Kesibukan ku menyudahkan penulisan tesis terhenti gara-gara gejala ketepuan dalam mengeluarkan idea. Pada masa itulah jua aku pun mulalah marayau-rayau dalam jaringan dunia maya ini mencari mutiara-mutiara berharga buat memenuhi tuntutan naluri dan juga rohani. Aku mula menziarahi kembali laman sesawang yang sudah lama tidak aku kunjungi dan nah..!! begitu banyak sekali mutiara ilmu berharga perlu ku kutip kembali dan membelek semua helaian demi helaian. Antara yang sempat aku kunjungi adalah sesawang ustaz zaharuddin yang nampaknya dah berubah wajah. Nampak sangat sudah lama aku tidak ke sana.
Aku sebenarnya sudah lama tidak membuat tabiat gitu gara-gara aku berpindah rumah ke rumah yang tiada internet kemudian diikuti dengan aku tidak membayar bil broadband sehingga sekarang. Walaweiii...tak ada duit la. Gaji-gaji terakhir kena potong 100% untuk yuran pengajian (agak kejam gak pejabat bendahari mengambil duit titik peluh aku walaupun aku merayu untuk membayar selepas tamat pengajian, sebelum ni aku memotong rm300 setiap bulan dari gajiku itu). Sekarang ni dah takde gaji (sebab dah tamat kontrak) dan menggunakan duit simpanan kecemasan + bantuan dari MAK&AYAH FUND.
Tinggalkan dulu kisah aku yang tak berduit tu. Bagi aku, walaupun aku tak ada duit sekalipun tapi kalau udah rezeki aku, dapat juga untuk aku makan dan minum serta membeli barang keperluan. Teringat kata-kata abg rosman technician kat makmal automotive tu, "orang yang banyak duit pun belum tentu dapat makan sebabnya takut kena penyakit, itu namanya bukan rezki dia, syukurlah hidup kita begini, duit tak banyak pun tapi sentiasa dapat makan". Insaf aku mendengarnya. Apa yang ada dalam hatiku hanyalah yakin dengan Allah tanpa sedikit ragu.
Menjengah hari-hari yang telah berlalu, aku ditimbunkan dengan gejala subsidi dalam kotak kepala ku. Ini semua timbul sementelah aku menonton satu drama bersiri Jepun berkenaan seorang budak perempuan yang mendapat penyakit saraf secara tiba-tiba. Ia merupakan kisah benar yang berlaku di sana dan diadaptasikan menjadi kisah bersiri. Cukup menyentuh hati (mata aku tak terkecuali merembeskan sejenis cecair jernih yang aku tak tahu nama saintifiknya). Apa yang menarik untuk dikongsikan dalam entri ini di mana ada satu babak yang mengisahkan bagaimana bapa kepada budak ppuan itu tidak mahu menerima subsidi kerajaan untuk anaknya yang bakal lumpuh. Subsidi itu untuk membolehkan bapanya membeli kerusi roda dengan mendapat diskaun. Kata bapanya "biarlah subsidi itu diberi kepada orang lain yang lebih memerlukan, anak saya masih ada saya dan saya masih boleh bekerja". Begitulah antara dialog seingat saya.
Gejala menerima subsidi di Malaysia nampaknya makin menjadi-jadi. Ini kita dapat lihat bilamana kerajaan mengumumkan pemberian notebook kepada rakyat. Ramai rakan-rakan, sedara-mara dan orang-orang tertentu yang turut merebut peluang untuk mendapatkannya. Salah ke terima bantuan itu? Bagi aku tak salah jika kamu benar-benar layak untuk menerimanya (tak mampu langsung untuk membeli sendiri) tapi adalah tidak patut jika kamu mampu membeli sendiri tapi mengambil kesempatan atas tawaran tersebut. Dan ada lagi yang mengambil kesempatan menjual kembali notebook tersebut.
Gejala ini tidak berhenti disitu saja. Ia telah lama berlaku dan telah lama dibincangkan di peringkat golongan tertentu dalam negera kita ini. Gejala menerima subsidi lagi teruk kategorinya apabila ia digunakan sebagai bahan politik bagi tujuan menarik undi parti-parti tertentu. Kesempatan yang digunakan itu cukup licik dan begitu murni sekali di mata para penerima yang sudah lena atas kemurahan hati si penderma. Kesan pemberian subsidi ini telah menyebabkan orang kita ini telah lena dan semakin lena kerana sentiasa ada bantuan yang datang membantu mereka. Tiada lagi perlunya usaha untuk mereka rempuh seperti orang sedikit (orang kaya). Namun bagi si pemberi lagi seronok sebab penerimanya sudah lena dibuai mimpi-mimpi indah asalkan parti yang diwakilinya sentiasa menang walaupun negara bakal musnah sedikit demi sedikit. Lagi kelakar bila ada pihak pembangkang pun turut menagih bantuan tersebut.
Kepincangan dalam hal subsidi ini usahlah dirungkai lagi kerana ia bakal mengundang padah. Bagiku adalah kesedaran dari pemilik batang tubuh itu sendiri. Dari rasa tanggungjawab, amanah serta ikhtiar yang seharusnya wajib bagi setiap orang. Kesenangan inilah yang telah membuai orang kita di atas buaian maya yang bakal putus talinya. Banyak sekali aku melihat rakan-rakan yang begitu malas untuk membanting tulang dan mengerjakan sesuatu dengan sepenuh hati. Ada yang lebih kritikal bilamana ada yang nak bekerja kerajaan kerana nak kerja senang. Ikut kata kawanku, "kerja kerajaan itu tidak ada senangnya, semuanya harus sibuk. Perlu kerja keras. Terjadi sekarang ini sebabnya ada pekerja kerajaan itu yang bermalas-malasan sebab semuanya nak lepas tangan, tak nak tanggungjawab dan mengharap orang lain yang malaksanakannya". Wah..kalau begitu keadaannya bagaimana mungkin kerajaan dan negara ini mungkin maju..??
Menyorot lagi ke dalam kehidupan aku bersama teman-teman dikalangan NGO yang aku sertai. Ramai dikalangan kami yang bekerja sendiri dan sedikit yang makan gaji dan lagi sedikit yang kakitangan kerajaan. NGO ini merupakan sebuah badan yang memang tidak menyebelahi mana-mana parti politik dan tidak jua menyokong mana-mana pihak berkepentingan. Ia sebuah badan yang murni menegakkan kebenaran di samping membawa gelombang kesedaran kepada masyarakat khususnya para belia hari ini. Apa yang aku cuba kaitkan adalah bagaimana badan ini seharusnya perlu bermandiri tanpa mengharapkan langsung bantuan dari kerajaan. Ia merupakan suatu langkah penting bagi memastikan badan ini akan terus kekal di atas pendiriannya walau apa pun jua badai menimpa. Ini kerana hari ini pendirian atau prinsip itu boleh berubah sekelip mata bila duit dijadi ganti.
Aku tidak lupa menonton movie dihari-hari gelap bagi melegakan stress dikepalaku ini. Antara yang menjadi tontonan aku terdekat adalah "sang pemimpi", "laskar pelangi" dan "once". Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi merupakan hasil cetusan kisah benar yang berlaku di Indonesia suatu ketika dulu. Amat dan terbaek ditonton oleh anak muda sekarang ini. Banyak sekali nilai-nilai yang berharga dan boleh jadi pencetus semangat untuk kembali bangun. Wah..hebatkan filem ini. Antara nilai yang aku dapat adalah:
jangan pernah berhenti untuk bermimpi
mimpilah setinggi-tingginya, ambillah risiko yang paling tinggi moga kita bisa menjadi kaya
hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk hidup untuk menerima sebanyak-banyaknya
kalau mahu pandai, belajarlah. kalau mahu berhasil, usahalah
manakala dalam filem "Once" - "nothings for free"
Nah..kalau korang menonton filem-filem tersebut, korang akan rasa panahan semangatnya untuk terus bergerak memajukan diri. Jangan pernah berhenti. Tanpa mengharapkan kemudahan dan kesenangan semata-mata. Kesenangan dengan kepayahan itu tidak mengapa sebab itu adalah hadiah buat sang pengusaha. Ayuh gerakkan diri untuk maju. Majunya diri kita ini, majulah keluarga kita, majunya keluarga kita, majulah masyarakat kita. majunya masyarakat kita, majulah agama dan bangsa kita. majunya agama dan bangsa kita, majulah jajahan takluk kita. Majunya kita ini tidak perlu usaha membawa hiburan sebagai bahan kemajuan negara kita. Tingginya semangat orang kita hari inilah yang menentukan kemajuan ekonomi negara kita dan majunya ekonomi negara kita hari ini menentukan tingginya pendapatan orang-orang kita.
Wahai orang-orang tertentu usahlah ditidurkan lagi orang kita ini yang sudah sedia lena. Bangkitkanlah mereka ini agar orang kita tidak lagi bermimpi di dalam tidur sebaliknya bermimpi di dalam jaga.
mematah kata, menusuk hati:
"usah ditanya apa bakti negara kepada engkau tapi tanyalah apa bakti kau terhadap negara"
"tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah"
"Allah tidak mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya"
"erti hidup pada memberi"
p/s: nak jadi penerima subsidi selamanya atau yang memberi derma dan memperoleh pahala dariNYA
1 comment:
auuwww...
abg sein ada FIMM..
Peminat,
++ Fiona ++
Post a Comment