i k l a n

Wednesday, June 9, 2010

bila berada dalam kesempitan


a s s a l a m u a l a i k u m . w b t
[salam kesejahteraan ke atas kamu]

Bayangkan dengan tiba-tiba di waktu malam yang hening ketika sedang bersendirian di rumah dengan tiba-tiba semua lampu padam termasuk kipas dan peralatan elektronik yang lain juga turut sama berhenti berfungsi. Oh..elektrik terputus rupanya. Pernahkah perkara sedemikian terjadi dalam kehidupan kita?. Rasanya ramai yang melalui pengalaman sedemikian.

Ketika di dalam kegelapan tersebut, perkara pertama yang kita cari adalah sumber cahaya lain. Tentu begitu susah sekali untuk kita bergerak dan mencari sebatang lilin. Kita bergerak pun dengan mengikut gerak hati. Silap-silap ada yang terlanggar dinding. Begitulah agaknya ragam kita bila berada dalam kegelapan.

Semua itu merujuk bagaimana gambaran diri bila kita berada dalam kegelapan. Ketika dalam kegelapan inilah kita akan mencari sumber cahaya lain untuk menerangi kehidupan. Simboliknya gambaran di atas adalah berkenaan kehidupan kita di dunia ini. Seringkali kita berada dalam keadaan sedemikian, tercari-cari panduan hidup iaitu ketika kita berada dalam keadaan tersepit, terhimpit dan kesusahan.

Kalau gelap kita perlu cari cahaya, tapi kalau kita kesusahan di waktu yang terang bagaimana pula kita nak cari cahaya?. Simbolik cahaya dalam kes ini adalah hidayah. Bagaimana pula untuk mencari hidayah? Untuk mencari hidayah maka kita perlu mendekati Yang memberi hidayah iaitu Allah swt. Cuba fikir-fikirkan kembali bagaimana hubungan kita dengan Yang Maha Berkuasa..Bagaimana mungkin untuk kita mendapat pertolongan dan hidayah jika perhubungan kita denganNya begitu renggang sekali.

ohh...ku sedang mencarinya...
[c]-[a]-[h]-[a]-[y]-[a]

No comments:

Related Posts with Thumbnails