sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Wednesday, June 23, 2010
[alif] [ba] [ta]
a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m..wbt
[dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani]
[syukur kpd Allah swt, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw]
"Kita akan dapat apa kita fokuskan", kata naqib usrah pada hari itu yang mengupas tentang buku Quranic Law of Attraction. Alhamdulillah walaupun usrah hari itu hanya dihadiri oleh tiga orang termasuk sang naqib namun perjalanan usrah tetap dijalankan seperti kebiasaan. Sang naqib terus menghurai pengisian buku tersebut satu per satu, helai demi helai secara ringkas tetapi padat ke arah isinya yang sebenar. Penjelasan sang naqib terus menghala ke arah contoh yang berlaku disekeliling kehidupan hadirin usrah tersebut. Sesuai dengan usia sang hadirin yang masih muda belia itu sang naqib memberikan contoh mengenai bagaimana dalam isu mencari jodoh. "Kita pernah dengar sebelum ini ada yang hendak mengorat si anak dara melalui si kawan anak dara. Namun apa yang berlaku si pengorat akan berkahwin dengan si kawan anak dara. Mengapakah ia berlaku sedemikian?"
Sang hadirin terdiam berfikir. "Ia berlaku disebabkan si pengorat lebih fokus kepada si kawan anak dara". Sang hadirin mengangguk faham
"Dalam komponen kejayaan pula perlulah ada elemen kebahagiaan dan disertai dengan keimanan. Tidak guna jika sang berjaya tidak bahagia dalam kehidupan. Sang berjaya juga tidak akan mendapat kebahagiaan jika tidak disertai dengan elemen keimanan. Dengan lengkapnya ketiga-tiga elemen ini baru ia boleh dikatakan berada dipuncak kejayaan yang sebenar"
kejayaan = kebahagiaan = keimanan
Sang hadirin menggangguk lagi.
ALIF
"Bagaimana pendakwah kristian mengambil kesempatan yang ada pada orang-orang islam..?", tanya salah seorang peserta Dialog Model Insan bersama Mohammad Nicholas Sylvester. Dengan tenang beliau menjawab, "Orang-orang islam rata-rata memandang pendakwah kristian dengan rasa penuh kebencian, marah dan geram. Namun bagi pendakwah kristian ini mereka datang bukan tujuan utama untuk berdakwah. Tapi kedatangan mereka adalah untuk menziarahi, mengembirakan dan menenangkan hati yang gundah gulana. Bila mana bertembung antara benci, marah dan geram dengan kegembiraan dan ketenangan yang mana agaknya akan menang?".
Peserta terdiam berfikir sejenak manakala ahli panel terus menyambung. "Sudah tentulah yang datang dengan kedamaian, kegembiraan dan ketenangan akan menang. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita ini yang mana kita orang islam ini yang membuka ruang dan peluang untuk mereka sedangkan yang damai, gembira dan tenang itu adalah islam tapi sejauh mana orang islam yang betul-betul beriman dengannya.
Hadirin yang hadir terdiam dan berfikir sejenak.
BA'
"Saya melihat orang dari bangsa lain begitu komited dalam melakukan kerja. Mereka inilah lebih cekap, efektif dan begitu agresif dalam melaksanakan tanggungjawab serta lebih berdisiplin. Tapi melihatkan orang-orang dari bangsa kita ini, saya rasa begitu teruk sebab sesama sendiri mereka ini berhasad dengki, kerja dengan ala kadar, tidak berdisiplin dan segala macam yang buruk. Ini memperlihatkan bangsa kita ini tidak mengamalkan apa yang ada dalam al-quran itu sendiri". Salah seorang peserta yang mengutarakan pendapatnya kepada ahli panel.
TA
Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini...Axxxx Axxx berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
petikan dari berita harian online 06/05/2010
seterusnya petikan berita harian online 23/06/2010
3 laman web tawar judi bola dikenal pasti
KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengenal pasti tiga laman web menawarkan pertaruhan haram secara online (talian) kepada kaki judi membabitkan semua perlawanan Piala Dunia 2010 yang didalangi rakyat tempatan. Difahamkan, lebih daripada 10 rakyat tempatan yang bertindak sebagai bookie di negara ini giat mengesyorkan saluran pertaruhan haram itu menerusi ahli keluarga dan sahabat handai...
PENUTUP
[ALIF, BA', TA] merupakan huruf jawi yang menjadi pangkal huruf untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Si Kadir bertanya Ahmad tentang gerakan freemasons, Si Jantan bertanya Amin tentang bank islam yang mengambil riba' secara pintu belakang, Anak perempuan Kadir, Ahmad, Jantan, Amin, Husin dan Aziz sedang kecoh dengan berita ada bayi kena buang dikampungnya. Azan zohor telah berkumandang di masjid kampung. Jemaah tengahari ini pakcik Husin sang bilal dan pakcik Aziz sang imam yang bertugas hari tersebut.
tukang karut [inspirasiMuhSync]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment