i k l a n

Showing posts with label kreatif. Show all posts
Showing posts with label kreatif. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

cerita ramadhan: nasi tak masak


suatu petang di kala kesibukan untuk berbuka puasa. masing-masing sibuk membantu si ibu menyediakan juadah untuk berbuka puasa. semua kuih muih diletakkan terlebih dahulu bersama lauk pauk yang akan dijamah bila azan berkemundang. dalam hati masing-masing dah tak sabar nak menelan semua jenis kuih dan lauk yang ada. sambil menelan air liur sambil hati menahan sabar menunggu waktu tiba.

"sekarang diumumkan masuklah waktu berbuka bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya" melalui corong radio.

"Allahuakbar, allahuakbar"
suara azan sudah berkemundang.

"Allahumma laka shumna wa bika amanna wa 'alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin - Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Alleef terus mengetuai bacaan doa berbuka puasa.

apa lagi..makanan pun dijamah dimulai dengan buah kurma. segala kuih muih telah disentuh. sampai masanya untuk lauk pauk pula mengambil tempat. lantas cepat-cepat si Alleef bangun mengambil nasi dari periuk.

alangkah terkejutnya alleef sebab dalam periuk tersebut terisi beras yang masih lagi berendam dengan air.

"hah..kenapa ni..!!" Alleef terkejut dengan apa yang dilihatnya tadi.

rupanya nasi belum masak lagi. mungkin ibunya terlupa nak periksa samada periuk elektrik itu telah ditekan butang untuk memasak nasi ataupun memang periuk itu ada kerosakkan.

cepat-cepat si ibu mengambil periuk nasi tersebut di alih ke dapur gas untuk mempercepatkan proses memasak nasi. nampak gayanya lewat sikitlah nak merasa lauk pauk hari itu.

kejadian itu telah berhenti dengan masing-masing mendiamkan diri. tiada siapa dipersalahkan dan tiada siapa yang mencari salah.

dalam hati si ibu
"sedihnya hari ini sebab aku tidak dapat menyediakan yang terbaik untuk anak-anak ku"

dalam hati si anak
"sesungguhnya kejadian ini menyedarkan aku yang aku tidak menolong ibuku memasak dan meyediakan makanan untuk berbuka"

Tuesday, August 2, 2011

catatan ramadhan

solat sunat terawih di masjid wakaf bharu di imamkan oleh dua orang anak muda belia yang bergilir-gilir. 10 rakaat sorang imam. sorang adalah anak tempatan dan sorang lagi jemputan dari kemboja. bila orang muda yang jadi imam ni, makmum yang lanjut usia pn bersemangat muda kembali :D

yang bestnya bila ada 2 orang imam muda yang mengimamkan solat sunat terawih adalah para jemaah dihidangkan dengan 2 jenis gaya bacaan yang berlainan untuk 20 rakaat. jadi para jemaah tidak akan mudah jemu untuk setiap malam. satu pencaturan yang mantap dari pihak masjid

bila abis azan je saf pertama sudah penuh untuk solat sunat. bila iqamah saf kedua dan seterusnya pula penuh. yang datang lewat confirm dapat saf belakang. tercabar juga orang muda sebab yang dok saf depan tu kebanyakkan yang dah beruban tapi semangat dan tenaga diorang mengalahkan orang muda.

sepanjang bulan ramadhan ni ada 2 sebab kena pergi awal ke masjid. awal tu seawal sebelum azan berkumandang. sebab pertama adalah untuk memastikan dapat solat di saf paling depan. sebab kedua adalah untuk pastikan kita dapat parking kenderaan di depan atau dekat dengan masjid. rasanya sebab kedua lebih mendapat keutamaan.

Thursday, July 21, 2011

aktiviti santai



Hari ini nak kongsi dengan korang aktiviti santai. Boleh dilakukan untuk diri sendiri dan juga kepada anak-anak kecil yang sudah pandai berfikir. Juga amat sesuai untuk korang yang tengah down atau takde semangat dengan diri sendiri. Jom kita beraktiviti...

Cuba ambil dua (2) helai kertas kosong. Tak kisahlah kertas saiz A4 kosong atau kertas yang bergaris-garis. Yang penting kertas tersebut tidak bertulis apa-apa.

Sekarang cuba tenangkan minda dan hati. Setkan masa sendiri untuk aktiviti ini. Tak kisah lah nak ambil sejam, sehari, seminggu atau ikut masa lapang sendiri.

Perkara yang perlu diisi dalam kertas tersebut adalah PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. perkataan positif dan negatif tersebut perlu di isi dalam kertas berlainan. Isilah seberapa banyak perkataan yang berkaitan yang ada dalam minda dan hati.

CONTOH PERKATAAN POSITIF
Kuat, cemerlang, gembira, senyum ...

CONTOH PERKATAAN NEGATIF
Bodoh, gila, sedih, masam ...

Bila telah selesai atau masa yang disetkan telah tamat. Perkara seterusnya adalah dengan membandingkan bilangan PERKATAAN POSITIF dan PERKATAAN NEGATIF. Perkataan mana yang lebih banyak dapat dikumpul.

Jika perkataan positif lebih banyak maknanya korang adalah seorang yang mempunyai pemikiran yang positif dan jika negatif yang lebih banyak maknanya korang seorang yang berfikiran negatif.

Namun itu bukanlah suatu kesimpulan sebenar tentang diri korang. Apa yang perlu korang lakukan adalah korang perlu menukar semua PERKATAAN NEGATIF menjadi PERKATAAN POSITIF. Mungkin dalam hal ini perkataan tersebut perlu ditambah perkataan lain untuk menjadikan ia sebagai perkataan positif. Itu tidak mengapa. Matlamat utama adalah menjadikan perkataan negatif bertukar positif. (eg: bodoh -> pandai ; gila -> waras/matang )

Seterusnya korang akan dapati sekarang korang telah memiliki semua perkataan-perkataan yang positif. Cuba korang baca kembali perkataan-perkataan tersebut. Cuba hayati ia satu per satu. Cuba cari perkaitannya dengan diri korang sendiri. Kemudian..cuba baca dengan kuat dan bergaya dengan menambah seperti contoh di bawah:

Muhsync seorang yang KUAT
Muhsync seorang yang CEMERLANG
Muhsync seorang yang selalu GEMBIRA
Muhsync seorang yang SENYUM sokmo
Muhsync seorang yang PANDAI
Muhsync seorang yang WARAS & MATANG
...

Bacalah setiap hari dan setiap pagi dan setiap kali korang rasa down.

Kehidupan ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis pilihan. Pilihan yang bagaimana kita ambil. Bagaimana pilihan tersebutlah yang menentukan bagaimana diri kita. Ohh..berbelit lak ayatnya.

Kalo kita tenung dengan lebih mendalam, pilihan yang kita buat samada positif atau negatif bergantung bagaimana dalaman diri kita. Atau dalam kata lain bagaimana iman kita. Namun langit tak selalu cerah, guruh pun boleh bertukar jadi petir, air sungai yang tenang pun boleh ada buaya, ombak laut sesekali bertukar menjadi tsunami, bangunan WTC tu pun boleh dirempuh apatah kita manusia yang dijadikan Allah dengan pelbagai jenis ragam dan perangai (erk..apakah jenis pepatah ini). Walau apa pun yang berlaku, dalam keadaan tertentu perlu untuk kita me “reset” kembali pemikiran kita. Antara kaedah me “reset” adalah seperti aktiviti di atas.

Me “reset” = refresh pemikiran, reinstall balik program minda, umpama overhaul engine, membetulkan balik setting asal

Nak pinjam kata-kata pakcik T. Harv Eker
“how you do anything is how you do everything”
Pakcik T.Harv Eker ni penulis buku the millionaire mind

p/s: hari tu pegi program the millionaire mind intensive seminar kat PWTC memang mantap. Hari-hari kena ulang diorang punya Attitude of Wealth. Kalo korang nak tahu pe benda Attitude of Wealth tu leh amik kat wall fb.

Sunday, June 12, 2011

final piala FA



kisah perlawanan akhir piala FA antara kelantan dan terengganu yang baru je berlalu merupakan kisah pengajaran yang cukup berguna. di sinilah beberapa pepatah boleh digunakan...

dengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan [kelalaian pasukan reds warrior]

nak seribu daya [usaha pasukan terengganu]
memang tak dinafikan semangat pasukan terengganu cuba memburu gol. usaha dan terus usaha. ikut kata coach dan nah akhirnya berjaya..!! walaupun pada awalnya bagai nyawa dihujung tanduk.

tapi mereka tetap

berjuang hingga hujung nyawa [pemburuan gol hingga saat terakhir]. tahniah terengganu.

ada pepatah yang memang tak leh blah..

bagai haruan makan anak..!! hah..sumbang mahram..!! owh...gol sendiri [oppsss]

xper..itu semua ada hikmah buat skuad reds warrior dan peminat.

Tuesday, May 10, 2011

cheer up..!!



"The best way to cheer yourself is to try to cheer somebody else up." - by Mark Twain

words becomes thought,
thought becomes reality.

change ur words,
and u can change the world.

Friday, May 6, 2011

untuk orang yang smart sahaja



adakah anda sudah memulakan simpanan hari ini untuk masa depan..!!

alas-ka-ki | selipar


pengalaman hilang selipar kat masjid dah banyak kali.
pengalaman hilang kasut di masjid pertama kali.
pengalaman hilang selipar di rumah kawasan rumah baru berlaku.

selipar ni kekadang tu takde lah beli yang mahal pun. sekadar nak sarung untuk pegi pasar, berkebun kat depan rumah, pegi buang sampah. beli pun yang paling murah kot masa tu. tapi yang herannyer ada jugak orang nak amik. ehh...bukan amik tapi curi. ye selipar aku kena curi kat halaman rumah. tak sangka juga. sebelum ni ada housemate yang hilang sandel croc's (tak heran la orang curi sebab mahal). ada yang pernah hilang kasut sukan (kasut sukan pun mahal gak). tapi bila selipar buruk dan murah aku pun kena kebas baru-baru ni, memang aku heran la..!!

ohh yaa..!! kawasan perumahan aku ni memang famous ngan gejala curi kasut.

kasut atau selipar ni merupakan alaskaki atau kelengkapan kaki yang WAJIB. nak tau kenapa wajib cuba la korang keluar jalan-jalan kat shopping mall tanpa alaskaki

suatu benda yang simple tapi banyak berjasa untuk kita. bak kata kawan aku.."kalau tak pakai underware pun xpe, tapi kalo tak pakai alaskaki (kasut/selipar) memang tak leh blah"

oppss...!!

Tuesday, May 3, 2011

Camne nak jadi jutawan


Ingat tak masa sekolah dulu-dulu, kita disuruh membuat karangan bertajuk “jika aku seorang jutawan”. Seingat aku pertama kali dapat tajuk tu masa darjah 5. Pergh..masa tu mula berangan jauh dan rasanya sebelum kena buat karangan tu aku tak pernah pun terfikir untuk jadi jutawan. Itu cerita zaman dulu kala.

Sekarang ini adakah kita masih lagi berangan-angan untuk jadi jutawan? Ataupun kita masih lagi dok memikirkan apa yang perlu dilakukan jika menjadi jutawan. Ataupun sekadar tersenyum teringatkan idea-idea bila dah jadi jutawan. Ataupun ada antara korang memang dah sedia jadi jutawan??? Kepada yang dah jadi jutawan tu aku ucapkan tahniah. Kepada yang belum..?? hurm..

Kepada yang belum jadi jutawan lagi, meh kita wat plan untuk jadi jutawan. At least kita cuba merancang untuk jadi jutawan. Bak kata orang “gagal merancang adalah merancang untuk gagal”.

Untuk menjadi jutawan adalah suatu perkara yang mudah. Hah..!! mudah..!! kita hanya perlu mempunyai duit atau wang sebanyak RM1,000,000.00 (RM1juta). Bila dah ada duit sebanyak tu, maka kita dah layak digelar jutawan. So cepat kira duit anda sekarang cukup tak sejuta. Kalo dah cukup tu silalah umumkan. Hurm..kalo takde orang tahu..sila bagitahu kat facebook supaya orang lain leh tau. Tapi awas..kan nanti jadi sasaran perompak lak. Opss..dah merepek..!!

Mari kita cuba merancang untuk dapatkan RM1juta. Kaedah pertama yang pasti adalah kita perlu MENYIMPAN duit. Tapi menyimpan duit ni pun ada beberapa kaedah gak..meh tengok camne nak dapat rm1juta.

SIMPAN Di akaun simpanan biasa
Simpan rm100 sehari.
RM100 x 30hari x 12 bulan x 28 tahun = RM1,008,000.00
Masalahnya mampu ker nak simpan sebanyak tu..!!

Okey..kita kurangkan sikit.
RM56 x 30hari x 12 bulan x 50 tahun = RM1,008,000.00
Perghh..lama lah pulak nak jadi jutawan

Kita cuba cari tempat simpanan lain lak yang boleh bagi dividen tahunan.
Kita amik tempoh 30tahun dan menyimpan sebanyak rm500 sebulan di tempat berikut:

Tempat yang bagi 3% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM290,000.00

Tempat yang bagi 6% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM490,000.00

Tempat yang bagi 8% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM710,000.00

Tempat yang bagi 10% setahun
Selama 30 tahun dapat lebih kurang RM1,040,000.00
Jadi kalo nak jadi jutawan dalam tempoh 30 tahun dari sekarang. Simpanlah sebanyak RM500 sebulan dan ditempat yang boleh bagi return atau dividen sebanyak 10% dan ke atas. Kalo nak lagi cepat kena tingkatkan lagi simpanan bulanan. So impian untuk jadi jutawan boleh jadi kenyataan kan :D

Kaedah menyimpan duit ni merupakan kaedah yang paling konservatif untuk menjadi seorang jutawan. Ada lagi tak kaedah lain untuk jadi jutawan..??

