i k l a n

Wednesday, March 30, 2011

arnab dan kura-kura suatu pengajaran


aku yakin dan pasti korang pernah dengar cerita arnab dan kura-kura berlumba. Aku juga yakin dan pasti korang pun tahu apa kesudahan cerita tersebut. Namun begitu apakah pengajaran dalam cerita itu? Aku sebenarnya share pengajaran kisah ni sebab aku rasa ia suatu pengajaran dan pembelajaran yang terbaek.

Seperti yang kita tahu dalam cerita tersebut si arnab dan kura-kura telah berlumba. Dalam perlumbaan tersebut arnab telah berlari laju meninggalkan kura-kura tetapi arnab telah berhenti rehat dipertengahan jalan lalu tertido. Si kura-kura ni pula terus berjalan, jalan, jalan, jalan dan akhirnya si kura-kura ni yang sampai di garisan penamat.

Pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita tersebut:

Jangan berhenti selagi kita tidak sampai kepada tujuan/matlamat kita yang sebenar.
Kes ni biasa berlaku kepada pelajar-pelajar yang mahu berhenti belajar sebelum tamat pengajian yang sebenar. Mereka merasa susah, ada banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi dan mereka merasa tak mampu lalu mereka mengambil keputusan untuk berhenti di situ sahaja. Sepatutnya kita perlu berpegang kepada prinsip selagi mana bukan penamat maka selagi itu kita tidak akan berhenti. Dalam kata lain selagi tiada arahan untuk kita berhenti atau selagi tidak mendapat surat untuk berhenti so jangan berhenti..!!

Kehidupan perlu ada matlamat (kura-kura)
Yaaa..!! kita perlu ada matlamat dalam hidup kita (itu kata-kata biasa ahli motivasi). Persoalannya apakah bentuk matlamat hidup kita. Dan lagi penting bagaimana nak letak matlamat. Susah juga aku nak terangkan. Sesape yang belum dapat jumpa matlamat sila consult dengan aku secara individu, insyaAllah aku cuba bantu.

Jangan bertangguh dalam melakukan sesuatu (arnab)
Bagi pengajaran ni aku nak share kisah aku sendiri, suatu ketika dalam proses menyiapkan thesis master aku terasa putus asa lantas aku cuba mengambil keputusan untuk menangguh pengajian master tersebut. Tapi sebelum tu aku cuba mendapatkan pendapat dari orang sekeliling yang terdekat. Dan aku mendapat satu kata-kata yang simple tetapi cukup bermakna dari akak ku sendiri. Akak ku cakap “kalo tangguh pun nanti tetap kena buat balik sampai habis kan”. Masa tu terus aku rasa cam tersedar dari lamunan tido yang panjang. Jadi bertitik tolak dari situ aku teruskan dan sekarang ni tunggu masa nak viva jek. Thanx kaktie 

Biar lambat tetapi istiqamah berbanding cepat tetapi berhenti dipertengahan jalan
Dalam kes ni aku suka share tentang perancangan kewangan. Bila aku membuat perancangan kewangan untuk sesorang client memang kita akan tetapkan berapakah matlamat kewangan yang hendak dicapai. Biasanya aku akan mencadangkan kepada client untuk menggunakan kaedah simpanan bulanan sehinggalah tercapai matlamat tersebut. Kekadang tu ada client yang tidak dapat menyimpan dalam jumlah yang besar so aku akan amik pengajaran dari cerita arnab dan kura-kura supaya dia memahami bahawa biarlah kecik atau sedikit duit yang disimpan, insyaAllah lama-lama akan dapat juga jumlah yang diimpikan itu. Tak guna juga kalo ada duit yang banyak tetapi banyak buang untuk benda tak berfaedah, enjoy semata-mata dan beli benda merapu n last sekali masa depan terseksa.

p/s: nak kaya pn jangan terlalu cepat sampai korang termasuk skim cepat kaya. simpanlah duit tu, biar sikit-sikit dlu, lama-lama sampailah ke matlamat kita. lagi-lagi kalo masuk unit trust lagi cepat sampai :D

3 comments:

Anonymous said...

ye betul...cerita arnab dan kura2 memang mempunyai banyak iktibar dan pengajaran...umat islam, sila ambil iktibar dr kisah ini...hendaklah istiqamah dlm apa jua perkara baik yg kita lakukan..never ever give up! =)

nur said...

tapi kan, pernah x dgr cerita arnab & kura2 versi kedua? kalau versi pertama, kita tau yg kura2 menang perlumbaan..tapi utk versi kedua, arnab pun ade juga memenangi perlumbaan..

Perlumbaan antara arnab dan kura-kura (versi kedua)..

Perlumbaan ini di bahagikan kepada 3 kategori..
Kategori pertama; kemenangan di ukur dari segi masa yg telah ditetapkan.
Kategori kedua; kemenangan di ukur dari segi jarak yg di lalui.
Kategori ketiga; kemenangan di ukur dari segi masa dan jarak.

