sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Sunday, April 18, 2010
kaunter pertanyaan..hurmm
Membuat perjalanan yang jauh merupakan suatu yang menyeronokkan. Bak kata pepatah "jauh berjalan, luas pandangan, makin banyak pengalaman". Bercakap bab berjalan ni, sebenarnya saya baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur. Pergi ke sana atas urusan perniagaan dan hubungan silaturahim.
Nak ikutkan saya sudah biasa dengan bandar metropolitan Kuala Lumpur ni terutamanya melibatkan perjalanan menggunakan kenderaan awam. Tapi kalau nak suruh pandu kereta sendiri saya terpaksa angkat tangan sebab memang pening dengan jalan-jalannya yang bersimpang siur itu.
Sudah menjadi kebiasaan pergi ke sana dengan bas tapi kali ini bas tidak lagi berhenti di Hentian Puduraya sebaliknya berhenti di hentian sementara Bukit Jalil. Uisshh mahu kelam kabut kejap memikirkan bagaimana mahu ke tempat yang dituju dari sana. Kalau menggunakan LRT insyaAllah boleh sampai tapi kalau dengan bas belum tentu lagi sebab kurang mahir. Ada je terfikir untuk ambil teksi tapi bila fikir bab tambang tu yang malas nak membazir. Jadi cepat-cepat buka map kat dalam diari dan alhamdulillah rupanya di kawasan situ ada stesen LRT terdekat.
Tempat yang dituju adalah ke stesen LRT Taman Melati dan tempat ke dua adalah ke rumah kakak di Templer Park. Dipendekkan cerita, bermulalah perjalanan saya ke destinasi yang ditujui itu dan bermulalah episod kaunter pertanyaan.
Pertama, di Stesen LRT Bukit Jalil..seorang pemuda cina bertanya samada beliau berada ditempat yang betul untuk ke destinasi Tasik Selatan. Kemudian di dalam LRT pula, seorang pemuda india pula bertanya beberapa soalan tentang perjalanan untuk ke KLCC menggunakan LRT. Bila tiba di stesen Masjid Jamek (pertukaran Star ke Putra LRT) ditegur oleh seorang bangsa asing untuk ke Titiwangsa dan alhamdulillah semua soalan-soalan itu dapat saya jawab sebaik mungkin.
Rasanya tak pernah lagi menjadi tempat bertanya sebegitu sekali. Terfikir juga adakah aku ini muka kaunter pertanyaan ataupun ada nur di wajah ku (gurau jek). Sebenarnya seronok dapat membantu orang yang kesusahan. Selain dari itu dapat melatih tahap kemahiran berbahasa english kerana ketiga-tiga orang yang bertanya memang berkomunikasi dalam bahasa itu.
Kembali semula kepada topik perjalanan jauh, opss..maklumlah setiap perkara dalam dunia ni memang berpasang pasangan. Jauh perjalanan memang menyeronokkan tapi pada masa sama cukup memenatkan badan. Jadi sudah tiba masa untuk saya berehat =)
::inspirasiku::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam, inche...
mcm bez je nek knderaan awm d KL ye, rase nk g lagi je... hehehe... Anyway, sy xphm ngn paragraph terakhir...
waahh hebat..sy yg duk KL pn xreti nek lrt tu..kena ty org2 yg dah biasa nek..klu tak mmg sesat aa..huhuhu~
ehmm, mmg xfhm paragraph yg last tue..cm nk bgthu smething yg tersembunyi dsebalik story tue..
yang last tu nak gtau pasal saya ni dah penat. dah xde idea nak karang. secara ayat lainnya menggunakan kiasan setiap benda adalah berpasang-pasangan. contoh yang dinyatakan di atas adalah perjalanan jauh ialah perkara yang MENYERONOKKAN tapi pada sama PENAT. SERONOK pasangannya adalah PENAT. itu jek. xde pe2 maksud lain. harap semua faham ye =))
Salam Muhsync,
Kak tirana pulak kalau naik kenderaan awam, memang surrender..tak reti langsung. Nak tunggu bas kat mana pun tak tau...hehehe..sebab tak pernah guna kenderaan awam. Once in a while (mungkin setahun sekali) ada juga naik teksi.
Post a Comment