i k l a n

Tuesday, October 26, 2010

aku dapat hadiah


lama sudah tak membebel dalam blog ni. sejak kepala "hang up" and perlu defragmenter dulu. memang takde idea langsung nak tulis tesis. data banyak tapi tak blur nak transfer ke dalam bentuk ayat. bak kata supervisor aka sifu aku petang tadi, "awak ni humble sangat laa tulis tesis". dia cakap banyak yang aku perlu ulaskan lagi tapi aku langsung tak sentuh perkara tu.

alhamdulillah hari tu aku dapat hadiri interview jawatan pegawai latihan vokasional (j41) under MARA kat IKM Pekan, Pahang. interview tak nak citer laa kat sini. semua ok jek. ada rezki terpilih laa nnt. namun hikmahnyer selepas balik interview aku dapat rasa something yang lain. rasa bersemangat untuk wat tesis. mungkin sebelum ni aku tak pegi mana-mana. hanya sekadar dok di rumah, kuar makan, tido and paling jauh pegi lab. itu yang menyebabkan minda aku pun turut tepu dek persekitaran yang sama.

kebetulan lak 24hb oct ada bengkel mari menulis anjuran salah satu jawatankuasa kolej. sebenarnya aku pun terlibat sama dalam usaha utk membawa penulis tu ke UTHM. maklumlah kawan-kawan gak semuanya. aku dh mula malas nak menulis balik. jadi aku pendekkan cerita. aku join bengkel mari menulis tu bersama ngan housemate aku, eddy haikal. aku rasa aku ngan eddy merupakan peserta tertua kot dalam tu. tp jiwa muda n penampilan pn muda sebab ada orang panggil aku adik. hahahaha

pendekkan lagi cerita, dalam bengkel tu kami belajar asas wat cerpen dan novel. bagaimana nak dapat idea, kumpul idea dan transfer idea utk wat cerpen dan novel. memang sangat2 berguna dan memberi input untuk aku. dipendek-pendek-pendekkan lagi. diakhir sesi bengkel tu, kami semua peserta perlu menulis kisah pengalaman manis atau paling teruk sepanjang di UTHM sepanjang 1 muka surat A4 paper. aku pun tulis laa. mula-mula tu susah gak sebab tak ingat pe benda kenangan yg best and tak best. last2 aku tulis citer awal2 aku masuk UTHM dlu.

haaa..tulisan kitorang tu kena hantar kat penceramah iaitu ummuhani (penulis novel, cerpen dan skrip drama). dia akan nilai dari segi judul terbaek dan penceritaan atau gaya penulisan cerita. aku pun tulis laa kisah aku tu tapi tetap takde idea banyak. jadi aku tulis tak sampai satu muka pun. separuh ada laa. judul aku letak kat situ "menjilat ludah". haa..amacam ganas tak..!!

kemudian ummuhani ni membaca laa semua hasil tulisan kitorang secara sepintas lalu. kemudian beliau memilih satu tulisan bertajuk "18 Watt" sebagai tulisan terbaek. hah..aku dah agak dah sape punyer tulisan tu. budak yang dok sebelah aku. sape lagi kalo bukan housemate aku, eddy. memang mantap. kemudian ummuhani pilih lagi satu tulisan yang kira boleh dipuji. kemudian dia mengangkat tulisan yang bertajuk "menjilat ludah". hahahaha..aku punya laa tu. pergh..tak sangka lak aku ngan eddy diiktiraf sebagai orang yang berbakat. kami pun diberi hadiah oleh ummuhani berbentuk sebuah buku novel tulisan beliau yang bertajuk "ladang hati mustika".

fullstop
.

2 comments:

ct as said...

bravo..bravo...

MuzzamMiL said...

Bagus3x.. satu peningkatan mendadak incik Muhsync dalam penulisan novel..

Hmm, ko wat novel cepat2x.. Boleh aku minta otograph ko ngan novel free sekali... hehehehehheh..


p/s: Bro, ko balik interview pegawai latihan vokasional kat pahang naik jalan laut ke..?? Samapi sekarang aku tunggu kat KL tak sampai2 lagi.. ;(

Related Posts with Thumbnails