Kaedah lain lagi adalah dengan mencari tempat kerja yang dapat membayar gaji yang besar. Contohnya menjadi CEO TNB ker (ada gosip mengatakan gaji CEO TNB rm1juta sebulan..hehe). Tapi layak ker nak jadi CEO TNB. Hehehe...

Menceburi bidang business atau dalam bahasa lainnya adalah perniagaan antara kaedah yang paling sinonim dengan jutawan. Kebanyakkan jutawan lahirnya dari industri perniagaan. Tapi kaedah ni adalah yang paling berisiko tinggi. Hurm..

Ada yang lagi common dalam masyarakat kita adalah menceburi skim cepat kaya. Skim ni memang menjanjikan kekayaan segera. Selain itu ia menggunakan nama yang berunsur islamik dan menggunakan pelbagai strategi kad kredit, pelaburan dan MLM. Tapi biasalah kan..bila kaya cepat sangat ni maka miskin pun cepat juga. Opss..!!

Aku nak share pengalaman aku lak, aku menceburi industri unit amanah. Leader group kami yang bertaraf Group Agency Manager memperolehi komisyen setahun sebanyak RM1.6juta. erm..aku pun nak cepat-cepat buat sale supaya aku akan cepat capai taraf Group Agency Manager. So aku akan cepat jadi jutawan gak :D

So untuk jadi jutawan tu takdelah susah sangat kan. Cuma jangan salah strategi sudah ler. Tapi yang lagi penting adalah untuk kita cuba merancang bagi mendapatkan sesuatu matlamat. Lagi satu yang tak kurang penting adalah matlamat yang nak dicapai tu perlulah jelas dan boleh diukur. Contohnya seperti yang kita buat di atas (menjadi jutawan dalam tempoh 30tahun). Jadi kita akan cari kaedah yang sesuai untuk pastikan matlamat kita itu tercapai. Jika matlamat kita itu tidak jelas dan tidak boleh diukur maka ia umpama angan-angan kosong yang sampai bila pun tak akan tercapai.

p/s: mempunyai matlamat ni umpama kita membaling dart ke papan target. Tapi kalo papan target tu takde maka kita akan baling dart tu ke mana-mana dan tidak ada tempat yang khusus. Jadi bagaimana kita akan mendapat apa yang kita idamkan..!!

p/s: lagi teruk bila dart tu pn kita takde..abis tu nak baling pakai pe..!!

Thursday, April 28, 2011

gaya baru :D



bercita-cita menjadi usahawan yang berjaya.

target umur 35tahun sudah boleh pencen dari makan gaji.

tempoh mula adalah sekarang (sebenarnya dah lama mula)

ini merupakan proses perubahan diri untuk lebih menonjol

satu cabaran untuk tempoh terdekat mendapatkan sale rm80K sebulan.

cabaran jangka masa sederhana mendapatkan total sale rm500K dalam masa 5 bulan.

cabaran jangka masa panjang sikit adalah menjadi agency manager dalam masa 1 tahun.

cabaran jangka masa paaaannnjaaaaaannng adalah menjadi group agency manager yang bemaksud aku telah memiliki that business. yang ni target 2 tahun..!!

p/s: aku mengharapkan support dari semua. doakan aku berjaya dan terus maju dalam business ni. mari sama-sama kita berdoa.

"ya allah, moga muhsync dipermudahkan segala urusan dan mendapat apa yang dirancangkan. amin"

thank atas doa kalian :D

Saturday, April 23, 2011

BELAJAR


Dalam hidup ini banyak benda yang kita belajar samada belajar secara dalam kelas, kuliah, ceramah, kursus atau lebih dipanggil sebagai belajar secara formal. Kaedah lain adalah belajar secara tak formal atau bukan dalam bentuk kelas iaitu belajar melalui pengalaman, teguran dari seseorang, belajar dari kesilapan sendiri, belajar dari pengalaman hidup orang lain dan sebagainya lagi. Pendek kata hidup kita ini tidak dapat tidak dari setiap masa dan detik untuk kita sentiasa belajar. Namun kekadang tu kita tak sedar bahawa kita perlu belajar dari sesuatu.

Sebagai contoh kita perlu belajar dari semut iaitu makhluk Allah swt yang kecil dan tidak mempunyai mata tapi hidup sentiasa saling bantu membantu. Belajar dari kejadian alam ini bagi membuktikan kekuasaan Allah swt, belajar dari sebuah objek seperti keretapi yang memerlukan kepala hadapan (ketua) untuk mengheret gerabak2 lain selain peranan pin-pin kecil antara gerabak yang berperanan besar untuk menyatukan semua gerabak. Belajarlah juga dari sampah yang kita selalu jijik sedangkan sampah-sampah tersebut kita juga yang membuatnya namun adalah lebih jijik jika ada manusia yang perangai macam sampah. Jadi belajarlah dari semua perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan terlalu cepat untuk menuding jari kepada orang lain tapi lihatlah diri kita sendiri dulu..!!

cubalah untuk menerima teguran orang lain..!!
cuba kita ambil contoh sebiji ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat itu sebenarnya terdiri dari gabungan beberapa bahan kimia yang dicampur bersama dan diproses untuk dijadikan ubat. Namun jika kita yang dapat ubat tersebut berfikir mengenai bahan-bahan kimia yang ada dalam ubat tersebut maka sudah tentu kita tak akan makan ubat tersebut. Tapi kalo kita berfikir yang bahan-bahan kimia dalam ubat tersebut akan membantu menyembuhkan kita maka kita pun akan makan ubat tersebut dengan rela hati.
Begitulah dalam hidup ini, jika kita menerima teguran hendaklah kita berlapang dada terlebih dahulu. Walaupun teguran yang diterima itu agak perit namun cubalah kita fikirkan kembali. Teguran tersebut untuk membetulkan diri kita bukannya untuk memusnahkan kita. Tapi kalo kita fikir yang teguran tersebut adalah suatu bentuk penghinaan, buli, ejekan dll maka kita tak akan dapat apa-apa. Jika kita fikir sebaliknya sudah tentu kita akan dapat belajar sesuatu dari teguran tersebut.

Siapakah kita?
Siapakah kita sebenarnya sehinggakan tiada seorang pun dapat menegur diri kita? Hebat sangatkah diri kita?
Cuba kita lihat kembali kepada diri kita sendiri. Tahi mata yang berada di depan mata pun belum tentu kita dapat lihat melainkan dengan bantuan cermin ataupun teguran dari orang lain. LIHAT...!!! yang depan mata pun tak nampak..!! apatah lagi perkara-perkara lain yang orang lain lebih nampak.
Penutup untuk entri kali ini, teruslah belajar dari semua perkara disekeliling. Jangan sombong dan ego. Sombong dan ego itu tidak lain melainkan kerugiannya adalah kepada diri sendiri. Kalo orang berniaga sudah tentu tak nak rugi. Jadi kalo tak nak rugi jangan jadi sombong dan ego :D

p/s: pakai cermin mata + kanta + mikroskop sekalipun belum tentu kita dapat melihat tingkah laku dan sikap kita dengan jelas melainkan BELAJAR menerima teguran dari orang lain. Itulah cermin yang terbaek untuk kita melihat diri sendiri.

Monday, March 28, 2011

Tadabbur

istilah yang aku dapat kali ini adalah

TADABBUR

maksudnya adalah

memerhati, mengetahui dan memahami
(maksud tadabbur ini tidak diambil dari kamus tp dari artikel bebas - kalo salah tolong betulkan)

memerhati dengan mata kemudian kita mengetahui dan kemudian cuba memahami.
bab yang paling susah sekali adalah untuk memahami sebab ianya memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu perlu kreatif dalam kaedah cuba memahami.

Tuesday, March 22, 2011

dunia Research



Hari ini aku nak share tentang dunia research pulak. Dunia research dalam bidang akademik memang tak boleh lari dari conference (seminar atau persidangan). Tujuan hadir ke mana-mana persidangan adalah samada untuk hadir sebagai observer atau sebagai presenter. kalo observer biasanya kita hadir untuk mendapatkan maklumat terkini hasil-hasil research orang lain. kalo sebagai presenter pula biasanya untuk share hasil research kita dengan researcher yang lain. selain itu ia juga bertujuan untuk kita menambahbaik kajian tersebut. mungkin masa pembentangan dilakukan kita akan mendapat komen atau soalan-soalan yang memberi idea untuk kita tambahbaek hasil penyelidikan tersebut. sebenarnya faedah lain yang kita perolehi bila kita membentangkan hasil penyelidikan ini adalah status kajian kita boleh digambarkan sebagai lebih berkualiti. disamping itu jika berlaku clash penyelidikan yang sama antara individu berlainan maka siapa yang terlebih dahulu menghantar kajian mereka dalam mana-mana conference maka individu itulah yang layak dan berhak untuk mendapatkan hak kajian tersebut. jadi ia merupakan kaedah untuk memastikan tiada orang boleh menciplak kajian kita yang sedang berlangsung.

Berkenaan dengan conference ni juga, terdapat pelbagai jenis samada bertaraf national atau international. pengalaman aku yang setahun jagung dalam dunia research ni menunjukkan conference yang bertaraf national agak kurang gah jika dibandingkan dengan international. bezanya antara dua jenis conference tersebut adalah hadirin yang hadir dalam conference tersebut. jika mahukan suatu feedback yang bagus sebaiknya sertailah conference yang bertaraf international. tapi jika mahu atau baru mencari pengalaman, conference bertarat national adalah tempat yang sesuai.

COnference berlangsung cukup simple. hanya ada sesi pembentangan yang dijalankan dalam sesebuah bilik selain dari keynote lecture dari speaker yang hebat. masa keynote speaker ni memang dibuat secara umum. bagi presenter yang kecik-kecik ni akan membentangkan kajian diorang dalam bilik-bilik yang ditentukan. dalam bilik tersebut sesiapa sahaja boleh hadir melihat pembentangan yang berlangsung disamping boleh juga bertanyakan soalan. pengalaman aku sebagai presenter amat mendebarkan sebabnya kita tidak tahu siapa ataupun apakah status individu-individu yang hadir dalam bilik tersebut. mungkin bertaraf prof, pHD ataupun expert dalam bidang kita. semua tu kita tidak tahu melainkan jika mereka memperkenalkan diri mereka. jika kita hadir sebagai peserta atau observer kita boleh memilih untuk masuk sahaja mana-mana bilik yang kita suka untuk mendengar pembentangan yang berlangsung. biasanya ada beratus tajuk dalam satu-satu conference. so kita pilihlah tajuk dan masuklah bilik yang ditentukan mengikut masa yang ditetapkan.

untuk menjadi peserta dalam mana-mana conference perlulah membayar yuran penyertaan. yurannya bolehlah dikatakan mahal sebab biasanya berjumlah rm800 dan ke atas. tapi dari segi dunia research bayaran rm800 tu standard biasa sahaja. kalo dibandingkan dengan nilai keilmuan yang ada memang rm800 tu tiada apa-apa. cuma persoalannya sejauh mana hadirin yang hadir memanfaatkan conference yang sedang berlangsung atau pergi makan angin sahaja.

p/s: gambar di atas adalah conference terkini yang bakal berlangsung. sesape yang berminat boleh lawati link ini. bidang yang terlibat dalam conference tersebut adalah Fluid Mechanics, Heat Transfer, Thermodynamics and Thermal Engineering...ada bran..!!!

Monday, March 21, 2011

kehidupan seorang unit trust consultant

Aku hanya ada Hari Ini

SUDAH TIADA MASA LAGI


Mengenangkan hari-hari yang berlalu dan akan datang, ku rasakan kematian itu begitu hampir dan semakin dekat dengan ku. Aku tak tahu mengapa aku berfikir demikian, mungkin sebab kesihatan ku sekarang ni kurang baek, mungkin disebabkan merasakan saat demam urat tempoh hari yang agak kritikal dan aku membayangkan saat roh dicabut dari badan. Adakah sesakit itu atau tiada bandingannya dengan kesakitan di masa hidup? Masa tu aku berserah segalanya kepada Allah swt. Mungkin juga mengenangkan saat aku batuk sampai termuntah-muntah, saat itu merasa bahagian abdomen ku begitu sakit dan perit sekali. Mungkin juga disebabkan aku hilang nikmat bercakap. Aku memang tak boleh berpisah dengan bercakap. Tugas aku bersyarah memang memerlukan aku bercakap, membuat sale atau membuat konsultasi perancangan kewangan juga memerlukan aku bercakap. Memberi ceramah motivasi atau menjadi jurulatih kursus juga perlukan suara ku. Dan amatlah perit sekali bilamana aku terpaksa diam sepanjang masa, lebih banyak mendengar tanpa memberi respon dan langsung tak dapat menyampaikan pandangan ku melalui kata-kata. Apa lagi yang aku ada..? Apa lagi yang aku ada..? apa lagi yang aku ada.? Apa lagi yang aku ada selain dari MASA yang ada. Jadi aku harus menggunakan masa yang ada itu kerana AKU SUDAH TIADA MASA LAGI

