sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Tuesday, August 10, 2010
kenapa jadi begitu...??!!!
Bila kita sedang bekerja, teringat kembali kenangan waktu belajar dan terasa ingin kembali ke zaman tersebut. Sebaliknya pula berlaku di zaman belajar dulu, rasa ingin cepat-cepat abis belajar dan tak sabar-sabar nak kerja.
Kenapa jadi begitu…??
Kisah-kisah begini memang selalu kita lalui. Tapi perasan tak kita biasanya ingin ke zaman-zaman tersebut sebab perkara-perkara yang indah dan menyeronokkan. Betul tak?? Cuba kita ingat kembali kenangan-kenangan pahit dan menyakitkan. Nak lagi tak kita kembali ke zaman tersebut. Sudah tentu jawapan aku “TIDAK..!!” . Jawapan korang lak…
Bagi aku..perkara sebegitu terjadi disebabkan kita tidak menggunakan masa yang ada SEKARANG dengan sebaik mungkin. Kita asyik memandang ke arah masa yang telah lepas. Masa yang tidak mungkin akan kembali. Sedarlah bahawa ia tidak, tidak dan tidak mungkin akan kembali semula dalam hidup kita. Begitu juga kita yang asyik melihat fantasi masa depan yang serba indah sedangkan belum tentu lagi masa itu kita akan lalui dan fantasi kita itu tidaklah seindah itu sebenarnya (adakah ini suatu gaya pemikiran negative..??).
Ohh..bukan maksud untuk menghalang dari mempunyai impian. Mempunyai impian haruslah realistik, boleh diukur dan mempunyai spesifikasi. Jika berkhayal saja tanpa sebarang perkara-perkara tadi, ia adalah suatu yang tidak berguna, merugikan masa dan membazir. Apa yang cuba disampaikan adalah memanfaatkan masa SEKARANG sebaik mungkin. Jangan fikir terlalu banyak tentang masa lalu, tapi fokuslah terhadap apa yang kita lakukan SEKARANG. Kerana melalui tindakan kita SEKARANGakan menentukan bagaimana masa depan kita.
Jika kita mempunyai anak benih, maka tanamlah hari ini. lagi cepat kita tanam, lagi cepat kita akan mangaut hasil.
Jika kita mempunyai sebarang impian, mulakan tindakan kita untuk membina impian itu sekarang ini juga, lagi cepat kita mulakan, lagi cepat kita menggapainya.
Masa depan kita adalah apa yang kita lakukan SEKARANG..!!
kenapa jadi begitu..?? sebabnya adalah dari tindakan kita sekarang ini
ditaip oleh
[M]uh[s]ync yang sedang berinspirasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
dah boleh dah ni..
carik kelapa muda..
mamat kat klebang tu supplier kelapa dia dari segamat..
Yupp, bila dah start menyemai benih.. jaga lupa siram baja.. Anak benih nih sebenarnyer lebih manja dari girlfren, sync.. hehehhe..
Lepas tuh kena jaga lak dari perosak yang indah cam arnab, atau terang-terangan perosak cam serangga perosak..
Lepas dapat hasil.. kena rolling lagi.. semai anak benih yang baru.. dan hasil disimpan..
Itulah ibaratnya berniaga.. Contoh mudah..
** anak benih = perniagaan yg baru bertapak ~
** Baja, suplement = ilmu, pengalaman, modal, dll..
** Perosak 1 (arnab) = Nampak indah di mata, tapi rupanya mencilok duit anda secara indah maya.. cam agen skim cepat muflis.. hehehe
** Perosak 2 (serangga perosak) = Lanun yang mengikis duit anda terang-terangan.. contoh mudah 'Lu Pikir Sendiri La Nabil'..
~Sekadar pandangan gua yg jahil. hehehe..~
Belakang rumah aku ada tanah kosong bleh la bersawah di sana...
tanah kosong tu bukan ke banyak batu bata..cuba ko buang semua batu bata tu nnt aku datang bersawah kat situ
Muhsync: Apa hal plak aku, kau le..Kau yang nak bercucuk tanam..Aku bagi cadangan jea.(Nada kawan-kawan Upin & Ipin)-...Kau tengok x rancangan nie?
Post a Comment