i k l a n

Monday, June 7, 2010

cerita balik kampung


assalamualaikum wbt..
salam sejahtera ke atas kamu..

Lama sudah tidak menghantar sebarang entri terkini. Semuanya bermula dengan kesibukan berpindah rumah dan diikuti dengan diri yang sentiasa penuh dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan juga aktiviti persendirian. Dalam kesibukan tersebut, sempat juga untuk pulang ke kampung halaman menjengok kedua orang tua serta sedara mara dan jiran tetangga di kampung. Suasana di kampung tidak banyak bezanya seperti empunya diri yang pulang ke kampung juga tanpa sebarang perubahan.

Alhamdulillah kepulangan ke kampung kali ini ada bezanya. Dapat dirasakan suatu kedamaian dan ketenangan. Walaupun kepulangan hanya untuk dua, tiga hari sahaja namun sempat menyelesaikan beberapa urusan penting di rumah. Kepulangan kali ini juga cuba untuk aku penuhkan segala permintaan kedua orang tua ku. Namun rasanya tak semua yang dapat dipenuhi lagi.

Kepulangan kali ini juga adalah untuk menyampaikan hasrat dan memohon restu kedua orang tuaku tentang impianku untuk bekerja sendiri selepas menamatkan pengajian master. Bagiku restu ini amat penting yang akan melancarkan lagi segala usaha yang bakal aku usahakan nanti. Sungguh ku perlukan restu itu.

Di kampung sempat bersua dengan kawan-kawan lama, menyusuri bandar Kota Bharu yang kian membangun, bermain bowling bersama adik dan kawan-kawan, ke pasar Wakaf Bharu, minum n lepak-lepak bersama kawan di kedai makan sebelah roundabout dan semua itu begitu menggamit semua kenangan-kenangan lama di sana. Betapa indahnya mempunyai kenangan itu kerana ia membuat kita tersenyum, mungkin juga sedih dan tiba-tiba berada dalam dunia khayalan.

Owh...tak sabar nak pulang ke kampung lagi =)

No comments:

Related Posts with Thumbnails