sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Wednesday, June 9, 2010
t e m p o h - b e r t e n a n g
a s s a l a m u a l a i k u m . w b t
Semoga semuanya berada dalam kesihatan dan keceriaan hendaknya.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama selepas mengumumkan tempoh bertenang. Tempoh bertenang ini sangat perlu sebelum aku dapat membuat struktur baru gerak kerja tahun ini. Maklumlah terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang digalas sehinggakan satu masa rasa macam perlu bahagikan diri kepada dua untuk memastikan semua amanah dapat ditunaikan. Namun apalah daya, aku hanya insan biasa sahaja.
Semalam sudah menghantar surat makluman rehat dari segala tugas sebagai jawatankuasa di peringkat daerah dan negeri. Tapi masih belum mendapat sebarang maklum balas lagi tentang surat tersebut dari orang yang sepatutnya. Harapnya mereka dapat memahami hasrat hati dan diri ini. Cukup sedih sebenarnya untuk menghantar surat tersebut. Mahu tidak mahu terpaksa juga bagi memastikan kesinambungan kerja selepas ini lebih efektif dan agresif.
Tindakan menghantar surat tersebut juga dibuat setelah berbincang dengan beberapa sahabat dan di atas nasihat sahabat-sahabat tersebut maka tindakan mengeluarkan surat tersebut diambil. Surat pun sudah dihantar. Sekarang ini perlu mengambil tindakan selanjutnya iaitu menyusun semula jadual kerja sert a perancangan. Tadi sempat berborak ngan seorang lagi sahabat. Dia tanya "apa yang ko nak buat dalam tempoh bertenang ni, ko ni rehat ke tak rehat sama jek". Aku pun mula memikirkan semula. Ada betul juga katanya.
Terjebak dengan kata-katanya aku mulalah memikirkan perkara tersebut dengan serius. Jawapannya aku kena bertindak secara pasif atau tidak mengambil peduli sangat tentang aktiviti gerakan NGO tersebut. Hari ini pula satu hari aku menunggu penyelia master aku di makmal. Dari jam 9 pagi sampai jam 6.30 petang duduk di makmal namun kehadirannya tidak kunjung tiba. Aku ambil keputusan untuk pulang tiba-tiba baru je keluar makmal, muncullah penyelia tersebut dengan melambai-lambai ke arah aku. Isyarat untuk aku jumpanya sekejap.
Jumpa untuk selesaikan beberapa urusan rasmi sebab aku ni dah bertindak seperti "personal assistant" beliau. Kemudian beliau sempat bertanya tentang progress master aku. Seperti biasa aku menjawab "Sedang writing dan baca jurnal". Kemudian beliau mengarahkan aku untuk menghantar beberapa chapter yang sudah siap untuk mengelakkan bebanan tugas beliau sendiri selepas ini. Untuk makluman semua, penyelia aku ni memang seorang yang sangat sibuk. Namun beliau seorang begitu baik. Terharu dapat penyelia sepertinya.
Jadi, ari khamis atau jumaat depan aku perlu menghantar beberapa chapter kepadanya. Yes...!! aku sungguh gembira sekali. Selepas ini barulah aku akan boleh fokus membuat kerja sebab ada tekanan untuk push aku menyiapkan kerja. Yippiieee..
Oh..tidak lupa juga terima kasih kepada kak ain sebab sudi memberikan nasihat. Alhamdulillah selepas mendapat nasihat ringkas darinya rasa sedikit lega dan mendapat sedikit panduan untuk tindakan aku selepas ini.
Walau susah macamana pun kita dalam hidup ini, sentiasa ingat Allah. Ingat Allah sentiasa bersama dengan kita. Bersangka baiklah dengan Allah
.: t e n a n g - b e r t e m p o h :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment