sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Saturday, April 23, 2011
BELAJAR
Dalam hidup ini banyak benda yang kita belajar samada belajar secara dalam kelas, kuliah, ceramah, kursus atau lebih dipanggil sebagai belajar secara formal. Kaedah lain adalah belajar secara tak formal atau bukan dalam bentuk kelas iaitu belajar melalui pengalaman, teguran dari seseorang, belajar dari kesilapan sendiri, belajar dari pengalaman hidup orang lain dan sebagainya lagi. Pendek kata hidup kita ini tidak dapat tidak dari setiap masa dan detik untuk kita sentiasa belajar. Namun kekadang tu kita tak sedar bahawa kita perlu belajar dari sesuatu.
Sebagai contoh kita perlu belajar dari semut iaitu makhluk Allah swt yang kecil dan tidak mempunyai mata tapi hidup sentiasa saling bantu membantu. Belajar dari kejadian alam ini bagi membuktikan kekuasaan Allah swt, belajar dari sebuah objek seperti keretapi yang memerlukan kepala hadapan (ketua) untuk mengheret gerabak2 lain selain peranan pin-pin kecil antara gerabak yang berperanan besar untuk menyatukan semua gerabak. Belajarlah juga dari sampah yang kita selalu jijik sedangkan sampah-sampah tersebut kita juga yang membuatnya namun adalah lebih jijik jika ada manusia yang perangai macam sampah. Jadi belajarlah dari semua perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan terlalu cepat untuk menuding jari kepada orang lain tapi lihatlah diri kita sendiri dulu..!!
cubalah untuk menerima teguran orang lain..!!
cuba kita ambil contoh sebiji ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat itu sebenarnya terdiri dari gabungan beberapa bahan kimia yang dicampur bersama dan diproses untuk dijadikan ubat. Namun jika kita yang dapat ubat tersebut berfikir mengenai bahan-bahan kimia yang ada dalam ubat tersebut maka sudah tentu kita tak akan makan ubat tersebut. Tapi kalo kita berfikir yang bahan-bahan kimia dalam ubat tersebut akan membantu menyembuhkan kita maka kita pun akan makan ubat tersebut dengan rela hati.
Begitulah dalam hidup ini, jika kita menerima teguran hendaklah kita berlapang dada terlebih dahulu. Walaupun teguran yang diterima itu agak perit namun cubalah kita fikirkan kembali. Teguran tersebut untuk membetulkan diri kita bukannya untuk memusnahkan kita. Tapi kalo kita fikir yang teguran tersebut adalah suatu bentuk penghinaan, buli, ejekan dll maka kita tak akan dapat apa-apa. Jika kita fikir sebaliknya sudah tentu kita akan dapat belajar sesuatu dari teguran tersebut.
Siapakah kita?
Siapakah kita sebenarnya sehinggakan tiada seorang pun dapat menegur diri kita? Hebat sangatkah diri kita?
Cuba kita lihat kembali kepada diri kita sendiri. Tahi mata yang berada di depan mata pun belum tentu kita dapat lihat melainkan dengan bantuan cermin ataupun teguran dari orang lain. LIHAT...!!! yang depan mata pun tak nampak..!! apatah lagi perkara-perkara lain yang orang lain lebih nampak.
Penutup untuk entri kali ini, teruslah belajar dari semua perkara disekeliling. Jangan sombong dan ego. Sombong dan ego itu tidak lain melainkan kerugiannya adalah kepada diri sendiri. Kalo orang berniaga sudah tentu tak nak rugi. Jadi kalo tak nak rugi jangan jadi sombong dan ego :D
p/s: pakai cermin mata + kanta + mikroskop sekalipun belum tentu kita dapat melihat tingkah laku dan sikap kita dengan jelas melainkan BELAJAR menerima teguran dari orang lain. Itulah cermin yang terbaek untuk kita melihat diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment