i k l a n

Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Friday, August 12, 2011

nota ramadhan 2.0


bulan ramadhan memang secara automatik akan dihubungkaitkan dengan bulan puasa dan bulan ibadat. biasalah puasa pula akan dikaitkan dengan lapar dan dahaga dan tidak lupa juga penat. kalau bahagian ibadat pula yang agak sinonim adalah solat sunat terawih. bagi yang rajin ditambah dengan tadarus alquran dan juga bangun malam untuk solat sunat atau istilah famous amosnya adalah qiamulail. ada satu lagi keistimewaan yang selalu diperkatakan adalah lailatulqadar. berikut beberapa notes yang aku nak kong si kong si kong si di sini :D

jadikanlah puasa kita sebagai ibadat bukan puasa sekadar adat

puasa yang semata-mata puasa tanpa diiringi dengan amalan sunat lain umpama makan nasi tanpa lauk pauk. agaknya kurang relevan untuk kita makan nasi saja tanpa lauk sedangkan lauk pauk tu telah sedia tersedia bersama nasi.

apabila kita makan dengan banyak akan membolehkan kita mengangkat beban yang berat namun belum tentu kita dapat mengangkat takbir untuk beberapa rakaat dengan sempurna. puasa pula mungkin akan menyebabkan badan tidak bermaya namun cukup gagah menyempurnakan semua solat wajib dan sunat 20 rakaat di malam hari secara berjemaah di masjid.

puasa itu melemahkan badan secara zahirnya namun menguatkan roh dalaman kita. umpama mengecas bateri yang 11 bulan dilenjang tanpa henti.

dibulan ini semua amalan akan digandakan ganjarannya oleh Allah swt. namun jangan dilupa semua kejahatan yang dilakukan dalam bulan ini berganda juga akibatnya di akhirat kelak..!!

sarapan ramadhan


pagi tadi sempat solat subuh berjemaah di masjid walaupun hujan masih turun membasahi bumi wakaf bharu dari malam hari hingga lewat subuh. seusai berjemaah, kami para jemaah sama-sama bersarapan. eh..apa kebenda bersarapan di bulan puasa ni..!!

sarapan pagi
sarapan pagi kami pagi ini disediakan oleh seorang ustaz. nama penuh aku tak ingat. tapi salah seorang imam di masjid dalam daerah Tumpat. sungguh sedap dan berselera sekali lauk pauk yang dihidangkan sehinggakan rasa mahu ditambah-tambah lagi.

actually ustaz tu bercerita tentang perkara yang patut ditekankan dalam bulan ini selain menegur salah tanggapan umum masyarakat kita terhadap bulan ramadhan. rasanya korang pun dah banyak kali dengar. cuma aku nak kongsi satu kisah yang ustaz tu kongsikan.

sebelum manusia ini dicipta, Allah terlebih dahulu mencipta NAFSU. seusai nafsu dicipta, Allah bertanya kepada nafsu. "wahai nafsu..!! siapakah aku dan siapakah engkau" kemudian jawab nafsu "engkau adalah engkau dan aku adalah aku". dengan jawapan itu, lantas Allah telah memasukkan nafsu tersebut ke dalam neraka selama 1000 tahun. setelah 1000 tahun, nafsu dihadapkan semula kepada Allah. sekali lagi Allah bertanya nafsu "wahai nafsu..!! siapakah aku dan siapakah engkau?" jawab nafsu "engkau adalah engkau dan aku adalah aku". nah sekali lagi nafsu dimasukkan kembali ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi sebelum dinaikkan untuk dihadapkan kepada Allah. namun jawapan nafsu masih sama. lantas Allah telah masukkan nafsu ke dalam neraka lapar dan dahaga. selepas keluar dari neraka lapar dan dahaga ini, nafsu dihadapkan kepada Allah. sekali lagi Allah bertanya "wahai nafsu..!!! siapakah aku dan siapakah engkau?" maka jawab nafsu "engkaulah Allah tuhanku dan aku adalah hambamu".

lihatlah betapa egonya nafsu walaupun dah dibakar dengan api neraka tetap tidak mahu tunduk kepada Allah tapi nafsu ini tunduk selepas diseksa dalam neraka lapar dan dahaga. jadi kita boleh hubungkaitkan bagaimana hikmahnya puasa ini membolehkan kita untuk mendidik nafsu bagi meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt.

p/s: dialog itu hanyalah bayangan penulis semata-mata
p/s: puasa hari ini dah masuk hari ke 12..!! sudahkah aku meningkatkan segala amalan dibulan yang digandakan segala ganjaran dari Allah

Saturday, August 6, 2011

nota ramadhan 1.0


setelah bersemangat tahap mega tinggi menunaikan solat di masjid nampaknya akhir-akhir ni semangat telah menurun kepada kilo. harap tidak menurun lagi rendah. bacaan imam yang sebelum ni rasanya nyaring dan merdu dah makin lesu atau aku yang lesu.

menurunnya semangat di masjid terjadi sebaliknya untuk semangat di rumah. dari hari pertama tido siang menjadi keutamaan telah bertukar kepada aktiviti yang pelbagai. owh itu suatu yang bagus sebabnya tido itukan tidak bermanfaat sedikitpun kecuali bila mengantuk.

untuk pengetahuan semua, sepanjang bulan ramadhan ni memang aku berpuasa di kampung halaman. orang kampung agak aku tengah bercuti walhal sebenarnya memang sengaja balik berpuasa di kampung. al maklumlah sendiri jadi bos, suka hatilah nak kerja dari mana ;D

bercuti di dalam bulan puasa aka bulan ramadhan ni adalah tidak bagus sangat kecuali dapat dipenuhi masa cuti itu dengan aktiviti meningkatkan saham akhirat. bercuti di bulan ini jika tidak kena strategi boleh menyebabkan lebih banyak tido dari beramal. [ada sorang syeikh ni cakap masa kita tido kita tidak berakal. kalo tak caya cubalah suh adik korang tanya soalan matematik level standard 1 pun korang belum tentu leh jawab masa tido-selamat mencuba]

bulan ramadhan ni jugak tidak terhingga [tahap infiniti] hikmah dan faedahnya jika kena pada caranya. bulan ini jugak islam mengajar ilmu tentang pengurusan ekonomi dan kewangan. di sinilah kita belajar antara yang perlu dan mampu. cuma perlu letakkan aqal lebih dari nafsu. indahnya islam

sebut bulan ramadhan ni jugak akan mengingatkan aku terhadap seorang sahabat yang bernama mohd romadan. mungkin beliau dilahirkan dalam bulan ini. aku juga dilahirkan pada bulan ini iaitu tanggal 26 ramadhan 1404H tapi aku diberi nama mohd muhsein :D

Tuesday, August 2, 2011

catatan ramadhan

solat sunat terawih di masjid wakaf bharu di imamkan oleh dua orang anak muda belia yang bergilir-gilir. 10 rakaat sorang imam. sorang adalah anak tempatan dan sorang lagi jemputan dari kemboja. bila orang muda yang jadi imam ni, makmum yang lanjut usia pn bersemangat muda kembali :D

yang bestnya bila ada 2 orang imam muda yang mengimamkan solat sunat terawih adalah para jemaah dihidangkan dengan 2 jenis gaya bacaan yang berlainan untuk 20 rakaat. jadi para jemaah tidak akan mudah jemu untuk setiap malam. satu pencaturan yang mantap dari pihak masjid

bila abis azan je saf pertama sudah penuh untuk solat sunat. bila iqamah saf kedua dan seterusnya pula penuh. yang datang lewat confirm dapat saf belakang. tercabar juga orang muda sebab yang dok saf depan tu kebanyakkan yang dah beruban tapi semangat dan tenaga diorang mengalahkan orang muda.

sepanjang bulan ramadhan ni ada 2 sebab kena pergi awal ke masjid. awal tu seawal sebelum azan berkumandang. sebab pertama adalah untuk memastikan dapat solat di saf paling depan. sebab kedua adalah untuk pastikan kita dapat parking kenderaan di depan atau dekat dengan masjid. rasanya sebab kedua lebih mendapat keutamaan.

Thursday, July 21, 2011

aktiviti santai



Hari ini nak kongsi dengan korang aktiviti santai. Boleh dilakukan untuk diri sendiri dan juga kepada anak-anak kecil yang sudah pandai berfikir. Juga amat sesuai untuk korang yang tengah down atau takde semangat dengan diri sendiri. Jom kita beraktiviti...

Cuba ambil dua (2) helai kertas kosong. Tak kisahlah kertas saiz A4 kosong atau kertas yang bergaris-garis. Yang penting kertas tersebut tidak bertulis apa-apa.

Sekarang cuba tenangkan minda dan hati. Setkan masa sendiri untuk aktiviti ini. Tak kisah lah nak ambil sejam, sehari, seminggu atau ikut masa lapang sendiri.

Perkara yang perlu diisi dalam kertas tersebut adalah PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. perkataan positif dan negatif tersebut perlu di isi dalam kertas berlainan. Isilah seberapa banyak perkataan yang berkaitan yang ada dalam minda dan hati.

CONTOH PERKATAAN POSITIF
Kuat, cemerlang, gembira, senyum ...

CONTOH PERKATAAN NEGATIF
Bodoh, gila, sedih, masam ...

Bila telah selesai atau masa yang disetkan telah tamat. Perkara seterusnya adalah dengan membandingkan bilangan PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. Perkataan mana yang lebih banyak dapat dikumpul.

Jika perkataan positif lebih banyak maknanya korang adalah seorang yang mempunyai pemikiran yang positif dan jika negatif yang lebih banyak maknanya korang seorang yang berfikiran negatif.

Namun itu bukanlah suatu kesimpulan sebenar tentang diri korang. Apa yang perlu korang lakukan adalah korang perlu menukar semua PERKATAAN NEGATIF menjadi PERKATAAN POSITIF. Mungkin dalam hal ini perkataan tersebut perlu ditambah perkataan lain untuk menjadikan ia sebagai perkataan positif. Itu tidak mengapa. Matlamat utama adalah menjadikan perkataan negatif bertukar positif. (eg: bodoh -> pandai ; gila -> waras/matang )

Seterusnya korang akan dapati sekarang korang telah memiliki semua perkataan-perkataan yang positif. Cuba korang baca kembali perkataan-perkataan tersebut. Cuba hayati ia satu per satu. Cuba cari perkaitannya dengan diri korang sendiri. Kemudian..cuba baca dengan kuat dan bergaya dengan menambah seperti contoh di bawah:

Muhsync seorang yang KUAT
Muhsync seorang yang CEMERLANG
Muhsync seorang yang selalu GEMBIRA
Muhsync seorang yang SENYUM sokmo
Muhsync seorang yang PANDAI
Muhsync seorang yang WARAS & MATANG
...

Bacalah setiap hari dan setiap pagi dan setiap kali korang rasa down.

Kehidupan ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis pilihan. Pilihan yang bagaimana kita ambil. Bagaimana pilihan tersebutlah yang menentukan bagaimana diri kita. Ohh..berbelit lak ayatnya.

Kalo kita tenung dengan lebih mendalam, pilihan yang kita buat samada positif atau negatif bergantung bagaimana dalaman diri kita. Atau dalam kata lain bagaimana iman kita. Namun langit tak selalu cerah, guruh pun boleh bertukar jadi petir, air sungai yang tenang pun boleh ada buaya, ombak laut sesekali bertukar menjadi tsunami, bangunan WTC tu pun boleh dirempuh apatah kita manusia yang dijadikan Allah dengan pelbagai jenis ragam dan perangai (erk..apakah jenis pepatah ini). Walau apa pun yang berlaku, dalam keadaan tertentu perlu untuk kita me “reset” kembali pemikiran kita. Antara kaedah me “reset” adalah seperti aktiviti di atas.

Me “reset” = refresh pemikiran, reinstall balik program minda, umpama overhaul engine, membetulkan balik setting asal

Nak pinjam kata-kata pakcik T. Harv Eker
“how you do anything is how you do everything”
Pakcik T.Harv Eker ni penulis buku the millionaire mind

p/s: hari tu pegi program the millionaire mind intensive seminar kat PWTC memang mantap. Hari-hari kena ulang diorang punya Attitude of Wealth. Kalo korang nak tahu pe benda Attitude of Wealth tu leh amik kat wall fb.

Wednesday, July 20, 2011

nakhoda diri



Suatu hari tu Alleef terpaksa berpuasa. Berpuasa sunat sebab kebetulan hari tu hari isnin. Tapi betulkah puasa itu sempena mengambil keberkatan hari isnin? Sebenarnya dia berpuasa sebab dah takde duit. Duitnya telah habis sebelum cukup bulan. Disebabkan tiada duit untuk makan maka dia mengambil keputusan untuk berpuasa saja. Harinya berlalu begitu saja. Dari pagi hingga tengahari dia terlantar bagai orang sakit di wad ICU. Kononnya nak jimatkan penggunaan tenaga. Fikirannya sedang membayangkan makanan yang sedap-sedap. “alangkah bestnya kalo aku ada duit banyak. Aku boleh beli itu, ini dan makan itu, ini. Tapi...tapi kenapa aku diuji sebegini..?” fikirannya diganggu oleh suara azan tanda masuknya waktu zuhur. Baru dia tersedar yang harinya telah berlalu tanpa sebarang kerja yang produktif.

“aku solat fardhu zuhur 4 rakaat kerana Allah swt”

“allahuakbar”

“assalamualaikum warahmatullah”

Istighfar, bertahmid dan berzikir. Di atas sejadah usang tu dia mula berfikir tentang kehidupannya kembali.

“teruknya diriku. Masa banyak duit seketika dulu aku tak pernah pulak puasa sunat. Bukan terlupa tapi sebab lebih mementingkan nafsu makan. Alasan untuk makan senang saja. Nanti kalo aku tak makan orang akan kata aku kurus. Alahai lemahnya iman. Berbuat sesuatu atas dasar kata-kata orang bukan atas dasar untuk mendapat keredhaan Allah. Bukankah sepatutnya aku makan pun kerana Allah.”

Sekali lagi dia beristighfar “astaghfirullah hal azim”

“Allah bagi ujian ini kepada aku disebabkan sudah lama aku tidak berpuasa sunat. Allahuakbar besarnya kasih sayang Allah kepada hambanya. Inilah caranya Dia mengingatkan hambanya yang terlena dan terlalai dihanyut gelombang ombak cinta dunia. Patutlah aku tak dapat jadi kaya, kalo aku kaya nanti lagi aku terlalai. Ya Allah tetapkan lah aku di atas jalan Mu yang benar”

Seusai itu juga dia melangkah mempersiap diri, cuba keluar dari rumah untuk membuat sesuatu yang lebih berfaedah. Dia cuba menghayati makna puasa yang dia laksanakan hari itu. Dia tahu antara hikmah berpuasa adalah untuk mengetahui dan rasai sendiri bagaimana nasib orang yang miskin, tiada duit, tiada pendapatan, sakit dan tiada pendapatan.

Sesungguhnya,
Saat merasa lapar itu sungguh menduga iman,
Saat itu dirasakan begitu panjang,
Saat itu dirasakan dunia itu nikmat,
Saat itu dirasakan duit itu penting,
Saat itu mula mencari salah orang lain,
Saat itu perut mula menyanyi,
Saat itu otak mula ligat berfikir,
Berfikir untuk tidak lagi lapar esok hari.

Saat merasa lapar itu sungguh menduga iman,
Saat itulah merasakan diri sedang diduga iman,
Saat itulah rasa diri telah lama jauh dari Dia,
Saat itulah rasa diri ini lemah sekali,
Saat itulah rasa diri ini sedang ditegur,
Saat itulah juga otak mula ligat berfikir,
Berfikir untuk esok tidak lagi lalai dariNya

Sesungguhnya saat merasa lapar itu ada dua,
Dua yang jadi pilihan dan dilema diri,
Saat itu juga di mana iman kita,
Saat itu juga yang mana pilihan kita,
Saat itu juga pilihan adalah sebagaimana iman kita,
Saat itu juga diri menjadi sebagaimana iman kita,
Saat itu kita pun tidak tahu siapa kita,
Saat itu iman jadi timbang taranya,
Saat itu tiada lagi guru yang mengajar,
Saat itu tiada kawan untuk mempengaruhi,
Saat itu syaitan pun tidak layak menguasai,
Hanya iman yang mempertahan haluan diri,
Ditentukan oleh Nakhoda diri

Saat itu puasa adalah alasan,
Saat itu puasa suatu kepuasan,
Saat itu puasa jadi suatu kepayahan,
Saat itu puasa jadi suatu ikutan,
Saat itu puasa jadi fahaman,
saat itu puasa adalah puasa,
saat itu hanya satu,
saat itu antara lapar atau menahan diri
saat itu bersama nakhoda diri

p/s: ada orang kata dia rindu nak jejakkan kaki ke masjid al aqsa dan masjid nabawi. Persoalannya adakah masjid-masjid sekitar rumah tu sudah dijejak dan dimakmurkan sebelum dijejakkan kaki di masjid suci yang lagi jauh jaraknya.

p/s: ingatlah kita ini bukannya mempertahankan keislaman persatuan kita tapi mempertahankan agama islam itu sendiri dan yang lebih penting sejauh mana kita bertanggungjawab menjaga kesucian islam pada diri kita.

Monday, July 18, 2011

business trip


12-17julai join business trip ke miri, serawak.

tujuan ke sana adalah untuk mencari market baru, meluaskan empayar business dan mencari pengalaman baru.

perjalanan dari airport senai,johor ke kota kinabalu (transit). dari kota kinabalu ke miri. di miri buat roadshow dalam airport selama 3 hari. kemudian bertolak balik dari miri ke kota kinabalu (transit) dan terus ke senai airport.

banyak pengalaman baru ditimba dari perjalanan ini. insyaAllah akan dikongsi dalam entri akan datang.

p/s: maaf masih lagi kepenatan dan badan kurang stabil

p/s lg: bulan romadhan bakal menjelma. rasa rindunya makin menebal dan tak sabar untuk menghadapinya :D

Friday, July 8, 2011

simpan


"sape yang tak nak simpan duit. tapi kau tahulah hidup kat KL ni kan. gaji pun ciput jek. nak beli barang keperluan rumah lagi. bayar bil air, letrik, telefon, astro. sewa rumah pun mahal. pastu aku hantar duit kat mak ayah kat kampung. itu perkara yang wajib aku lakukan"

ini antara respon bila aku bertanya tentang duit simpanan kepada kawan-kawan. biasanya aku akan senyum dan terus tersenyum. kemudian aku jawab camni

"tahniah sebab ko ada bg duit kat mak ayah di kampung. itu je yang aku boleh puji tapi apa yang ko katakan tu adalah perkara biasa dan memang itulah jawapan yang aku dapat bila tanya tentang simpan duit. sekarang ni adakah ko masih nak macam tu atau ko nak berubah dan dapat simpan duit dan yang lebih penting adalah ko akan achieve financial freedom. kalo ko mahu dan setuju aku akan cuba bantu dan guide ko"

apa yang berlaku adalah kita tidak ada tabiat menyimpan duit. apa yang kita lakukan adalah dpt duit atau gaji terus fikir pasal hutang, bil, sewa dan barang keperluan. kita tidak pernah fikir tentang simpan dulu kemudian baru fikir untuk perkara2 lain. point utama kat sini adalah bila dapat duit atau gaji SIMPAN UNTUK DIRI SENDIRI DULU = I PAY FOR MYSELF 1ST

berapa banyak nak simpan?
kalo ikut petua pakar at least 10% dari duit atau gaji yang kita dapat perlu disimpan. namun agak susah untuk orang yang tak biasa menyimpan untuk laksanakan perkara ni. jadi keperluan utama untuk diorang adalah belajar menyimpan terlebih dahulu.

belajar menyimpan
pertama sekali cuba create satu tabung. tak kisahlah guna botol ker, kotak, tin, buluh, atau apa-apa material sekalipun untuk dijadikan tabung. pada tabung tersebut sila tulis "financial freedom fund". matlamat yang perlu dicapai adalah menyimpan duit sehingga rm1000. apa yang perlu anda lakukan adalah menyimpan duit setiap hari. ingat SETIAP HARI. simpanlah walaupun sepuluh sen. jumlah untuk disimpan tidak perlu diutamakan. yang utama adalah anda perlu menyimpan SETIAP HARI. kemudian anda perlu catat jumlah simpanan anda setiap bulan. lagi bagus jika anda dapat pastikan jumlah simpanan duit anda semakin meningkat untuk bulan yang seterusnya. jika ia semakin meningkat maka itu merupakan suatu pencapaian untuk diri anda sendiri. ingat matlamat anda menyimpan adalah untuk mengumpul duit sehingga rm1000. bila dah cukup rm1000 anda perlu lakukan langkah seterusnya. langkah seterusnya akan sy ceritakan pada entri selepas ini.

ingat: duit yang telah anda masukkan dalam "financial freedom fund" tidak boleh digunakan. jika anda ambil atau guna duit dalam tabung tersebut bermakna anda telah mengkhianati diri anda sendiri. so boleh lupakan cita-cita untuk achieve financial freedom.

selamat beramal

Rich people have their money work hard for them. Poor people work hard for their money.

Rich people see every dollar as a "seed" that can be planted to earn a hundred more dollars, which can then be re-planted to earn a thousand more dollars.

i pay for my self first


petua untuk mendapat kebebasan kewangan adalah “saya bayar untuk diri sendiri dulu”. Itulah petua yang makin kerap kita dengar hari ini namun susah untuk dilaksanakan. Bukan sebab susah sangat pun. Namun sebab kita telah terbiasa dengan keadaan settlekan bil-bil, hutang, beli belah barang keperluan dan duit yang lebih baru disimpan. Itupun kalau ada lebih. Situasi biasa berlaku adalah sebelum cukup bulan duit dah kering. Apatah lagi nak menyimpan. Baru-baru ni aku sertai seminar “millionaire mind intensive seminar” di PWTC. 3 hari suntuk berada di sana. Aktiviti dari jam 8 pagi sampai 10 malam. Dalam seminar tu pun ada menyatakan tentang prinsip “i pay for my self first”. So kalo korang rasa susah sangat nak menyimpan duit atau membayar untuk diri sendiri dulu, xusahlah bercita-cita nak jadik jutawan. Bunyi cam negative statementkan. Tapi itu lah hakikat.

Cuba kita tengok kepada suatu sudut yang lain. Konsep my self first ni pun ada dalam kita berdoa atau dalam kita memberi nasihat. Setiap kali berdoa tu berdoalah untuk diri sendiri dulu barulah berdoa untuk orang lain. Begitu juga bila memberi nasihat. Bagi nasihat untuk diri sendiri dulu baru niat untuk dikongsi kepada orang lain. So janganlah janggal sangat nak buat sesuatu untuk diri sendiri.

Susah nak disiplin?
Memanglah susah sebab tak pernah nak mula. Kalau nak naik tangga sekali pun kena pijak anak tangga satu per satu baru leh sampai atas. Kalo susah jugak, ada kaedah lain untuk disiplinkan. Salah satunya adalah membuat autodebit ke dalam akaun yang memang susah untuk dikeluarkan. Sebagai contoh simpanlah di dalam akaun unit amanah. Untuk keluarkan kena amik masa 7 hari untuk proses. So selamat lah duit kita.

