Secara jujurnya aku nak wat satu pengakuan kepada yang masih belum tahu perkara sebenar yang aku sebenarnya memang terlibat dalam bidang sale ni secara rasminya lebih kurang 3 tahun lepas. Tapi sale aku ni takde lah macam wat sale kat pasar gitu. Selama 3 tahun dok dalam dunia ni aku dah rasa asam garam orang yang terlibat dalam bidang sale. Memang best dan mantop. Dan aku berani cabar, sesape yang rasa diri dia tu dah cukup bagus, mantap, hebat, bermandiri, survival dan segala macam perkataan yang boleh membangga dan meriakkan diri maka cubalah masuk bidang ini dulu. Baru korang tau langit tu tinggi atau rendah. Tapi biasanya ramai yang menolak bidang ni walaupun hasil yang diperolehi cukup besar dan banyak. Pengalaman aku dalam wat sale ni, biasanya kita akan berperang dengan diri sendiri. Bermacam-macam alasan kekadang tu muncul menghalang dari wat sale. Contohnya seperti ini:
“Aku takde kereta, macamana orang nak beli produk aku, mesti orang tak confident dengan aku”
“Aku tak biasa sangat dengan produk ni”
“produk ni tak sesuai la untuk aku yang jualkan”
“ada ke orang nak beli produk ni dengan aku”
Dan bermacam-macam lagi alasan yang muncul. Tapi kali ni aku share satu artikel best tentang dunia sale. Korang baca lah kat bawah tu:
Lelaki penjual pakaian dalam wanita terhebat
PETALING JAYA 20 Mac - Tidak ramai mengetahui bahawa wakil penjual Avon yang mencatatkan jualan pakaian dalam wanita terbanyak adalah lelaki.
Walaupun terdapat kepercayaan yang kuat bahawa hanya wanita berkemahiran menjual pakaian tersebut tetapi di Avon, ia membuktikan andaian itu sebenarnya silap.
Perkara ini disahkan oleh Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah yang menyatakan lelaki juga sebenarnya hebat dalam menjual kosmetik dan aksesori wanita.
''Usah terperanjat sebab wakil jualan lelaki itu berjaya mencatatkan jualan tertinggi untuk pakian berkenaan,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
Katanya, biarpun, slogan Avon, Syarikat Untuk Wanita, tetapi lelaki juga menyertainya wakil jualan atas dasar untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
''Sebenarnya 70 peratus 'bos' (dalam perniagaan) di Asia Pasifik adalah wanita dan saya rasa cukup bertuah berada di sini (Avon),'' katanya sambil menambah keutamaan sebenarnya adalah menawarkan peluang niaga kepada wanita.
Syarikat jualan langsung yang berusia 125 tahun itu sememangnya didominasi oleh wanita, kejayaannya juga disumbangkan oleh lelaki.
Terdapat lebih kurang lima peratus daripada 480,000 wakil jualan Avon di negara ini adalah lelaki.
Avon bermula pada tahun 1886 apabila David H. McConnell menubuhkan syarikat dengan satu produk mengandungi lima minyak wangi dan berkembang ke lebih 100 negara termasuk Malaysia.
Aku cedok artikel ni kat utusan Malaysia online-korporat-21Mac2011
Jadi takde alasan untuk orang macam kami ni cakap tak dapat wat sale sebab produk. Produk adalah sesuatu yang bagus, kalo tak, takkan la ada orang yang sanggup invest untuk keluarkan produk tersebut. Lelaki pun Berjaya jual pakaian dalam wanita..so jangan nak wat alasan lagi
No comments:
Post a Comment