sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Saturday, June 11, 2011
pengalaman di NAC 2011
NAC 2011 = National Achiever Congress 2011
aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana berpeluang dapat mengikuti satu congress yang hebat yang diadakan di Malaysia. boleh melihat speaker2 yang hebat bercakap di depan mata, bagaimana speaker2 tersebut mempengaruhi peserta untuk bersama2 mereka. Speaker pula terdiri dari otai-otai dalam pelbagai bidang. mereka ni dari negara eropah. menawarkan perkhidmatan mereka dan industri baru kepada peserta di malaysia.
aku rasa cukup bertuah kerana tiket untuk masuk bukannya murah. paling murah pun rm400 (itupun kalo beli awal). tiket aku disponsor. boss aku abis rm36k untuk sponsor lebih kurang 30 orang menghadiri seminar tersebut. dalam dewan tu terdiri dari 3 jenis seat. ganeral ni kira tahap murah dan duduk di belakang2 je (harga tiket rm400-rm700). seat depan sikit adalah jenis GOLD (range harga rm1K++) dan yang paling depan (depan pentas) ialah seat VIP. harga tiket diorang rm3800-rm4800..!! pergh..semua seat habis dijual.
siapa yang pergi sana? boleh dikatakan 90% adalah bukan melayu. golongan ni siap bawak anak-anak kecil lagi untuk sama-sama berada dalam dewan tersebut. dan pada masa sama para speaker mempromosikan kursus lanjutan dan lebih mendalam tentang bidang kepakaran masing2. rata2 kursus tersebut paling murah pn rm3K++. ada yang berharga rm10K++. apa yang terjadi. golongan yang 90% tu berduyung2 mendaftarkan diri untuk kursus yang mereka nak sertai.so aku terfikir sendiri. patutlah mereka lebih kedepan dan lebih menonjol dari kaum seperti ku. mereka sanggup bayar untuk suatu kejayaan. seiring ngan salah satu konsep untuk BERUBAH - "i pay the price to prepare to win..!!"
berada di dalam suasana itu membuatkan aku berfikir. aku perlu jadi kaya. aku perlu jadi seorang yang banyak duit. bila aku dah ada banyak duit aku boleh bawa orang lain juga untuk bersama-sama aku dalam congress itu lagi. aku boleh menyertai kursus2 lanjutan diorang dengan senang hati. jadi aku perlu jadi seorang yang financially freedom..!! buku the legacy effect (adam ginsberg) diberi percuma oleh penulis. buku ni special sebab ada id number. siap ada sijil number buku tu lagi. bertuah lagi sekali
p/s: sedang berusaha untuk ke arah itu..!!
paling menyampah pakai tag kat tangan tu. disebabkan event ni 3 hari so aku kena pakai benda tu selama 3 hari berturut2. makan, mandi, tido bersama dengan benda alah tu..hampeh tul laa..hehe
bergambar kenangan diakhir congress
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Penaja Program ni Success Resources rite..??
tak silap aku dia pernah wat Program Ewen Chia di hotel sebelah Mid Valley..
Aku pergi program lain masa tu..
try google Ewen Chia..
Success Resourcess ni kumpul ramai speaker Top 10 in the world dalam bidang masing2..
AlhamdulilLah.. sekdar brkongsi apa yang aku tau (x seberapa..)
~ MiL
yup betol nama organizer yg ko sebut tu..actually aku ada program susulan. itupn leader aku gak nk belanja. tp aku tak masuk kali ni sebabnya aku rasa aku dh banyak pergi kursus tapi tindakan je masih belum capai tahap yang sepatutnya. so skg ni aku fokus kat bahagian tindakan aku dulu..tak guna ada gergaji yang tajam tapi simpan dalam tools box jek :D
Insya-ALLAH.. aku doakan yang terbaik untuk ko dunia akhirat, Ameen..
"Bila anda buka buku anda belajar teori, bila anda tutup buku anda praktik"
p/s: ni pepatah masa aku keroje salesman dulu2..
~ MiL
thanks friends..ko pecer skg ek. bila nk update blog ko :D
Rindu aku ke aper.. hehehehh..
Blog jarang-jarang update.. aku low profile tuan..
~ MiL
Post a Comment