Tuesday, June 28, 2011

selamat ulang tahun kelahiran


Selamat menyambut ulang tahun kelahiran

Hari ini ulang tahun kelahiran aku. Yep..besday aku lah. Tapi kenapa lain macam je. Rasa macam sunyi sangat. Takde orang tahu kot. Ramai yang dah lupa. Takpun dah takde kepentingan untuk diucapkan lagi. Hanya maxis je yang ingat besday aku. Siap bagi hadiah free voice call lagi. Tapi semua number yang aku cuba call semuanya tak dapat. Hurm..mana diorang ni. Boikot aku punya besday ker apa. Ataupun apa yang aku plan telah pun terjadi. Apa yang telah aku plan..??

Sehari sebelum besday
Aku telah pun deactivate akaun facebook. Tujuannya nak tahu siapa yang betul-betul ingat besday aku. Aku nak tahu siapa kawan aku yang memang wat reminder besday aku. Ini suatu percubaan yang menyeronokkan. Bukannya nak menguji tahap kesetiakawanan tapi nak tengok diri ni memang mendapat tempat kepada seseorang atau tidak. Selain itu aku tak nak wall facebook aku penuh dengan ucapan “hepi besday”. Serabut aku nak scroll sampai bawah pastu nanti sampai notification kat email aku berjela-jela. (itupun la kalo ramai orang wish). Lagi pun aku nak manfaatkan wall aku tu untuk semua orang dengan perkara yang memberi manfaat dan berfaedah. Tak caya..?? tengok dan nilailah sendiri.

Hari besday
Masuk je pukul 12 mlm, memang takde satu pun message masuk. Pastu aku terfikir untuk buat call tapi disebabkan dah tengah malam rasanya takde sape yang sudi terima panggilan dari aku. So aku batalkan je hajat tu dan aku pun tido dengan lena sambil berperang dengan nyamuk. Bangun pagi dapat message pertama dari satu-satunya adik aku. Kemudian dapat pula wish panjang berjela dari junior aku. Sepanjang hari tu aku memang lepak kat rumah je. Malas nak keluar. Keluar pun pegi beli makanan. Nothing special. Aku cuba buat panggilan ke beberapa no yang ada dalam list phonebook aku ni. Namun sayangnya takde satu pun yang dapat. Semuanya tak dapat. Ish3..no yang lain pulak ramai yang guna line celcom. So memang tak dapek la den na call free. And last sekali dapat wat call anak sedara aku yang belajar kat darul quran. Budak tu pun bila aku wat call baru reti nak wish besday aku. Sebelah malam lak dapat wish dari salah sorang kawan satu sekolah dulu. Yang ni aku terkejut gak camne dia leh tahu besday aku. Dan last sekali aku dapat wish dari akak aku yang dok kat Templer Park. So hari ini aku dapat wish dari 5 orang sahaja. Thanx u very much. Sangat-sangat terharu.

Sebenarnya aku ni bukannya jenis teruja sangat nak sambut besday. Sejak dari dulu lagi tidak diasuh untuk menyambut besday pun. Lagi-lagi sekarang ni bila umur dah makin meningkat. Pastu bila aku dah mula jumpa sehelai uban kat atas kepala. Bila aku lihat kawan-kawan aku dah ramai yang kawen. Bila aku tengok anak-anak kawan aku dah mula membesar. Bila aku tengok kawan-kawan sedang menambah bilangan ahli keluarga dari sorang anak dah nak masuk dua. bila anak-anak kawan aku panggil aku uncle. Bila aku tengok orang tengok aku semacam jek. Bila aku disoal bila nak berumah tangga. Bila aku dah tak reti nak respon pada setiap soalan tu. Bila aku dah tak reti nak fikir lagi pasal setiap soalan tu. Bila aku dah tak rasa benda tu sebagai yang utama untuk aku. Bila aku aku tulis ni...aku tak tahu sampai bila nak habis. Cuma aku harapkan bila masa aku memejam mata, aku dapat satu kedamaian. Cita-cita aku Cuma untuk mendapatkan KEREDHAAN ALLAH SWT bila aku berada di sana nanti.

Saturday, June 11, 2011

pengalaman di NAC 2011


NAC 2011 = National Achiever Congress 2011

aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana berpeluang dapat mengikuti satu congress yang hebat yang diadakan di Malaysia. boleh melihat speaker2 yang hebat bercakap di depan mata, bagaimana speaker2 tersebut mempengaruhi peserta untuk bersama2 mereka. Speaker pula terdiri dari otai-otai dalam pelbagai bidang. mereka ni dari negara eropah. menawarkan perkhidmatan mereka dan industri baru kepada peserta di malaysia.



aku rasa cukup bertuah kerana tiket untuk masuk bukannya murah. paling murah pun rm400 (itupun kalo beli awal). tiket aku disponsor. boss aku abis rm36k untuk sponsor lebih kurang 30 orang menghadiri seminar tersebut. dalam dewan tu terdiri dari 3 jenis seat. ganeral ni kira tahap murah dan duduk di belakang2 je (harga tiket rm400-rm700). seat depan sikit adalah jenis GOLD (range harga rm1K++) dan yang paling depan (depan pentas) ialah seat VIP. harga tiket diorang rm3800-rm4800..!! pergh..semua seat habis dijual.


siapa yang pergi sana? boleh dikatakan 90% adalah bukan melayu. golongan ni siap bawak anak-anak kecil lagi untuk sama-sama berada dalam dewan tersebut. dan pada masa sama para speaker mempromosikan kursus lanjutan dan lebih mendalam tentang bidang kepakaran masing2. rata2 kursus tersebut paling murah pn rm3K++. ada yang berharga rm10K++. apa yang terjadi. golongan yang 90% tu berduyung2 mendaftarkan diri untuk kursus yang mereka nak sertai.so aku terfikir sendiri. patutlah mereka lebih kedepan dan lebih menonjol dari kaum seperti ku. mereka sanggup bayar untuk suatu kejayaan. seiring ngan salah satu konsep untuk BERUBAH - "i pay the price to prepare to win..!!"


berada di dalam suasana itu membuatkan aku berfikir. aku perlu jadi kaya. aku perlu jadi seorang yang banyak duit. bila aku dah ada banyak duit aku boleh bawa orang lain juga untuk bersama-sama aku dalam congress itu lagi. aku boleh menyertai kursus2 lanjutan diorang dengan senang hati. jadi aku perlu jadi seorang yang financially freedom..!! buku the legacy effect (adam ginsberg) diberi percuma oleh penulis. buku ni special sebab ada id number. siap ada sijil number buku tu lagi. bertuah lagi sekali

p/s: sedang berusaha untuk ke arah itu..!!


paling menyampah pakai tag kat tangan tu. disebabkan event ni 3 hari so aku kena pakai benda tu selama 3 hari berturut2. makan, mandi, tido bersama dengan benda alah tu..hampeh tul laa..hehe



bergambar kenangan diakhir congress

3 idiots


alahai terlambat sudah aku menonton citer ni. ni citer yang dah lama. almaklumlah citer hindi, so tak update sangat dengan filem2 terkini. namun atas saranan rakan-rakan maka aku cuba mencari citer ni. dan baru ni akhirnya dapat juga aku citer tersebut daripada juraimi (my friend).

citer ni memang kelakar abiss..tapi yang lebih penting adalah unsur pengajaran tentang kehidupan begitu meresap ke dalam diri. actually aku xreti sangat nak review pasal filem or drama. tapi filem or drama yang aku suggestkan ni biasanya filem or drama yang betol2 bermanfaat untuk ditonton. (ohh..ada aksi lawak bodoh diorang jugak)

aku tak nak citer panjang, korang nak tahu sila tengok sendiri yep.

antara fakta menarik dalam citer ni...

ayat power : "aal iz well"

lagu : "give me some sunshine, give me some rain, give me another chance i wanna grow up once again..."

pengajaran:
melihat dunia dari perspektif yang berlainan
nak ke sekolah tak perlukan duit tapi perlukan uniform sekolah.
bersaing akan meningkatkan tekanan. tekanan tidak bagus untuk pemikiran.

selamat menonton yo..!!

Sunday, June 5, 2011

bulan JUNE


bulan jun ni begitu sinonim dengan aku. pelbagai kisah dalamnya. suka, duka, gembira, sedey, kawan, kekasih, kecewa, sakit, penat, cabaran dan pengalaman.

beberapa perkara yang berkaitan dengan bulan JUN dan diriku:

PERTAMA: bulan kelahiran aku (26jun1984):D [sila bagi hadiah kepada yang dah baca :P]

KEDUA: 1JUN2008 mula menyertai bidang unit amanah saham (thank to all my client bcoz ur supporting)

KETIGA: besday kekasih lama dan juga perkahwinan dia dgn sidia yg lain (huhuhuhu)

KEEMPAT: aku ada beberapa sahabat rapat dan mereka adalah orang yang hebat-hebat antaranya ialah faizul amin, farid, ehh..sape lagi yer..lupa daa..hihi (so sori)

KELIMA: aku merancang nak kawen...tapi tak jadik (hohoho)

KEENAM: aku sambung master pun dalam bulan ni (tersambung secara tidak disengajakan)

KETUJUH: apa lagi ye...hehe. xdelah banyak sangat pun. tapi aku ni cam giler teruja skit ngan nombor 6 [e][n][a][m] dan bulan JUNE.

p/s: kat atas tu bergambar dengan kereta idaman

Wednesday, May 25, 2011

jiran



sejak akhir-akhir ni aku baru perasan yang jiran aku ni suka mengemas di waktu malam. bukan mengemas dalam rumah tapi luar rumah..!! malam-malam diorang akan menyapu sampah dan tidak ketinggalan untuk mereka membakar sampah juga..!! eh..korang jangan salah paham pulak. ni bukan artikel untuk mengumpat jiran aku. sebenarnya aku baru perasan yang aku masih tak kenal siapa jiran aku yang sebenarnya..hoho.

disebabkan aku tinggal kat taman perumahan dan dirumah teres. dua jiran terdekat aku adalah satu family berbangsa cina (sebelah kiri) dan satu family berbangsa melayu (sebelah kanan). disebabkan juga aku ni pun jarang ada kat rumah tu jadi aku hanya sempat senyum-senyum jek kat diorang. adeii...pe la aku ni. aku tengah cari idea camne aku nak berborak n kenal lebih dekat ngan diorang. korang ada idea tak..??

xtvt


semenjak duamenjak ni aku agak banyak urusan untuk diselesaikan. tapi kalau orang tanya untuk appointment, jawapan aku adalah boleh je sebab aku sentiasa ada masa. ni ala-ala nak wat law of attraction la.

last week aku berada di Johor Bahru. pertama kebetulan ada Muktamar thanawi ABIM negeri Johor di UTM skudai. tengah-tengah muktamar berlangsung aku terpaksa skip dari majlis dan terus ke hotel suriacity untuk program Kursus Asas Keusahawanan Siswa untuk mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seminggu jugak ler berkampung kat hotel tu. balik je kat tempat bermastautin ni terus fokus kat sale pulak. Alhamdulillah dapat sale walaupun dihujung2 bulan.

untuk next week pulak aku akan berada di National Achiever Congress dari 27-29hb kat sunway piramid (tiket masuk ada orang sponsor, dengar citer harga sekeping tiket rm400..!!). kemudian pada 1-3hb jun ada oil&gas asia exhibition kat KLCC. pegi sana untuk cari prospect client jek :D anyway akan pegi sehari jek kemudian aku dan rakan-rakan akan balik kampung. yeaahhh...nak balik kelate nih..!! memang letak target nak balik kampung every month. bukan sebab anak manja tapi sementara cik&ayah masih ada di dunia ni so aku kena amik kesempatan untuk jumpa dan bersua muka ngan diorang (amik berkat). sebab kedua adalah nak cuba cari client area kelate pulok supaya pasni ada alasan utk balik kelate lagi. ketiga adalah untuk menenangkan minda nih. kusut weh. kat rumah aku ni mmg tenang n damai sampaikan asyik tido jek.hehe.

anyway..aku tak banyak masa untuk berceloteh panjang. nak balik wat persiapan majlis usrah bersama rakan-rakan. arini turn kat umah aku. so kena prepare la pe yang patut.

p/s: everyday is a great day..!!

