sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Saturday, April 23, 2011
1ST ENTRY ON APRIL (SERIUS)
17th entry for the march 2011. Sekarang ni baru jek nak tulis entri baru untuk bulan ini. Bulan ni punyalah banyak kerja. Alhamdulillah hari ini ada masa yang agak lapang dan sengaja dilapangkan untuk merehatkan diri dan fikiran sekejap.
So arini nak citer-citer pe yang berlaku pada awal april ni.
1 april – student diploma mekanikal (automotif) membentangkan projek masing-masing. Sepatutnya present lagi awal tapi atas permintaan diadakan juga pada hari tersebut. Presentation mula agak lewat. Agak kecewa dengan sikap (attitude) student yang agak main-main dan kurang amik serius dengan presentation ini. Cuba juga memahami diorang agar aku sentiasa rasional dalam membuat penilaian. Presentation juga agak mengecewakan dan mendapat komen yang agak teruk dari panel-panel yang hadir. Bagi aku, ia suatu yang baek “belajar dari kesalahan dan kesilapan”. Tapi biasalah ada student yang tidak faham. Dalam hati aku “biarlah…budak-budak”. Disebabkan presentation abis lambat so aku terpaksa berkejar-kejar ke bus station batu pahat untuk menaiki bas ke kota bharu. Wow bestnyer…balik kampong ker?
Nak kata balik kampong pn boleh jugak tapi ada perkara yang lebih penting di sana. Pertama, ayah aku kemalangan sewaktu balik solat subuh di masjid. Alhamdulillah khabarnya tak teruk sangat. Kedua, menjengok family di kampunglah. Tengok muka “cik”, “kakje” dan anak-anak buah aku yang nakal-nakal semuanya. Ketiga, jumpa aku nyer protégé business (macam rancangan mentor la pulak). Keempat, mencari prospect client :D aku serius merancang...!!
2 april – sampai di bus station kota bharu. Kemudian amik bus lagi untuk sampai ke rumah. Pagi yang nyaman dan dingin di sini. Seronok dan lega sikit kepala ni. Cuma badan agak kejang dek duduk lama sangat (9malam – 9pagi kt atas bas). Sampai rumah salam n cium cik n ayah n dapat makan nasi kerabu. Nyummyyy…!! Ari tu tak buat pe2 pun sebab penat, banyak tido jek. Alhamdulillah tengok ayah pun takde apa2. Dah boleh berjalan dan boleh pergi masjid :D serius aku rasa tenang di sini..!!
3 – 5 april – dok di kampong ni yang bestnyer adalah MAKAN. Walaupun aku ni slim jek tapi aku sebenarnya kuat makan dan yang lagi best bila kat rumah sini selalu jek ada makanan dan tak perlu keluar ke kedai untuk makan. Kat batu pahat terpaksa la aku ke kedai sebabnya takda orang masak. Bukan lah aku malas masak tapi peti ais rosak so tak dapat nak simpan barang2 masakan dengan baek. So kitorang decide untuk makan kat luar sahaja.
Sempat jugak untuk aku hadiri training business under group sini. Masa dalam training tu aku amat teruja sekali sebabnya trainer malam tu adalah seorang wanita 50an yang merupakan antara top person dalam bidang sale. Bulan lepas je rm200K ++ sale beliau. Aku..??? aku masih muda dan macho lagi so perlu wat sale lagi banyak dari beliau. Cabaran tu..!!!
Selain pada tu aku bersama protégé aku pergi berjumpa prospect masing2. So dapat la aku bagi panduan sikit2 untuk nya. Sempat juga aku buat training khas untuk protégé aku ni dalam bidang financial planning bagi meningkatkan lagi sale beliau. Beliau merupakan sorg protégé aku yang mantap sebabnya 1st month pun dah boleh wat sale rm10K ++. Syabas beb..!!
5hb tu aku bertolak balik ke johor dengan keretapi...serius enjoy..!!
6-7 april – aku sampai di stesen keretapi kluang pukul 8.30pagi dan bergegas mendapatkan bas untuk ke batu pahat. Aku perlu cepat sebabnya aku perlu berada di UTHM sempena carnival kerjaya UTHM. Aku nak cari kerja ker???
Aku sebenarnya perlu berada di sana untuk menawarkan peluang pekerjaan (jadik protege aku) dan menawarkan khidmat nasihat tentang perancangan kewangan yang betul kepada para pelajar. 2 hari berada di sana agak seronok sebabnya dapat berjumpa rakan2 seangkatan selain dapat berkongsi kaedah perancangan kewangan kepada adik-adik pelajar. Woww...serius seronok..!!
10 april – mesyuarat syura ABIM cawangan batu pahat..serius..serius sempoi..!!
11 april – pagi-pagi aku ke batu pahat. Pergi ke pejabat public mutual branch batu pahat. Disebabkan kerja aku sebagai pensyarah part time sudah tamat maka aku dah dapat fokus kembali kepada kerjaya aku sebenar. Serius beb..!! aku rasa begitu bersemangat berada di sini. Berjumpa dengan orang-orang yang hebat, berjaya dan sentiasa positif. So hari tersebut aku telah membuat keputusan untuk kerja fulltime dalam industri ini. Umpama direstui, niat aku tersebut mendapat sokongan rakan-rakan dalam industri ini beserta perkongsian masing2 selain dari bantuan bahan2 yang dapat membantu aku meningkatkan sale. Serius hebat...!!!
12 april – aku dijemput untuk menghadiri satu preview talk tentang satu kursus yang akan dijalankan beberapa minggu lagi. Dalam preview tersebut mmg aku begitu teruja sekali sehinggakan aku boleh katakan camni “kalau kena bayar rm1000 pun aku sanggup bayar..!!!” dan sesungguhnya aku tak sabar menunggu tarikh kursus itu. Serius mantop..!!!
Dalam semangat yang tengah teruja tu terpaksa aku alihkan ke tempat lain sebabnya aku sebenarnya sedang sibuk menyiapkan dan menyelesaikan beberapa perkara tentang suatu program yang agak besar bagi NGO yang aku sertai. Pertama, muktamar thanawi (mesyuarat agung) dan kedua, program motivasi pelajar sekolah. 2 program di hari dan tempat yang sama. Kerja telah dibahagi-bahagikan namun ada beberapa kerja akhir dan last minute dapat. Yup dalam minggu tersebut ada yang aku tak tido, tido 2 jam pun ada, tak sempat sarapan pagi dan ada yang sampai ke petang tak makan apa-apa. Agak kritikal bunyi nyer namun alhamdulillah aku masih teguh berdiri dan menyempurnakan beberapa perkara. Serius aku syukur...!!
16 april – hari kemuncak untuk program 2 dalam 1. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan namun biasalah tiada perkara yang sempurna dan yang lebih penting kalangan sukarelawan kami adalah adik-adik baru yang masih belajar mengenai semua perkara. “suatu pembelajaran yang baek untuk aku dan mereka”. Serius aku gembira dan penat..!!!
Malam tersebut aku tido awal dan seriusly aku collapse 2,3 hari jugak. Badan aku agak lemah dan tak bermaya. Ni gara-gara tertinggal sarapan atau makan dan juga tak dapat tido yang berkualiti. Takpe, aku bagi badan ni berehat sekejap sebelum aku kembali meneruskan kerja-kerja aku semula. Dan hari ini aku dah mula serius bekerja kembali..!!
p/s: serius tolong doakan segala gerak kerja yang aku jalankan ini berjalan lancar dan doakan juga kesejahteraan aku :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment