki juga menyertainya wakil jualan atas dasar untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
''Sebenarnya 70 peratus 'bos' (dalam perniagaan) di Asia Pasifik adalah wanita dan saya rasa cukup bertuah berada di sini (Avon),'' katanya sambil menambah keutamaan sebenarnya adalah menawarkan peluang niaga kepada wanita.
Syarikat jualan langsung yang berusia 125 tahun itu sememangnya didominasi oleh wanita, kejayaannya juga disumbangkan oleh lelaki.
Terdapat lebih kurang lima peratus daripada 480,000 wakil jualan Avon di negara ini adalah lelaki.
Avon bermula pada tahun 1886 apabila David H. McConnell menubuhkan syarikat dengan satu produk mengandungi lima minyak wangi dan berkembang ke lebih 100 negara termasuk Malaysia.

Aku cedok artikel ni kat utusan Malaysia online-korporat-21Mac2011

Jadi takde alasan untuk orang macam kami ni cakap tak dapat wat sale sebab produk. Produk adalah sesuatu yang bagus, kalo tak, takkan la ada orang yang sanggup invest untuk keluarkan produk tersebut. Lelaki pun Berjaya jual pakaian dalam wanita..so jangan nak wat alasan lagi

Aku hanya ada Hari Ini

Monday, February 14, 2011

sinki unik dan pembersihan hati

hari ini nak kongsi gambar sinki yang unik..nikmati...









dicedok dari http://www.esempoi.com/design/9-rekabentuk-sinki-yang-kreatif/

beberapa hari lepas aku telah bertungkus lumus membersihkan sinki dalam bilik air kat rumah sewa. disebabkan kesibukan aku sejak kebelakangan ini memang aku dh tak bersihkan sinki tu selama 2 minggu. jadi satu hari tu aku berkesempatan untuk bersihkan balik sinki tu setelah tengok adanya bintik-bintik hitam yang telah menodai kesucian dan keputihan sinki tersebut. punyalah susah aku nak tanggalkan kesan kotoran tersebut. itu baru 2 minggu tak bersihkan. kalolah sebulan..? setahun..?

sambil-sambil dok gosok sinki tu aku terfikir satu perkara tentang pembersihan hati. mengambil iktibar dari sinki tu, aku lihat sinki pun kita nak kena basuh setiap minggu atau setiap hari agar ia sentiasa putih dan bersih. apatah lagi hati kita ini. aku terfikir kalolah hati kita ni tak selalu dibersihkan tentu ia pun akan menjadi hitam dan amat susah nak dibersihkan lagi. camne nak bersihkan hati? cubalah korang amik buku dan baca or cubalah tanya pakcik google. antara yang aku boleh kongsi adalah sentiasa memaafkan orang, sentiasa bertaubat, sentiasa berzikir dan lain-lain lagi.

selain itu, kalo kita lihat proses pembersihan itu hendaklah sentiasa dilakukan. atau paling tidak dilakukan secara berkala. begitulah juga dengan proses pembersihan hati. terbaek adalah setiap masa membersihkan hati ini tidak kira masa, tempat, ruang ataupun waktu.

p/s:
mengambil iktibar satu lawak masa mendengar ceramah beberapa hari lepas:
"malulah dengan syaitan sikit..mereka tak pernah pencen dari menghasut manusia melakukan kejahatan tapi manusia pula asyik nak pencen saja dari melakukan kebaikan. sedangkan ganjaran yang kita dapat adalah syurga dan syaitan pula adalah neraka"
renung, tenung dan bertindaklah sekarang..!!

Tuesday, January 11, 2011

belajar di universiti


Baru-baru ni aku telah ditanya oleh seorang mahasiswa universiti tentang cara dan kaedah belajar di universiti. Secara tidak langsung ia telah membawa aku mengenang kembali zaman belajar suatu ketika dulu. Memang tidak dinafikan kenapa persoalan tersebut boleh muncul adalah kerana kita jarang menemui buku tentang kaedah belajar di university atau sebarang buku khusus untuk motivasi belajar di universiti. Kebiasaannya yang ada banyak di pasaran adalah buku berkenaan motivasi pelajar untuk pelajar sekolah. Kenapa ia berlaku? Adakah mahasiswa sudah tidak perlukan sumber buku-buku ini atau mahasiswa ni sudah terlalu bijak dan pandai?