Friday, May 6, 2011

alas-ka-ki | selipar


pengalaman hilang selipar kat masjid dah banyak kali.
pengalaman hilang kasut di masjid pertama kali.
pengalaman hilang selipar di rumah kawasan rumah baru berlaku.

selipar ni kekadang tu takde lah beli yang mahal pun. sekadar nak sarung untuk pegi pasar, berkebun kat depan rumah, pegi buang sampah. beli pun yang paling murah kot masa tu. tapi yang herannyer ada jugak orang nak amik. ehh...bukan amik tapi curi. ye selipar aku kena curi kat halaman rumah. tak sangka juga. sebelum ni ada housemate yang hilang sandel croc's (tak heran la orang curi sebab mahal). ada yang pernah hilang kasut sukan (kasut sukan pun mahal gak). tapi bila selipar buruk dan murah aku pun kena kebas baru-baru ni, memang aku heran la..!!

ohh yaa..!! kawasan perumahan aku ni memang famous ngan gejala curi kasut.

kasut atau selipar ni merupakan alaskaki atau kelengkapan kaki yang WAJIB. nak tau kenapa wajib cuba la korang keluar jalan-jalan kat shopping mall tanpa alaskaki

suatu benda yang simple tapi banyak berjasa untuk kita. bak kata kawan aku.."kalau tak pakai underware pun xpe, tapi kalo tak pakai alaskaki (kasut/selipar) memang tak leh blah"

oppss...!!

Thursday, April 28, 2011

gaya baru :D



bercita-cita menjadi usahawan yang berjaya.

target umur 35tahun sudah boleh pencen dari makan gaji.

tempoh mula adalah sekarang (sebenarnya dah lama mula)

ini merupakan proses perubahan diri untuk lebih menonjol

satu cabaran untuk tempoh terdekat mendapatkan sale rm80K sebulan.

cabaran jangka masa sederhana mendapatkan total sale rm500K dalam masa 5 bulan.

cabaran jangka masa panjang sikit adalah menjadi agency manager dalam masa 1 tahun.

cabaran jangka masa paaaannnjaaaaaannng adalah menjadi group agency manager yang bemaksud aku telah memiliki that business. yang ni target 2 tahun..!!

p/s: aku mengharapkan support dari semua. doakan aku berjaya dan terus maju dalam business ni. mari sama-sama kita berdoa.

"ya allah, moga muhsync dipermudahkan segala urusan dan mendapat apa yang dirancangkan. amin"

thank atas doa kalian :D

naik motor besar


sabtu lepas (23 april) aku ke JB kononnya nak wat aktiviti sale la. tapi lain lak jadi nyer. biasalah ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. memang betul2 hujan beb masa tu. aku pun terpaksa pindah port lepak ke KFC kat area bandar dato' onn tu. so lepak kat sana utk bertenet je pun. pastu tetiba kena bagi training kat newbie group kitorang. dia dah lama join tapi tu la action mungkin kureng so takde sale sampai ke sudah. jadi aku pun tunjuklah camne praktis nak buat sale. kebetulan pada masa tu dia bawak tunang. so apa lagi tunang dia la jadik mangsa aku nyer prospek client. Aku pun tunjukkan lah segala kemahiran aku dalam bidang sale ni. and the result...tunang budak tu confirm nak melabur next month. kiranya close sale la aritu. sale tu bagi kat bdk newbie tu la. hepi giler dia. itu satu citer laa..

pastu kitorg ke rumah sorang member ni. mula-mula masuk umah dia mmg terkezut berukss. apa tak nyer. sebesar-besar motor dok tengah2 ruang tamu rumah. serius aku cakap motor tu besar. 1000cc wa cakap lu. tengok ler gambar atas tu. pinjam bergaya jap. tuan nyer motor ni engineer design kapal. merupakan client kepada faizul. yang tak leh blah tuan punyer motor tu nak join kitorg jadik UTC gak. so pendek citer aritu faizul dapat sale n dapaat lagi consultant baru.

citer pasal motor besar ni, aku memang minat giler beb. bukan minat apa laa.tp minat pada kelajuan. takpe..arini gua tumpang naik orang nyer dulu. nnt gua nak beli gak sebijik. serius wa cakap. gua mmg dh lama bercita-cite. tp yang gua takleh blah bila dia dia tunjuk road tax rm350. pastu dia cakap sekali tukar tayar rm800..!!!

p/s: tetiba aku rasa cam kena pikir balik cite-citer nk beli motor besar. erm..lg pn motor tu besar sgt. tak padan sgt ngan aku ni..hehe

Sunday, April 24, 2011

KALO ADA REZEKI..!!


Suatu hari selepas solat jumaat. Dalam perjalanan pulang bersama abang man (juruteknik makmal tempat aku bekerja dulu) berborak-borak tentang isu kenapa orang islam ni tak cemerlang dan tak menonjol berbanding orang yang bukan beragama islam. Sekali difikirkan balik memang betul juga sebabnya berapa ramai orang yang terkenal seluruh dunia hari ini adalah orang islam. Kenapa jadi begitu?

Kalau nak fikir secara konspirasi, boleh dikatakan bahawa ini merupakan konspirasi barat semata-mata. Mungkin ada ramai orang islam yang cemerlang dalam bidang masing-masing tapi tidak ditonjolkan kepada masyarakat dek kerana merekalah yang mengawal media massa seluruh dunia. Betul jugakkan. Tapi suasana di Malaysia sendiri bagaimana? Masyarakat islam adalah mejoriti dan pemerintah di negara ini namun di mana umat islam yang berjaya menonjolkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Abang man ni hanya lulusan sijil saja. Sebelum jadi juruteknik di universiti dia menjadi juruteknik dengan TLDM. Memang dia tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Tapi dia yakin orang islam ni mempunyai otak dan akal yang lagi bagus dari manusia agama lain. Tapi yang peliknya kenapa kita tidak menonjol. Tak kiralah dari sektor mana sekalipun samada pendidikan, pembelajaran, penyelidikan, kekayaan dan sebagainya.

