post kat wall fb pagi ni
"harapkan pagar, pagar makan padi"
tapi ada member aku kata, padi dah tenggelam dalam banjir. bukan padi saja yang musnah tapi pagar pun turut musnah. so apa lagi yang boleh diharapkan?
pastu aku keluar dari gua pertapaan menuju ke destinasi perhambaan pulak. pergi mencari hasil padi yang masih belum dimusnahkan. port biasa kedai si eddy parit rasipan. kat situ boleh pulak si eddy berkhutbah pasal pengertian kaya raya. tapi aku nak quote satu ayat best yang dia sebut
"apa-apa pun pokok pangkalnya adalah hati"
kalo pokok, pangkalnya kat bawah tapi manusia ni pulak pangkalnya dihati yakni ditengah-tengah. kalo tengah ni orang kata sebagai pusat kawalan. tapi kalo pusat kawalan tak leh nak kawal jugak camne? agak-agak dia letak pusat kawalan kat bawah jugak tak?
bila dah kenyang senang lenang dan bersih dengan basuhan si eddy maka aku pun berangkat balik ke workstation kembali. tapi kali ni dah tak masuk gua, masuk dalam pit stop pulak. kat pit stop ni boleh wat keje tenang senang lenang sebab takde orang nak ganggu sangat. maklumlah pit stop mana boleh ada orang sebarangan nak masuk. kali ni aku bukak fb dulu, kononnya cam nak cari mood keje lah. tapi hampeh sebab aku dah merayau ntah ke mana. segala hasil dakwah si eddy aku rasa dah jatuh kat tengah jalan. maklumlah aku kan naik motor laju. tak sempat nak melekat betul-betul lagi dah kena tiup ngan angin masa aku cucuk lori kontena tadi. masa aku merayau-rayau tu boleh pulak aku ternampak satu status kawan ni. dia tulis kat situ
"saya minta maaf kalau ada buat salah dan silap terhadap rakan-rakan"
bagi akulah kan, kalau salah silap ngan rakan-rakan merangkap kawan-kawan merangkumi sahabat ni takde masalah sangat untuk dimaafkan. tapi yang lagi penting adalah penyesalan kita terhadap segala kesalahan yang telah dibuat. dalam erti kata lain ialah bertaubat untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi dengan rakan-rakan kita tu selepas ini. minta maaf tu pulak adalah tidak bermakna jika sekadar untuk memuaskan hati, naluri dan perasaan rakan-rakan sahaja jika tidak disertakan dengan penyesalan yang sungguh-sungguh di dalam diri. hurm..sy juga nak minta maaf di sini :D
maklumlah bila dah makan kenyang perut, hati senang lenang dan tenang ni tibalah masanya untuk aku ke bilik servis. nak buang segala bahan buangan yang tak terpakai dan telah ditapis secara semulajadi dan disemak berkali-kali oleh enzim-enzim yang bertauliah. dalam perjalanan tu aku terserempak pulak dengan sorang mamat ni. macam biasalah i give him a smile and i got back the smile. tetiba aku baru teringat yang mamat ni sebenarnya sorang yang mantap tapi satu benda yang pelik sikit adalah dia tak suka orang motivasi. dia pernah cakap lah dia tak heran pun dengan segala pakar motivasi yang famous amos (eh sapa ada biskut yang sedap tu sila bagi sikit) di malaysia ni. tetiba aku teringat pulak ngan status kawan aku merangkap business partner yang berkongsi status menarik di wall fb beliau
ada orang cakap mengapa perlu motivasi sedangkan kita tahu motivasi tak akan kekal lama. nanti kena pergi lagi sesi motivasi. beliau membalas balik dengan jawapan yang boleh diumpakan dengan satu tamparan atas dahi. habistu mengapa perlu kita mandi sedangkan kita tahu mandi pun tak akan kekal lama. aku pun menambah lagi kat sini. habistu buat apa kita makan sedangkan kenyangnya pun sekejap jugak. dah la kenyang sekejap pastu kena buang lagi yang lebih-lebih. (ohh...rasanya aku dah mengarut).
tetiba pulak dah masuk waktu solat zuhur. aku pun bergegaslah ke surau. owh..nampaknya tak ramai sangat orang yang hadir ke surau sebabnya waktu tersebut betul-betul tepat dengan waktu makan tengahari. seusai solat, aku pun balik semula ke pengkalan dan menulis entry ini
kalo ada appointment dengan client atau costumer atau orang-orang penting, mesti kita akan hadir awal. awal tu seawal beberapa minit lebih awal dari jam yang dijanjikan. tapi appointment dengan Allah yang memang telah lama tetap waktunya itu jarang untuk kita hadir awal iaitu seawal beberapa minit sebelum masuknya waktu.
eh...tetiba aku rasa macam makan cili padi pulak..!! nape ek (sambil menggaru kepala yang tak gatal dan telah menggugurkan 2,3 helai rambut)
1 comment:
kata org perlu juga dinilai jgn diikut membabi buta kelak mengundang nestapa
Post a Comment