Mengimbas kembali zaman belajar masa peringkat ijazah sarjana muda dulu, mengambil ijazah dalam bidang kejuruteraan ini cukup mencabar apatah lagi jika tiada dorongan dan bantuan untuk memahami sesuatu kursus serta tidak disertai dengan disiplin. Faktor kawan-kawan serta kaedah belajar itu yang menjadi taruhan jika factor kepandaian kurang dimiliki.

Sejarah pembelajaran di institusi pengajian tinggi bermula di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Di sini aku terkena kejutan budaya yang teruk sehinggakan pointer akhir aku selama setahun belajar di situ hanya cukup-cukup makan sahaja. Dengan tekad untuk tidak mengulang lagi perkara yang sama, di tahun satu di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) sekarang dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) aku memulakan pelbagai strategi bagi memastikan setiap semester aku akan dapat pointer 3 and above.

Langkah pertama: review sebelum masuk kuliah
Aku akan sedaya mungkin untuk membuat review tajuk-tajuk yang akan aku belajar dalam kuliah nanti. Tajuk-tajuk tersebut adalah berdasarkan proforma kursus yang telah diberi oleh pensyarah di awal semester. Cara membuat review adalah bergantung pada masa. Jika aku ada banyak masa, aku akan cuba memahami tajuk-tajuk tersebut terlebih dahulu dan kalau ada perkara yang tidak faham aku tinggalkan dulu sebab nanti akan belajar balik dalam kuliah atau boleh tanya pensyarah masa kuliah nanti. Jika masa yang ada adalah terhad, maka aku akan melihat secara sepintas lalu tajuk-tajuk, formula atau istilah yang tak biasa digunakan. Melalui kaedah ini secara tidak langsung ia membantu aku untuk mudah faham apa yang diajar semasa kuliah. Tumpuan dalam kuliah juga dapat difokuskan kepada perkara-perkara yang tidak difahami sahaja.

Langkah kedua: Tumpuan di dalam bilik kuliah
Tumpuan dalam bilik kuliah juga merupakan antara factor untuk kita memahami sesuatu tajuk. Jika kita tidak melakukan langkah pertama iaitu membuat review maka kita akan menghadapi masalah tumpuan dalam bilik kuliah. Ini kerana pada masa tersebut kita akan dapati terlalu banyak perkara yang kita tidak fahami dan perlu dipelari. Berbanding jika kita telah membuat review sekurang-kurangnya kita telah faham serba sedikit serta telah mempunyai gambaran tentang tajuk tersebut. Otak kita hanya perlu bekerja atau memberi focus yang lebih pada perkara-perkara yang tidak difahami sahaja. Secara tidak langsung ia telah membantu otak kita memberi tumpuan yang lebih kepada perkara tersebut. Bila tumpuan dapat diberikan dalam bilik kuliah ia akan membantu kita untuk faham dan ia akan membantu untuk kita membuat assignment, tutorial serta bila menghadapi kuiz, ujian atau peperiksaan.

Langkah ketiga: revision selepas kuliah
Aku akan cuba sedaya mungkin untuk membuat revision kembali apa yang telah aku pelajari secepat mungkin. Biasanya aku akan membuat revision selepas kuliah tersebut. Tapi jika tidak sempat, aku akan pastikan aku akan membuat revision juga dalam hari tersebut supaya aku tidak lupa terlalu banyak perkara berkenaan apa yang telah aku pelajari dalam bilik kuliah. Bagaimana membuat revision..? biasanya aku akan membuat nota ringkas tentang tajuk-tajuk yang aku pelajari. Dari nota ringkas inilah aku dapat mengetahui sejauh mana kefahaman aku dalam satu-satu tajuk tersebut. Contohnya jika ada melibatkan takrifan istilah atau formula atau rumus, aku akan cuba faham istilah tersebut terlebih dahulu (bukan sekadar hafal) kemudiannya aku akan menulis kembali istilah tersebut dalam bentuk dan gaya pemahaman aku sendiri. Bagi subjek yang melibatkan pengiraan, aku akan cuba membuat semula contoh-contoh yang telah diberi dalam kuliah.

Pengurusan Masa dan pemakanan
Masalah pengurusan masa merupakan perkara yang kerap dihadapi oleh mahasiswa. Maklumlah satu semester ada yang ambil sehingga 18 jam kredit dan ada yang ambil lebih. Kemudian, pensyarah pula banyak memberi assignment, ada projek kumpulan lagi, persediaan untuk kuiz dan ujian pun perlu juga. Bagi aku pula, jika kita dapat menggunakan masa secara optimum insyaAllah kita tidak akan hadapi masalah tersebut. Bagaimana pula penggunaan masa secara optimum..? aku mengaplikasi penggunaan masa secara optimum ini pada hari-hari kuliah (kebiasaannya hari isnin – jumaat).

