sedikit coretan | menambah pengalaman | berkongsi kemesraan | menghayati keindahan
i k l a n
Wednesday, December 16, 2009
mEncAri SiNar BarU
alhamdulillah akhirnya siap juga banner baru untuk blog ini. tak tahulah menarik atau tak. terpulang kepada mata yang melihat. banner baru ini dibuat khusus sempena menyambut tahun baru untuk tahun 1431 Hijriah dan juga 2010 masihi dan juga sempena azam dan tekad baru saya.
masuknya tahun baru ramai dikalangan kita akan bertanyakan azam baru. persoalannya di sini, azam yang sebelum ini sudah dilaksanakan atau belum..? tepuk dada tanyalah hati. renungi diri sejauh manakah pencapaian kita di tahun-tahun yang lepas dan bagaimana kita akan hadapi tahun seterusnya. sudah tentu jawapannya adalah berbeza-beza.
bercakap berkenaan azam baru ini, saya tidak ketinggalan untuk membuat azam baru. azam saya tahun ini boleh dilihat dalam gambar di atas. gambar tu umpama luahan hati saya. mengenangkan tahun-tahun sebelum ini agak kurang produktif menyebabkan tahun ini, saya membuat satu azam baru yang lebih progresif dan produktif. sudah cukup untuk saya bermain-main dan bermula saat saya menulis entri ini saya akan mula bekerja bersungguh-sungguh. bukan setakat kerja sahaja tetapi bekerja sehingga mendapatkan hasil. jika dilihat dari gambar di atas, tagline adalah mencari sinar baru sebagai motto dan bekerja dan menuai hasil sebagai misi yang mesti saya laksanakan. sudah tentu juga saya telah mempunyai beberapa misi yang jelas. insyaAllah akan membuahkan hasil
dalam melaksanakan azam baru ini, kita tidak boleh menangguh. dalam kata lain, kita perlu bertindak segera. jangan tunggu 1 jan 2010 baru nak berubah. itu adalah kesilapan. selain itu, segala azam yang hendak dicapai itu perlulah jelas dan mempunyai jangka masa. supaya kita mempunyai tempoh tersendiri untuk mencapai matlamat tersebut. bagi mengelakkan kita terlupa adalah lebih baik untuk kita tulis dengan jelas segala perancangan dan jangan lupa untuk tampal serta letakkan di tempat yang paling mudah kita melihatnya. contohnya di sebelah cermin muka. insyaAllah dengan cara itu kita akan berjaya mencapai apa yang cuba kita perolehi.
mencapai apa yang dihajati itu merupakan suatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. hanya empunya diri sahaja yang tahu keghairahannya. jadi rakan-rakan sekalian. ayuh kita meletakkan satu azam dan berusaha mencapainya. jangan lupa untuk berdoa. semoga apa yang dihajati akan termakbul dan dipermudahkan urusan.
ya Allah..permudahkan segala urusan kebaikan ku. amim
.: terus mencari sinar :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat tahun baru 1431H. Semoga azam tahun 1430H telah dicapai...
thanx alun
Post a Comment