pagi tadi sebelum datang lab, sempat singgah makan sarapan + tengahari kat kedai si eddy. tu memang port lepak (makan) sejak dari tahun 2 belajar di sini. punyalah lama dan setianya aku makan kat kedai tu. kat situ actually harganya tersangat murah nak dibandingkan dengan kedai lain. walaupun harganya murah tapi rasa dan kuantiti nasi + lauk adalah banyak. so tak heran lah kalo student + staf pun suka lepak kat sini selain dari tempatnya yang agak tersorok bagi yang suka mengular.
bila dah habis makan, macam biasa nak g bayar. tetiba si eddy cakap dah ada orang bayar. seriusly aku terkejut. sapa baik giler nak bayar ni. sekali ada sorang student ni dah tolong bayar. actually aku pun tak kenal student tu. tapi memang selalu jumpa kat kedai tu. anak orang kaya kot. ntah...
tapi apa-apa pun aku nak ucap jazakallah atas kesudian beliau membayar harga makan dan minum ku pagi ni :D
iNsPiRaSi MuhSynC
sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
Thursday, March 15, 2012
Wednesday, March 14, 2012
xtvt terkini
sekarang ni keje aku sebagai lecturer dah selesai untuk sem ni. yang lagi best sebab kursus yang aku lecture tu takde final exam. so tak perlu sakit-sakit nak tanda kertas final diorang. sekarang ni tinggal bagi markah untuk final report untuk projek kursus tersebut.
disamping itu aku terlibat sebagai pembantu menyiapkan laporan-laporan akhir bagi beberapa projek penyelidikan di bawah beberapa orang rakan pensyarah. jadi kerja aku sekarang ni hari-hari mengadap komputer. kalo aku tak mengadap komputer, komputer yang mengadap aku (aku tido depan komputer lah tu). keje aku tak susah pun, hanya menyemak balik segala report yang telah ditulis dan membetulkan segala format mengikut standard terkini. bila dah siap, aku akan teruskan dengan proses mencetak dan buat hard cover. keje memang senang tapi bila melibatkan beratus muka surat untuk setiap geran. setiap report melibatkan berpuluh figure and table yang perlu disemak dan disusun mengikut turutan. actually setakat ni ada 3 geran yang perlu aku selesaikan. yang dah hampir siap 2 report.
walaupun bunyi cam sibuk semacam jek. tapi aku masih lagi sempat untuk menghantar 2,3 tender lagi untuk minggu ni. moga dipermudahkan urusan.
weekend ni nak berkhemah di gunung ledang (ada peluang jumpa puteri gunung ledang tak?). aktiviti bersama rakan-rakan dari 16-18hb. tapi confirm mencabar sebab aku semak ramalan cuaca menunjukkan setiap hari akan ada hujan samada pagi, petang atau malam. pergh...sejuk siot berkhemah masa cenggini...
Tuesday, March 13, 2012
hobi dan akak
hobi aku adalah buat graphic design. walau sesibuk mana pun, kalo ada keje graphic design, aku akan setelkan keje graphic design dulu. antara yang aku dah setelkan adalah logo company akak aku. dulu diorang setup company REKA DIMENSI NIAGA. sekarang ni yang terbaru setup new company REKA DWI DIMENSI. Company baru ni fokus kat bidang construction lak. ish..bila la aku nk masuk bidang construction jugak ek. ni antara logo-logo yang aku design. dan aku tak tahu mana satu yg diorang pilih.
akak aku ni seorang lulusan architect landscape bersama suaminya mengusahakan syarikat ini. suaminya yang bekerja di luar rumah dan dia banyak membantu di rumah. termasuklah menyiapkan drawing landscape. nice giler sebab pada masa sama dia dapat menjaga anak-anak dan mengurus urusan di dalam rumah.
kepada akak ku...moga maju dan berjaya dalam usahaniaga mu :D

Semua nak cepat
Istilah lain adalah ekspress. Ekspress ni
biasanya merujuk kepada bas ekspress, kaunter ekspress, pos ekspress dan semua
yang guna ekspress ni memang jenis cepat. Termasuklah syarikat Bas Cepat. Hari
ini semua benda nak cepat dan pantas. Bukan saja barang-barang tapi sekarang ni
manusia juga perlu bergerak pantas. Maklumat juga tidak ketinggalan perlu
pantas. Kalo pergi ke kawasan bandaraya kereta dan motor semuanya laju. Kalo
perlahan pun sebab tersekat traffic jam.