Topik kami borakkan cuba difokuskan kepada soal sikap dan cara pemikiran yang telah ditanam dengan doktrin salah. Tak taulah nak kata samada ia masih merupakan konsipirasi atau kesalahan dari umat islam sendiri. Cuba kita ingat-ingat balik, kita sering terdengar orang cakap “kalau ada rezeki nanti adalah, kalo tak ada itu bukan rezeki kita lah”

Hari ini kita banyak bergantung kepada kenyataan sebegitu. Ramai yang menunggu rezeki berbanding mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu hasil. Apa yang kita faham dengan konsep rezeki? Rezeki tu akan jatuh dari langit? Atau tetiba jatuh bergolek di depan mata kita? Ada yang tak dapat rezeki ker??

Apa yang aku tahu setiap orang ada rezeki masing-masing. Allah telah berjanji dalam alquran yang DIA telah menetapkan rezeki setiap orang. Setiap orang memang mempunyai rezekinya masing-masing maka tak akan timbul tak ada rezeki. Bagaimana boleh tak ada rezeki kalau setiap hari dapat makan, minum, dapat pula gaji atau upah dan yang lebih penting dapat bernafas dan hidup di atas dunia ini. Bagi yang dah berkeluarga pula ada anak-anak yang menjadi punca rezeki untuk keluarga tersebut. Jadi lepas ini jangan kata tak ada rezeki lagi..!!!

Kita bukannya tak ada rezeki tapi usaha untuk kita mendapatkan rezeki yang lebih banyak itu kurang. Jadi bagaimana mungkin untuk kita mendapat rezeki yang banyak..!! kebanyakkan orang kita ini banyak nak makan gaji sebab tak perlu buat kerja yang lebih dan yang lagi teruk nak kerja senang dan mudah. Bagaimana nak dapat rezeki yang banyak kalau sekadar buat kerja senang dan mudah? Rezeki yang banyak itu datangnya dengan suatu usaha yang banyak juga. Untuk mendapatkan rezeki yang banyak itu bukannya suatu mudah dan senang. Bacalah kisah-kisah orang yang berjaya dalam dunia ini bagaimana mereka menghadapi susah payah dan cabaran yang besar sebelum menjadi orang yang berjaya dan menonjol dalam dunia.

Apa yang ada dalam pemikiran diorang sebenarnya?? Bila disemak semula dalam pemikiran mereka hanyalah usaha. Mereka cuba berusaha sedaya mungkin. Hasilnya mungkin dapat yang diimpikan atau mungkin dapat yang lain dari yang diharapkan. Yang penting adalah mereka cuba berusaha, usaha dan usaha dan mereka akan dapat suatu hasilnya. Hasilnya itulah yang dinamakan rezeki. Kalau ingat balik sejarah penciptaan telefon pun ditemui secara tidak sengaja dalam usaha-usaha yang begitu banyak untuk suatu eksperimen yang lain. Banyak lagi kisah-kisah penemuan baru yang ditemui secara tidak sengaja. Namun ia bermula dengan suatu usaha untuk mendapatkan sesuatu. Ya..ia bermula dengan usaha..!!

MY PASSION



Kalo ada sesape bukak aku nyer wall kat fb memang akan dapat info-info dan perkongsian tentang tips perancangan kewangan. Namun ada orang yang salah sangka rupanya. Ada orang cakap aku ni melebih-lebihkan soal keduniaan..!! kekadang tu tercengang gak aku bila ditegur sebegitu..

Biasanya aku jawab camni sahaja, bagaimana nak ke akhirat kalo takde dunia. Dunia ni kan ladang akhirat. Tempat kita bercucuk tanam dan akhirat nanti kita menuai hasil. Lagi pun hari ini tidak boleh tidak kita memang menggunakan duit. Mungkin beberapa abad lagi kita masih menggunakan duit. Duit ni pulak merupakan suatu yang pelik dan ajaib sebabnya ada orang boleh hidup senang lenang serta goyang kaki jek hidupnya, ada yang jadik giler kerananya dan ada yang boleh bunuh diri dan sanggup membunuh malah kerana duit juga kita boleh masuk NERAKA JAHANAM..!! nauzubillah

Mengapa semua ini berlaku? Sebabnya kita melihat duit ini sebagai suatu kuasa yang dapat membantu kita mencapai apa yang kita hajati. Sedangkan kita lupa bahawa kita yang telah bersusah payah untuk mendapatkannya dan bila duit itu berada di tangan kita dengan senang kita memberikan duit tersebut kepada orang lain!!

Inilah tugas aku sekarang ini untuk mendidik orang sekeliling ku sentiasa mengurus duit dengan sebaik mungkin dan bagaimana duit yang kita perolehi itu dapat memberi pulangan semula kepada kita. Bunyinya macam mustahil namun ia merupakan suatu yang logik bila aku terangkan secara terperinci. So korang jangan segan-segan untuk bertanya dan mendapatkan khidmat aku secara percuma dalam membuat perancangan kewangan untuk diri sendiri. Just ask me for it.

Segala perkongsian aku tentang kewangan adalah sebagai suatu perkongsian berguna untuk kalian, dan yang lebih penting ia untuk diri aku sendiri. Dan lagi-lagi penting ia adalah kerjaya aku sekarang. Aku perlu mendalami, memahami serta mempraktikkan dalam kehidupan. Ia merupakan usaha untuk memastikan aku sentiasa bersemangat untuk berjaya dalam kerjaya aku sekarang ni. Aku tidak menceburi business ini main-main. Aku betul-betul serius dan aku akan buat dengan bersungguh-sungguh..!!

p/s: susah untuk puaskan hati semua orang, walaubagaimana pun selagi mana perkara yang kita lakukan ini difikirkan bermanfaat untuk diri dan orang sekeliling maka selagi itu kita teruskan. Biarlah Allah yang menilai sejauh mana ia dapat dimanfaatkan di akhirat kelak
Related Posts with Thumbnails