i k l a n

Monday, July 5, 2010

= h u j u n g M I N G G U =


Walaupun dalam kesibukan, kekalutan, kemelut dan kegusaran sempat gak pergi jalan-jalan ke Melaka. Sebenarnya ke Melaka ni secara tak sengaja. Awal-awal plan nk ke Bangi pada hari sabtu sebab ada majlis jamuan (ala-ala open house) kat rumah kawan. Dia wat majlis tu untuk kawan-kawan yang tak dapat hadir masa majlis perkahwinan diorang. Disebabkan sebelum ni memang tak dapat nak pergi majlis diorang disebabkan jauh dan masa, jadi kali ini cuba untuk pergi ke sana bagi meraikan pengantin baru tersebut. owh di sana sempat jumpa kawan-kawan lain. Sempat jumpa Saufi, Kak Ina, Kak Shida dan Kamal. Seronok jugak la sebab dapat borak-borak dan kongsi macam-macam cerita. dikesempatan ini nak dedicate selamat pengantin baru buat Romadan dan pasangannya Husnil Qhatimah. Moga kalian berbahagia hingga ke syurga. amin

Terlanjur dah ada kat Bangi, contact la kawan-kawan lama yang ada area sana. Kebetulan ada sorang kawan ni baru balik dari umrah. Pergilah jumpa dia sekejap. Alang-alang dah jumpa, kawan-kawan lain ikmal dan saufi ajak pergi ke The Mines. Ikmal nak cari barang hantaran, Saufi pula walaupun anak jati KL tapi tak pernah pergi pun sana. Aku dengan Jalal sekadar ikut makan angin. Kat sana bukan buat apa sangat pun. Pusing-pusing cari kasut Ikmal. Ikmal seorang yang sangat teliti dan agak cerewet dalam membuat pilihan. Tak kira apa jua barang yang nak dibeli. Saufi pulak tukang komen yang paling psiko. Aku tukang memberi pendapat bila diperlukan. Jalal tak amik port. Dia suka dok jauh-jauh. Pusing punya pusing last-last tak beli apa pun. Keluar dari The Mines dalam jam 8.30mlm.

Destinasi seterusnya adalah mencari port untuk tengok bola. Kebetulan malam tu perlawanan yang best antara Germany dan Argentina. Kami cari kedai-kedai yang ada screen besar kat area Bangi. Jalal memang tau port mana yang best. Cuma yang kurang best adalah tak dapat tengok screen besar sebab hujan. Kat kedai tersebut Saufi mencuba nasi goreng Portugis yang best, Ikmal mencuba nasi goreng Jelira yang pedas giler, Jalal makan nasi goreng Thai dan aku nasi putih, kailan ikan masin bersama telur dadar. Tetiba aku digelar vegetarian. never mind yang penting layan. Makanan di restoren tu semuanya best-best dan boleh dipuji..bESTTT wooo

Cerita pasal perlawanan bola pulak. Saufi merupakan penyokong kritikal skuad bola sepak Germany. Jalal juga merupakan penyokong Germany. Ikmal pula penyokong Argentina selepas melihat dokumentari tentang skuad argentina dan memang menyokong skuad tersebut dari musim awal piala dunia. Aku pulak tak sokong mana-mana sebab aku ni tak amik port sgt tapi malam tersebut aku sokong germany selepas mendengar hujah dari saufi yang nampaknya begitu mengenali skuad tersebut dari segi pencaturan, taktikal, pengurusan pasukan dan bagaimana ramalan terhadap skuad tersebut. Jadi di meja tersebut ada tiga penyokong germany dan sorang penyokong argentina. Sesiapa yang kaki bola sudah tentu tahu germany berjaya kalahkan argentina dengan empat gol tanpa berbalas. Kesian ikmal, sedey je dia malam tu. Bagi aku pula seronok jugak masa meraikan gol-gol german pastu gelakkan ikmal. Jahatkan..hahaha

Tamat je perlawanan tersebut, kami hantar Jalal dan Saufi dan terus bergerak pulang ke Melaka. Waktu tersebut jam 12tghmalam. Nak tak nak kena tidur di rumah Ikmal dulu malam tersebut. Perjalanan ke Melaka akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Ikmal sudah mengantok. Aku yang jadi driver pulak malam tu walaupun tak tahu jalan dalam untuk ke Melaka. Kononnya selepas exit dari highway pedas linggi akan tukar driver tapi ikmal dah mengantuk tahap kritikal jadi aku terus menjadi driver malam tersebut. Ini memang kelebihan aku menjadi driver sebab aku jenis susah mengantuk bila jadi driver. Bagi aku bila jadi driver kena betul-betul fokus dan pastikan kereta dan orang yang aku bawa adalah selamat. So pasni boleh laa sesapa nak suruh aku jadi driver..(bayar laa lebih skit baru boleh). Tapi ikut jalan tersebut memang menyeramkan kalau sorang-sorang. Udahlah jalan tu gelap, tak de kereta lain pulak tu. Tapi tak jumpa apa-apa pun.

Sampai jek di rumah ikmal jam 2 pagi. Rumahnya memang kawasan kampung dan begitu sunyi sebab semua orang dah tidur. Kami masuk bilik, tukar pakaian dan terus baring sebab mengantok telah menjelma. Cerita kat rumah ikmal pulak, sebelum ni memang ikmal pernah cerita tentang misteri di rumahnya. Jadi aku pun nak la tahu betol ke tak. Ada ke tak bunyi-bunyi yang ikmal cerita tu. Tapi takde pulak bunyinya dan aku terus sabar menanti bunyi-bunyi tersebut muncul. Tiba-tiba aku tersedar dengan satu bunyi yang kuat sebelah luar bilik aku tidur. Maksudnya diluar rumah. Aduhh...sudah pagi rupanya, bunyi ayam berkokok. Aku terus bangun dan mengejutkan ikmal untuk solat subuh. Kena kejut ikmal sebab nak tahu kat mana nak ambil wuduk. Pagi tersebut solat subuh berjemaah. Dingin sungguh pagi tersebut, waaa dah lama tak rasa kedinginan pagi.


Pagi tersebut aku tak terus mandi sebab tunggu hari cerah sebab bilik air kat luar rumah. Sambil-sambil tunggu tu sempat menghabiskan masa membaca buku yang baru aku beli "Quranic Law of Attraction". Sungguh kena betul masa dan tempat aku baca buku tersebut. Aku dapat hayati sepenuhnya apa yang ingin disampaikan penulis dalam buku tersebut. Walaupun tak sempat habis keseluruhan tapi bab-bab yang sempat dibaca memang dapat dihayati. Okey cerita bab mandi. Tak sabar sebenarnya nak mandi sebab nak sangat tengok perigi yang ikmal selalu ceritakan. Perigi yang bukan dikorek tetapi perigi yang terhasil dari mata air yang keluar dari tanah kemudian dibuat kepungan untuk menakung air tersebut. Waa..masa aku tengok memang best sebab kat dalam tu siap ada 2 ekor ikan lagi. Macam mandi air tasik pulak. Airnya sejuk dan aku sangat suka air sejuk. Gggggrrrrr...badan menggeletar kesejukan.hehe


Seharian di rumah ikmal asyik makan jek. Pagi tu saja 2 kali makan kat rumah ikmal. Kemudian ikut famili ikmal pergi kenduri. Makan lagi. Balik dari kenduri, kami pergi ke kawasan tepi pantai Tanjung bidara. Berdekatan dengan balai cerap alkhawarizmi. Tapi kami tak lama sebab cuaca tak mengizinkan. Menyusuri perjalanan ditepi pantai memang cukup menenangkan sekali. Airnya masih cantik dan nampak kehijauan.


Sebenarnya aku ingat nak balik awal ke batu pahat tapi disebabkan jarak rumah ikmal dengan terminal bas Melaka Central agak jauh jadi aku pun balik ke BP pada jam 7.30 petang dengan menaiki bas orkid. Hah orkid...dah lama tak dengar pasal orkid kan. hehe. Seronok berada di sana dan insyaAllah akan datang lagi ke sana sebab ada sesuatu yang best yang belum sempat aku terokai. hehe

karangan oleh AKU yang bernama (m)uh(s)ync

3 comments:

ct_as said...

wahh..bestnye bila dengar adikku bersantai..kalu x asyik keje2..program2.. :)

CikAniey said...

slm.. mst bez g umh abg long kn.. memg rase suasana kg betol je kt umh abg long 2.. ermm kalo bab perfectionist, dia ade gtau dl.. ermm =) no wonder lah =) send my regards to him =)

ikanbesh said...

pegi rmh abg madan ke?..
aku xdpt pegila.. ni asha kawin pon xtau pegi ke tak

Related Posts with Thumbnails