Disebabkan semua nak pantas, ada tak kesempatan
untuk kita menghayati sesuatu yang kita buat? Contohnya, kita bawa kete
laju-laju. Ada tak kesempatan untuk kita menghayati keindahan alam di kiri dan
kanan jalan? Sudah tentu tidak. Sudah tentu fokus kita pada pemanduan
semata-mata. Itu pun dalam kepala dah terfikir pasal kerja dan segala bagai
urusan. Kekadang tu buka radio pun tak perasan apa yang dibebelkan oleh DJ.
Dalam menuju ke arah kepantasan maksima
ni, kalo boleh kita nak:
Hari ni daftar diri sebagai pelajar U,
esok terus graduate
Hari ni belajar, esok terus jadi pandai
Hari ni mula berniaga, esok terus kaya
Hari ini mula kerja, esok terus jadi boss
Hari ini tanam pokok, esok terus keluar
buah
Semua tu tak logik untuk kita perolehi
secara pantas. Ia memerlukan proses. Proses itulah yang akan membentuk diri
kita.
Dalam mengejar kepantasan tu, ada yang TAK
patut kita pantaskan. Perkara itu adalah SOLAT. Solat yang dipantaskan sudah
tentu kita tidak dapat menghayati solat tersebut. ingat..banyak perkara negatif
yang berlaku hari ini seperti rasuah, penceraian, penagihan dadah, mencuri,
penipuan, dan segala bagai tu puncanya adalah dari solat. Penghayatan kepada
solat dapat mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Bagaimana mungkin tangan
yang mengangkat takbir sambil memuji kebesaran Allah dapat mengambil rasuah?
Semuanya berpunca dari tiadanya penghayatan kepada solat.
Solat itu bukan
sekadar tahu rukun perbuatan dan perkataan tapi seboleh mungkin memahami makna
sebutan dalam solat. Bila sudah faham, cubalah untuk merasai dan nikmati kebesaran
Allah dalam solat. Saat tangan mengangkat takbir, saat melafazkan ayat-ayat
cintaNya. Saat sujud memuji keagunganNya dan saat dahi menyentuh bumi sambil
memuji ketinggianNya. Semua tu kita tak akan dapat jika kita masih lagi nak
pantas menyudahkan solat.
Bersama penagih edisi kedua: cuba jangan cuba
Alhamdulillah sekali lagi diberi
kesempatan oleh Allah swt untuk bersama warga bekas penagih. Tetiba malam tu
aku kena lead pulak. Memang tak teratur lah sebabnya memang tak prepare apa-apa
pun untuk sesi malam tu. Orang yang sepatutnya mengetuai aktiviti malam tu
pulak tak dapat datang sebab kereta rosak. Nak pegi amik jauh sangat. Jadi aku
cubalah sedaya upaya dengan sedikit bantuan dari rakan-rakan yang lain.
Kali ini aku bawa bersama junior masa
belajar dulu. Sorang dah habis belajar dan sorang lagi masih lagi tersangkut
kat tahun 4. Dengar citer budak ni pandai, spm dapat 10A tapi belajar kat sini
asyik sangkut jek. Budaknya boleh tahan pendiam. Tanya sepatah jawab setengah
patah..hahaha
Jadi disebabkan aku tidak sedia apa-apa
bahan, maka sesi malam tu diteruskan dengan sesi perkongsian tentang erti
kehidupan. Bapak bosan giler tajuk tu. Aku pun tak sanggup nak dengar. Tapi aku
dengar jugak sebab aku kan ada kat situ. Aku nak share persoalan dari budak
junior yang aku bawak tu.
Apa
yang syok sangat ambil benda tu? Apa sebenarnya yang dirasa? Adakah diorang
amik benda tu sebab rasa syok sangat?
Persoalan tersebut disambut secara spontan
oleh salah sorang brother situ...
Isu
menagih ni bukan isu syok, bukan jugak isu rakan sebaya tapi lebih kepada
kehendak diri yang nak mencuba. Mula-mula memang tujuan adalah untuk cuba. Nak
tahu rasanya camne. Pastu bila dah kena se”das” terus taubat tak nak amik lagi.
Nanti esok cuba lagi tapi dengan kurangkan sikit dos dari semalam. Kononnya
semalam terlebih dos. Dan benda tu berulang-ulang. Dalam isu syok memang takde
pun sebab lepas kesan dos benda tu hilang badan akan sakit. Masa tengah high tu
pun bukan leh pikir sedap tak sedap pun.
Beza penagih dulu dan sekarang
Orang
dulu amik dadah atau minum air daun ketum tujuan untuk bekerja. Supaya badan
jadi kuat dan boleh sara anak bini. Tapi orang sekarang ni hisap dadah untuk
jadi hamba dadah. Mana tidaknya, dadah tu bukan lagi yang organik tapi lebih
banyak yang sintetik. Dah la dadah sintetik pastu dibuat eksperimen sendiri
dengan mencampur dengan bahan-bahan lain lagi. Apa tujuan tu semua? Semuanya
bermula dengan mahu mencuba..!!
Secara spontan aku terfikir yang diorang
ni mempunyai sifat yang baik yakni SUKA MENCUBA. Cuma yang tak bagusnya diorang
mencuba benda yang tak sepatutnya diorang cuba. Kan bagus kalo sikap dan sifat
itu dapat kita guna dalam kehidupan kita seharian. Contohnya kita suka mencuba
untuk menjawab semua soalan latihan dalam buku. Suka mencuba untuk berniaga dan
cuba untuk bersaing dengan usahawan-usahawan lain yang dah berjaya. Alangkah
lagi bagusnya untuk kita suka mencuba mendekatkan diri kepada Allah sedekat mungkin.
Menurut satu hadis ni “Aku adalah mengikut persangkaan hambaku. Bila hambaku
menuju sejengkal, Aku menghampiri sedepa...”.
Cubalah untuk apa saja asalkan ia ke arah
kebaikan.
Kenapa kebaikan?
Baca maksud dari ayat 7 surah Al-Isra’
“Jika kamu melakukan kebaikan, kamu
melakukan kebaikan untuk diri kamu, jika kamu melakukan kejahatan, kamu lakukan
menentang diri kamu sendiri”.
Kenapa menentang diri sendiri?
Sebab fitrah kejadian manusia adalah
kebaikan.
wallahualam
Monday, March 12, 2012
green M solution
tanggal 7 mac 2012
sebuah lagi syarikat ditubuhkan
syarikat milikan tunggal (of course ler syarikat milik aku..!!)
insyaAllah bakal memberi pulangan yang diharapkan
syarikat yang memberi perkhidmatan pembekalan untuk semua keperluan
green M solution
asal-asal masa register nak letak green solution. tapi nama tu dah ada orang guna. tetiba mamat kat SSM tu bagi idea untuk tambah M kat tengah-tengah. aku pun setuju je lah. dan akhirnya tertubuhlah syarikat ni dengan nama "green M solution".
M
aku pun tertanya-tanya apa pula maksud huruf M kat tengah-tengah tu? member aku cakap M for Malaysia. wah menarik jugak kan :D selain tu jugak leh rujuk kepada nama aku "Muhsync". tapi perkataan paling sesuai untuk M adalah "Medicine". lagi pun logo pn dah macam ubat tablet. ataupun M leh jugak merujuk kepada Mechanical (aku kan graduate mechanical engineering).
