i k l a n

Monday, March 21, 2011

SUDAH TIADA MASA LAGI


Mengenangkan hari-hari yang berlalu dan akan datang, ku rasakan kematian itu begitu hampir dan semakin dekat dengan ku. Aku tak tahu mengapa aku berfikir demikian, mungkin sebab kesihatan ku sekarang ni kurang baek, mungkin disebabkan merasakan saat demam urat tempoh hari yang agak kritikal dan aku membayangkan saat roh dicabut dari badan. Adakah sesakit itu atau tiada bandingannya dengan kesakitan di masa hidup? Masa tu aku berserah segalanya kepada Allah swt. Mungkin juga mengenangkan saat aku batuk sampai termuntah-muntah, saat itu merasa bahagian abdomen ku begitu sakit dan perit sekali. Mungkin juga disebabkan aku hilang nikmat bercakap. Aku memang tak boleh berpisah dengan bercakap. Tugas aku bersyarah memang memerlukan aku bercakap, membuat sale atau membuat konsultasi perancangan kewangan juga memerlukan aku bercakap. Memberi ceramah motivasi atau menjadi jurulatih kursus juga perlukan suara ku. Dan amatlah perit sekali bilamana aku terpaksa diam sepanjang masa, lebih banyak mendengar tanpa memberi respon dan langsung tak dapat menyampaikan pandangan ku melalui kata-kata. Apa lagi yang aku ada..? Apa lagi yang aku ada..? apa lagi yang aku ada.? Apa lagi yang aku ada selain dari MASA yang ada. Jadi aku harus menggunakan masa yang ada itu kerana AKU SUDAH TIADA MASA LAGI

No comments:

Related Posts with Thumbnails