Hari ini aku berpagi-pagi menulis blog. Ada semangat baru ke..? Takde kaitan pun. Hari ini punya topik nak citer pasal sarapan pagi. Haa..korang dah sarapan ke belum pagi ni? Sape yang belum sarapan lagi tu silalah sarapan ye. Nanti rosak otak. Hah...ni fakta dari mana pulak ni. Ini kawan aku punya penangan. Dengan serius dia cakap, "Muhsync baek ko pergi sarapan cepat, nanti rosak otak". Kawan-kawan yang dengar tergelak besar. Walaupun tak tahu samada apa yang dia cakap tu betol atau tak tapi tahap keseriusan dia cakap umpama benda tu betul. Itu cerita aku dengan kawan-kawan dok melawak ketika sarapan pagi suatu ketika dulu.
Dulu-dulu punya citer memang best sebab tiap-tiap pagi memang aku akan bersarapan. Missed sekali sekala tu biasalah. Biasanya aku akan sarapan roti canai tampal, roti telur atau roti kosong. Kalau ada nasi lemak makan nasi lemak. Kat Johor ni pulak famous dengan lontong, jadi kekadang makan lontong. Tengok pada tempat kat mana aku akan menghadap makanan tu. Itu dulu-dulu punya cerita jugak.
Sekarang ni cerita yang lagi dulu kala iaitu zaman kegemilangan eh zaman muda remaja ketika berada di negeri kelahiran tercinta iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). Agak-agak korang apa lah sarapan pagi aku? Haa...jangan tak tahu yang pagi-pagi aku akan makan nasi. Kat sana pagi-pagi memang ada jual macam-macam jenis nasi berlauk (ayam, ikan, daging) dengan pelbagai jenis masakan tak ketinggalan juga nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak dan aneka kuih muih. Uiisshh sedapnya...rasa cam nak balik kelantan sekarang jugak. hehe.
Kembali ke zaman sekarang ini pulak, aku dah tukar sikit sarapan pagi ini akibat dari tabiat malas nak keluar rumah pagi-pagi (sebab kedai jauh sangat). Aku hanya akan sarapan dengan nesvita 3 in 1 yang dicampur dengan milo fuze. Wow..sedap tak terkata serta lemak berkrim. Itu kira sarapan yang paling senang dan paling simple boleh disediakan. Lagi-lagi kalau pagi tu perlu bergegas ke tempat yang penting. Amacam, berkhasiat tak sarapan pagi ku =)
Bercakap berkenaan sarapan pagi ni, apakah peranan sarapan pagi kepada kehidupan dan tugasan yang kita akan lakukan. Adakah ia memberi pengaruh besar dalam segala gerak kerja kita. Semua persoalan ini hanya sopan dijawab oleh orang-orang yang pakar dalam hal ini. Aku ni bukan orang yang ahli dalam bidang tersebut. Tapi apa yang aku tahu dari pembacaan dan dari perkongsian oleh pakar-pakar dan pendapat orang ramai menyatakan bahawa SARAPAN PAGI SANGAT PENTING. Ini kerana sarapan pagi akan membekalkan tenaga untuk badan kita bekerja selanjutnya diwaktu tengahari hingga petang. Setiap makanan yang kita makan akan ditukar kepada bentuk tenaga yang mana akan digunakan oleh badan untuk bekerja. Bagi memudahkan pemahaman kita gunakan contoh yang mudah. Apabila kita bersarapan di pagi hari, tenaga yang dijana dari makanan tersebut tidak akan digunakan pada pagi itu terus tetapi akan digunakan pada sebelah tengahari hingga petang. Pada sebelah pagi pula tenaga yang kita guna adalah apa yang kita pada malam semalam. Begitulah urutannya.
Pernah suatu ketika aku menghadiri satu conference di Kuantan. Aku bersarapan pagi bersama beberapa orang peserta conference yang berasal dari Indonesia. Macam biasalah sambil sarapan sambil borak. Kemudian diorang menegur aku yang makan sedikit je pagi tersebut. Aku sebenarnya takde selera sikit kalau makan dalam dewan yang berhawa dingin (sejuk woo). Maklumlah sarapan kat hotel. Salah seorang bapak Indonesia ni cakap yang dia lihat murid-murid di Malaysia ni ramai tak sarapan pagi. Sebab tu mereka datang ke sekolah dengan badan yang lemah dan selalu mengantuk dalam kelas. Dia cakap di Indonesia mereka akan sarapan pagi banyak-banyak supaya badan akan dapat banyak tenaga dan badan akan cergas bila berada dalam kelas. Betulkah camtu...? Tengok pada keluarga murid tu jugak pak, ada yang keluarga sediakan sarapan pagi dan ada yang tak.
Namun begitu timbul pula persoalan sejauh mana sarapan pagi yang disediakan itu berkhasiat kepada badan. Banyak faktor yang mempengaruhi khasiat makanan tersebut antaranya cara masakan dan juga keseimbangan gizi dalam makanan tersebut. Terlalu banyak makanan berlemak seperti nasi lemak boleh menyebabkan mengantok. Susah jugakkan. Kena rujuk kepada panduan-panduan yang ada bagi memastikan makanan yang kita makan ni merupakan makanan yang berkhasiat. Didikan kepada mak ayah yang dah tak sekolah ni pun perlu jugak sebab diorang yang sediakan makanan kat rumah. Barulah boleh lahirkan murid dan pelajar Malaysia yang cemerlang...wahh..semangat patriotism lak aku pagi ni.
Bila bercakap pasal makan ni kan, apa yang lebih penting adalah makanan yang dimakan itu adalah dari sumber yang HALAL. Walaupun duit untuk membeli makanan tu hasil dari JUDI HALAL namun ia tetap HARAM untuk dimakan. Jika dimakan juga bukan sahaja tidak dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang malahan akan melahirkan manusia yang tak beretika, takde kesedaran sivik dan tak senonoh (apa lagi istilah yang sesuai ek..). Tidak lupa juga kepada yang sarapan ROKOK dipagi hari, apa kejadahnya yang korang dapat selain batuk yang hampir separuh mati aku dengar tiap-tiap pagi. Huuiisshh...cerita pasal rokok lagi laa berjela entri aku kali ni. So kita cerita bab ketidakpuasan hati aku terhadap perokok ni lain kali pulak.
ditaip oleh [MuhSync] yang sedang bersarapan pagi = nesvita+miloFUZE
eerrkk..kenyang (alhamdulillah)
No comments:
Post a Comment