sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Sunday, April 24, 2011
KALO ADA REZEKI..!!
Suatu hari selepas solat jumaat. Dalam perjalanan pulang bersama abang man (juruteknik makmal tempat aku bekerja dulu) berborak-borak tentang isu kenapa orang islam ni tak cemerlang dan tak menonjol berbanding orang yang bukan beragama islam. Sekali difikirkan balik memang betul juga sebabnya berapa ramai orang yang terkenal seluruh dunia hari ini adalah orang islam. Kenapa jadi begitu?
Kalau nak fikir secara konspirasi, boleh dikatakan bahawa ini merupakan konspirasi barat semata-mata. Mungkin ada ramai orang islam yang cemerlang dalam bidang masing-masing tapi tidak ditonjolkan kepada masyarakat dek kerana merekalah yang mengawal media massa seluruh dunia. Betul jugakkan. Tapi suasana di Malaysia sendiri bagaimana? Masyarakat islam adalah mejoriti dan pemerintah di negara ini namun di mana umat islam yang berjaya menonjolkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua.
Abang man ni hanya lulusan sijil saja. Sebelum jadi juruteknik di universiti dia menjadi juruteknik dengan TLDM. Memang dia tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Tapi dia yakin orang islam ni mempunyai otak dan akal yang lagi bagus dari manusia agama lain. Tapi yang peliknya kenapa kita tidak menonjol. Tak kiralah dari sektor mana sekalipun samada pendidikan, pembelajaran, penyelidikan, kekayaan dan sebagainya.
Topik kami borakkan cuba difokuskan kepada soal sikap dan cara pemikiran yang telah ditanam dengan doktrin salah. Tak taulah nak kata samada ia masih merupakan konsipirasi atau kesalahan dari umat islam sendiri. Cuba kita ingat-ingat balik, kita sering terdengar orang cakap “kalau ada rezeki nanti adalah, kalo tak ada itu bukan rezeki kita lah”
Hari ini kita banyak bergantung kepada kenyataan sebegitu. Ramai yang menunggu rezeki berbanding mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu hasil. Apa yang kita faham dengan konsep rezeki? Rezeki tu akan jatuh dari langit? Atau tetiba jatuh bergolek di depan mata kita? Ada yang tak dapat rezeki ker??
Apa yang aku tahu setiap orang ada rezeki masing-masing. Allah telah berjanji dalam alquran yang DIA telah menetapkan rezeki setiap orang. Setiap orang memang mempunyai rezekinya masing-masing maka tak akan timbul tak ada rezeki. Bagaimana boleh tak ada rezeki kalau setiap hari dapat makan, minum, dapat pula gaji atau upah dan yang lebih penting dapat bernafas dan hidup di atas dunia ini. Bagi yang dah berkeluarga pula ada anak-anak yang menjadi punca rezeki untuk keluarga tersebut. Jadi lepas ini jangan kata tak ada rezeki lagi..!!!
Kita bukannya tak ada rezeki tapi usaha untuk kita mendapatkan rezeki yang lebih banyak itu kurang. Jadi bagaimana mungkin untuk kita mendapat rezeki yang banyak..!! kebanyakkan orang kita ini banyak nak makan gaji sebab tak perlu buat kerja yang lebih dan yang lagi teruk nak kerja senang dan mudah. Bagaimana nak dapat rezeki yang banyak kalau sekadar buat kerja senang dan mudah? Rezeki yang banyak itu datangnya dengan suatu usaha yang banyak juga. Untuk mendapatkan rezeki yang banyak itu bukannya suatu mudah dan senang. Bacalah kisah-kisah orang yang berjaya dalam dunia ini bagaimana mereka menghadapi susah payah dan cabaran yang besar sebelum menjadi orang yang berjaya dan menonjol dalam dunia.
Apa yang ada dalam pemikiran diorang sebenarnya?? Bila disemak semula dalam pemikiran mereka hanyalah usaha. Mereka cuba berusaha sedaya mungkin. Hasilnya mungkin dapat yang diimpikan atau mungkin dapat yang lain dari yang diharapkan. Yang penting adalah mereka cuba berusaha, usaha dan usaha dan mereka akan dapat suatu hasilnya. Hasilnya itulah yang dinamakan rezeki. Kalau ingat balik sejarah penciptaan telefon pun ditemui secara tidak sengaja dalam usaha-usaha yang begitu banyak untuk suatu eksperimen yang lain. Banyak lagi kisah-kisah penemuan baru yang ditemui secara tidak sengaja. Namun ia bermula dengan suatu usaha untuk mendapatkan sesuatu. Ya..ia bermula dengan usaha..!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment