i k l a n

Sunday, July 25, 2010

bila AL-QURAN berbicara



Keresahan hidup
Pernah suatu ketika dulu aku menghadapi saat kejatuhan dalam hidup. Perasaan bercampur baur tentang hakikat kehidupan yang harus aku lalui. Pada masa itu juga aku banyak bergelut dengan pemikiran seorang yang inginkan kebebasan dan keterikatan dengan batasan waktu. Keyakinan terhadap agama masih menebal namun masih lagi kurang bab qada' dan qadar, lagi-lagi jika ia berkaitan dengan masa depan hidup selepas ini.

Aku memang seorang yang jenis cool dalam menghadapi segala masalah, rasanya rakan-rakan ramai yang tidak tahu masalah aku jika aku tidak berkongsi dengan diorang. Yup memang cool tapi dalam kepala ni Allah sahaja yang tahu bagaimana aku begitu pening memikirkan persoalan masa depan ku. Persoalan tentang pekerjaan, pembelajaran dan jodoh..!! owh tidak dapat dirungkai dengan kata-kata.

Bercakap dengan JIN
Pernah suatu ketika, aku follow seorang sahabat yang pandai berubat kaedah islam dan cerita ni berkaitan dengan jin. Pada satu malam tu, seorang sahabat baek aku nak berubat sebab dia ada masalah gangguan. Jadi dipendekkan cerita aku turut sama membantu sebab buat kat rumah aku (lebih specific dalam bilik aku). Semasa proses perubatan berlangsung kitorang dapat berkomunikasi dengan jin yang ada dalam badan sahabat yang sakit ni. Tiba-tiba dia menegur aku. "Muhsein, kamu ada masalah tentang masa depan kamu kan. Kamu tak boleh jadi begitu, kamu tak boleh risau, kamu kena yakin dengan Allah". Aku betul-betul terkejut dengan teguran tersebut.

notes: Jin tersebut membuat teguran setelah diislamkan sebelum keluar dari badan sahabat yang sakit

Berbalik kepada kisah asal. Aku sedikit terkesan dengan teguran tersebut namun aku masih belum mendapat ketenangan. Aku mula membaiki segala amalan ibadat harian. Juga tidak lupa menambah amalan-amalan sunat lain agar kegusaran hidup yang aku alami tidak akan berpanjangan. Aku masih ingat lagi kata-kata uztaz atau artikel yang aku baca tentang mengingati Allah hati akan jadi tenang.

Teguran dari Allah
Amalan sunat yang biasa aku laksanakan adalah solat sunat hajat sebelum subuh. Kebiasaannya dalam solat sunat hajat aku akan membacakan ayat kursi pada rakaat pertama. Namun sejak dari akhir-akhir itu aku sering tidak dapat menghabiskan bacaan ayat kursi tersebut. Aku pun pelik juga sedangkan ayat kursi merupakan antara ayat yang begitu fasih dimulutku tapi kenapa aku tidak dapat menghabiskan ayat tersebut. Aku akan akan tersangkut/terlupa di tempat yang sama.

Tentu ada suatu benda yang tidak kena. Aku pun mula mengambil tafsir al-quran dan membuka surah al-baqarah ayat 255. Ayat 255 itu merupakan ayat kursi. aku terus memerhatikan ayat yang aku seringkali tersekat dan melihat maksudnya.

"...Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki Nya..."

Maha Suci Allah, Allah Maha BESAR

Sungguh aku terkedu saat itu. Inilah teguran dari Allah terhadap aku yang terlalu risau akan masa depan yang sudah tentu tidak dapat aku jangkakan. Sepatutnya aku menyerah semua perkara itu kepada Allah. Apa yang patut aku tumpukan adalah pada usaha seratus peratus.

Selepas dari saat itu bacaan ayat qursi dalam solat sudah tidak lagi bermasalah. Dari saat itu juga aku sentiasa membuka kitab tafsir al-quran yang aku beli. Ohh..sungguh indah dan besar sekali kandungannya. Sedaya upaya aku akan memahami maksud setiap ayat yang aku baca. Untuk awal ni mungkin aku baca dan faham maksud sahaja. Selepas ni mungkin aku akan cuba untuk memahami dengan lebih mendalam lagi setiap ayat yang ku baca.

Itu merupakan kisah benar hidup aku. Aku berkongsi kisah ini setelah aku membaca buku "Quranic Law of Attraction". InsyaAllah ada masa aku akan berkongsi berkenaan dengan isi kandungan buku tersebut. Moga pembaca entri ini mendapat mutiara-mutiara berharga.

Adakah hidup kita cukup bermakna..??
Hidup akan cukup bermakna jika kita memahami makna setiap bacaan kita dalam solat dan al-quran (,")v

MuhSync mengaji al-quran

2 comments:

[ a D D y ] said...

like..

Roronoa said...

X sangka la kau boleh communicate ngan Jin..

Related Posts with Thumbnails