Syarikat pertama
first time dulu buat syarikat perkongsian dengan 5 orang sahabat dan dinamakan sebagai SMARTER MANAGEMENT. masa tu dapat projek besar kot. supply komputer untuk semua sekolah di negeri Johor. tapi bukan rezeki kami sebab keputusan pilihanraya 2008 agak worst untuk pihak kerajaan. maka projek tersebut tidak dapat diteruskan. Namun dari syarikat itu banyak yang aku belajar tentang perniagaan. berlaku juga tragedi pertukaran rakan kongsi dll. itu semua pengalaman. dan lately aku dah tak berminat untuk menggunakan nama company ni lagi sebabnya aku sorang saja yang aktif. so rasa macam tak best lah wat keje sorang-sorang ni. lagi pun rakan-rakan yang lain pun buat tak tahu je. hinggakan lesen perniagaan dah tamat bertahun-tahun pun takde sapa yang amik peduli.
syarikat kedua
WinningWealth Consultant. syarikat perkongsian dengan sorang lagi rakan. actually aku sebagai co principal je dalam company tersebut. syarikat ni fokus sebagai agensi perancangan dan pengurusan kewangan. masih lagi aktif hingga sekarang.
sekarang ni GREEN M SOLUTION, harapkan syarikat ni akan dapat memberi solusi kepada segala keperluan dan kemahuan masyarakat.
mohon doa kalian untuk aku dan syarikat dapat projek-projek yang kami masuk :D

Tuesday, March 6, 2012
tamat satu sem
tamat sudah satu sem aku mengajar kursus rekabentuk kejuruteraan dan industri. pelbagai ragam dan cabaran dihadapi. dari kerenah staf pentadbiran hinggalah kepada pelajar sendiri. namun alah bisa tegal biasa. aku ambil semua tu dengan cara yang positif.
ni nak share gambar aku dengan sekumpulan group projek yang sudi bergambar di hari terakhir bersama mereka. masa ni baru lepas selesai sesi pembentangan projek kursus ini.
ni nak share gambar aku dengan sekumpulan group projek yang sudi bergambar di hari terakhir bersama mereka. masa ni baru lepas selesai sesi pembentangan projek kursus ini.
lawan bowling
Lawan bowling
No 3 acara individu
No 4 untuk acara berpasukan
Penyertaan kali kedua dalam pertandingan
bowling.
Pertandingan anjuran sekreatariat Alumni
pelajar UTHM.
Seramai 60 orang peserta melibatkan 15
pasukan.
Sukan bowling adalah antara sukan yang
paling diminati (sukan lain adalah memanah).
Tahun 2004 (tahun 2 ijazah), bila kelas
batal je terus pergi pusat bowling dan main 10 frame sebab masa tu dapat early
bird special (murah giler kot).
Lepas habis belajar dah tersangat kurang
main, kalo main pun sekadar reUnion rakan-rakan.
Pernah berhasrat untuk ada set bowling
sendiri tapi terbantut dek sangat jarang bermain.
Bola no10 adalah bola yang paling sesuai
untuk aku dan paling banyak membantu score. Lagi pun memang aku tak guna bola
saiz lain pun.
Cara baling aku adalah tegak dan spin tegak.
Nak buat spin yang jenis serong tu tak dapat-dapat lagi :P
Main bowling ni banyak membantu diri untuk
fokus dan mengkoreksi diri bila buat kesalahan (jangan salahkan bola dan lane
yep..!!).
Biasanya set dalam kepala sebelum baling
“aku yang kawal bola, bukan bola yang kawal aku”.
Tapi strategi dan kemahiran yang betul
juga diperlukan.
Tidak pernah mengikuti kelas latihan
secara rasmi, bermula dengan belajar dari kawan yang join kelas latihan, pastu
belajar dari expert yang tengah main di pusat bowling yang sama.
Sebenarnya lepas pertandingan tu, badan
dah sakit-sakit sebab dah lama tak main pastu tetiba pegi bantai 5 frame. Tapi
apa pun aku puas :P
Esoknya lak kena jadi driver van isuzu
ABIM untuk hantar bantuan barang keperluan ke rumah orang yang memerlukan di
sekitar pinggir bandar Batu Pahat. Memang berketul dah rasa paha ni menahan
clutch van yang berat giler..huhu
*dalam pada kerajaan mengejar matlamat
rakyat berpendapatan tinggi, ada lagi rakyat yang tidak ada makanan untuk di
makan
*namun tak semua salah kerajaan, sebab ada
juga kes di mana mereka yang memilih untuk tidak bekerja dan sengaja
mengharapkan bantuan tiba...ohh masyarakat ku..!! Allah tidak mengubah nasib
sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya
*perubahan bermula dari dalam diri kita
Subscribe to:
Posts (Atom)