i k l a n

Saturday, November 20, 2010

kisah pagi raya aidilAdha 1431H

terjaga dari tidur seawal jam 5.30pagi. sesedar dari tidur terus terdengar azan subuh. tanpa berlengah aku bangun lantas ke bilik air. perkara pertama yang aku buat adalah tengok cermin dan 1, 2, 3 and heeeee (smile). kemudian aku membersihkan gigi dengan satu alat yang dinamakan berus gigi dan menggunakan sejenis bahan kimia putih yang orang kebanyakkan panggil ubat gigi. aku tengok jenama ubat tu colgate. kemudian aku membersihkan dosa-dosa kecil yang ada pada muka, tangan, telinga dan juga kaki dengan menggunakan air paip yang disapu pada bahagian tersebut. kemudian aku terus ke ruang tamu dengan menggunakan sehelai kain bercorak masjid dan beriqamah dalam hati terus ke niatkan "aku solat subuh 2 rakaat kerana Allah taala", mengangkat takbir dan meneruskan aktiviti kewajipan aku pada pagi tersebut hingga selesai. sambil-sambil berzikir selepas solat aku terdengar dari kejauhan laungan takbir raya. sungguh syahdu sekali. haa...pagi ni pagi raya..!!

aku pun dengan ghairahnya mengambil baju melayu untuk diseterika. malang tak berbau, seterika tersebut berada ditahap kepanasan maksimum lantas telah menyebabkan bahagian lengan baju melayu ku itu berlubang. Adeiii..nk pakai baju pe ni. ini lah satu-satunya baju melayu sepasang yang aku bawa ke sini. tanpa berlengah aku mengambil baju melayu lain yang tiada seluar melayunya. terus aku seterika menggunakan seterika yang lain agar pisang tidak berbuah dua kali.

seusai baju melayu maroon itu aku gosok, aku terfikir lak bagaimana nak padankan baju melayu aku ni. samada aku nk pakai kain pelikat atau seluar slack biasa sahaja. inikan hari raya, jadi kena laa pakai cantik-cantik. lagi pun kain songket untuk dijadikan samping sudah di gosok. so aku memutuskan untuk memakai baju melayu maroon dengan seluar slack hitam dihiasi dengan songket hitam bersulam benang emas dan berkopiah kelabu. member aku cakap ini style org johor skg. aku pun layan je lah.


sementara menunggu nak mandi tetiba aku begitu teruja nak jogging. ntah apa angin aku nak jogging pagi tu setelah beberapa tahun tidak jogging..!! aku pun terus pakai kasut dan berlari sekeliling taman perumahan aku sewa tu. wahh...memang best. aku dapat rasa satu yang menakjubkan. badan rasa cergas dan dah tak pikir nak tidur lagi selepas subuh. hehehe.

dipendekkan cerita aku dan bebudak rumah ke masjid uthm untuk solat sunat aidiladha 2 rakaat kerana allah taala. opss niat laa pulak..!! khutbah aidiladha pagi tu lain sekali. tidak lagi bercerita berkenaan kisah penyembelihan nabi ibrahim dan ismail tetapi lebih kepada teguran dan juga nasihat terhadap umat islam tentang amalan2 sunat yang patut dilakukan oleh umat islam yang tidak menunaikan haji di mekah yakni seperti berpuasa dan tidak mencukur bulu dalam tempoh 1-10 zulhijjah. teguran juga di atas kealpaan kita menyambut aidiladha secara hambar dan tidak seperti sambutan aidilfitri. yang sepatutnya sambutan aidiladha inilah yang patut kita meriahkan dan raikan bersungguh-sungguh.

selepas solat, ada disediakan sedikit jamuan oleh pihak masjid namun maklumlah ramai student-student yang tak balik dan sekarang ini ditambah lagi dengan student dari luar negara yang bertambah ramai maka makanan yang disediakan tidak mencukupi untuk semua. maka terpaksa aku ngan kekawan rumah aku balik sambil mencari kedai-kedai makan yang buka pada pagi tersebut. reski cukup baek pagi itu kerana ada satu kedai mamak buka. aku ngan kekawan aku ni pun melepaklah dikedai tersebut. maklumlah itu satu2 nya kedai yang bukak pagi tu, maka ramailah manusia2 bujang seperti aku ni datang bertandang sambil melepaskan keluhan dek lama menunggu makanan tiba. tapi yang aku tak leh blah bilamana ada juga family yang datang makan kat situ. oit..korang tak masak ke pagi raya ni..????? adoiilaaa...macam langsung takde erti beraya. macam menyambut raya cina/deepavali lak. aku pening dan aku tak tahu apa yang diorang fikir tentang pengertian raya aidiladha ni. aku ni pun sbb kat rumah aku peti ais dah rosak. kalo tak ada jek aku masak sendiri untuk raya pagi tu. fuhhhhh...

balik jek dari kedai tu terus aku landing di atas toto...tido jap
(cerita berhenti di sini)

p/s:
aku masih berfikir camne aku nak jadikan sambutan raya ni meriah gak

aku nak kongsi apa benda yang aku kongsi kat fb aku:

‎"The real secret of success is enthusiasm. Yes, more than enthusiasm, I say excitement. I like to see men get excited. When they get excited they make a success of their lives." - by Walter P. Chrysler

enthusiasm = ghairah
kita perlu ghairah dalam melakukan sesuatu bukan ghairah untuk nafsu ;)

Tuesday, November 16, 2010

salam AidilAdha 1431H



salam aidiladha wat semua pengunjung inspirasimuhsync.
tahun ni aku beraya diperantauan (johor)
sedey gak tak balik sebab confirm kat kampung aku legi meriah
tapi sebab ada beberapa kekangan, terpaksa aku hadapi jua

p/s:
cuba hayati ayat ni

kaya ditempat orang;watan
miskin ditempat sendiri;dagang


(aku jumpa ayat ni kat sebuah masjid kampung yang ditulis dalam tulisan jawi)

Monday, November 15, 2010

kira kekayaan pd umur 65 tahun

hari ini aku memulakan pagi seawal azan subuh. bangun, bersihkan diri, gosok gigi, ambil wuduk dan menunaikan kewajipan pertama aku pagi ini;solat subuh. seusai selesai berdoa, aku teruskan lagi dengan membaca al-mathurat dan surah yasin. tenang sekali rasa dalam diri. langsung aku bangun dari tikar sejadah kecil itu untuk bersenam. pergh..sudah lama aku tak bersenam. kali ini aku bersenam dalam bilik je. kebetulan takde orang dalam bilik tu. jangan tak tahu yang aku juga sempat berjogging sebab kalau ikut iklan kat dalam tv tu diorang cakap "xde alasan untuk tidak bersenam". jadi memang benar apa yang diperkatakan tu dan aku telah buktikan nya. senaman pagi aku tu sekadar membuat tubuhku mengeluarkan haba dan belum cukup untuk membuat aku berpeluh. kemudian, aku beralih ke ruang dapur dan mengemas apa yang patut di situ. dari ruang dapur, aku mencapai tuala merah yang lembut dan bergerak ke bilik air untuk mandi. waa..aku rasa aku telah melakukan aktiviti yang sihat pada hari ini.

aktiviti pagi aku tidak berhenti disitu, aku bersiap dan terus bergerak ke library untuk membuat aktiviti biasa aku. biasanya di library aktiviti pertama yang aku buat adalah check email, facebook, baca blog, baca newspaper online, buka webpage public mutual dan surfing info-info yang menarik. dalam dok surfing tersebut aku terjumpa satu benda yang menarik untuk aku kongsikan dengan korang semua yang datang melawat blog aku ni.

benda alah yang menarik ni adalah suatu animasi yang akan menunjukkan bagaimana duit kita bakal bertambah mengikut kadar yang ditetapkan. jadi kita dapat melihat ditempat manakah yang paling sesuai untuk kita laburkan duit simpanan kita. since aku bekerja dalam bidang ini jadi aku cadangkan untuk korang cuba benda alah ini SILA KLIK DISINI

bila korang dah klik, korang akan masuk ke suatu webpage. korang akan nampak suatu image macam graf. kemudian korang tekan butang PLAY. kemudian korang masukkan lah input bape banyak korang boleh simpan setiap bulan, pada umur bape korang leh mula menyimpan dan diruang interest rate tu adalah bape percent (%) interest atau kadar faedah atau dividen yang dapat diberikan oleh sesuatu institusi. contohnya cam ASB dapat bagi 8%, public mutual leh bagi 10% and above, epf dapat bagi 5% (contoh yang aku bagi ini based on history lepas). jadi silah korang cuba.