Gurindam kehidupan

Suatu ketika dahulu,
Aku terlihat sekuntum bunga rose,
Cantik sungguh kelopaknya dan sungguh harum sekali baunya,
Aku cuba dapatkan bunga itu namun hampa,
bunga itu hadir sekadar menyebarkan harumannya,
Sementelah itu ia pergi jauh,
Maka tinggallah aku tercari-cari bunga rose yang hilang.
Masa berganti waktu,
aku dihadiahkan pula dengan sebiji mutiara,
Sukanya hati dapat suatu yang berharga lagi pujaan ramai,
Hari berganti minggu,
Minggu berganti bulan,
Bulan berganti tahun,
Tahun menjadi bertahun-tahun,
aku terlalu asyik dengannya,
Sehinggakan tidak ku sedar ramai yang ingin mencuri mutiara milikku itu,
Aku fikir Mutiara sudah dalam genggaman,
tidak ku risau lagi kerna pasti aku menjaganya terbaek mungkin,
Namun tidak ku sedar mutiara itu yang telah pergi dari aku,
Tidak ku pasti samada aku yang lalai lalu ku kehilangannya,
Ataupun mungkin ia bukan milikku lagi,
Apa yang pasti ia memang bukan milikku lagi,
Rupanya ia bukanlah hadiah buatku tetapi hanyalah pinjaman sedetik waktu,
Sekali lagi aku kehilangan suatu yang berharga dalam hidupku,
Oh kehilangan ini cukup menyentuh hati,
Kalau boleh ingin sekali ku dapatkan kembali mutiara itu,
Tapi apa dayaku bila ia sudah jadi milik orang baru,
Aku hanya mampu lihatnya dari jauh,
Dalam hati berharap ia akan jadi milikku lagi,
Walaupun itu suatu yang memang tak akan berlaku,
Sungguh berat untuk aku.
Sekali lagi aku tercari-cari suatu yang tak pasti,
Ramai yang ingin memberi hadiah lain buat pengganti,
Tapi aku sudah tidak pasti lagi,
Bagi aku biarlah masa dan waktu yang menentukan,
Akan tiba jua waktu hadiah sebenar untuk diriku,
Aku sudah tidak mencari lagi,
Namun aku bersyukur,
Dalam tidak mencari aku menemui suatu hadiah yang tidak ternilai harganya,
Istimewa sungguh hadiah kali ini,
Nilainya melewati harga seluruh alam semesta ini,
Tidak ternilai untuk sebarang tahap penilaian,
Sungguh tidak ku duga,
Yang patah tumbuh berganti,
Tapi bergantinya ini sungguh bezanya,
Akan ku jaga ia setiap detik dalam hidupku,
Tidak ku risau untuk orang mencurinya,
Kerna belum tentu ada orang yang boleh mengambilnya,
Kerna ia adalah hadiah,
Kerna ia adalah Anugerah dari NYA,
Kerna ia adalah dari Allah swt



p/s: kura-kura tu single, ada sape nak jadi teman dia tak

Friday, February 18, 2011

takde keje cari keje

dalam seminggu dua ni aku sengaja mencari kerja tambahan untuk memastikan aku tak borim dok kat rumah dan juga bagi memastikan otak aku sentiasa berfikir. nak dijadikan cerita, pada awalnya aku tolong technician kat makmal aku ni buat blog untuk business nasi beryani dia. so dalam tu aku ada edit2 gambar skit bagi memeriahkan blog tu. pada masa sama gak aku tolong la promo blog brader tu kat facebook n YM. korang boleh klik di sini untuk tengok hasilnya.

pastu tetiba lak akak aku tengok dan suruh aku wat header untuk blog dia. aku pun seronok sebab dapat lagi kerja baru. lagi pun kerja ni aku wat masa aku rasa borim dan dah takde kerja lain lagi nak buat. biasanya aku buat sebelum aku tido..so kat bawah ni adalah antara beberapa design yang aku buat dan kalo nak tahu yang akak aku pilih boleh klik di sini








Monday, February 14, 2011

sinki unik dan pembersihan hati

hari ini nak kongsi gambar sinki yang unik..nikmati...









dicedok dari http://www.esempoi.com/design/9-rekabentuk-sinki-yang-kreatif/

beberapa hari lepas aku telah bertungkus lumus membersihkan sinki dalam bilik air kat rumah sewa. disebabkan kesibukan aku sejak kebelakangan ini memang aku dh tak bersihkan sinki tu selama 2 minggu. jadi satu hari tu aku berkesempatan untuk bersihkan balik sinki tu setelah tengok adanya bintik-bintik hitam yang telah menodai kesucian dan keputihan sinki tersebut. punyalah susah aku nak tanggalkan kesan kotoran tersebut. itu baru 2 minggu tak bersihkan. kalolah sebulan..? setahun..?

sambil-sambil dok gosok sinki tu aku terfikir satu perkara tentang pembersihan hati. mengambil iktibar dari sinki tu, aku lihat sinki pun kita nak kena basuh setiap minggu atau setiap hari agar ia sentiasa putih dan bersih. apatah lagi hati kita ini. aku terfikir kalolah hati kita ni tak selalu dibersihkan tentu ia pun akan menjadi hitam dan amat susah nak dibersihkan lagi. camne nak bersihkan hati? cubalah korang amik buku dan baca or cubalah tanya pakcik google. antara yang aku boleh kongsi adalah sentiasa memaafkan orang, sentiasa bertaubat, sentiasa berzikir dan lain-lain lagi.

selain itu, kalo kita lihat proses pembersihan itu hendaklah sentiasa dilakukan. atau paling tidak dilakukan secara berkala. begitulah juga dengan proses pembersihan hati. terbaek adalah setiap masa membersihkan hati ini tidak kira masa, tempat, ruang ataupun waktu.

p/s:
mengambil iktibar satu lawak masa mendengar ceramah beberapa hari lepas:
"malulah dengan syaitan sikit..mereka tak pernah pencen dari menghasut manusia melakukan kejahatan tapi manusia pula asyik nak pencen saja dari melakukan kebaikan. sedangkan ganjaran yang kita dapat adalah syurga dan syaitan pula adalah neraka"
renung, tenung dan bertindaklah sekarang..!!

Wednesday, September 22, 2010

Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALLY .........kepada sesape yang membaca atau terbaca entri ini, kerana anda telah mendapat nasihat yang begitu bererti…

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

p/s: entri ni aku copy n paste jek. lupa ntah amik kat mana. terjumpa dalam file lama

Sunday, September 19, 2010

Tabung Idea


Balik beraya hari tu sempat berborak dengan sanak sedara terutama adik beradik yang jarang bertemu muka. Jadi satu petang tu sempat berborak dengan abang. Abang seorang engineer dalam bidang elektrikal dan memang sudah berpengalaman dalam pelbagai bidang pekerjaan yang melibatkan kejuruteraan. Aku membuka topic berkenaan dengan idea untuk membangunkan satu produk baru. Banyak jugalah komen dan pendapat yang membina diberi untuk aku. Kira masa tu aku dapat semangat yang lebih sebab dapat sokongan secara tidak langsung. Pada masa sama abang aku ni turut sama menyumbang idea. Dia cakap dia pun banyak juga idea nak dilaksanakan tetapi dek kerana kekangan masa yang selalu menghalangnya untuk melaksanakan idea-idea tersebut, jadi idea tu tinggal idea jek. Ada idea yang dia dah lupa pun. Secara ringkasnya hari tu aku dan abang telah mengakhiri perbincangan kami dengan idea baru yang telah diberi oleh abang. Aku perlu melakukan research tentang produk yang bakal dibangunkan tersebut. Kiranya sekarang ni aku ada dua idea produk yang bakal dibangunkan, Cuma perlukan research yang lebih mendalam sebelum kami pergi mendapatkan fund dari mana-mana badan yang dapat membantu. Cerita pasal fund ni pun satu isu gak. Takpe kita lupakan dulu cerita pasal fund tu.

Masa zaman belajar peringkat ijazah sarjana muda dulu aku pernah juga berbincang berkenaan isu lambakan idea dengan kawan-kawan seangkatan. Ada ramai dikalangan kawan-kawan yang mempunyai idea yang hebat-hebat Cuma tidak dapat dilaksanakan atau ia memang sekadar idea. Isu lambakan idea ni memang tidak berkesudahan jika dibincangkan. Susah jugakan. Ada orang yang langsung takde idea dan ada yang terlalu banyak idea sehinggakan tidak mampu melaksanakan idea-idea tersebut. Dulu ada seorang kawan ni pernah cakap, ada satu website dari luar negara yang mengumpul idea-idea. Ia seumpama bank idea yang disumbang oleh orang ramai. Semua idea diletakkan, tidak kiralah idea itu realistik atau terlalu futuristik semuanya dimasukkan dalam senarai idea tersebut. Sayangnya aku tak tahu mana letaknya link ke web tersebut. Kawan-kawan yang tahu sila tolong..plz =)

Di sini aku nak propose satu idea yang mana boleh dilaksanakan oleh korang semua iaitu mengwujudkan tabung idea. Aku percaya korang semua tentu pernah mempunyai idea. Kekadang idea tu datang sekejap je dalam kepala. Jadi apa yang perlu korang lakukan adalah MENCATAT. Catatkan idea yang ada di mana-mana. Kemudian transfer idea tersebut ke Tabung Idea. Tabung idea ni terpulang kat koranglah camne nak dibentuk. Mungkin korang boleh adakan sebuah buku khas untuk mencatat semua idea yang terkumpul. Kalau yang berkomputer boleh wujudkan file atau folder khas untuk tabung idea. Jadi jika korang nak cari idea-idea baru, korang hanya perlu buka kembali tabung idea tu. Tak perlulah korang terfikir-fikir too hard untuk dapatkan sesuatu idea baru sebab biasanya idea yang terlintas dikepala korang tu sudah tentu idea tu begitu suite dengan diri korang. Selain itu, korang juga boleh mengabungkan idea-idea tertentu untuk mengwujudkan idea baru. Bukankah ia dapat membantu korang semua dengan mudah...!! =)

Bercakap pasal tabung ni...tabung duit raya pecer??
Related Posts with Thumbnails