i k l a n

Wednesday, June 16, 2010

i.n.f.o.r.m.a.s.i



a s s a l a m u a l a i k u m . wbt

Minggu ni masih lagi dalam tempoh bertenang. Dah hari ke berapa pun dah tak terkira. Apa pun agak susah juga untuk memberi fokus terhadap perkara yang sepatutnya dilakukan. Tempoh ni merupakan tempoh untuk melakukan peralihan atau tempoh perubahan antara aktiviti-aktiviti lama kepada aktiviti yang baru.

Jadi dalam tempoh ini aku banyak menyibukkan diri dengan menambah ilmu-ilmu baru melalui pembacaan buku dan blog. Informasi yang aku dapat ni bukanlah suatu yang baru sebenarnya. Ia merupakan perkara-perkara yang sudah lama berlaku dan dikaji oleh beberapa individu dalam mencari suatu kebenaran dalam dunia ini.

Oh...terlalu banyak perkara-perkara baru yang aku perolehi terutamanya tentang agenda kejahatan yang cuba merobek semua perkara baik termasuklah agama, peradaban, ekonomi, dan segala macam urusan kehidupan ini sehinggalah ke tahap ekstrim kejahatan mereka membawa kepada panggilan mereka kepada makhluk dari alam yang lain. Ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan akhir zaman iaitu kemunculan dajjal, imam mahdi dan turunnya nabi isa as.

Selain itu, bila melihat bukti-bukti yang dikemukakan memang terasa sangat yang ada suatu kuasa yang merancang dan merencana setiap apa yang berlaku. Oh sekali lagi terlalu banyak informasi yang aku perolehi dan tetap belum cukup. Aku masih perlukan lagi, lagi dan lagi. Itulah penangan ilmu yang sentiasa tidak cukup walaupun setinggi mana tahap pengajian yang kita pelajari.

Tapi sebanyak mana informasi yang kita perolehi itu tetap kita perlu tapis dan perhalusi juga agar ia tidak bercampur dengan informasi yang tidak sepatutnya. Selain itu, kita juga perlu menghadkan segala informasi yang masuk kerana jika terlalu banyak informasi yang masuk ia akan mengganggu fokus kerja kita seharian. Informasi ini juga boleh menjadi "information emission". Pencemaran informasi disebabkan terlalu banyak informasi.

Jadi sahabat-sahabat sekalian, mari kita tapis segala informasi yang ada dan limitkan informasi yang perlu kita ambil setiap hari agar segala gerak kerja kita akan menjadi lebih efektif dan agresif =)

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik

Related Posts with Thumbnails