-----------------------------------------------------------------------------

hah ini yang aku dah cuba:


ini adalah kes bila aku cuba letakkan simpanan bulanan aku adalah sebanyak $100 dan bermula pada umur aku sekarang iaitu 26 (opsss..!! kantoi lak..hihi). aku letakkan interest rate sebanyak 8% so jumlah yang aku dapat adalah $323,338 pada umur 65tahun



ini pulak kes bila aku ubah interest rate kepada 10% dan masih lagi mengekalkan umur mula pada usia 26 tahun dan simpanan sebanyak $100 sebulan so aku akan dapat sebanyak $576,086 pada usia 65 tahun (separuh juta beb..!!)


dan yang terakhir kes bila aku anjak sikit umur aku ke usia 27. maksudnya aku mula menyimpan lewat setahun dari umur aku sekarang (tahun depan baru nak mula). jumlah simpanan bulanan masih lagi sama iaitu $100 setiap bulan dan interest rate adalah sebanyak 10%. so aku akan dapat sebanyak $520,333 pada usia 65tahun (separuh juta juga tapi nilainya dah berkurang sebanyak $55,753 jika mula awal setahun). ini adalah forecasting mudah yang korang leh guna. at least dapat membantu korang plan duit untuk masa hadapan. bak kata pakcik Werner Erhard “Create your future from
your future, not your past.”

p/s: tiada pesanan untuk hari ini hanya ingin mengambil kata-kata dari pakcik John W. Patten ‎"The road to success is always under construction"

Tuesday, November 9, 2010

siapa LAMBAT..??


hari ini aku dapat satu pepatah baru yang agak best.

"yang LAMBAT mungkin kura-kura sebab dia jalan perlahan tapi yang lagi lambat dan akan tertinggal adalah orang yang LAMBAT BERTINDAK"

jadi korang cuba fikir, korang nak jadi cam kura-kura atau nak jadi ORANG yang LAMBAT BERTINDAK.

bagi aku,
kura-kura ni walaupun dia ni jalan lambat tapi jika dia tetap jalan tanpa kenal erti putus asa, suatu hari nanti dia akan tiba ke suatu destinasi. tapi kalau orang yang boleh jalan laju dan lebih laju dari kura-kura tapi malas atau lambat bertindak dalam sesuatu hal maka dia akan tertinggal dan mungkin terlepas peluang yang mungkin sekali dalam hidupnya.

jadi mulai saat ini. yup..cuba tengok jam anda sekarang. kalo tak ada jam tangan sila tengok jam dinding. atau mana-mana jam yang terdekat. dah tengok ke blum..?? okey..bermula saat ni kita perlu berubah untuk membuat segala tindakan dengan cepat. waa...inilah azam baru aku (azam yang sama jugak sebelum ni).


anyway..aritu aku ada tengok satu video clip menarik. serius aku cakap..!! memang menarik dan menyentap jiwa korang. hah cuba tengok laa sendiri yek. sila klik disini


lepas tengok video clip tu kitorang (aku ngan housemate) dok borak-borak la pasal bagaimana video clip tu telah membuat kitorang berfikir kembali ke zaman innocent boy. hehe. yelah masa tu kan tak baligh lagi pastu tak bape kenal lagi dosa pahala. muka pun bersih giler. ada sorang housemate aku ni cakap "cuba ko ingat balik tempat-tempat permainan kita dlu, aku rasa takut jek bila tengok balik tempat tu. mana taknya, main dalam semak, ntah ular ke lipan ke naga ke yang ada dalam semak tu"

aku pun fikir betul la..nape masa tu tak pernah fikir pasal perkara yang menakutkan. semuanya boleh jadi dan memang perlu dicapai. sanggup buat apa sahaja. tapi bila dah besar ni semua perkara jadi tak boleh. aku cuba fikir lagi dan lagi dan lagi dan lagi..

p/s: muhsync terfikir gak yang mana satu pilihan terbaek:
nak jadi kaya ATAU tak nak miskin
nak masuk syurga ATAU tak nak masuk neraka
apa pilihan korang..??

