i k l a n

Thursday, June 24, 2010

h i d a y a h


"Tengok tu dah nangis. Mak nak pergi pasar kejap je. Aleef dok rumah ye. Nanti mak belikan Aleef gula-gula nak? Mak bukan tak nak bawa Aleef tapi kat pasar hari ni ramai orang lagipun mak nak beli barang banyak. Susah nak bawa Aleef" Mak Aleef cuba memujuknya yang seringkali ingin mengikut ke mana saja maknya pergi. Aleef memang tak boleh lihat maknya berhias cantik-cantik, mesti Aleef akan mula nak mengikut. Kalau boleh ikut bukan main suka lagi si Aleef riang gembira sambil terlompat-lompat. Tapi kalau tak dapat ikut terus berubah muka Aleef dan dia akan menangis. Akak dan abangnya selalu ejek Aleef sebagai budak manja sebab selalu sangat menangis. Itu cerita Aleef di usia lima tahun.

"Aleef, Aleef ada nak pergi mana-mana tak hari ini?" tanya mak Aleef. "Takde apa-apa pelan lagi mak, nape mak" jawab Aleef malas-malas. "Camni Aleef, mak ingat nak pergi cari kain sepasang untuk raya nanti kat bandar. Kalau Aleef takde kerja lain, mak nak ajak Aleef untuk jadi driver mak. Boleh Aleef?"

"Nak pergi sekarang ke mak, badan Aleef ni penat lagi laa mak. Aleef kan baru je cuti semester ni. Masa kat kampus tak dapat nak rehat-rehat camni. Kejap lagi lah mak. Lagipun Aleef tak mandi lagi ni. hurmm...kita pergi esok jelah mak" jawab Aleef dengan terus menyambung tidurnya kembali.

Mak Aleef keluar dari biliknya dengan perasaan yang hiba. "Takpelah, mungkin dia betul-betul penat" bisik mak aleef dalam hatinya. Hari itu berlalu tanpa ada apa-apa yang menarik. Sekilas kemudian kedengaran Aleef tergesa-gesa bersiap dibiliknya dan terus berlalu keluar. "Aleef nak pergi mana tu" jerit mak. "Nak pergi jumpa Si Mamat, dia call tadi. Pergi dulu mak".

Hari esoknya muncul.

"Aleef, bangun nak. Dah pukul 10 ni. Aleef cakap semalam nak jadi driver mak ke bandar hari ni." kejut mak Aleef. "Adeeh..yelah mak. Kejap lagi Aleef siap" Mak Aleef berlalu. Jam dah menunjukkan jam 12 tengahari. Aleef baru keluar dari biliknya dengan muka yang masam mencuka. Maka hari itu, dapatlah mak Aleef shopping kain-kain ela untuk membuat baju raya. Namun mak Aleef dapat melihat riak wajah anak lelakinya itu yang tidak berapa ceria. Si Aleef hanya diam membatu je sepanjang perjalanan sehinggalah sampai ke rumah kembali.

"Terima kasih nak sudi temankan mak hari, mak nak belikan Aleef baju pun Aleef tak nak". "it's ok mak" jawab Aleef sepintas lalu dan terus masuk kembali ke dalam biliknya. Itu Aleef diusia 21 tahun yang ketika itu masih menuntut di institut pengajian tinggi.

"Bismillahirrahmanirrahim,Syukur Ya Allah atas segala kurniaan nikmatmu di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Sesungguhnya aku telah banyak melakukan dosa kepadaMu. Tunjukkanlah aku jalan lurus, jalan yang engkau kurniakan kepada orang yang engkau beri nikmat. Kurniakanlah aku hidayah serta petunjuk dalam apa jua yang aku lakukan ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah dosa kedua ibubapa ku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku ketika aku masih kecil. Mereka telah banyak berjasa kepadaku Ya Allah. Berikanlah mereka kelapangan untuk beribadah kepadamu. Tempatkanlah mereka di syurga mu Ya Allah"

Di saat itu mutiara-mutiara jernih telah keluar dari mata Aleef. Di saat berdoa itu, Aleef terbayang kembali apa yang telah berlaku pada ketika usianya lima tahun kemudian terbayang pula pada ketika usianya 21 tahun. Hati Aleef begitu tersentuh sekali dengan apa yang telah beliau doakan. Dia rasa begitu insaf di atas kelakuannya terhadap mak. Begitu bezanya dan cepat beliau berubah. Di waktu kecil, maknya melayan dengan begitu baik sekali. Ke mana saja mak nak pergi, Aleef pasti nak ikut. Tapi bila usia sudah meningkat dewasa, diri sudah boleh berdikari dan mak sudah tidak diperlukan lagi. Rasa malu untuk berjalan dengan mak.

"ohh...sungguh kejam diri ini memperlakukan mak sedemikian rupa. Ya Allah, ampunkan dosaku ya allah. Lembutkan lah hati ini bila berhadapan dengan mak. Aku tidak mahu lagi menyakiti hati mak, aku mahu mak bahagia bila aku ada bersama. Panjangkan usia mak aku supaya dapat aku balas segala jasa mak". Aleef terus menangis, menangis dan menangis pada pagi yang syahdu itu. Solat tahajjudnya pagi itu telah merobek hatinya tentang kesalahan yang tidak penah disedari sebelum ini.

"Alhamdulillah...syukur pada Mu Ya Allah. Aku diberi hidayah pada ketika ibuku masih ada" Aleef bangun dan meneruskan solat sunat tasbih.

karangan [M]uh[S]ein

5 comments:

CikAniey said...

slm... boleh tak nak bg cadangan...?!

hehe, kire boleh la ye... kalo mak aleef ade lg, suh die balik cium mak die ye =)

nice story... touching jugak siket2... tp kalo leh wat bg sensitip or romantica siket lagi pon syok jugak... bg meleleh air mate para silent reader =)

syabas!

muhsync said...

wasalam wbt. terima kasih di atas cadangan cik aniey. Dalam cerita tersebut, memang mak aleef masih ada dan mungkin kalau diteruskan lagi karangan tersebut, dia akan balik jumpa mak dia. karangan ni bukanlah tujuan untuk touching. ia cuma nak gambarkan bahawa hidayah tu akan diperolehi dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. penulis karangan ni cuba menyampaikan cerita dengan kaedah yg berlainan dr kebiasaan. tidak semestinya perlu ada watak orang meninggal atau tragedi barulah berlaku perubahan. waima dalam dunia nyata sekalipun tidak sebegitu jadinya..apa pun bila diri dekat dengan Allah, maka hidayah itu sentiasa ada untuk diri melakukan perubahan ke arah kebaikan. solat jangan sekali ditinggal =)

faizulamin said...

menarik.
mula2 aku pun komen mcm tu, tp lepas baca penerangan ko, aku dah faham. kita liha cerita ini dari sudut pandang yang lain..

hmm, betui ke ko karang ni muhsein? wahh.. dah pandai wat cerpen skang ni. pasni, bole la tulis novel plak! lol! :p

muhsync said...

ini dah kategori cerpen eh. rasa cam wat karangan bahasa melayu sekolah rendah je. dah lama tak mengarang. mungkin ini caranya untuk berjinak ke bidang penulisan novel. pe2 pn thank di atas komen tersebut. harap dapat manfaat darinya..insyaAllah

faizulamin said...

sync!
this template is much better! now, mana shoutbox ko? dah terpaksa aku komen ko kat sini! hahaha.

Related Posts with Thumbnails