Utk kategori pertama, syaratnya ialah perlu memenuhi masa yg telah ditetapkan (iaitu, mereka perlu smpi ke garisan penamat, dlm tmpoh masa satu jam shj). Jadi, utk katgori ini, arnb memenangi prlmbaan. Kerana arnab mempunyai klbihn untuk berlari dengan laju, brbnding dgn kura2. Ini bermakna, arnab mengambil masa yg singkat brbnding dgn kura2, jadi dia menang dlm perlumbaan itu.

Utk kategori kedua, syaratnya adalah mereka perlu melalui jalan darat dan sungai. Jadi, utk kategori ini, kura2 memenangi perlumbaan. Ini adalah kerana, bila berlumba di jalan darat, arnab boleh kuasai (dgn meninggalkan kura2 di belakang) kerana arnab mempunyai kelebihan untk berlari dgn laju, tetapi bila dia tiba di sungai, dia xboleh buat apa2,terpaksa berhenti setakat itu shj, kerana arnab tidak tahu berenang. Tetapi kura2 boleh melepasi halangan sungai itu, dan berjaya tiba d garisan penamat.

Utk kategori ketiga pula, syaratnya ialah mesti menamatkan perlumbaan dalam masa yg telah ditetapkan (cthnya selama 2jam) dan mesti melalui jalan darat dan sungai. Bolehkah anda sekalian fikir, siapa yg akn memenangi perlumbaan ini?
Arnab boleh berlari dgn laju, tetapi dia tidak boleh menyeberangi sungai. Manakala kura2 pula berjalan lmbt, tetapi boleh mnyeberangi sungai..Tetapi, mereka perlu smpi ke garisan penamat dalam masa yg telah di tetapkan. Secara logiknya, kita akn fikir, tiada siapa yg akn memenangi pertandingan ini, krn masing2 mmpunyai had/ terbatasnya pergerakan.

Tetapi, sebenarnya kedua2 peserta tersebut boleh memenangi pertandingan jika mereka melakukan sinergi antara keduanya. Iaitu, ketika berada d jalan darat, kura2 naik di ats belakang arnab, dan arnab berlari sekuatnya (krn perlu memenuhi masa yg telah dtetapkan), dan bila tiba di kwsn sungai, arnab pula yg naik di atas blkg kura2 utk mnyebrangi sungai tersebut, dan bila tiba di kwsan darat, kura2 naik semula ke atas blkg arnab, dan arnab memecut semula hingga smpai ke garisan penamat. Jadi, kedua2 mereka boleh memenangi pertandingan tersebut.

:::Sambung kat next comment...xmuat la kat sini:::

nur said...

:::Continue from previous comment:::

Sahabat sekalian, anda nampak x iktibar n pengajaran dari kisah ini? Kita dalam hidup ini seharusnya perlu lah tolong-menolong antra yg kuat dan yg lemah. Kerana, yg kuat tidak semestinya mmpunyai kelebihan semata2, dan yg lemah tdk semestinya mmpunyai kekurangan semata2..Kita tidak boleh melihat yg kuat dr sudut kekuatannya shj, dan kita tidak boleh melihat yg lemah dr sudut kelemahannya shj. Hakikatnya, Allah ciptakan kita semua mempunyai kelebihan yg tersendiri, walaupun kdgkala ada org melihat kita ini lemah dr sudut yg tertentu, tetapi yakinlah, masih ada org yg akn melihat kita kuat dr sudut tertentu.

Ok, dalam konteks pembelajaran, seharusnya kita perlu sentiasa menolong antara satu sama lain among our classmates n grupmate. Jgn bergerak secara individu, krn kelak kita juga yg akn rugi. Perkongsian maklumat antra satu sama lain, scra tidak langsung akn menmbhkn maklumat/pengetahuan sesama ahli kumpulan/kelas. Kerana itu, forum/knowledge sharing itu TERsgt penting dlm wktu pembelajaran.

Dalam konteks kerjaya pula, yg kuat (managerial level) dan glongan yg lemah (operational level) perlu melakukan sinergi antra keduanya dlm memastikan orgnisasi trsbut brjya achieve their goals. Buat glngn atsan, jgn memndg rendah kpd glongan bwahan, krn tanpa kita sedari sbnrnya ada di antra glngn bawhn yg mmpunyai idea/solution yg lebih baik dan bkesan brbnding glngan atsan. Beri peluang kepda org bwhan anda untk mnonjolkn bakat mereka yg terpendam, supya kita dpt melihat kekuatan mereka. Dan buat golongan bawahan, sila ubah pemikiran anda supya jgn terlalu berfikir yg anda hnyalah org bwahan. Fikir secara positif, dgn meletakkn diri anda sebagai org yg penting dlm organisasi itu. Disebabkn itu, andaikata sinergi antara keduanya sangat kuat, insyaAllah organisasi itu berjaya shngga mlpasi tahap expectation mereka..=)

Wallahualam..

Related Posts with Thumbnails