Monday, November 8, 2010

orang muda

alhamdulillah weekend itu hari dapat menyertai tamrin qiyadi abim negeri johor di masjid yong peng. program yang ringkas dan padat itu begitu mengujakan dengan kehadiran sahabat-sahabat yang begitu bersemangat dan penuh komitmen dengan pelbagai lontaran idea-idea baru serta bernas. Namun begitu dalam gelombang kebangkitan golongan muda abim johor ini terselit beberapa anak muda yang mungkin tersilap masuk tempat (datang dengan cara tak sengaja). mereka ini merupakan golongan adik-adik dari beberapa ipta tempatan yang mungkin pernah mengikuti program-program abim johor sebelum ini. tahniah kerana hadir cuma ada sedikit yang tampak masih kurang iaitu pembabitan golongan ini sepanjang tamrin berlangsung. perkara yang paling kritikal sekali adalah bilamana diberikan peluang untuk mendapat duit poket tambahan melalui abim. langsung tiada sambutan. sedihkan..! adakah mereka ini sudah cukup selesa dengan duit pinjaman ptptn ataupun memang anak orang kaya. itulah perkara yang bermain difikiran aku. yang aku takutkan adalah mereka berada disitu dengan keseronokkan mereka tersendiri (budaya berseronok) tanpa menghiraukan kandungan dan juga isi perbincangan di situ. aku rasa itulah yang paling tepat kerana ada yang aku tanya secara individu masa aktiviti berhenti rehat menunjukkan mereka tidak faham pun apa yang telah sedia diterangkan semasa aktiviti berlangsung.

p/s: aku rasa diorang tido

Thursday, November 4, 2010

Best ke jadi UTC


Malam tadi dok ber"sms" dengan sorang kawan. Kami dok borak pasal keje. Since aku bekerja sebagai UTC, jadi aku introduce la keje tu kat dia. Mesti korang tertanya-tanya pe benda la UTC tu. UTC tu merupakan singkatan kepada Unit Trust Consultant atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai perunding unit amanah.

Kawan aku ni tanya "Best ke jadi UTC..?". Jawapan aku pulak, "memang best".

Apa yang bestnyer keje sebagai UTC..??

PERTAMAnya bekerja sebagai UTC ni sentiasa membuatkan aku jadi positif sebabnya kita sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang mempunyai aura positif, sentiasa bersemangat baru setiap hari dan mereka semuanya adalah orang-orang yang hebat.

KEDUA kita bekerja dalam lingkungan motivasi dan sentiasa up to date tentang isu ekonomi. Semua ni aku dapat melalui kelas-kelas yang dianjurkan oleh syarikat dan juga sesi latihan daripada kumpulan yang kita sertai. confident level dalam diri juga meningkat dan kita akan yakin dengan diri kita sendiri.

KETIGA ia merupakan suatu kerja yang suci dan murni sebabnya melalui UTC ni kita akan membantu client untuk merancang masa depan mereka dengan lebih baik. Menjadi UTC ini bukan semata-mata untuk mengejar komisyen sahaja seperti kebanyakkan orang yang salah anggap. Tugas kami adalah membimbing client untuk membina masa depan yang lebih baek menggunakan unit trust sebagai tools.

KEEMPAT semangat 1 Malaysia yang diwar-warkan sekarang ini sudah lama dipraktik dalam industri ini. Aku berkawan dengan semua bangsa dan pelbagai agama. Tiada isu perkauman dan masing-masing saling menaikkan semangat serta membantu jika dalam bermasalah.

KELIMA tiada politik dalaman untuk menjatuhkan orang lain seperti yang berlaku dalam kebanyakkan pejabat. Isu dengki, menghasut dan tidak puas hati. Apa yang ada hanyalah siapa yang kerja kuat dia yang dapat habuannya.

KEENAM bekerja sebagai satu pasukan. Leader yang telah lama akan menurunkan ilmu mereka serta berkongsi tips bagaimana mereka berjaya dalam industri ini. Selain itu leader juga perlu turut sama membimbing pasukan untuk meningkatkan hasil produktiviti melalui latihan dan juga sesi motivasi yang akan menaikkan semangat UTC yang bermasalah

KETUJUH tiada boss..!! erk betul ke? tiada istilah boss dalam industri ini. Yang ada hanyalah leader yang akan memimpin, meransang dan membantu kita untuk berjaya. Kita yang akan kawal aktiviti kita di mana sahaja tanpa perlu terikat dengan etika pemakaian, waktu bekerja dan yang paling penting tiada leteran dari boss ataupun due date kerja yang perlu dihantar kepada boss

KELAPAN kebebasan..!! suatu yang lagi syok. Kita bebas untuk menentukan bagaimana harus kita bekerja. Samada kita ingin bekerja dari rumah atau ingin ke pejabat atau dikedai makan atau juga menggunakan teknologi internet. Semuanya boleh kita laksanakan atas pilihan dan kehendak diri kita sendiri. Ruang pejabat juga disediakan bagi sesiapa yang masih suka masuk office.

KESEMBILAN tiada istilah GAGAL..!! di sini tiada istilah sesorang UTC itu gagal selagi mana UTC itu melaksanakan aktiviti mereka sebagai UTC. Setiap hari merupakan kejayaan dan pencapaian. Mungkin hari ini prestasi kurang memberansangkan tapi esok adalah hari yang sentiasa menyinar. Seperti mana UTC membimbing client untuk membina masa depan yang cerah begitulah juga kehidupan UTC yang setiap harinya adalah sentiasa cerah. Mana tidaknya, setiap hari kita akan sebut sesuatu yang positif dan benda itulah yang tersemat dalam hati kita. Ia umpama kita menarik segala yang positif ke dalam diri kita walaupun kita menyampaikan kepada orang lain. Bak kata pepatah "what u give, u'll get back".

dan

KESEPULUH kePUASan HATI..!! ia merupakan suatu nikmat yang tak terkata dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata melainkan merasainya sendiri. Bagi aku rasa puas sebabnya aku dapat menyampaikan perkara yang baek dengan orang ramai walaupun orang yang aku terangkan itu tidak menggunakan perkhidmatan aku sebagai UTC. Selain itu, bagi client aku pula aku dapat membantu mereka merangka, merancang dan membina suatu cahaya yang lebih baek dihari mendatang. Kerana bagiku hidup ini berasaskan mimpi. Orang yang kurang berjaya hari ini adalah kerana orang itu kurang bermimpi. Jadi aku menolong mereka membina mimpi mereka dengan sesempurna mungkin. Ingat juga kata pepatah "orang yang gagal merancang adalah merancang untuk gagal". Jadi aku telah cuba membantu orang membuat satu perancangan dalam hidup mereka agar mereka tidak merancang untuk gagal lagi..!!

banyak lagi perkara yang aku dapat dari industri ini. Ada yang tanya berapa banyak komisyen yang ko dah dapat sekarang ini? Aku menjawab dengan tersenyum. Memang lah aku tak dapat banyak komisyen sebab aku pun masih lagi bekerja sebagai part timer (tak banyak wat aktiviti) dalam industri ini cuma dalam akaun bank aku tu setiap bulan ada jek duit yang masuk walaupun tak banyak =)))

kepada yang masih mencari kerja atau mencari peluang yang bagus atau masih lagi nak mencari keje makan gaji cuba renungkan pepatah ini:

Dalam kehidupan ini, kita akan jumpa dengan banyak pintu. Kita akan pilih pintu yang mana kita nak masuk. Tapi kadang-kadang tu pintu yang kita pilih itu tak dapat kita masuki sebabnya ia tertutup untuk kita. Jadi kenapa kita masih lagi menunggu untuk pintu yang dah tertutup sedangkan ada pintu-pintu lain yang masih terbuka untuk kita

muhsync adalah seorang UTC
aku ada lesen dari FIMM
........feel free.............

Monday, November 1, 2010

subsidi = menerima vs memberi = menderma

Kesibukan ku menyudahkan penulisan tesis terhenti gara-gara gejala ketepuan dalam mengeluarkan idea. Pada masa itulah jua aku pun mulalah marayau-rayau dalam jaringan dunia maya ini mencari mutiara-mutiara berharga buat memenuhi tuntutan naluri dan juga rohani. Aku mula menziarahi kembali laman sesawang yang sudah lama tidak aku kunjungi dan nah..!! begitu banyak sekali mutiara ilmu berharga perlu ku kutip kembali dan membelek semua helaian demi helaian. Antara yang sempat aku kunjungi adalah sesawang ustaz zaharuddin yang nampaknya dah berubah wajah. Nampak sangat sudah lama aku tidak ke sana.

Aku sebenarnya sudah lama tidak membuat tabiat gitu gara-gara aku berpindah rumah ke rumah yang tiada internet kemudian diikuti dengan aku tidak membayar bil broadband sehingga sekarang. Walaweiii...tak ada duit la. Gaji-gaji terakhir kena potong 100% untuk yuran pengajian (agak kejam gak pejabat bendahari mengambil duit titik peluh aku walaupun aku merayu untuk membayar selepas tamat pengajian, sebelum ni aku memotong rm300 setiap bulan dari gajiku itu). Sekarang ni dah takde gaji (sebab dah tamat kontrak) dan menggunakan duit simpanan kecemasan + bantuan dari MAK&AYAH FUND.

Tinggalkan dulu kisah aku yang tak berduit tu. Bagi aku, walaupun aku tak ada duit sekalipun tapi kalau udah rezeki aku, dapat juga untuk aku makan dan minum serta membeli barang keperluan. Teringat kata-kata abg rosman technician kat makmal automotive tu, "orang yang banyak duit pun belum tentu dapat makan sebabnya takut kena penyakit, itu namanya bukan rezki dia, syukurlah hidup kita begini, duit tak banyak pun tapi sentiasa dapat makan". Insaf aku mendengarnya. Apa yang ada dalam hatiku hanyalah yakin dengan Allah tanpa sedikit ragu.

Menjengah hari-hari yang telah berlalu, aku ditimbunkan dengan gejala subsidi dalam kotak kepala ku. Ini semua timbul sementelah aku menonton satu drama bersiri Jepun berkenaan seorang budak perempuan yang mendapat penyakit saraf secara tiba-tiba. Ia merupakan kisah benar yang berlaku di sana dan diadaptasikan menjadi kisah bersiri. Cukup menyentuh hati (mata aku tak terkecuali merembeskan sejenis cecair jernih yang aku tak tahu nama saintifiknya). Apa yang menarik untuk dikongsikan dalam entri ini di mana ada satu babak yang mengisahkan bagaimana bapa kepada budak ppuan itu tidak mahu menerima subsidi kerajaan untuk anaknya yang bakal lumpuh. Subsidi itu untuk membolehkan bapanya membeli kerusi roda dengan mendapat diskaun. Kata bapanya "biarlah subsidi itu diberi kepada orang lain yang lebih memerlukan, anak saya masih ada saya dan saya masih boleh bekerja". Begitulah antara dialog seingat saya.

Gejala menerima subsidi di Malaysia nampaknya makin menjadi-jadi. Ini kita dapat lihat bilamana kerajaan mengumumkan pemberian notebook kepada rakyat. Ramai rakan-rakan, sedara-mara dan orang-orang tertentu yang turut merebut peluang untuk mendapatkannya. Salah ke terima bantuan itu? Bagi aku tak salah jika kamu benar-benar layak untuk menerimanya (tak mampu langsung untuk membeli sendiri) tapi adalah tidak patut jika kamu mampu membeli sendiri tapi mengambil kesempatan atas tawaran tersebut. Dan ada lagi yang mengambil kesempatan menjual kembali notebook tersebut.

Gejala ini tidak berhenti disitu saja. Ia telah lama berlaku dan telah lama dibincangkan di peringkat golongan tertentu dalam negera kita ini. Gejala menerima subsidi lagi teruk kategorinya apabila ia digunakan sebagai bahan politik bagi tujuan menarik undi parti-parti tertentu. Kesempatan yang digunakan itu cukup licik dan begitu murni sekali di mata para penerima yang sudah lena atas kemurahan hati si penderma. Kesan pemberian subsidi ini telah menyebabkan orang kita ini telah lena dan semakin lena kerana sentiasa ada bantuan yang datang membantu mereka. Tiada lagi perlunya usaha untuk mereka rempuh seperti orang sedikit (orang kaya). Namun bagi si pemberi lagi seronok sebab penerimanya sudah lena dibuai mimpi-mimpi indah asalkan parti yang diwakilinya sentiasa menang walaupun negara bakal musnah sedikit demi sedikit. Lagi kelakar bila ada pihak pembangkang pun turut menagih bantuan tersebut.

