Hari ini alhamdulillah berjaya mengubahsuai wajah blog ni. Sebenarnya telah secara tidak sengaja meng"edit" template lama dan lupa untuk download backup terlebih dahulu. Edit punya edit, tukar-tukar template dan last sekali ambil yang paling simple. Inilah yang terjelma sekarang ini.
Dalam dok explore blog widget, banyak jumpa tools baru yang sebelum ini aku tidak tahu. Kalau korang perasan ada banyak penambahan widgets baru yang sebelum ini tidak pernah aku guna. Terlanjur dok explore, jumpa banyak benda baru dalam google chrome ni. Banyak extension yang sangat bermanfaat memandangkan aku sekarang ini hanya menggunakan google chrome as my default browser. Google memang sYoOoKk...!!!
sambungan...
Kalau diingat-ingat balik dan dicheck dari history blog ni dah mencapai usia setahun. bermula pada jun 2009 hingga sekarang. pejam celik, pejam celik dah genap setahun dah pun. Pantaskan masa berlalu. Inilah dunia yang berada dipenghujung hayat. Kembali kepada cerita wajah baru blog ni. Paling last tukar template pada awal tahun 2010. Masa tu membawa tema mencari sinar baru | bekerja dan menuai hasil. Tema tersebut sebenarnya lebih kepada azam aku untuk tahun ini. Alhamdulillah walaupun hasilnya tak seberapa tapi adalaa reski yang lebih dari tahun-tahun sebelum ini. Bagi wajah baru kali ini (boleh dikira sempena besday aku yang ke 26 - dah tua pulak rasanya) menggunakan tema sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan. Tema kali ini lebih fokus kepada tujuan blog ini diwujudkan. Rasanya tema kali ini kena sangat dengan jiwa aku. Template pulak merupakan template asal yang paling simple dan diubahsuai bagi mendapatkan seperti gambaran dalam kepala. Alhamdulillah terhasil walaupun tak seratus peratus tepat. Jadi selamat bertandang ke InspirasiMuhsync.blogspot.com
1 comment:
Wah..best template baru ni...putih bersih..campur biru2 sikit..alamak, warna kesukaan kak tirana ni Muhsync.
Post a Comment