i k l a n

Tuesday, December 29, 2009

kuda dan pengembala



Apa khabar semua hari ini? Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan sentiasa bermotivasi dalam meneruskan perjuangan hidup. Entri yang lepas, saya menulis berkenaan komponen kejayaan/hasil/kebahagiaan/pencapaian/dll. Dalam entri tersebut saya telah menggunakan formula sains fizik untuk membuktikan peranan komponen KEMAHUAN dan TINDAKAN dalam menentukan tahap pencapaian kejayaan seseorang. Namun bagitu tidak semua faham dengan pengiraan (intipati) tersebut sebab ada dikalangan rakan-rakan yang fobia dengan angka, ada pula yang tidak pernah jumpa formula tersebut sebab zaman persekolahan dahulu mereka tidak mengambil subjek fizik (aliran sastera) dan ada pula yang langsung tak boleh terima macamana kaitan formula tersebut dengan kehidupan sebenar.

Namun tidak mengapa, hari ini saya cuba pula berkongsi bagaimana faktor KEMAHUAN dan TINDAKAN perlu dan wajib ada bagi menentukan kejayaan dalam bentuk yang berlainan. Saya cuba bawakan dalam bentuk situasi atau analogi agar memudahkan rakan-rakan faham tentang pengaruh komponen-komponen tersebut. Analogi ini saya biasa guna dalam mengendalikan kumpulan peserta kursus supaya mereka boleh mngubah cara mereka berfikir yang membawa kepada keberkesanan kursus tersebut. Jom layan...

"Di sebuah kampung terdapat seorang pengembala kuda yang tinggal dihujung kampung tersebut. Rumahnya terletak bersebelahan dengan sungai. Pada suatu hari, pengembala membawa kudanya ke tepi sungai untuk memberi kudanya minum. Namun apa yang terjadi, kuda tersebut tak mahu minum. Pengembala tersebut cuba menarik kepala kuda tersebut hingga mencecah ke permukaan air sungai..tapi kuda tersebut tetap juga tak mahu minum air.." degilkah kuda tersebut..??!

Apakah pengajaran yang kita perolehi dari kisah kuda dan pengembala tersebut..? Dari cerita tersebut, setiap sesuatu itu perlukan suatu KEMAHUAN dan ia perlu berTINDAK untuk memperoleh sesuatu. Apa yang terjadi pada kuda tersebut mungkin kuda tersebut langsung tidak mempunyai kemahuan untuk minum, jadi bagaimana mungkin kuda itu akan bertindak untuk minum air tersebut. Walaupun ada pengaruh persekitaran sekalipun (pengembala) ia tetap tidak dapat memaksa kuda tersebut untuk minum. Bagaimana pula kita tukar kepada penyataan yang lebih positif. Sama-sama kita fikirkan..

salam ceria, moga perubahan membawa kebaikan
inspirasimuhsync.blogspot.com
=)

No comments:

Related Posts with Thumbnails