i k l a n

Showing posts with label perancangan kewangan. Show all posts
Showing posts with label perancangan kewangan. Show all posts

Friday, July 8, 2011

simpan


"sape yang tak nak simpan duit. tapi kau tahulah hidup kat KL ni kan. gaji pun ciput jek. nak beli barang keperluan rumah lagi. bayar bil air, letrik, telefon, astro. sewa rumah pun mahal. pastu aku hantar duit kat mak ayah kat kampung. itu perkara yang wajib aku lakukan"

ini antara respon bila aku bertanya tentang duit simpanan kepada kawan-kawan. biasanya aku akan senyum dan terus tersenyum. kemudian aku jawab camni

"tahniah sebab ko ada bg duit kat mak ayah di kampung. itu je yang aku boleh puji tapi apa yang ko katakan tu adalah perkara biasa dan memang itulah jawapan yang aku dapat bila tanya tentang simpan duit. sekarang ni adakah ko masih nak macam tu atau ko nak berubah dan dapat simpan duit dan yang lebih penting adalah ko akan achieve financial freedom. kalo ko mahu dan setuju aku akan cuba bantu dan guide ko"

apa yang berlaku adalah kita tidak ada tabiat menyimpan duit. apa yang kita lakukan adalah dpt duit atau gaji terus fikir pasal hutang, bil, sewa dan barang keperluan. kita tidak pernah fikir tentang simpan dulu kemudian baru fikir untuk perkara2 lain. point utama kat sini adalah bila dapat duit atau gaji SIMPAN UNTUK DIRI SENDIRI DULU = I PAY FOR MYSELF 1ST

berapa banyak nak simpan?
kalo ikut petua pakar at least 10% dari duit atau gaji yang kita dapat perlu disimpan. namun agak susah untuk orang yang tak biasa menyimpan untuk laksanakan perkara ni. jadi keperluan utama untuk diorang adalah belajar menyimpan terlebih dahulu.

belajar menyimpan
pertama sekali cuba create satu tabung. tak kisahlah guna botol ker, kotak, tin, buluh, atau apa-apa material sekalipun untuk dijadikan tabung. pada tabung tersebut sila tulis "financial freedom fund". matlamat yang perlu dicapai adalah menyimpan duit sehingga rm1000. apa yang perlu anda lakukan adalah menyimpan duit setiap hari. ingat SETIAP HARI. simpanlah walaupun sepuluh sen. jumlah untuk disimpan tidak perlu diutamakan. yang utama adalah anda perlu menyimpan SETIAP HARI. kemudian anda perlu catat jumlah simpanan anda setiap bulan. lagi bagus jika anda dapat pastikan jumlah simpanan duit anda semakin meningkat untuk bulan yang seterusnya. jika ia semakin meningkat maka itu merupakan suatu pencapaian untuk diri anda sendiri. ingat matlamat anda menyimpan adalah untuk mengumpul duit sehingga rm1000. bila dah cukup rm1000 anda perlu lakukan langkah seterusnya. langkah seterusnya akan sy ceritakan pada entri selepas ini.

ingat: duit yang telah anda masukkan dalam "financial freedom fund" tidak boleh digunakan. jika anda ambil atau guna duit dalam tabung tersebut bermakna anda telah mengkhianati diri anda sendiri. so boleh lupakan cita-cita untuk achieve financial freedom.

selamat beramal

Rich people have their money work hard for them. Poor people work hard for their money.

Rich people see every dollar as a "seed" that can be planted to earn a hundred more dollars, which can then be re-planted to earn a thousand more dollars.

i pay for my self first


petua untuk mendapat kebebasan kewangan adalah “saya bayar untuk diri sendiri dulu”. Itulah petua yang makin kerap kita dengar hari ini namun susah untuk dilaksanakan. Bukan sebab susah sangat pun. Namun sebab kita telah terbiasa dengan keadaan settlekan bil-bil, hutang, beli belah barang keperluan dan duit yang lebih baru disimpan. Itupun kalau ada lebih. Situasi biasa berlaku adalah sebelum cukup bulan duit dah kering. Apatah lagi nak menyimpan. Baru-baru ni aku sertai seminar “millionaire mind intensive seminar” di PWTC. 3 hari suntuk berada di sana. Aktiviti dari jam 8 pagi sampai 10 malam. Dalam seminar tu pun ada menyatakan tentang prinsip “i pay for my self first”. So kalo korang rasa susah sangat nak menyimpan duit atau membayar untuk diri sendiri dulu, xusahlah bercita-cita nak jadik jutawan. Bunyi cam negative statementkan. Tapi itu lah hakikat.

Cuba kita tengok kepada suatu sudut yang lain. Konsep my self first ni pun ada dalam kita berdoa atau dalam kita memberi nasihat. Setiap kali berdoa tu berdoalah untuk diri sendiri dulu barulah berdoa untuk orang lain. Begitu juga bila memberi nasihat. Bagi nasihat untuk diri sendiri dulu baru niat untuk dikongsi kepada orang lain. So janganlah janggal sangat nak buat sesuatu untuk diri sendiri.

Susah nak disiplin?
Memanglah susah sebab tak pernah nak mula. Kalau nak naik tangga sekali pun kena pijak anak tangga satu per satu baru leh sampai atas. Kalo susah jugak, ada kaedah lain untuk disiplinkan. Salah satunya adalah membuat autodebit ke dalam akaun yang memang susah untuk dikeluarkan. Sebagai contoh simpanlah di dalam akaun unit amanah. Untuk keluarkan kena amik masa 7 hari untuk proses. So selamat lah duit kita.

Friday, May 6, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Camne nak jadi jutawan


Ingat tak masa sekolah dulu-dulu, kita disuruh membuat karangan bertajuk “jika aku seorang jutawan”. Seingat aku pertama kali dapat tajuk tu masa darjah 5. Pergh..masa tu mula berangan jauh dan rasanya sebelum kena buat karangan tu aku tak pernah pun terfikir untuk jadi jutawan. Itu cerita zaman dulu kala.

Sekarang ini adakah kita masih lagi berangan-angan untuk jadi jutawan? Ataupun kita masih lagi dok memikirkan apa yang perlu dilakukan jika menjadi jutawan. Ataupun sekadar tersenyum teringatkan idea-idea bila dah jadi jutawan. Ataupun ada antara korang memang dah sedia jadi jutawan??? Kepada yang dah jadi jutawan tu aku ucapkan tahniah. Kepada yang belum..?? hurm..

