i k l a n

Friday, July 2, 2010

makan gaji..gaji makan..hishh..!!


Hampir 2 tahun sudah aku memulakan carier atau istilah bahasa melayu adalah kerjaya. Jika diamati istilah kerjaya terdiri dari dua perkataan iaitu kerja dan jaya (berjaya). Secara mudahnya kita perlu bekerja dan pastikan berjaya. Namun apa pula yang perlu dijayakan..? Persoalan ini terpulang kepada jawapan masing-masing. Ada yang kata perlu berjaya dalam hidup (boleh beli rumah, ada kereta, keluarga dll) dan ada pula cakap berjaya adalah bekerja dan dapat naik pangkat dan seterusnya jadi boss. Tapi ada juga kawan yang cakap berjaya itu maksudnya dapat meneruskan kesinambungan hidup (survival life). Tak kurang juga yang mengharapkan gaji akan naik setiap tahun atau gajinya tak akan berada ditahap yang sama.

Hurm..macam-macam tafsiran mengikut kemampuan dan keperluan diri masing-masing. Aku pula terlibat dengan 2 kerjaya. Pertama sebagai perunding unit amanah dan yang kedua sebagai pembantu penyelidik siswazah.

Kerjaya pertama: perunding unit amanah
Sebagai seorang perunding unit amanah aku perlu bekerja secara proaktif untuk memastikan pendapatan bulanan adalah seperti yang aku tetapkan. Kerjanya tak susah, hanya perlu berjumpa orang dan membimbing mereka bagaimana untuk menguruskan duit bagi mencapai matlamat masing-masing melalui unit amanah. Alhamdulillah sekarang ni pun dah naik pangkat dah pun.

Kerjaya kedua: pembantu penyelidik siswazah
Kerja di makmal membantu penyelidik (pensyarah) dalam menyiapkan hasil kajian dengan melakukan ujian-ujian tertentu. Hasil atau keputusan ujian perlu dianalisis dan dihantar kepada ketua penyelidik untuk membuat rumusan. Selain itu terlibat juga dalam menyediakan kertas-kertas kerja untuk dibentangkan dalam mana-mana persidangan yang melibatkan ketua penyelidik. Kerja yang ni pun tak susah cuma leceh sedikit kerana ia melibatkan beberapa prosedur yang perlu dilakukan.

Secara mudahnya kedua-dua kerja tersebut merupakan kerja yang aku lakukan. Perbezaan antara kedua-dua kerja itu adalah :

Kerja yang pertama merupakan kerja yang simple, tak perlu datang office, tak perlu punch card, tak perlu pakai pakaian yang terlalu formal, waktu tak terbatas dan ada kebebasan untuk memilih apa sahaja yang kita inginkan. Cuma gajinya adalah tidak tetap dan mengikut prestasi kerja.

Kerja yang kedua pula merupakan kerja yang agak leceh sebab perlu mengikut prosedur, kena tunggu giliran untuk membuat ujikaji, perlu tunggu pakar (technician) ada baru boleh buat ujikaji, jika ujikaji gagal ia perlu diulang lagi sekali, memakan masa dan yang paling best adalah dapat bilik dan kemudahan komputer serta internet sendiri. Ohh yaa..gajinya adalah tetap. Kalau tak buat kerja pun boleh dapat gaji sebab memang ada gaji bulanan.

Erk...apa benda yang aku merepek ni. Sebenarnya entri kali ini bukannya nak bercerita tentang kerjaya aku tapi bagaimana pengalaman aku bekerja selama 2 tahun ini. Secara sedarnya aku dapat merasa betapa peritnya untuk mendapatkan duit. Daripada keperitan inilah aku belajar menghargai duit. Setiap satu sen yang diperolehi akan cuba dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Susah sangatkah nak dapat duit" soal seorang junior.

Tak susah bagi orang yang makan gaji dan lagi tak susah jika gajinya itu dalam jumlah yang besar. Namun betulkah begitu? Tidak sama sekali. Setiap orang mempunyai kesusahannya tersendiri. Cuma apa yang ingin diketengahkan adalah bagaimana kita menghargai setiap usaha, penat dan lelah kita untuk mendapatkan duit gaji tersebut. Bagi orang yang bekerja makan gaji mungkin tidak susah sangat sebab setiap hujung bulan akan dapat gaji. Tapi bagi yang bekerja sendiri yang setiap hujung bulannya belum tentu lagi berapa jumlah pendapatannya merupakan suatu yang agak memeritkan.

Jadi apa sekalipun kerjaya kita, hargailah duit yang kita dapat supaya ia boleh memberi pulangan kembali kepada kehidupan kita suatu hari nanti tatkala saat-saat memerlukan. Janganlah dihabiskan hasil usaha kita itu ditempat-tempat yang tak sepatutnya. Membeli perkara yang akan susut nilai dan lain-lain. Sebaliknya hargainya dengan menyimpan untuk kepentingan di masa tua, pendidikan anak-anak, pembelian aset-aset berharga seperti rumah dan tanah.

Ingat juga penglibatan kita semua dalam sesuatu aktiviti perancangan kewangan seperti insurans, takaful, unit amanah dan sebarang aset yang lain perlulah diteliti. Ada sesetengah orang tidak pernah tahu kenapa mereka mengambil skim takaful melainkan untuk tujuan perlindungan semata-mata. Sebebarnya terdapat faedah-faedah lain lagi yang dapat membantu kehidupan kita suatu hari nanti. Jadi perkara terbaek adalah kita semua perlu merancang dengan teliti. Jika tidak tahu, cuba bertemu dengan orang yang ahli dalam bidang tersebut untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya dalam setiap tindakan yang kita ambil.

Diharapkan entri kali ini dapat membuka minda kita agar tidak membuat sesuatu perkara tanpa mengetahui sebab dan kepentingan. Cubalah mendidik diri untuk terus berfikir tentang segala macam perkara yang berlaku disekeliling kita. InsyaAllah kemajuan daya fikir akan membawa kepada kemajuan dalam tindakan kita dan insyaAllah jika semua orang boleh bertindak sewajarnya maka ia akan memberi keuntungan kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama. Semoga beroleh rahmat dan makfirah dari Allah swt.

tukang taip: (m)uh(s)ync

1 comment:

faizulamin said...

tahniah! good article pal!
wish u al the best.

Related Posts with Thumbnails