Aku akan memastikan setiap masa dan ruang yang ada aku gunakan sebaik mungkin. Contohnya waktu pertukaran pensyarah, waktu menunggu ketibaan pensyarah atau jika pensyarah menghabiskan kelas awal atau jika tiba-tiba kelas tersebut dibatalkan, aku akan gunakan waktu-waktu ini untuk membuat review dan revision. Jika ada jarak waktu yang panjang antara setiap kuliah, biasanya aku tidak balik ke bilik. Aku akan duduk di library atau kat mana-mana pondok dan kekadang tu duduk di masjid sambil membuat review dan revision. Tapi bukan setakat review dan revision saja malah assignment dan lain-lain tugasan turut sama mengisi ruang waktu tersebut.

Rutin harian pula, aku biasanya akan cuba untuk tidak tidur di siang hari. Bagi aku waktu tidur adalah waktu malam. Kalau tidur pun waktu tengahari iaitu sebelum masuk waktu zuhur. Tapi kalau nak tidur banyak, waktu cuti semester nanti tidurlah nak tidur selama mana pun..hehe. waktu tidur aku adalah bermula jam 12tengah malam dan akan bangun tidak lewat dari pukul 6 pagi. 6 jam tidur adalah lebih mencukupi bagi orang dewasa. Dan aku cuba pastikan tidurku tu adalah tidur yang berkualiti...zzZZzzZZz. jadi kalau kita dah dapat tidur yang berkualiti insyaAllah kita tidak akan hadapi masalah mengantuk dalam kuliah lagi.

Namun begitu faktor mengantok di dalam kuliah bukan disebabkan masalah tidur sahaja tapi ia melibatkan kepada faktor pemakanan. Mengantuk disebabkan oleh otak tidak mendapat bekalan yang cukup, badan menggunakan tenaga yang lebih untuk memproses makanan akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Seboleh mungkin jangan meninggalkan sarapan pagi. Boleh baca tentang sarapan pagi kat SINI. Perkara yang paling utama adalah minum air putih atau kosong sebanyak mungkin. Badan kan mengandungi 70% air atau cecair. Jangan lupa juga untuk memakan buah bagi menambah serat dalam badan.

sampai sini dah malas nak sambung..hehe

p/s: jangan lupa juga kepada empunya segala-segalanya didunia ini :D

Wednesday, January 5, 2011

Story of an eraser and pencil

Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents out there.....


sumber: forwarded email. thank to my friends shavohaqie fwd this very beautiful story :D

p/s: yang pegang pencil tu jangan lah tulis yang salah jek. tp xpe, belajar dari kesalahan. bak kata kawan aku "masa diusia muda ni kalo wat salah org akan paham sebabnya ko masih muda tapi bila ko dah tua dan masih wat salah macam orang muda memang nak kena sepak laa"

Tuesday, November 9, 2010

siapa LAMBAT..??


hari ini aku dapat satu pepatah baru yang agak best.

"yang LAMBAT mungkin kura-kura sebab dia jalan perlahan tapi yang lagi lambat dan akan tertinggal adalah orang yang LAMBAT BERTINDAK"

jadi korang cuba fikir, korang nak jadi cam kura-kura atau nak jadi ORANG yang LAMBAT BERTINDAK.

bagi aku,
kura-kura ni walaupun dia ni jalan lambat tapi jika dia tetap jalan tanpa kenal erti putus asa, suatu hari nanti dia akan tiba ke suatu destinasi. tapi kalau orang yang boleh jalan laju dan lebih laju dari kura-kura tapi malas atau lambat bertindak dalam sesuatu hal maka dia akan tertinggal dan mungkin terlepas peluang yang mungkin sekali dalam hidupnya.

jadi mulai saat ini. yup..cuba tengok jam anda sekarang. kalo tak ada jam tangan sila tengok jam dinding. atau mana-mana jam yang terdekat. dah tengok ke blum..?? okey..bermula saat ni kita perlu berubah untuk membuat segala tindakan dengan cepat. waa...inilah azam baru aku (azam yang sama jugak sebelum ni).


