i k l a n

Thursday, January 28, 2010

-MaAf-



kalau itu perkataan syaitan..
jika tidak pasti maka dapatkan lah suatu kepastian..
sesudah kamu mendapat kepastian...
maka pujuklah hatimu untuk memaafkan dia
kerana dia juga insan seperti mu
yang tidak lepas dari melakukan kesilapan
yang sentiasa memerlukan keampunan
maafkan lah dia
kerana memaafkan dia tidak sedikit pun merugikan kamu
kerana kita hanya insan biasa
siapa kita untuk membalasnya
biarkan ia berdepan dengan Yang Maha Kuasa
kita...?
kita teruskan lah kehidupan
sebab ia bukan penamat untuk segalanya
pandanglah jauh di hadapan mu
tenangkan hatimu
fikirlah secara positif
senyumm
dan mulakan lagi perjalanan hidupmu

Tuesday, January 19, 2010

~oWh aKu BERUBAH~



CHANGE bererti BERUBAH. Perkataan ini membawa banyak pengertian sekali hinggakan saya terdorong untuk membuat suatu poster ringkas tentang CHANGE. Poster tu saya buat di saat kenangan indah bersama seseorang di kala saat itu menuntut saya untuk berubah. Keadaan masa itu sangat perlukan saya berubah dan saya menyedarinya hingga saya terjemahkan makna perubahan tu sedemikian rupa.

Apa yang menariknya, saya buat poster tu sebagai wallpaper dan printout untuk ditampal di hadapan meja kerja. Poster ini rupanya telah menarik ramai orang dengan pelbagai persoalan. Yang terbaru ada seorang junior datang ke rumah dan ternampak poster tersebut. Dia tidak faham maksud pada poster. Apakah maksudnya "change not same with CHanGe" seperti dalam gambar di atas. Katanya lagi dua-dua adalah sama sahaja.

Pada masa tu saya hanya mampu tersenyum dan berkata "Dik..cuba kamu perhatikan betul-betul pada poster tu". Setelah beberapa ketika dia masih lagi tidak dapat menangkap maksud di sebalik ayat tersebut. Saya biarkan dia merenung lagi poster beberapa ketika. Saya berkata...

"Di suatu saat dan ketika akan menuntut kita melakukan perubahan. Namun perubahan bagaimanakah yang boleh kita lakukan? Apa yang pasti kita tetap diri kita dan tak akan bertukar menjadi orang lain. Namun begitu, perubahan masih boleh dilakukan dan laksanakanlah perubahan itu ke arah kebaikan. Ubahlah dari segi sikapmu, penampilanmu, percakapanmu, pergaulanmu, pemikiranmu dan gaya hidupmu. Dari perubahan inilah yang akan membawamu ke arah suatu kelainan, ke satu fasa yang baru dan menjadikan mu nampak seperti baru sedangkan kamu masih lagi tetap kamu"

Bila diimbas balik...Presiden Amerika Syarikat Obama pun menggunakan manifesto "CHANGE" dan akibatnya beliau telah memenangi pilihanraya dan terpilih sebagai Presiden sekarang ini. Lihatlah betapa berkuasanya erti CHANGE itu sendiri. Jika kita menonton siri super hero luar negara seperti superman, spiderman, power rangers dan beberapa siri lain juga menggunakan istilah CHANGE. Mereka perlu bertukar untuk menjadi seorang superhero yang hebat dan menggunakan kuasa-kuasa super canggih. Adakah kita boleh bertukar sebegitu rupa? Sudah tentu tidak, jadi kita CHANGE apa yg termampu seperti yang disebut di atas.

Secara realitinya perubahan yang berlaku dalam hidup kita tidaklah semudah apa yang kita perkatakan. Setiap perubahan itu perlukan suatu kemahuan yang tinggi dalam diri sendiri. Apabila kita mahu maka kita perlu sudahi dengan satu tindakan. Jadi jika kita mahu BERUBAH maka kita harus berTINDAK sekarang..!!

CHANGE
inspirasimuhsync.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails