sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Tuesday, November 9, 2010
siapa LAMBAT..??
hari ini aku dapat satu pepatah baru yang agak best.
"yang LAMBAT mungkin kura-kura sebab dia jalan perlahan tapi yang lagi lambat dan akan tertinggal adalah orang yang LAMBAT BERTINDAK"
jadi korang cuba fikir, korang nak jadi cam kura-kura atau nak jadi ORANG yang LAMBAT BERTINDAK.
bagi aku,
kura-kura ni walaupun dia ni jalan lambat tapi jika dia tetap jalan tanpa kenal erti putus asa, suatu hari nanti dia akan tiba ke suatu destinasi. tapi kalau orang yang boleh jalan laju dan lebih laju dari kura-kura tapi malas atau lambat bertindak dalam sesuatu hal maka dia akan tertinggal dan mungkin terlepas peluang yang mungkin sekali dalam hidupnya.
jadi mulai saat ini. yup..cuba tengok jam anda sekarang. kalo tak ada jam tangan sila tengok jam dinding. atau mana-mana jam yang terdekat. dah tengok ke blum..?? okey..bermula saat ni kita perlu berubah untuk membuat segala tindakan dengan cepat. waa...inilah azam baru aku (azam yang sama jugak sebelum ni).
anyway..aritu aku ada tengok satu video clip menarik. serius aku cakap..!! memang menarik dan menyentap jiwa korang. hah cuba tengok laa sendiri yek. sila klik disini
lepas tengok video clip tu kitorang (aku ngan housemate) dok borak-borak la pasal bagaimana video clip tu telah membuat kitorang berfikir kembali ke zaman innocent boy. hehe. yelah masa tu kan tak baligh lagi pastu tak bape kenal lagi dosa pahala. muka pun bersih giler. ada sorang housemate aku ni cakap "cuba ko ingat balik tempat-tempat permainan kita dlu, aku rasa takut jek bila tengok balik tempat tu. mana taknya, main dalam semak, ntah ular ke lipan ke naga ke yang ada dalam semak tu"
aku pun fikir betul la..nape masa tu tak pernah fikir pasal perkara yang menakutkan. semuanya boleh jadi dan memang perlu dicapai. sanggup buat apa sahaja. tapi bila dah besar ni semua perkara jadi tak boleh. aku cuba fikir lagi dan lagi dan lagi dan lagi..
p/s: muhsync terfikir gak yang mana satu pilihan terbaek:
nak jadi kaya ATAU tak nak miskin
nak masuk syurga ATAU tak nak masuk neraka
apa pilihan korang..??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam wbk..
Halangan terbesar untuk berjaya sebenarnya bermula dalam diri sendiri.. dlm minda kita tanpa sedar..
Bila kita takut contohnya kita sendiri yg menghalang diri sendiri tanpa sedar, eg "Boley ke aku buat ni.." "nanti apa orang kata".. bla-bla..
Jadi pilihan masing-masing.. Nak jadi Kura-kura ke atau Ninja Turtle..??
Yg benar,
Ninja Penyu
~ Selamat Menyambut Aidiladha buat sumer ~
Post a Comment