anyway..aritu aku ada tengok satu video clip menarik. serius aku cakap..!! memang menarik dan menyentap jiwa korang. hah cuba tengok laa sendiri yek. sila klik disini


lepas tengok video clip tu kitorang (aku ngan housemate) dok borak-borak la pasal bagaimana video clip tu telah membuat kitorang berfikir kembali ke zaman innocent boy. hehe. yelah masa tu kan tak baligh lagi pastu tak bape kenal lagi dosa pahala. muka pun bersih giler. ada sorang housemate aku ni cakap "cuba ko ingat balik tempat-tempat permainan kita dlu, aku rasa takut jek bila tengok balik tempat tu. mana taknya, main dalam semak, ntah ular ke lipan ke naga ke yang ada dalam semak tu"

aku pun fikir betul la..nape masa tu tak pernah fikir pasal perkara yang menakutkan. semuanya boleh jadi dan memang perlu dicapai. sanggup buat apa sahaja. tapi bila dah besar ni semua perkara jadi tak boleh. aku cuba fikir lagi dan lagi dan lagi dan lagi..

p/s: muhsync terfikir gak yang mana satu pilihan terbaek:
nak jadi kaya ATAU tak nak miskin
nak masuk syurga ATAU tak nak masuk neraka
apa pilihan korang..??

Tuesday, September 28, 2010

Pentingnya taraf pendidikan bagi seorang ibu


SATU kajian terbaru menunjukkan bahawa peningkatan tahap pendidikan di kalangan wanita seluruh dunia dapat membantu menyelamatkan berjuta-juta nyawa kanak-kanak setahun.

Purata, sepanjang tahun antara 1970 dan 2009, pendidikan di kalangan wanita yang berumur 25 tahun dan ke atas adalah lebih dua kali ganda.

Malah angka tersebut meningkat menjadi tiga kali ganda bagi wanita yang tinggal di negara-negara miskin.

Dalam tempoh yang sama, jumlah kematian di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun menurun daripada 16 juta ke 7.8 juta setahun.

Menurut para penyelidik, jumlah tersebut sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 51 peratus dan ia secara tidak langsung sumbangan daripada peningkatan tahap pendidikan di kalangan wanita yang mana mereka mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melahirkan anak.

Menurut Dr. Emmanuela Gakidou dari Institute for Health Metrics and Evaluation, University of Washington, Seattle, biarpun dengan meningkatnya tahap pendidikan di kalangan wanita hari ini, pada tahun 2009 dianggarkan tidak kurang daripada 4.2 juta kanak-kanak meninggal dunia.

Laporan kajian tersebut telah disiarkan dalam edisi khas baru-baru ini di The Lancet.

''Kami tahu, untuk membendung penyakit, pengetahuan seperti mendapatkan suntikan imunisasi, cara-cara pencegahan serta menghadiri kelas-kelas kebersihan diri sangat penting untuk meningkatkan kesihatan diri secara menyeluruh,'' ujarnya.

Menurut laporan Dr. Gakidou lagi, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa dengan memberi tumpuan kepada pendidikan, ia dapat meningkatkan kesan kesihatan dalam diri masing-masing.

Satu analisis data yang diperoleh dari beratus-ratus negara menunjukkan secara global, tahap pendidikan bagi mereka yang berumur 25 tahun dan ke atas telah meningkat dari 4.7 tahun hingga 8.3 tahun untuk lelaki sementara antara 3.5 tahun hingga 7.1 tahun untuk wanita.

Bagi wanita, umur yang sesuai untuk melahirkan anak adalah antara 15 hingga 44 tahun manakala tahun pendidikan turut meningkat dari 2.2 tahun hingga 7.2 tahun, kepada mereka yang tinggal di negara membangun.

copyright: utusan malaysia online

Tuesday, August 10, 2010

kenapa jadi begitu...??!!!


Bila kita sedang bekerja, teringat kembali kenangan waktu belajar dan terasa ingin kembali ke zaman tersebut. Sebaliknya pula berlaku di zaman belajar dulu, rasa ingin cepat-cepat abis belajar dan tak sabar-sabar nak kerja.

Kenapa jadi begitu…??

Kisah-kisah begini memang selalu kita lalui. Tapi perasan tak kita biasanya ingin ke zaman-zaman tersebut sebab perkara-perkara yang indah dan menyeronokkan. Betul tak?? Cuba kita ingat kembali kenangan-kenangan pahit dan menyakitkan. Nak lagi tak kita kembali ke zaman tersebut. Sudah tentu jawapan aku “TIDAK..!!” . Jawapan korang lak…
Related Posts with Thumbnails