sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Monday, August 9, 2010
BerTINDAK sekarang
Lama sudah tidak memunculkan diri di alam maya. Bukanlah suatu persembunyian dan bukan juga untuk mengelak dari sesiapa dan tidak juga berniat untuk menyembunyikan masalah tapi disebabkan oleh keutamaan yang harus diutamakan. Keutamaan sekarang ini adalah menyiapkan draf tesis master. Bagi mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang melalaikan seperti mengadap facebook 24/7 dan bersembang dengan kawan-kawan dalam yahoo messenger juga 24/7. Namun semua tu adalah sementara jua.
Bila mengasingkan diri dari pengaruh-pengaruh 2 perkara tersebut betapa terasa banyaknya masa yang aku ada. Mungkin aku sudah terlalu addict dengan perkara tersebut sebelum ni. Bila diri ini telah hilang ada beberapa kawan di alam maya mencari. Owh..terasa cam diri ni memberi erti kepada orang lain juga. Seronok..!! tak juga. Cuma aku dapat buat perkara yang lebih member erti. Dalam erti kata lain TINDAKAN not juz talk only. Bak kata aku punyer leader" Dont be NATO" (No Action Talk Only). Aku tak suka orang yang macam tu dan aku juga tidak seharusnya melakukan perkara yang sama Yup…aku perlu berubah dan bertindak. Seperti yang aku bagi motivasi kepada adik-adik pelajar sekolah.
Baru-baru ini keluar dengan housemate ke Bandar sambil menonton wayang. Sebelum ke cinema tengok movie The Last Airbender singgah sekejap di satu restoran. Aku tertarik dekat seorang awek. Oppsss..!!! salah tu. Aku tertarik memerhatikan seorang budak laki yang menjual kuih di restoran tersebut. Tak silap aku dah banyak kali aku jumpa budak ni. Menurut kawan aku dia ni memang selalu jual kuih malam-malam dan berada dipelbagai tempat. Sudah pasti aku begitu kagum dengan budak kecil tu. Aku terfikir bagaimana latar belakang budak tu. Susah nak ditafsirkan dengan kata-kata melainkan dari aku bersyukur banyak-banyak dengan kehidupan yang aku perolehi sekarang ini. Aku mendapat ibubapa, keluarga dan sahabat yang baik dan dalam kemampuan yang sepatutnya. Adakah aku dapat membantu budak itu???
Peluang kedua: siapa pernah dapat peluang kedua dalam hidup??? Aku pernah dapat peluang kedua dalam hidup ketika aku belajar di UM suatu ketika dahulu. Aku pernah hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang lajunya anggaran aku 100km/j. Masa tu aku betul-betul berada ditengah jalan dengan berbasikal dan kereta tersebut mengelak sehingga memasuki laluan bertentangan. Alhamdulillah tiada kecederaan apa-apa. Aku masih dapat merasa angin kelajuan kereta tersebut di sisi kaki aku. Thank Allah. Bila difikirkan bahawa aku masih lagi punyai peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah. Maka aku harus melakukan segala sesuatu dengan cara yang terbaek..!! aku tak akan mensia-siakan peluang ini.
Aku berpeluang untuk sambung belajar ke peringkat sarjana. Alhamdulillah..!! Thank Allah. Bagi aku ini juga merupakan peluang kedua yang Allah bagi untuk diri aku. Jadi aku tak akan sia-siakan peluang ini. Aku sekarang dalam peringkat akhir untuk melengkapkan pengajian aku kali ini. Uisshh tak sabar rasanya nak menyelesaikan tempoh belajar aku ni. Susah tak susah tapi banyak cabaran yang aku tempuhi dan pelajari. Pernah beberapa kali give up tapi dorongan motivasi dari orang-orang yang terdekat masih kuat menyebabkan aku pun masih lagi meneruskan pengajian ini. Ehmm…selepas ini?? Tak pasti lagi tapi aku akan berusaha sebaek mungkin dan terbaek mungkin.
Kita perlu membuat keputusan untuk diri kita. Kita nak pilih jalan A atau jalan B. Kita nak pilih kejayaan atau kegagalan. Tiada jalan tengah-tengah atau ragu-ragu. Jika kita ragu-ragu bermakna kita memilih kegagalan. Sekarang ini jalan mana yang jadi pilihan kita..? kita yang tentukan pilihan kita. Pilihan terletak pada diri kita. The power of choice..!!
Hari ini adalah hari yang kita akan lalui. Hari esok belum pasti lagi. Hari semalam sudah meninggalkan kita. Kita hanya ada hari ini untuk kita membuat segala sesuatu dengan cara sebaik mungkin dan terbaek mungkin. Jadi jangan kita bertangguh lagi untuk melaksanakan suatu perkara yang baek. Jika sekarang kita berada di pagi hari, jangan ditunggu sehingga senja menjelma. Jadi kita kena lakukanya sekarang..!! yup sekarang juga..!! NOW..!! NOW..!! NOW..!!
The power of choice today is to choose to be the best..!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment