i k l a n

Wednesday, February 1, 2012

Bisnes: jangan buat sorang


Ini bukanlah satu fakta tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh sorang kawan. Dia yang pernah terlibat dalam perniagaan atau bekerja sendiri tapi akhirnya sekarang ni bekerja makan gaji sebagai pekerja gomen. Mari kita baca kisah yang sempat aku coretkan di sini:

Semuanya bermula selepas tamat belajar di salah sebuah IPTA dalam bidang kejuruteraan. Dengan modal yang dipinjam dari ayahnya sebanyak RM2000 dan sebuah van yang telah sedia ada di rumah. Kerjanya adalah membekalkan keropok-keropok tempatan di kedai-kedai runcit di beberapa kawasan sekitar tempat tinggal. Bekerja dari jam 9 pagi – 1 tengahari dan memperoleh keuntungan bersih sekitar RM150 sehari. Keuntungan bersih tersebut termasuk dengan menolak kos modal dan hutang. Dan kerjanya ini diteruskan sehinggalah tiba tarikh untuk dia menghadiri hari konvokesyen. Punyalah seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama dan ketika itu berstatus orang kaya sebagai seorang yang mempunyai business sendiri. Sepanjang konvo tu duit untuk belanja kawan-kawan habis sebanyak RM500. Maklumlah bila berjumpa kawan-kawan ni akan bercerita berkenaan kerjaya masing-masing. Kebanyakkan mereka banyak yang bekerja dalam bidang kejuruteraan iaitu bidang yang dipelajari. So ada yang citer tentang diorang akan berkursus di luar negara, ada yang citer pasal tangga gaji dan ada yang citer pasal bonus. Tak kurang juga yang datang dengan kereta baru dari kedai. Semua tu telah memberi kesan secara tidak langsung kepada mamat ni. Apa yang terjadi selepas pulang dari konvo, mamat ni telah depress sorang-sorang dan langsung tiada minat untuk meneruskan lagi perniagaan yang telah dijalankan selama ini. Kemudian mamat ni mulalah apply keje kat kilang-kilang dan akhirnya mamat di terima bekerja di sebuah kilang. Bekerja 6 bulan di kilang kemudian diterima pula ke perkhidmatan awam sebagai pengajar di universiti. Dan di sinilah aku berjumpa mamat ni. Pengajaran yang dia bagitahu, jangan buat business sorang-sorang. Sebab kalo stress menghadapi masalah, kita akan kesorangan dan tiada orang yang dapat membantu serta memahami situasi yang kita hadapi.

Jadi itulah serba sedikit kisah orang yang pernah berniaga. Maklumlahkan, business ni kan bukan benda yang mudah dan tidaklah terlalu susah. Jadi adalah penting untuk mempunyai rakan-rakan sokongan untuk business. Mungkin dia bukanlah business partner tapi dia adalah sorang yang mempunyai business yang hampir sama dengan kita. Dan yang terbaek adalah kita mempunyai business partner yang memang satu kepala. Mereka-mereka tu semua berguna bila mana kita ada masalah dan perlukan pendapat dan sokongan. Paling kurang pun mungkin ada kata-kata perangsang ataupun juga diorang boleh share experience yang pernah mereka lalui. Mungkin kesannya tidaklah besar kepada business kita tapi sekurang-kurangnya ia mungkin boleh membuka sedikit ruang ke arah penyelesaian. Rugi tau business yang berpotensi untuk langkah pertama ke arah membina matlamat kehidupan tersebut terpaksa dibungkus dek kerana tiada sokongan moral dari orang sekeliling.

p/s: orang business kena pandai berkawan dan perlu ramai kawan

No comments:

Related Posts with Thumbnails