Kepada yang belum jadi jutawan lagi, meh kita wat plan untuk jadi jutawan. At least kita cuba merancang untuk jadi jutawan. Bak kata orang “gagal merancang adalah merancang untuk gagal”.

Untuk menjadi jutawan adalah suatu perkara yang mudah. Hah..!! mudah..!! kita hanya perlu mempunyai duit atau wang sebanyak RM1,000,000.00 (RM1juta). Bila dah ada duit sebanyak tu, maka kita dah layak digelar jutawan. So cepat kira duit anda sekarang cukup tak sejuta. Kalo dah cukup tu silalah umumkan. Hurm..kalo takde orang tahu..sila bagitahu kat facebook supaya orang lain leh tau. Tapi awas..kan nanti jadi sasaran perompak lak. Opss..dah merepek..!!

Mari kita cuba merancang untuk dapatkan RM1juta. Kaedah pertama yang pasti adalah kita perlu MENYIMPAN duit. Tapi menyimpan duit ni pun ada beberapa kaedah gak..meh tengok camne nak dapat rm1juta.

SIMPAN Di akaun simpanan biasa
Simpan rm100 sehari.
RM100 x 30hari x 12 bulan x 28 tahun = RM1,008,000.00
Masalahnya mampu ker nak simpan sebanyak tu..!!

Okey..kita kurangkan sikit.
RM56 x 30hari x 12 bulan x 50 tahun = RM1,008,000.00
Perghh..lama lah pulak nak jadi jutawan

Kita cuba cari tempat simpanan lain lak yang boleh bagi dividen tahunan.
Kita amik tempoh 30tahun dan menyimpan sebanyak rm500 sebulan di tempat berikut:

Tempat yang bagi 3% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM290,000.00

Tempat yang bagi 6% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM490,000.00

Tempat yang bagi 8% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM710,000.00

Tempat yang bagi 10% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM1,040,000.00
Jadi kalo nak jadi jutawan dalam tempoh 30 tahun dari sekarang. Simpanlah sebanyak RM500 sebulan dan ditempat yang boleh bagi return atau dividen sebanyak 10% dan ke atas. Kalo nak lagi cepat kena tingkatkan lagi simpanan bulanan. So impian untuk jadi jutawan boleh jadi kenyataan kan :D

Kaedah menyimpan duit ni merupakan kaedah yang paling konservatif untuk menjadi seorang jutawan. Ada lagi tak kaedah lain untuk jadi jutawan..??

Kaedah lain lagi adalah dengan mencari tempat kerja yang dapat membayar gaji yang besar. Contohnya menjadi CEO TNB ker (ada gosip mengatakan gaji CEO TNB rm1juta sebulan..hehe). Tapi layak ker nak jadi CEO TNB. Hehehe...

Menceburi bidang business atau dalam bahasa lainnya adalah perniagaan antara kaedah yang paling sinonim dengan jutawan. Kebanyakkan jutawan lahirnya dari industri perniagaan. Tapi kaedah ni adalah yang paling berisiko tinggi. Hurm..

Ada yang lagi common dalam masyarakat kita adalah menceburi skim cepat kaya. Skim ni memang menjanjikan kekayaan segera. Selain itu ia menggunakan nama yang berunsur islamik dan menggunakan pelbagai strategi kad kredit, pelaburan dan MLM. Tapi biasalah kan..bila kaya cepat sangat ni maka miskin pun cepat juga. Opss..!!

Aku nak share pengalaman aku lak, aku menceburi industri unit amanah. Leader group kami yang bertaraf Group Agency Manager memperolehi komisyen setahun sebanyak RM1.6juta. erm..aku pun nak cepat-cepat buat sale supaya aku akan cepat capai taraf Group Agency Manager. So aku akan cepat jadi jutawan gak :D

So untuk jadi jutawan tu takdelah susah sangat kan. Cuma jangan salah strategi sudah ler. Tapi yang lagi penting adalah untuk kita cuba merancang bagi mendapatkan sesuatu matlamat. Lagi satu yang tak kurang penting adalah matlamat yang nak dicapai tu perlulah jelas dan boleh diukur. Contohnya seperti yang kita buat di atas (menjadi jutawan dalam tempoh 30tahun). Jadi kita akan cari kaedah yang sesuai untuk pastikan matlamat kita itu tercapai. Jika matlamat kita itu tidak jelas dan tidak boleh diukur maka ia umpama angan-angan kosong yang sampai bila pun tak akan tercapai.

p/s: mempunyai matlamat ni umpama kita membaling dart ke papan target. Tapi kalo papan target tu takde maka kita akan baling dart tu ke mana-mana dan tidak ada tempat yang khusus. Jadi bagaimana kita akan mendapat apa yang kita idamkan..!!

p/s: lagi teruk bila dart tu pn kita takde..abis tu nak baling pakai pe..!!

Wednesday, March 30, 2011

arnab dan kura-kura suatu pengajaran


aku yakin dan pasti korang pernah dengar cerita arnab dan kura-kura berlumba. Aku juga yakin dan pasti korang pun tahu apa kesudahan cerita tersebut. Namun begitu apakah pengajaran dalam cerita itu? Aku sebenarnya share pengajaran kisah ni sebab aku rasa ia suatu pengajaran dan pembelajaran yang terbaek.

Seperti yang kita tahu dalam cerita tersebut si arnab dan kura-kura telah berlumba. Dalam perlumbaan tersebut arnab telah berlari laju meninggalkan kura-kura tetapi arnab telah berhenti rehat dipertengahan jalan lalu tertido. Si kura-kura ni pula terus berjalan, jalan, jalan, jalan dan akhirnya si kura-kura ni yang sampai di garisan penamat.

Pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita tersebut:

Jangan berhenti selagi kita tidak sampai kepada tujuan/matlamat kita yang sebenar.
Kes ni biasa berlaku kepada pelajar-pelajar yang mahu berhenti belajar sebelum tamat pengajian yang sebenar. Mereka merasa susah, ada banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi dan mereka merasa tak mampu lalu mereka mengambil keputusan untuk berhenti di situ sahaja. Sepatutnya kita perlu berpegang kepada prinsip selagi mana bukan penamat maka selagi itu kita tidak akan berhenti. Dalam kata lain selagi tiada arahan untuk kita berhenti atau selagi tidak mendapat surat untuk berhenti so jangan berhenti..!!

Kehidupan perlu ada matlamat (kura-kura)
Yaaa..!! kita perlu ada matlamat dalam hidup kita (itu kata-kata biasa ahli motivasi). Persoalannya apakah bentuk matlamat hidup kita. Dan lagi penting bagaimana nak letak matlamat. Susah juga aku nak terangkan. Sesape yang belum dapat jumpa matlamat sila consult dengan aku secara individu, insyaAllah aku cuba bantu.

Jangan bertangguh dalam melakukan sesuatu (arnab)
Bagi pengajaran ni aku nak share kisah aku sendiri, suatu ketika dalam proses menyiapkan thesis master aku terasa putus asa lantas aku cuba mengambil keputusan untuk menangguh pengajian master tersebut. Tapi sebelum tu aku cuba mendapatkan pendapat dari orang sekeliling yang terdekat. Dan aku mendapat satu kata-kata yang simple tetapi cukup bermakna dari akak ku sendiri. Akak ku cakap “kalo tangguh pun nanti tetap kena buat balik sampai habis kan”. Masa tu terus aku rasa cam tersedar dari lamunan tido yang panjang. Jadi bertitik tolak dari situ aku teruskan dan sekarang ni tunggu masa nak viva jek. Thanx kaktie 

Biar lambat tetapi istiqamah berbanding cepat tetapi berhenti dipertengahan jalan
Dalam kes ni aku suka share tentang perancangan kewangan. Bila aku membuat perancangan kewangan untuk sesorang client memang kita akan tetapkan berapakah matlamat kewangan yang hendak dicapai. Biasanya aku akan mencadangkan kepada client untuk menggunakan kaedah simpanan bulanan sehinggalah tercapai matlamat tersebut. Kekadang tu ada client yang tidak dapat menyimpan dalam jumlah yang besar so aku akan amik pengajaran dari cerita arnab dan kura-kura supaya dia memahami bahawa biarlah kecik atau sedikit duit yang disimpan, insyaAllah lama-lama akan dapat juga jumlah yang diimpikan itu. Tak guna juga kalo ada duit yang banyak tetapi banyak buang untuk benda tak berfaedah, enjoy semata-mata dan beli benda merapu n last sekali masa depan terseksa.

p/s: nak kaya pn jangan terlalu cepat sampai korang termasuk skim cepat kaya. simpanlah duit tu, biar sikit-sikit dlu, lama-lama sampailah ke matlamat kita. lagi-lagi kalo masuk unit trust lagi cepat sampai :D

Monday, March 28, 2011

u kick or u'll kicked



sedih giler, satu hari aku balik kerja. kawan aku datang tunjuk sehelai surat. dalam surat tu menyatakan bahawa kawan aku tu diberhentikan kerja dalam tempoh sebulan dari tarikh surat tersebut.

Aku tak tahu nak bagi respons camne. Apa yang terkeluar dari mulut aku adalah "biasalah hidup ni, kalo kita tak tendang orang, orang akan tendang kita". Ini merupakan hukum alam yang ada timbal balik atau boleh dikatakan sebagai pasangan (lelaki dan perempuan, putih dan hitam dll)

kejelasan tentang matlamat hidup atau melakukan kerja juga penting. Kita tidak seharusnya terlalu ego dan begitu selesa dengan kehidupan yang kita lalui sekarang ni. Memanglah cara diberhentikan kerja itu agak kejam dilaksanakan oleh pihak yang memusuhi kawan aku tu tapi kita kena ingat juga itu juga merupakan suatu ujian wat diri kita. Tak usahlah nak menuding jari mencari salah orang sangat sebab setiap kali kita menuding satu jari kepada orang, pada masa sama ada lagi empat jari yang menuding ke arah diri sendiri.

p/s: kalo dah tau tempat tu bermasalah dan kita tak boleh kawal masalah tersebut baiklah kita yang reject tempat tersebut awal-awal. Bila kita tak reject, diorang lak yang reject kita. kan dah buruk rekod kita

p/s: nasib baek ler member aku tu wat saving every month ngan public mutual. adalah duit untuk backup sementara nak dapat kerja baru :D

Monday, March 21, 2011

UTC LifE


Dalam satu kursus melibatkan unit trust consultant (UTC), Trainer (Mr. A) bertanya kepada peserta tentang status masing-masing
Mr. A : you all kat sini ramai UTC fulltime or part time
Jadi ada yang menjawab fulltime dan ada juga yang part time, tetiba ada sorang UTC ni mencelah iaitu Mr. B
Mr. B : lagi ramai UTC yang sometimes,but sometimes they become No time lah..!!
Semua yang hadir tergelak..bukan tergelak dengan lawak tersebut tetapi dek terpukul dengan lawak yang memang kena atas batang hidung masing-masing.

Dalam industri ini, kebiasaannya semua orang bermula dengan part time dan kemudian bertukar menjadi fulltime. Bila ramai UTC yang fulltime disesuatu tempat, ini bermakna UTC di situ adalah hebat-hebat semuanya. Sebab yang lebih kukuh adalah bila mereka bertukar kepada fulltime bermakna income mereka sudah stabil malah melebihi income mereka yang makan gaji.

Permasalahan yang utama adalah prestasi UTC part time biasanya tak konsistan kerana mereka tidak begitu fokus dan tidak ambil serius tentang business masing-masing. Itulah sebabnya Mr.B cakap dari part time menjadi sometimes kemudian menjadi NO TIME

p/s: apa yang aku tahu, kalo NO TIME maksudnya korang dah mati ler

Monday, November 15, 2010

kira kekayaan pd umur 65 tahun

hari ini aku memulakan pagi seawal azan subuh. bangun, bersihkan diri, gosok gigi, ambil wuduk dan menunaikan kewajipan pertama aku pagi ini;solat subuh. seusai selesai berdoa, aku teruskan lagi dengan membaca al-mathurat dan surah yasin. tenang sekali rasa dalam diri. langsung aku bangun dari tikar sejadah kecil itu untuk bersenam. pergh..sudah lama aku tak bersenam. kali ini aku bersenam dalam bilik je. kebetulan takde orang dalam bilik tu. jangan tak tahu yang aku juga sempat berjogging sebab kalau ikut iklan kat dalam tv tu diorang cakap "xde alasan untuk tidak bersenam". jadi memang benar apa yang diperkatakan tu dan aku telah buktikan nya. senaman pagi aku tu sekadar membuat tubuhku mengeluarkan haba dan belum cukup untuk membuat aku berpeluh. kemudian, aku beralih ke ruang dapur dan mengemas apa yang patut di situ. dari ruang dapur, aku mencapai tuala merah yang lembut dan bergerak ke bilik air untuk mandi. waa..aku rasa aku telah melakukan aktiviti yang sihat pada hari ini.

aktiviti pagi aku tidak berhenti disitu, aku bersiap dan terus bergerak ke library untuk membuat aktiviti biasa aku. biasanya di library aktiviti pertama yang aku buat adalah check email, facebook, baca blog, baca newspaper online, buka webpage public mutual dan surfing info-info yang menarik. dalam dok surfing tersebut aku terjumpa satu benda yang menarik untuk aku kongsikan dengan korang semua yang datang melawat blog aku ni.

benda alah yang menarik ni adalah suatu animasi yang akan menunjukkan bagaimana duit kita bakal bertambah mengikut kadar yang ditetapkan. jadi kita dapat melihat ditempat manakah yang paling sesuai untuk kita laburkan duit simpanan kita. since aku bekerja dalam bidang ini jadi aku cadangkan untuk korang cuba benda alah ini SILA KLIK DISINI

bila korang dah klik, korang akan masuk ke suatu webpage. korang akan nampak suatu image macam graf. kemudian korang tekan butang PLAY. kemudian korang masukkan lah input bape banyak korang boleh simpan setiap bulan, pada umur bape korang leh mula menyimpan dan diruang interest rate tu adalah bape percent (%) interest atau kadar faedah atau dividen yang dapat diberikan oleh sesuatu institusi. contohnya cam ASB dapat bagi 8%, public mutual leh bagi 10% and above, epf dapat bagi 5% (contoh yang aku bagi ini based on history lepas). jadi silah korang cuba.

-----------------------------------------------------------------------------

hah ini yang aku dah cuba:


ini adalah kes bila aku cuba letakkan simpanan bulanan aku adalah sebanyak $100 dan bermula pada umur aku sekarang iaitu 26 (opsss..!! kantoi lak..hihi). aku letakkan interest rate sebanyak 8% so jumlah yang aku dapat adalah $323,338 pada umur 65tahun



ini pulak kes bila aku ubah interest rate kepada 10% dan masih lagi mengekalkan umur mula pada usia 26 tahun dan simpanan sebanyak $100 sebulan so aku akan dapat sebanyak $576,086 pada usia 65 tahun (separuh juta beb..!!)


dan yang terakhir kes bila aku anjak sikit umur aku ke usia 27. maksudnya aku mula menyimpan lewat setahun dari umur aku sekarang (tahun depan baru nak mula). jumlah simpanan bulanan masih lagi sama iaitu $100 setiap bulan dan interest rate adalah sebanyak 10%. so aku akan dapat sebanyak $520,333 pada usia 65tahun (separuh juta juga tapi nilainya dah berkurang sebanyak $55,753 jika mula awal setahun). ini adalah forecasting mudah yang korang leh guna. at least dapat membantu korang plan duit untuk masa hadapan. bak kata pakcik Werner Erhard “Create your future from
your future, not your past.”

p/s: tiada pesanan untuk hari ini hanya ingin mengambil kata-kata dari pakcik John W. Patten ‎"The road to success is always under construction"

Thursday, November 4, 2010

Best ke jadi UTC


Malam tadi dok ber"sms" dengan sorang kawan. Kami dok borak pasal keje. Since aku bekerja sebagai UTC, jadi aku introduce la keje tu kat dia. Mesti korang tertanya-tanya pe benda la UTC tu. UTC tu merupakan singkatan kepada Unit Trust Consultant atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai perunding unit amanah.

Kawan aku ni tanya "Best ke jadi UTC..?". Jawapan aku pulak, "memang best".

Apa yang bestnyer keje sebagai UTC..??

PERTAMAnya bekerja sebagai UTC ni sentiasa membuatkan aku jadi positif sebabnya kita sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang mempunyai aura positif, sentiasa bersemangat baru setiap hari dan mereka semuanya adalah orang-orang yang hebat.

KEDUA kita bekerja dalam lingkungan motivasi dan sentiasa up to date tentang isu ekonomi. Semua ni aku dapat melalui kelas-kelas yang dianjurkan oleh syarikat dan juga sesi latihan daripada kumpulan yang kita sertai. confident level dalam diri juga meningkat dan kita akan yakin dengan diri kita sendiri.

KETIGA ia merupakan suatu kerja yang suci dan murni sebabnya melalui UTC ni kita akan membantu client untuk merancang masa depan mereka dengan lebih baik. Menjadi UTC ini bukan semata-mata untuk mengejar komisyen sahaja seperti kebanyakkan orang yang salah anggap. Tugas kami adalah membimbing client untuk membina masa depan yang lebih baek menggunakan unit trust sebagai tools.

KEEMPAT semangat 1 Malaysia yang diwar-warkan sekarang ini sudah lama dipraktik dalam industri ini. Aku berkawan dengan semua bangsa dan pelbagai agama. Tiada isu perkauman dan masing-masing saling menaikkan semangat serta membantu jika dalam bermasalah.

KELIMA tiada politik dalaman untuk menjatuhkan orang lain seperti yang berlaku dalam kebanyakkan pejabat. Isu dengki, menghasut dan tidak puas hati. Apa yang ada hanyalah siapa yang kerja kuat dia yang dapat habuannya.

KEENAM bekerja sebagai satu pasukan. Leader yang telah lama akan menurunkan ilmu mereka serta berkongsi tips bagaimana mereka berjaya dalam industri ini. Selain itu leader juga perlu turut sama membimbing pasukan untuk meningkatkan hasil produktiviti melalui latihan dan juga sesi motivasi yang akan menaikkan semangat UTC yang bermasalah

KETUJUH tiada boss..!! erk betul ke? tiada istilah boss dalam industri ini. Yang ada hanyalah leader yang akan memimpin, meransang dan membantu kita untuk berjaya. Kita yang akan kawal aktiviti kita di mana sahaja tanpa perlu terikat dengan etika pemakaian, waktu bekerja dan yang paling penting tiada leteran dari boss ataupun due date kerja yang perlu dihantar kepada boss

KELAPAN kebebasan..!! suatu yang lagi syok. Kita bebas untuk menentukan bagaimana harus kita bekerja. Samada kita ingin bekerja dari rumah atau ingin ke pejabat atau dikedai makan atau juga menggunakan teknologi internet. Semuanya boleh kita laksanakan atas pilihan dan kehendak diri kita sendiri. Ruang pejabat juga disediakan bagi sesiapa yang masih suka masuk office.

KESEMBILAN tiada istilah GAGAL..!! di sini tiada istilah sesorang UTC itu gagal selagi mana UTC itu melaksanakan aktiviti mereka sebagai UTC. Setiap hari merupakan kejayaan dan pencapaian. Mungkin hari ini prestasi kurang memberansangkan tapi esok adalah hari yang sentiasa menyinar. Seperti mana UTC membimbing client untuk membina masa depan yang cerah begitulah juga kehidupan UTC yang setiap harinya adalah sentiasa cerah. Mana tidaknya, setiap hari kita akan sebut sesuatu yang positif dan benda itulah yang tersemat dalam hati kita. Ia umpama kita menarik segala yang positif ke dalam diri kita walaupun kita menyampaikan kepada orang lain. Bak kata pepatah "what u give, u'll get back".

dan

KESEPULUH kePUASan HATI..!! ia merupakan suatu nikmat yang tak terkata dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata melainkan merasainya sendiri. Bagi aku rasa puas sebabnya aku dapat menyampaikan perkara yang baek dengan orang ramai walaupun orang yang aku terangkan itu tidak menggunakan perkhidmatan aku sebagai UTC. Selain itu, bagi client aku pula aku dapat membantu mereka merangka, merancang dan membina suatu cahaya yang lebih baek dihari mendatang. Kerana bagiku hidup ini berasaskan mimpi. Orang yang kurang berjaya hari ini adalah kerana orang itu kurang bermimpi. Jadi aku menolong mereka membina mimpi mereka dengan sesempurna mungkin. Ingat juga kata pepatah "orang yang gagal merancang adalah merancang untuk gagal". Jadi aku telah cuba membantu orang membuat satu perancangan dalam hidup mereka agar mereka tidak merancang untuk gagal lagi..!!

banyak lagi perkara yang aku dapat dari industri ini. Ada yang tanya berapa banyak komisyen yang ko dah dapat sekarang ini? Aku menjawab dengan tersenyum. Memang lah aku tak dapat banyak komisyen sebab aku pun masih lagi bekerja sebagai part timer (tak banyak wat aktiviti) dalam industri ini cuma dalam akaun bank aku tu setiap bulan ada jek duit yang masuk walaupun tak banyak =)))

kepada yang masih mencari kerja atau mencari peluang yang bagus atau masih lagi nak mencari keje makan gaji cuba renungkan pepatah ini:

Dalam kehidupan ini, kita akan jumpa dengan banyak pintu. Kita akan pilih pintu yang mana kita nak masuk. Tapi kadang-kadang tu pintu yang kita pilih itu tak dapat kita masuki sebabnya ia tertutup untuk kita. Jadi kenapa kita masih lagi menunggu untuk pintu yang dah tertutup sedangkan ada pintu-pintu lain yang masih terbuka untuk kita

muhsync adalah seorang UTC
aku ada lesen dari FIMM
........feel free.............

Saturday, July 24, 2010

gejala muflis muda di Malaysia


Hari ni hujung minggu. Pagi-pagi dah gerak ke Kluang pergi stesen keretapi. Bukan nak tengok keretapi tapi nak melayan coffee kluang station dan roti bakar yang besstt itu. Dah balik rumah buka paper online. Jumpa pulak artikel best ni berkenaan dengan golongan muda dan ada kaitan ngan perancangan kewangan yang betul. Taknak citer panjang laa...layannn...

Ramai eksekutif terjerat godaan kad kredit untuk hidup mewah

KUALA LUMPUR: Seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu, trend yang amat membimbangkan kerana status itu boleh menjejaskan masa depan golongan muda.

Ini bermakna 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi.
Kebanyakan pemegang kad kredit di kalangan golongan muda menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan tidak penting, mewah serta mengeluarkan wang tunai untuk perbelanjaan harian.

Friday, July 2, 2010

makan gaji..gaji makan..hishh..!!


Hampir 2 tahun sudah aku memulakan carier atau istilah bahasa melayu adalah kerjaya. Jika diamati istilah kerjaya terdiri dari dua perkataan iaitu kerja dan jaya (berjaya). Secara mudahnya kita perlu bekerja dan pastikan berjaya. Namun apa pula yang perlu dijayakan..? Persoalan ini terpulang kepada jawapan masing-masing. Ada yang kata perlu berjaya dalam hidup (boleh beli rumah, ada kereta, keluarga dll) dan ada pula cakap berjaya adalah bekerja dan dapat naik pangkat dan seterusnya jadi boss.

Monday, April 5, 2010

(sambungan) keluarga: aset atau liabiliti



Saya baru melihat surat penyata hutang PTPTN untuk pengajian kawan saya selama 4 tahun. Jumlah pinjaman yang diberikan adalah sebanyak RM28000 untuk bayaran yuran pengajian dan sara diri. Setelah dikenakan caj kos pentadbiran sebanyak 3% setahun jumlah yang perlu dibayar mengikut jadual pembayaran adalah lebih kurang RM35000 (seingat sayalah). Kawan saya itu mengeluh melihat jumlah bayaran yang perlu dilunaskan sedangkan sekarang ini dia masih tercari-cari kerja lagi. Bagaimana mungkin untuk dia membayar mengikut jadual yang ditetapkan. Jika tidak dia perlu membayar kos pentadbiran yang lebih akibat kelewatan pembayaran. Bila dia tahu berkenaan plan kewangan untuk pendidikan, sekali lagi dia mengeluh "alangkah bagusnya kalau ibu atau ayah aku tahu tentang plan ini suatu ketika dahulu tentu aku tidak perlu risau memikirkan perkara ini". Apa pun yang berlaku telah berlaku. Bak kata pakcik Werner Erhard “Create your future from your future, not your past.”

Post yang lepas saya telah menceritakan tentang kisah seorang ibu yang membuat perancangan kewangan untuk pendidikan anaknya dan bagaimana akhirnya anaknya itu telah menjadi aset yang cukup beharga kepada ibu tersebut. Jika ada yang terlepas boleh baca kembali di post yang lepas atau klik di sini

Bahagian kali ini saya cuba untuk berkongsi dengan membuat kira-kira bagaimana si ibu tersebut boleh membuat plan pendidikan untuk anaknya itu. Saya mengandaikan si ibu memulakan plan pada ketika anaknya itu berusia 5 tahun. Anak tersebut akan memasuki universiti pada umur 18 tahun. Ibu tersebut mempunyai lebih kurang 13 tahun lagi membuat tabungan pendidikan sebelum anaknya memasuki universiti. Andaikan si ibu memulakan plan tersebut sebanyak RM5000 dan menambah simpanannya sebanyak RM100 setiap bulan selama 13 tahun.

Dengan membuat kira-kira biasa, si ibu tadi telah menyimpan sebanyak RM20600. Tapi bila si ibu menyimpan di dalam plan kewangan untuk pendidikan, si ibu akan mendapati bahawa wang simpanannya telah berkembang menjadi RM48250. Adakah RM48250 ini masih belum mencukupi untuk pendidikan anaknya itu?? Cuba bandingkan antara kes kawan saya yang perlu membayar lebih kurang RM35000 selepas habis belajar dan kes ibu yang membuat tabungan pendidikan ini sudah bersedia dengan wang RM48250 sebelum anaknya masuk universiti. Adakah RM48250 itu cukup-cukup makan sahaja atau melebihi dari yang sepatutnya? Tidakkah kita lihat bagaimana ibu itu boleh menjadikan anaknya sebagai suatu aset yang berharga dalam keluarga..

Jadi..situasi mana pilihan kita? situasi seperti kawan saya tadi atau situasi si ibu tadi. Fikir-fikirkan. Saya ingin mengulang kembali kata-kata pakcik Werner Erhard “Create your future from your future, not your past.”

Bak kata pepatah melayu yang cukup popular "jangan biarkan pisang berbuah dua kali" tapi ada pula yang melawak kata "kalau tidak mahu pisang berbuah dua kali, jangan tanam pisang" hahahaha..

Buat pembaca sekalian, jangan hairan dengan apa yang saya perkatakan tadi kerana ia benar-benar berlaku. Saya bukannya membuat silap mata tapi saya membuat kira-kira berdasarkan ilmu yang saya pelajari dalam bidang ini. Akhir kata dari saya,
Berusaha dahulu sebelum berserah kepada Allah.

untuk maklumat lanjut dan ingin tahu bagaimana,
sila hubungi saya
Sdr. Muhsein
no. telefon: 0177337842
email: mm_sinn@yahoo.com / m.muhsein@gmail.com

Wednesday, March 17, 2010

keluarga: aset atau liabiliti (dr sudut kewangan)



Dalam satu seminar perancangan kewangan, penceramah bertanya kepada peserta yang hadir. "Mempunyai keluarga sendiri merupakan suatu aset atau liabiliti..". Semua peserta yang hadir diam dan cuba memikirkan jawapan yang terbaik. "Mempunyai keluarga boleh menjadi aset dan juga boleh menjadi liabiliti", jawab salah seorang peserta yang hadir. Jawapan tersebut masih lagi meninggalkan tanda tanya kepada peserta-peserta lain.

Jika soalan ini ditanya kepada kita, agak-agaknya apakah jawapan kita?

Persoalan berkenaan dengan keluarga menjadi aset atau liabiliti ini merupakan soalan yang subjektif. Jawapannya bergantung kepada keadaan individu tersebut. Menurut graf di bawah, komitmen kita semakin bertambah dengan pertambahan usia dan pertambahan bilangan ahli keluarga. Bagi memastikan pertambahan ini seimbang, kita hendaklah memastikan bahawa kita mempunyai pendapatan yang juga meningkat mengikut kadar masa dan pertambahan ahli keluarga. Persoalannya, adakah pendapatan kita akan bertambah dengan kadar seimbang dengan pertambahan komitmen? Inilah betapa peri pentingnya untuk kita membuat perancangan kewangan seawal mungkin bagi memastikan kelangsungan hidup kita ini dapat berjalan dengan sempurna tanpa menghadapi benyak permasalahan yang akan mengganggu kelangsungan hidup tersebut.



Persoalan kedua, adakah semua orang pandai membuat perancangan kewangan sendiri?. Sebenarnya dalam hidup ini kita tidak perlu untuk memahami semua perkara. Cukuplah kita faham perkara-perkara asas sahaja. Mengenai persoalan bagaimana untuk membuat perancangan kewangan sendiri, kita serahkan kepada yang ahli (pakar) dalam bidang tersebut. Sekarang ini dikalangan kita terdapat individu yang memang dilatih dan diberi lesen untuk menjadi penasihat perancangan kewangan secara sah dari sudut undang-undang. Contohnya seperti penasihat unit amanah, penasihat perlindungan takaful dan lain-lain yang seumpamanya. Jadi kenapa tidak kita menggunakan khidmat mereka ini sebaik mungkin. Mungkin ada yang risaukan caj perkhidmatan yang dikenakan. Untuk pengetahuan semua, caj yang dikenakan adalah cukup sedikit berbanding manfaat yang kita bakal perolehi. Lagipun caj tersebut kita boleh umpamakan sebagai bayaran upah di atas kerja-kerja mengurus yang mereka lakukan terhadap wang kita.

Sebelum saya mengakhiri penulisan untuk hari ini, suka untuk saya berkongsi suatu kisah bagaimana kesannya membuat perancangan dan secara tidak langsung menjadikan keluarga suatu aset yang berharga.

Kisah ini berlaku kepada seorang ibu tunggal yang kematian suami dan mempunyai seorang anak. Suaminya meninggal kerana terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Nasibnya cukup baik kerana suaminya mempunyai skim perlindungan takaful. Bagi memastikan kelangsungan hidup dan masa depan anaknya, si ibu ini membuat pelbagai kerja sampingan dan pada masa sama beliau juga membuat suatu plan pendidikan untuk anaknya itu menggunakan wang takaful yang diperolehinya untuk membuka akaun plan tersebut. Setiap kali mendapat gaji atau upah, beliau akan menyimpan sedikit di dalam plan tersebut. Dipendekkan cerita, anaknya membesar dengan sihat dan menjejakkan kaki di menara gading. Semasa belajar di universiti, anaknya langsung tidak menggunakan biasiswa ataupun pinjaman ptptn. Dia menggunakan duit hasil plan pendidikan yang ibunya sertai. Setelah tamat pengajian, ada lagi duit lebihan dari skim tersebut. Mereka menjadikan duit tersebut sebagai modal untuk mereka memulakan perniagaan sendiri tanpa perlu meminjam dari pihak bank. Atas inisiatif anaknya yang bijak, dia mengajak rakan-rakannya yang lain untuk mengusahakan perniagaan tersebut dan perniagaan tersebut sedang berkembang maju.

Jika kita berada di tempat ibu itu sekarang ini, betapa rasa bertuahnya hidup sekarang ini. Adakah kita dapat lihat bagaimana si ibu itu telah menjadikan keluarganya sebagai suatu aset yang berharga. Semuanya bermula dengan langkah si ibu itu untuk memulakan perancangan kewangan.

Jadi bagaimana dengan diri kita sekarang ini. Adakah anda mempunyai target masa depan? Adakah anda sudah merangka suatu plan yang insyaAllah akan membantu kehidupan anda di masa depan? Jika tidak, mengapa tidak bertindak sekarang.

Bak kata pepatah:
orang yang gagal adalah orang yang gagal merancang.
Tidak risaukah anda dengan diri anda. Berusaha dahulu sebelum berserah kepada Allah.

untuk maklumat lanjut dan ingin tahu bagaimana,
sila hubungi saya
Sdr. Muhsein
no. telefon: 0177337842
email: mm_sinn@yahoo.com / m.muhsein@gmail.com

Monday, June 1, 2009

Kesan kelembapan EKONOMI sebenar berlarutan sehingga 2010

Oleh Kamarulzaidi Kamis kamarulzaidi@bharian.com.my

Ekonomi dunia dijangka kembali pulih menjelang 2011

KRISIS perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sudah berakhir, namun dunia kini berdepan kelembapan dalam ekonomi sebenar kesan daripada krisis itu yang dijangkakan akan berlarutan sehingga dua tahun akan datang, kata kumpulan perbankan kedua terbesar di Eropah, UBS.

Pengarah Urusan UBS Global Economic, Paul Donovan, berkata ekonomi dunia, termasuk Malaysia hanya akan kembali pulih dan mencatat pertumbuhan tinggi menjelang 2011.

"Krisis perbankan sudah berakhir berikutan aktiviti menyelamat dan suntikan modal dalam sistem perbankan seluruh dunia khususnya di AS dan United Kingdom (UK).

"Bank global kini sudah mula memberi pinjaman sesama sendiri seperti yang diinginkan. Bagaimanapun, cabaran utama kini adalah kemelesetan ekonomi yang baru bermula susulan krisis perbankan," katanya pada taklimat media mengenai ekonomi dunia global di Kuala Lumpur, semalam.

Donovan berkata, masyarakat global bakal berdepan pertumbuhan ekonomi dunia yang paling lemah dalam tempoh 25 tahun sejak 1982.

"Sebahagian besar ekonomi dunia dijangka mengalami kemelesetan tahun depan. Ekonomi Kumpulan Tujuh Negara Maju (G7) seperti AS, Eropah, United Kingdom dan Kanada dijangka mengalami pertumbuhan negatif. Hanya ekonomi Jepun saja yang diunjurkan mencatat pertumbuhan kecil sebanyak 0.1 peratus," katanya.

Berdasarkan kajian bank itu, beliau menjelaskan, ekonomi dunia bakal berdepan pertumbuhan perlahan sepanjang tempoh 18 bulan selepas krisis perbankan.

Beliau berkata, syarikat perbankan di AS dan Eropah kini sedang mengetatkan proses pemberian pinjaman secara besar-besaran berikutan pertumbuhan kredit yang tinggi sejak 2002.

"Justeru, aktiviti pengurangan kredit yang sedang dilaksanakan sekarang akan mengakibatkan persekitaran ekonomi global yang lembap, sekali gus memberikan tekanan kepada perbelanjaan pengguna dan korporat," katanya.

Bagi Malaysia, katanya, walaupun tidak berdepan masalah sistem perbankan dan jumlah hutang luarnya yang rendah, namun kelembapan eksport global menjejaskan pertumbuhannya.

"Persekitaran eksport yang lembap akan menjejaskan ekonomi Asia, termasuk Malaysia. Pelaksanaan rangsangan fiskal oleh negara di Asia tidak dapat menampung sepenuhnya kesan penurunan eksport global.

"Walaupun kami menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan adalah sifar, namun ia lebih baik berbanding sebahagian besar negara lain yang mengalami kemelesetan," katanya.

Beliau juga menjangka kadar pengangguran Malaysia akan meningkat kepada empat peratus menjelang 2010 berbanding anggaran penganalisis sekitar 3.3 hingga 3.5 peratus pada tahun ini.

Dari sudut positif, katanya, kadar inflasi negara ini akan susut mendadak ke bawah paras satu peratus tahun depan susulan penurunan harga bahan api dan komoditi makanan global.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 4 NOVEMBER 2008

so my friend...this is the right time to invest especially in unit trust. to know more detail about it, call me (017)7337842 or (019)7317789

Cara menilai syarikat di pasaran saham

DALAM usaha membantu anda menjadi pelabur yang serius, berikut adalah beberapa soalan yang perlu dijawab sebelum anda melabur dalam mana-mana syarikat.
Apa yang dilakukan oleh syarikat berkenaan?
Lebih mendalam pemahaman anda mengenai perniagaan syarikat itu, lebih baik lagi pemantauan anda terhadap pelaburan anda.

Daripada mana datangnya keuntungan syarikat?

Baca dengan teliti penyata perakaunan syarikat bagi menentukan sumber keuntungannya. Pada masa sama, sentiasa periksa tahap hutang syarikat (iaitu adakah perniagaan syarikat itu banyak bergantung kepada pinjaman).

Apakah pelan masa depan syarikat?

Kaji pelan perniagaan syarikat dan periksa sama ada ia merancang untuk mempelbagaikan perniagaannya bagi meningkatkan nilai pemegang saham. Jika syarikat itu memutuskan untuk melaksanakan sebarang langkah korporat, anda perlu menilai sama ada langkah itu akan meningkatkan keuntungan dan memperbaiki daya saing syarikat.

Adakah syarikat menunaikan janjinya?

Sesebuah syarikat awam tersenarai perlu menyatakan pelan perniagaan dan unjuran pertumbuhannya, termasuk unjuran keuntungannya. Sekiranya syarikat tidak melaksanakan janjinya, anda boleh memastikan punca prestasi lemah syarikat itu dengan memeriksa prospektus dan laporan tahunannya.
Adakah syarikat itu diuruskan oleh mereka yang layak? Sesebuah syarikat yang diurus oleh pengurus yang mempunyai kelayakan yang betul, rekod prestasi yang baik dan berpengalaman, boleh memberikan hasil positif.
Apakah jenis risiko yang akan dihadapi oleh syarikat?

Penting untuk mengetahui risiko yang dihadapi oleh sesuatu syarikat, dan perancangan untuk mengurangkan atau menguruskannya.
Adakah saham syarikat itu terlebih atau terkurang nilai?

Saham terlebih nilai adalah apabila anda membayar lebih daripada nilai sebenar saham terbabit manakala saham terkurang nilai pula adalah sebaliknya. Pelabur bijak akan membeli saham terkurang nilai yang berpotensi memberikan pulangan yang baik dan berdaya kekal.
Adakah saham itu didagangkan secara aktif, terdapat pergerakan harga yang terlalu kerap dan luar biasa?

Saham yang didagangkan secara aktif tidak semestinya menunjukkan bahawa asas syarikat itu baik. Begitu juga membeli saham semata-mata kerana percaya bahawa harganya akan naik adalah satu tindakan yang sememangnya amat berisiko.

Selain soalan yang disenaraikan di atas, masih banyak lagi soalan yang boleh dikemukakan. Pelabur yang bertanya lebih banyak soalan pastinya boleh membuat keputusan pelaburan lebih bijak.
Di mana hendak mencari maklumat?

Anda boleh mendapat jawapan kepada soalan di atas daripada sumber berikut iaitu laporan tahunan, prospektus, halaman niaga akhbar, majalah niaga, lawan web Bursa Malaysia dan laman web syarikat yang anda berminat untuk membuat pelaburan.

Membuat penyelidikan yang perlu sudah tentu membolehkan anda mengurus dan meminimumkan risiko, di samping memastikan anda mendapat pulangan sebaik mungkin daripada pelaburan anda.
Bila hendak beli saham?

Pada bila-bila masa, asalkan anda menimbangkan semua fakta yang berkaitan dengan syarikat itu. Anda boleh mendapatkan bantuan profesional, seperti penasihat pelaburan atau remisier, apabila membuat keputusan pelaburan.

Bagaimanapun, walaupun anda memilih untuk mendapatkan bantuan profesional, keputusan untuk melabur terletak sepenuhnya di tangan anda. Justeru, amat penting bagi anda mengenali syarikat yang anda hendak membuat pelaburan.

sumber: berita harian online (ekonomi) 7 november 2008

Menolak mitos pelaburan unit amanah

assalamualaikum wbt...

hye kawan2...ari ni aku terjumpa satu artikel bagus utk kite sama2 kongsi berkenaan dgn unit amanah. so bacalah artikel di bawah ni. kalo ada yg nak tanya lagi pasal "unit amanah" leh contact aku coz aku ni salah seorg perunding unit amanah jugak. semuanya FOC "free of charge"...

ADA beberapa salah anggap yang patut diketahui oleh pelabur saham amanah, termasuk tujuh mitos biasa dalam pelaburan unit saham berkenaan.
Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pengagihan pendapatan dan pecahan unit hampir hendak diumumkan.

Tidak benar. Pecahan unit akan meningkatkan jumlah unit dalam dana terbabit. Contohnya, pelaburan anda dalam suatu dana berharga RM1 seunit dan anda melabur RM1,000 bagi 1,000 unit. Dana itu kemudian melaksanakan pecahan unit sebanyak satu unit bagi setiap satu unit yang anda miliki (pecahan unit satu-untuk-satu). Selepas itu, anda memiliki 2,000 unit. Bagaimanapun, unit tambahan itu tidak menaikkan nilai pelaburan anda kepada RM2,000. Nilainya kekal RM1,000 kerana unit tambahan itu sebenarnya mengurangkan nilai unit anda daripada RM1 kepada RM0.50 (RM1,000 dibahagi dengan 2,000 unit). Pengagihan pendapatan itu tidak akan menaikkan nilai unit anda kepada RM1.05. Justeru, melabur sebelum bayaran pengagihan pendapatan atau pecahan unit diumumkan bukanlah cara untuk mendapat keuntungan segera.

Sentiasa pilih dana yang dahulunya memberikan anda pulangan tinggi.

Tidak benar. Prestasi lalu tidak menggambarkan prestasi masa akan datang. Pelabur tidak harus melihat kepada rekod prestasi lalu untuk meramalkan prospek akan datang. Kaji strategi pelaburan dan pengagihan aset dana terbabit untuk memantapkan keputusan pelaburan anda.
Semua dana unit amanah sama. Tidak benar. Terdapat pelbagai dana dengan kategori dan matlamat pelaburan yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai ciri dan elemen risiko yang berbeza. Pelabur mesti membaca prospektus dana untuk mempelajari dana terbabit dan harus menimbangkan untuk memilih dana yang sejajar dengan keperluan pelaburan dan profil risiko mereka.
Pulangannya hanyalah berdasarkan pengagihan pendapatan.

Tidak benar. Pelabur boleh mengukur prestasi pelaburan mereka dalam unit amanah melalui pelbagai cara. Ia lazimnya meliputi pengiraan untung modal atau jumlah pengagihan pendapatan yang diterima daripada dana. Bagaimanapun, kaedah paling berkesan dalam mengukur prestasi ialah dengan memasukkan kedua-duanya sekali.
Unit amanah ialah akaun simpanan dan bebas daripada risiko. Tidak benar. Pelaburan dalam unit amanah tidak sama dengan menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Ini disebabkan pelaburan anda terdedah kepada risiko dan anda mungkin menanggung kerugian disebabkan oleh risiko terbabit.
Percaya kepada hanya satu syarikat pengurusan.

Tidak benar. Bukan semua dana daripada syarikat pengurusan yang sama memberikan prestasi atau pulangan yang sama kerana dana itu mungkin mempunyai matlamat pelaburan yang berbeza dan kerana itu, mempunyai elemen risiko dan pendedahan yang berlainan. Bergantung kepada keadaan pasaran, setiap dana mempunyai prestasi berlainan walaupun syarikat pengurusan yang sama menguruskannya.
Kata-kata ejen anda semuanya benar.

Tidak benar. Sentiasa semak apa saja yang dikatakan oleh ejen anda. Jika anda tidak jelas atau merasakan bahawa apa yang dikatakannya itu terlalu sukar untuk dipercayai, kemukakan seberapa banyak soalan yang anda mahu. Pada masa sama, buat kajian dan dapatkan sebanyak mana maklumat yang boleh untuk membantu anda membuat keputusan yang bermaklumat. Jangan melabur sehingga anda puas hati dengan maklumat yang diberikan kepada anda. Ingatlah bahawa anda yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas keputusan pelaburan yang anda lakukan dan bukannya ejen anda.

Artikel ini disediakan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tip pelaburan bijak.

sumber: berita harian online (ekonomi) 08 n0vember 2oo8

no contact aku:
0177337842 / 0197317789
m.muhsein@gmail.com

Related Posts with Thumbnails