Kepincangan dalam hal subsidi ini usahlah dirungkai lagi kerana ia bakal mengundang padah. Bagiku adalah kesedaran dari pemilik batang tubuh itu sendiri. Dari rasa tanggungjawab, amanah serta ikhtiar yang seharusnya wajib bagi setiap orang. Kesenangan inilah yang telah membuai orang kita di atas buaian maya yang bakal putus talinya. Banyak sekali aku melihat rakan-rakan yang begitu malas untuk membanting tulang dan mengerjakan sesuatu dengan sepenuh hati. Ada yang lebih kritikal bilamana ada yang nak bekerja kerajaan kerana nak kerja senang. Ikut kata kawanku, "kerja kerajaan itu tidak ada senangnya, semuanya harus sibuk. Perlu kerja keras. Terjadi sekarang ini sebabnya ada pekerja kerajaan itu yang bermalas-malasan sebab semuanya nak lepas tangan, tak nak tanggungjawab dan mengharap orang lain yang malaksanakannya". Wah..kalau begitu keadaannya bagaimana mungkin kerajaan dan negara ini mungkin maju..??

Menyorot lagi ke dalam kehidupan aku bersama teman-teman dikalangan NGO yang aku sertai. Ramai dikalangan kami yang bekerja sendiri dan sedikit yang makan gaji dan lagi sedikit yang kakitangan kerajaan. NGO ini merupakan sebuah badan yang memang tidak menyebelahi mana-mana parti politik dan tidak jua menyokong mana-mana pihak berkepentingan. Ia sebuah badan yang murni menegakkan kebenaran di samping membawa gelombang kesedaran kepada masyarakat khususnya para belia hari ini. Apa yang aku cuba kaitkan adalah bagaimana badan ini seharusnya perlu bermandiri tanpa mengharapkan langsung bantuan dari kerajaan. Ia merupakan suatu langkah penting bagi memastikan badan ini akan terus kekal di atas pendiriannya walau apa pun jua badai menimpa. Ini kerana hari ini pendirian atau prinsip itu boleh berubah sekelip mata bila duit dijadi ganti.

Aku tidak lupa menonton movie dihari-hari gelap bagi melegakan stress dikepalaku ini. Antara yang menjadi tontonan aku terdekat adalah "sang pemimpi", "laskar pelangi" dan "once". Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi merupakan hasil cetusan kisah benar yang berlaku di Indonesia suatu ketika dulu. Amat dan terbaek ditonton oleh anak muda sekarang ini. Banyak sekali nilai-nilai yang berharga dan boleh jadi pencetus semangat untuk kembali bangun. Wah..hebatkan filem ini. Antara nilai yang aku dapat adalah:

jangan pernah berhenti untuk bermimpi

mimpilah setinggi-tingginya, ambillah risiko yang paling tinggi moga kita bisa menjadi kaya

hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk hidup untuk menerima sebanyak-banyaknya

kalau mahu pandai, belajarlah. kalau mahu berhasil, usahalah

manakala dalam filem "Once" - "nothings for free"

Nah..kalau korang menonton filem-filem tersebut, korang akan rasa panahan semangatnya untuk terus bergerak memajukan diri. Jangan pernah berhenti. Tanpa mengharapkan kemudahan dan kesenangan semata-mata. Kesenangan dengan kepayahan itu tidak mengapa sebab itu adalah hadiah buat sang pengusaha. Ayuh gerakkan diri untuk maju. Majunya diri kita ini, majulah keluarga kita, majunya keluarga kita, majulah masyarakat kita. majunya masyarakat kita, majulah agama dan bangsa kita. majunya agama dan bangsa kita, majulah jajahan takluk kita. Majunya kita ini tidak perlu usaha membawa hiburan sebagai bahan kemajuan negara kita. Tingginya semangat orang kita hari inilah yang menentukan kemajuan ekonomi negara kita dan majunya ekonomi negara kita hari ini menentukan tingginya pendapatan orang-orang kita.

Wahai orang-orang tertentu usahlah ditidurkan lagi orang kita ini yang sudah sedia lena. Bangkitkanlah mereka ini agar orang kita tidak lagi bermimpi di dalam tidur sebaliknya bermimpi di dalam jaga.

mematah kata, menusuk hati:
"usah ditanya apa bakti negara kepada engkau tapi tanyalah apa bakti kau terhadap negara"
"tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah"
"Allah tidak mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya"
"erti hidup pada memberi"

p/s: nak jadi penerima subsidi selamanya atau yang memberi derma dan memperoleh pahala dariNYA
Related Posts with Thumbnails